Saturday, May 8, 2010

PEJABAT HASSAN ALI : KONTRAKTOR DIARAH TUKAR SEBUTHARGA

Semalam Pejabat Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan kemudahan Awam Selangor menafikan bahawa kos pengubahsuaian pejabat exco berkenaan iaitu Datuk Dr Hassan Ali bernilai RM350,000 sebaliknya hanya bernilai RM 299, 729.

Apa punya tur lah. Saya ingatkan bila dia nafikan RM 350k maka harganya jadi RM 20k. Rupa-rupanya hanya kurang RM 271 dari mencecah RM 300k.

Daripada maklumat dalaman yang saya dapat harga sebenarnya memang benar RM 350k. Oleh kerana ianya telah menjadi bahan berita di media masa dan laman-laman blog, maka dipanggil balik kontraktor yang berkenaan agar menghantar sebutharga baru dengan membuang beberapa item dalam sebutharga asal agar harganya tidak mencecah RM 300k.

Tujuannya ialah untuk menafikan dakwaan Shukor dan mykmu.net yang ubah suai berkenaan tidak pun mencecah RM 300k. Dengan harapan rakyat akan percaya bahawa Shukor dan mykmu.net adalah pembohong dan pemfitnah.

Dey macha, mau main silap mata ke ? Ayoyo jangan mainlah sama kita. Kita boleh tahu semua itu.

Kawan-kawan sekalian , cuba anda bayangkan RM 299,729 atau senang ceritanya RM 300k (macam kasut bata pula harganya) harga ubah suai sebuah pejabat exco. Berapa besar pejabatnya ? Apa pula perabut yang diisi ? Semuanya lorenzo kah ?

RM 300k ini kita boleh buah sebuah rumah banglo dua tingkat diatas sebidang tanah lot atau sama harganya dengan tujuh unit rumah kos rendah. Tapi dapat kepada mereka RM 300k hanya untuk ubah suai satu pejabat exco sahaja. Dasyat...dasyat.

Saya sebenarnya tidak kisah jika mereka ingin ubah suai sampai satu juta pun, lantak merekalah. Tetapi jika kita yang buat mereka bising bagai nak rak. Bila untuk mereka semuanya ok. Untuk kita haram, untuk mereka halal. Untuk kita rasuah, untuk mereka sedekah.

Andailah ditakdirkan hari ini seorang exco Kerajaan Perak ubah suai pejabatnya dengan kos RM 100k , saya rasa gegak gempita satu Perak. Selepas subuh pagi esok mereka sudah berkumpul di depan rumah pegawai SPRM, ini kerana hari ahad pejabat tidak dibuka.

Oleh yang demikian, jika ketelusan yang dilaung-laungkan selama ini menjadi prinsip kerajaan pak-khatan rakyat di Selangor, saya mencabar agar Hassan Ali mendedahkan sebutharga yang dihantar oleh kontraktor berkenaan.

Nyatakan berapa keluasan pejabat, apa yang diubah suai dan apa perabut yang dibeli. Tolong tunjukan bersama gambar-gambar keadaan pejabat yang diwariskan oleh Kerajaan BN yang kononnya dikatakan daif.

Jangan hanya pandai bercakap seperti ayam berkokok berderai-derai tetapi ekor penuh dengan najis. Buktikan kepada rakyat Selangor ketelusan anda. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Saya juga berharap agar adun Sekichan dapat membawa rombongan dari Sekinchan melawat pejabat Hassan Ali yang berharga RM 300k. Ada berani ke wahai cina mabuk ?

8 comments:

Mohd Shafiza said...

Assalamualaikum,

Ayat power yang boleh makan diri PKR dan boleh menaikkan nama UMNO;
" ubahsuai terpaksa di lakukan kerana keadaan pejabat exco yang terlalu daif"..

Tengok? Orang UMNO tak kisahkan opis daif, kerja tetap buat walaupun dan berpuluh tahun memerintah..Ini baru masuk 2 tahun, sumbangan apa pun tak nampak lagi, dah tak boleh nak kerja dah sebab opis daif..iskh..ishk..

Opis penting dari rakyat, biar rakyat papa asal opis aku bergaya..

Renovate opis je dekat 300K..kalau buat baru mau 1 juta..heh..heh

KATA DULANG PAKU SERPIH..
TELUNJUK LURUS, KELINGKING BERKAIT..
KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK, GAJAH DEPAN MATA..?

akikinabalu said...

Ya la sya memohon 'perkenan' YB Sekinchan dpt 'mencemar' penyokong2 DAP dr Sekinchan dtg melawat pejabat baru YB Hassan Ali...tk payahlah bw 1 bas,bawa 10 bas

Anonymous said...

cakap tak serupa bikin.......mereka buat ok org lain buat haram......ini le jenis haramjadah

anti Dap komunis said...

sial punya exco..!!
maknanya siapa yg pilih atau sokong pakatan ni memang dlm kategori bodoh dan bangang tahap makan tahi!

Anonymous said...

nampaknya bn dan pro bloggernya berkemampuan untuk menjadi tukang check n balance yang bagus walaupon baru menjadi pembangkang di selangor satu penggal. teruskan kemampuan baik ini.

Anonymous said...

renovation ni hadiah dr ronnie al pacino...

geludok said...

Jgn lupa ini adalah salah satu tuntutan Islam. Apalah sgt 300k sedangkan rahmat tuhan maha luas. Sebagai sebuah negeri berkebajikan EXCO ada hak untuk ubahsuai pejabat, lagi pun untuk kegunaan EXCO BN jugak lps PRU 13 nanti

Anonymous said...

salam...
bang tak payah minta babi sekinchan mabuk melawat... kita bwk rombongan kita melawat la bang... bau kena dia org balik... opis sekangkang kera renovate 300k??? apa ke jadah nya senua ini... dah la pasir selangor kena cilok... bangkrap la selangor...