Sunday, May 2, 2010

KHALID IBRAHIM TINGGALKAN PKR ?

Khalid Ibrahim dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi seorang seorang tokoh koporat. Bukannya untuk menjadi seorang tokoh politik. Dua bidang ini ada perbezaannya.

Seseorang yang dilahirkan untuk menjadi tukang masak tidak boleh dipaksa bertukar bidang menjadi mekanik. Sudah tentu tidak sesuai dengan jiwanya. Kalau tak percaya sila tanya kepada Jaafar Onn. Cuba ajak Jaafar jadi mekanik, melompat si Jaaffar...Auw....auw....tak boleh u.....tak boleh u...

Penglibatan Khalid Ibrahim dalam dunia politik hanya kerana Anwar Ibrahim. Bukannya ikhlas dari hati atau minatnya. Hanya kerana memberi sokongan kepada kawan yang banyak membantunya semasa beliau dalam dunia koporat. Tidak lebih dari itu.

Asalnya hanya kerana memberi sokongan kepada kawan, tanpa diduga tiba-tiba dapat jadi MB. Khalid tidak cekap dalam politik. Sebab itu apabila diserang bertalu-talu oleh musuh politik dia akan menjadi gelabah, kelam-kabut dan gagap.

Saya difahamkan yang Khalid semakin tertekan di Selangor sekarang. Beliau tidak tahan lagi dengan ragam orang-orang PKR yang semakin rakus ingin membolot projek-projek di Selangor. Di dalam PKR beliau ditikam kiri dan kanan oleh orang-orang yang kecewa kerana tidak mendapat projek. Kemudian ditambah pula serangan oleh BN.


Ditambah lagi dengan serangan-serangan Khir Toyo. Khalid memang fobia dengan nama Khir Toyo. Sampai tidur malam pun mengigau sebut nama Khir Toyo. Pendek kata dari makan, minum , tidur , kerja dan sebagainya dia sering terbayang-bayang wajah Khir. Oleh kerana tidak tahan dengan Khir dimintanya kepada Speaker agar menggantung Khir selama setahun.

Dari cakap-cakap yang saya dengar sekarang mengatakan yang Khalid Ibrahim sudah merungut dan menyesal kerana menceburi bidang politik. Katanya dunia koporat lebih baik dari dunia politik.

Sosek....sosek yang mengatakan Khalid akan meletak jawatan sebagai MB dan meninggalkan PKR ada juga kedengaran. Kalau begitu baguslah Khalid.

Mungkin bagi sesetengah orang sukar untuk mempercayainya kerana alasan Khalid adalah kawan rapat Anwar, tetapi tidak bagi saya. Dalam dunia politik macam-macam boleh jadi.

Sebagai contoh anda boleh lihat Nallakaruppan, Datuk Zahrain, Datuk Salahuddin dan terbaru Dr.Halili .

Semua mereka ini adalah kawan-kawan rapat Anwar berpuluh-puluh tahun kecuali Dr.Halili sebagai doktor peribadi Anwar.

Lihat juga contoh Ezam Md.Nor, orang yang mempertahankan Anwar habis-habisan. Sanggup ke penjara, sanggup ke ISA dan sebagainya demi Anwar. Tetapi Anwar ditinggalkan juga olehnya.

Kesimpulannya, saya tidak pelik jika Khalid Ibrahim juga bakal tinggalkan Anwar. Dalam dunia politik macam-macam boleh jadi. Zaid Ibrahim yang dibenci habis-habisan oleh PASrael satu masa dulu boleh menjadi rakan baik Nik Aziz sekarang.

Cuma satu sahaja yang saya pening sekarang jika Khalid tinggalkan PKR dan menyertai UMNO.
Sekarang saya dan rakan-rakan blogger memanggilnya dengan gelaran Khalid Gagap. Tetapi jika dia menyertai UMNO apa yang kita nak panggil pada dia ?

Khalid Lancar ? Khalid Lancer ? Khalid Petah ? atau Khalid apa ?

Harap rakan-rakan blogger dan pembaca dapat fikir-fikirkan...

Kepada Datuk Seri Khir pula bersiap sedialah menerima rakan baru dalam Dewan Undangan Negeri nanti. Harap dapat jaga dan bantu dia. Maafkan dia atas persengketaan silam. Buang yang keruh dan ambil yang jernih.

10 comments:

Anonymous said...

khalid gugup kot

Chairman Kaga said...

MUHAHAHAHHAHAHAAH
KHALID SERTAI GEROMBOLAN KERANA TAK TAHAN PODIH..
HE HE HE HE HE

little napolean said...

kalid al walid blh tak? atau kalid jiwa, kalid mobin, kalid ayam, kalid insaf, kalid bijak, kalid pelit, kalid koled

Akazi is HERE said...

salam hormat bro

ape kate kita panggil dia khalid ferrari.

itu pun klu dia tak gagap lagi la ekeke

Anonymous said...

pggl ape ye...panggil khalid katak la..hehe

Mctheory said...

Iskk. . macam tak percaya je. .

Jemputah ke blog Mc untuk eratkan silatulrahim. . he he he. .

Detguaq said...

Khalid gegat...ubat gegat boleh guna untuk halau liPAS!

Anonymous said...

Kalau dia tak gagap, bolehlah kita berenti panggil gagap. Tetap gagap lagi, biar Azmin dan Tian Chua sambung aje.

Kulaan Niring said...

Khalid Kuda Ku Lari Kencang boleh k

Anonymous said...

pembangkang pulak panggil dia khalid gagap..