Tuesday, May 4, 2010

SURAT TERBUKA KEPADA IBU AMINULRASHID



Kepada:
Puan Norsiah Mohamad
Seksyen 11, Shah Alam
Selangor D.E

Assalamualaikum WBT

Menemui ibu Norsiah yang dihormati lagi diingati, saya berharap ibu berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Ibu ,
Saya dan jutaan lagi rakyat Malaysia sungguh terkejut dan sedih dengan apa yang terjadi pada anak ibu. Kami turut sama merasai apa yang ibu rasa. Ibu tidak keseorangan dalam mengarungi kesedihan ini.

Ibu ,
Dengarlah teguran ikhlas dari saya demi untuk memastikan proses untuk menuntut keadilan bagi pihak ibu sekeluarga berjalan lancar dan tidak dimanupulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk mencari keuntungan politik mereka.

Ibu ,
Sebaik sahaja kematian adik Aminulrashid pelbagai pihak, pelbagai orang dan pelbagai pemimpin yang telah menziarahi ibu untuk menunjukan rasa simpati mereka kepada ibu sekeluarga. Dalam soal ini ibu perlu berhati-hati. Setakat mereka hendak melawat boleh melawat, nak hulur sumbangan boleh ambil tetapi ibu jangan terperangkap dengan mainan politik pemimpin-pemimpin pembangkang.

Ibu ,
Mereka semua tidak pernah ikhlas dalam menolong seseorang. Mereka akan memastikan yang mereka mendapat keuntungan berlipat kali ganda dari apa yang mereka labur. Sebab itu saya kata ibu jangan terperangkap dengan mereka. Saya tidak mahu melihat ibu digunakan sebagai alat oleh mereka-mereka ini yang ibarat musang berbulu ayam. Saya rasa ibu lebih arif dalam hal ini kerana ibu adalah orang lama dalam UMNO.
Ibu ,
Saya sungguh terkejut dan sedih rasanya bilamana semalam Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP Malaysia mengumumkan bahawa ibu telah melantik beliau sebagai peguam yang mewakili ibu dalam menuntut bela kematian adik. Sini

Ibu ,
Bagaimana perkara ini boleh terjadi ? Mengapa ibu tergamak melantik dia ? Sampai hati ibu. Saya sungguh sedih ibu....sungguh sedih dengan tindakan ibu. Sedihnya tidak terkata. Hati saya masih lagi diselebungi rasa sedih dengan apa yang terjadi pada adik Aminulrashid, sekarang ditambah lagi pula dengan berita perlantikan Karpal Singh. Sedih bertukar menjadi pedih dan pedihnya kian bertambah, ibarat diletak garam kunyit di luka saya.

Ibu ,
Minggu lepas ibu berkata yang ibu tidak mahu kematian adik dipolitikan dan jangan dicampuradukan dengan politik (video diatas). Saya sungguh teruja dengan kata-kata ibu. Tetapi semalam lain pula jadinya. Ibu berubah secara tiba-tiba, kenapa ibu ? kenapa ? kenapa jadi begitu ? adakah selama seminggu ini, iblis dan syaitan dari PKR, PAS dan DAP tidak pernah putus-putus berbisik di telinga ibu dan menggoda ibu? jika benar begitu nampaknya ibu tidak memiliki sifat keimanan yang tebal. Ibu tidak tahan dengan bisikan dan godaan syaitan serta iblis. Saya berharap ibu banyakan membaca ayat Qursi untuk menjauhi gangguan iblis dan syaitan.

Ibu ,
Ibu berkata tidak mahu ada pihak yang mempolitikan kematian adik. Tetapi tahukah oleh ibu yang Karpal Singh adalah orang politik. Saya masih tidak kisah jika ibu melantik peguam lain dari parti pembangkang asalkan bukan Karpal Singh. Tidak kenalkah ibu siapa Karpal Singh ? Seorang yang anti Islam dan anti melayu sehinggakan beliau pernah berkata "langkah mayat saya dulu sebelum tubuh negara Islam".

Ibu ,
Jika niat ibu ikhlas tidak mahu ada orang mempolitikan kes ini ibu tidak sepatutnya memilih Karpal Singh. Masih ada ribuan lagi peguam-peguam di negara kita yang bebas politik. Kenapa ibu tidak memilih mereka ? Banyak lagi cara untuk mencari keadilan bagi keluarga ibu dalam hal ini. Kita ada Majlis Peguam, Persatuan Peguam Muslim , Suhakam dan lain-lain badan lagi. Ibu tidak sepatutnya membiarkan pemimpin-pemimpin politik pembangkang menjadikan ibu sebagai alat untuk mereka.

Ibu ,
Saya bimbang, terus terang saya katakan saya bimbang dengan tindakan ibu ini. Saya bimbang rasa simpati masyarakat kepada ibu bertukar menjadi rasa meluat. Ibu harus ingat, ibu tinggal di kawasan yang majoriti melayu dan kebanyakan melayu memang anti dengan Karpal Singh. Saya tidak mahu melihat ibu dipulau, diherdik dan diperlekeh oleh masyarakat. Itulah yang saya katakan, rasa simpati masyarakat kepada ibu bertukar menjadi rasa meluat.

Ibu ,
Ibu sebagai seorang ahli UMNO di Cawangan Sri Kayangan dalam Bahagian Shah Alam sudah tentu ibu masak dengan perangai pemimpin-pemimpin pembangkang. Mereka semua adalah politikus yang rakus. Mereka cukup rakus dengan perkara-perkara begini. Ibu percayalah cakap saya setelah mereka mendapat keuntungan untuk mereka, maka ibu akan ditinggalkan terkontang-kanting, ibarat habis madu sepah dibuang. Sudahlah pada masa ibu juga telah dipinggirkan oleh masyarakat, ditinggalkan pula oleh mereka-mereka yang rakus. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Pada masa itu kemana ibu hendak tuju ? sudah tentu kerajaan juga yang ibu cari. Tidak malukah ibu pada masa itu hendak meminta tolong kerajaan ?

Ibu ,
Dengan pegumuman oleh Karpal Singh semalam bermakna ibu melengkapkan sudah masakan kari yang cuba dimasak oleh juak-juak pembangkang sejak seminggu yang lepas. Setelah seminggu mereka bersusah payah menyediakan bahan-bahan, kupas bawang ,memerah santan , menggiling rempah, menumis sampai pecah minyak dan sebagainya, tetapi masakan mereka tidak sempurna kerana tiada daun kari. Akhirnya ibu setuju menjadi daun kari kepada mereka, maka lengkaplah sudah masakan mereka. Dapatlah mereka menjamu selera untuk mengisi perut bodoh mereka diiringi ketawa-ketawa berdekah-dekah sambil membuang daun kari ketepi pinggang. Ingat ibu, sepenting-penting daun kari dalam masakan kari, tetapi ianya tetap tidak dimakan oleh manusia. Ianya tetap dibuang ketepi. Oleh yang demikian tidak perlulah ibu menjadi daun kari.

Ibu ,
Oleh yang demikian saya merayu kepada ibu agar mengubah pendirian ibu. Sedarlah ibu bahawasanya ibu sedang ditipu oleh iblis-iblis dan syaitan yang ingin memesongkan pendirian ibu. Oleh yang demikian saya memohon maaf kepada ibu jika ibu ada terasa hati dengan surat saya ini. Saya tidak berniat untuk menyakitkan hati ibu. Saya hormat ibu sebagaimana saya menghormati ibu saya, apatah lagi usia dan cara berpakaian yang sama dengan ibu saya. Carilah peguam yang bebas politik. Jangan biarkan orang-orang politik dari apa parti sekalipun menjadi peguam kepada keluarga ibu. Ibu akan disanjungi dan disokong oleh semua lapisan masyarakat tidak kira apa pegangan politik mereka jika ibu memilih sikap berkecuali dari politik dalam hal ini.

Ibu ,
Saya ulang sekali lagi, saya tidak berniat untuk menyakitkan hati ibu, tetapi niat saya adalah untuk menyedarkan ibu. Tidak lebih dari itu. Saya kasihan melihat ibu, sudahlah kehilangan suami, selepas itu kehilangan anak tersayang pula dan sekarang digunakan pula oleh politikus-politikus yang rakus.

Sekian

Salam kesedaran penuh ikhlas
RBF
Puchong Selangor.

Perhatian : Saya merasakan yang Puan Norsiah tidak ada masa untuk membaca blog ini disaat beliau masih diselebungi kesedihan. Oleh yang demikian jika ada pembaca yang mengenali beliau dan bersetuju dengan pendapat saya, sila cetak dan sampaikan surat ini pada beliau. Bersamalah kita selamatkan beliau dari gangguan iblis serta syaitan yang setiap hari berkeliaran dirumahnya.

16 comments:

nama aku khairul said...

SALAM.....

BIARLA POLIS BUAT KERJA MEREKA, KALAU PEMBANGKANG NAK SGT KATA POLIS KEJAM PI SURUH MUSA HASSAN SUH POLIS X KERJA SEMINGGU. TENGOK APA JADI...

JUAK2 BODOH NI KATA POLIS KEJAM, JAHAT, TAK BERTAMADUN TAPI YANG BANGANGNYE KALAU ADE NAK BUAT REPOT G JUGAK KAT POLIS.. SURUH PULAK MINTAK BUAT SURUHANJAYA ... APA KE NAMA MANUSIA NI ...

KES TIAN CHUA LANGGAR STUDENT TAK DE PULAK NAK BISING, KES PEMBANGKANG BARING TENGAH JALAN HALANG SULTAN TAK DE PULAK NAK BISING...

POLITIK SYAITAN !

AKU DAH MUAK DENGAN BENDA POLITIK, SEMAKIN HARI SEMAKIN SAKIT HATI.

INGAT SENANG KE NAK DUDUK KERUSI DSN TU ?

PEMBANGKANG PENJILAT , PELIWAT SENANG LA CAKAP, PAS CAKAP SEBELUM AYAM BERKOKOK NAK BUAT HUDUD... SEKARANG HANG BERKOKOK DENGAN DAP... DASAR LIDAH CABANG !!!

NIH PASAL KES AMINULRASYID NIH... BILA AKU BACA JE MAK DIA SUH KARPAL JADI PEGUAM.... HATI AKU DAH REMUK SGT DAH... ENOUGH IS ENOUGH....

PAS ITU SYAITAN
DAP ITU IBLIS
PKR ITU IFRIT

Anonymous said...

Terima kasih kepada pihak polis kerana telah menjaga keamanan negara. Walau bagaimanapun jika ada segelintir tindakan yang dilakukan tidak mengikut peraturan kita tidak harus biarkan. Ini akan menjejaskan nama baik Polis dan Kerajaan.

Anonymous said...

Sepatutnya peguam dari Umno terlebih dahulu datang menawarkan diri.Ini bertujuan menjaga nama baik polis dan kerajaan. Kita tidak mahu disebabkan nila setitik habis susu sebelanga.

Anonymous said...

ek elleh.. pengambu umngok bodoh bangang siaaaalllll

Anonymous said...

Kematian adalah satu ketetapan Ilahi, masa dan cara kematian juga adalah dalam pengetahuanNya. Kita tidak dibenarkan meratapinya.. dan termasuk meratapi itu ialah memanjang-manjang cerita kematian, mengungkit2 cara kematian.. Redzalah pada ketentuan Nya, Dia lebih menyayanginya

pejuang melayu said...

keluarga ini sudah lingkup dah dan telah dibaptiskan menjadi sebahagian parti DAP komunis ...

mereka ini sudah tiada lagi kepercayaan terhadap UMNO dan kerajaan dek kerana kebencian tersangat melampau terhadap polis berikut kematian aminurashid .

memang betu rbf cakap , keluarga ini telah dihasut oleh iblis dan syaitan laknat dari DAP ,PAS ,PKR dan akhrinya puak ini mendapat nama menjadi pembela No 1 keluarga ini ..

aku dulu sedih sgt melihat kematian adik aminurashid ini, tetapi kini geram dan marah ekoran mereka melantik parti komunis DAP menjadi peguambela mereka ...yang peguan dari Perkasa dan GPMS ditolak , diambil pulak DAP laknatullah ini ...

oleh kerana aku benci kpd DAP syaitan ini , keluarga itu pun turut sama akan kena tempias juga kerana korang melantik mereka menjadi pembela bukannya sdr Islam lain yang ingin membantu anda..

neon burning said...

aku terharu kesudian bro rbf menulis surat ini..apakan daya aku duduk jauh di pahang, jika di shah alam nescaya sekarang juga aku cetak dan aku cari bagi kat ibu itu...
Apa2 pun aku juga bimbang simpati masyarakat bertukar menjadi meluat angkara kata ibu tu tak mahu politikkan isu ni..tapi akhirnya...

Akazi is HERE said...

salam hormat bro

pembangkang ni macam burung pembangkai!

kaki said...

sedih aku tengok mak dia ni......

last last termakan jugak pujuk rayu yang bersinarkan RM... atau adakah mencari RM disebalik semua ini? sedihnya... mengaut keuntungan diatas kesalahan diri sendiri. malang sungguh sistem keluarga ini

Anonymous said...

dah lama meluat..

Anonymous said...

salam,

aku pun dah meluat dgn mak cik ni. dah tak reti jaga anak, ni pulak nak bawak org ramai bagi benci dgn polis. puncanya dari dia. sekarang ni bersiap sedialah wahai org melayu,, makcik ni akan jadi azizah yg baru...

mat nisfu said...

Lembabnye peguam2 UMNO bertindak. Pada pendapat saya,perlantikan peguam adalah hak keluarga mangsa, tp apabila Karpal Singh dipilih,rasa simpati kami dah hilang. Peguam ni hanya nakkan publisiti murahan dan glamor je

Seruling Senja said...

Dalam kes ini, sang ibu seharusnya mencontohi apa yang keluarga Saiful dah buat. Serahkan kes ini pada pihak yang berwajib...have faith.
Bukan tidak ada dari kalangan ahli2 politik yang hendak mengepalai dan menerajui kes Saiful tapi tawaran2 ditolak dengan sopan dan tegas oleh keluarganya...alasan mereka, ini adalah kes antara 2 insan, tidak ada kena mengena dengan politik...kuatkan hati fokus pada subject dan sentiasa bertawakkal jika yakin anda dipihak yang benar dan berani berdiri diatas kebenaran..AlHaq.

Sayang seribu kali sayang...sang ibu goyang pendirian...namun masih belum terlewat untuk menukar keputusan...dan kalau boleh jangan banyak sangat keluar kenyataan di media...buat hanya bila dirasakan betul2 perlu.
Jangan sampai arwah adik Aminul "terkorban" buat kedua kalinya.
Alfatihah dan AlIkhlas (3x) buat arwah.

Anonymous said...

ckp x mau org politik masuk campur... tapi nape org politk gak yang jadi lawyer??? kenapa???....

Macam mana nak ada ketelusan didalam perbicaraan nnti???... mungkin nnti ada sahaja agenda politik yg mengganggu mahupun tersurat atau tersirat....
mungkin bermacam2 laporan akan menyusul.. konon ada ugutan dan lain2 lagi...

mcm lah dah x ada lawyer lain yg bagus2 kat malaysia nie...
yg bebas dari politik...

boyesen...

siti hajar said...

aku rasa kalau kerajaan PR yang naik nanti, diaorang memang takkan tembak sesuka hati, diaorang cuma main belakang je!

Anonymous said...

dulu aku simpati..kini aku menyampah.. al-fatihah utk arwahyarham adik aminulrasyid. semoga beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yg beriman dan bertaqwa. buat ibu,sedarlah..