Saturday, May 1, 2010

KICKDEFELLA SEPATUTNYA TAK LAYAN TULANG BESI


Sebelum saya pergi lebih jauh, terlebih dahulu dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada saudara Kickdefella kerana saya pernah mengata dan mengutuk saudara sebelum ini. Dulu lain, sekarang dah lain. Harap bro kick sudi memaafkan saya.

Berhubung dengan kisah antara kickdefella dan tulang besi....

Kickdeffella sepatutnya tidak perlu melayan kanak-kanak istimewa seperti tulang besi. Kickdefella perlu tahu siapa dirinya sebelum melayan seseorang.

Kickdefella harus tahu bahawa dirinya umpama singa, manakala tulang besi hanya anak berudu. Singa lawannya bukan anak berudu. Lawannya adalah harimau, singa, beruang atau serigala.

Kickdefella adalah nama besar dalam dunia blog dan setaraf dengan Rocky Bru, A.Kadir Jasin , Sayuti Omar dan beberapa nama besar lagi.

Manakala tulang besi pula pula adalah kanak-kanak yang kencingnya pun masih berbuih lagi. Orang seperti tulang besi lawan parpukari pun masih tak padan lagi. Parpukari lagi gah. Tempohari dia pernah berdebat dengan parpukari dan my anger secara online, tak sampai lima minit terus cabut lari. Bercakap dan badan saja besar, tetapi pengecut nak mampus.

Tulang besi adalah kanak-kanak kecil yang cuba bermain di padang orang dewasa. Orang seperti ini tidak perlu dilayan. Makin dilayan makin menjadi ragamnya. Anda semua mestilah tahu macamana perangai kanak-kanak kan ?

Tetapi tak mengapalah, mungkin kickdefella nak menghilangkan kebosanannya, maka sekali-sekala dia melayan kanak-kanak tiada salahnya. Nak bagi kanak-kanak gembira dan geli-geli.

Layan punya layan akhirnya dapat penampar sebiji dari kickdefella. Jika kes empat juta itu terbongkar habis, mampuslah tulang besi kali ini dalam PAS. Semuanya kerana dia , kerana dia cuba menjolok sarang tebuan. Elok-elok kickdefella duduk diam-diam dia pergi cucuk. Baguslah juga, boleh kita semua tahu.

Dulu dia bukan main lagi nak tunjuk hero kononnya dialah yang menjadi juara melaporkan salah laku pemimpin-pemimpin yang dikatakan ingin membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Kemudian dihebohnya, selepas buat laporan dia akan buat sidang media tentang aduan tersebut. Ptuihhhh...naik loya aku mendengarnya. Padahal dia sendiri yang merayu-rayu pada Jimadie Malaysiakini agar membuat temuramah dengannya. Sini & Sini

Bukan kita tak tahu semua itu, malah kita terlebih tahu segalanya. Diheret dan dihasuti olehnya beberapa orang blogger-blogger PAS agar menyokong langkahnya menentang beberapa pimpinan PAS.

Salah seorang yang terpengaruh dengan adalah blogger ZainulFaqar yang juga wartawan haramkah. Akibat telah dihasut oleh tulang besi, maka pada satu hari ZainulFaqar telah 'menyerang' Nasaruddin Mat Isa semasa beliau sedang berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua , Datuk Ahmad Husni di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Dia punya pasal orang lain jadi mangsa. Bila orang dah kena buang kerja, bukan dia ambil tahu pun. Dia peduli apa samada orang itu makan minum atau tak ? Yang penting matlamat dia nak jadi hero berjaya. Sini

Sebab apa saya kata mamat tulang besi ini kanak-kanak istimewa ? Sebabnya, dia selalu inginkan perhatian. Semasa PAS memerintah Trengganu dulu, dia pernah pohon jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri. Selepas gagal , dia hentam PAS Trengganu. Bila PAS membentuk kerajaan campuran di Selangor, dia jumpa Hassan Ali pula, minta pegang jawatan utama dalam GLC kerajaan Selangor pula. Selepas gagal dia hentam Hassan Ali pula dan beberapa orang kanan Hassan Ali.

Siapa nak bagi jawatan kepada dia, kerana semua orang tahu tahu yang kepala otaknya putus wayar hijau. Sebab itu dalam kepimpinan PAS Pusat semua orang tak layan dia. Ini kerana orang tahu dia istimewa kerana wayar hijau dia putus.

Sebab itu saya kata mamat ini istimewa kerana dia tak tahu nak ukur baju di badannya sendiri. Dia tak pandai nak lihat cermin siapa dirinya. Cita-citanya cukup tinggi. Nak pegang jawatan tinggi-tinggi, nak berlawan dengan orang hebat-hebat.

Nak tahu siapa lebih lanjut kanak-kanak istimewa tersebut sila klik link dibawah. Bukan ditulis oleh orang-orang Umno tetapi ditulis oleh orang PAS sendiri.

Sini
Sini
Sini
Sini





3 comments:

pencinta kebenaran said...

salam rbf..

mm..sy nak komen sesuatu lah kat sini.. saudara kata "Sebelum saya pergi lebih jauh, terlebih dahulu dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada saudara Kickdefella kerana saya pernah mengata dan mengutuk saudara sebelum ini. Dulu lain, sekarang dah lain. Harap bro kick sudi memaafkan saya."

sy ni of course la x kan sokong pembangkang tu..tap drp apa yg saudara cakap kat atas tu..mmmmm...

cam kita tau..si kick tu dulu mcm2 perangai setan dia buat..sori lah klau kasar bunyi nye tapi apa x setannya? sebarkan fitnah sana sini..tebalikkan bendera malaysia dlm blog dia..klau ikut..patutnya dia bungkus angkat kain baju pegi la mana2 negara yg dia rasa lagi bagus dr malaysia.n of course la duit 4 juta tu...

klau dia tu baik sgt apa pasal dia buat keje kotor tu semua dulu? ok lah klau nak kata dah bertaubat..tp atas kapasiti apa pulak saudara nak mintak maaf? mmg betulkan apa yg dah saudara komen kat dia dulu..

mentang2 dia dah kick boss dia x kan semua benda yg dia buat salah dulu dah terampun dosanya...cam tu kalau dah jadi cam wali selipar jek..x de bezanya pun..yg penting adalah nilai sesuatu kebenaran dan prinsip.

maaflah..saya hanya luah kan apa dlm fikiran sy kerana sy hanya lah seorang yg cintakan kebenaran

ruang bicara faisal said...

takpelah bro...yg lain itu urusan dia dgn Allah.

Yang saya minta maaf tu antara saya dgn dia. ada benda2 yang kat tak elok kpd dia sebelum ini.

saya tak mahu ulas pasal org lain. pada saya dia sekarang byk membantu saya. itu pasallah saya minta maaf pada dia yang antara saya dan dia. dgn org lain..org punya hal....

kita kena tolak ansur sikit bro. member tu byk bantu kita sekarang.

pencinta kebenaran said...

mm...ntah la tp bunyik cam skrip nik ajis pd zaid brahim