Tuesday, May 8, 2012

Lagi Usaha DAP Untuk Dapatkan Undi Melayu

Lee Kuan Yew (tengah) dihari Singapura keluar dari Malaysia 9.Ogos.1965
DAP adalah serpihan kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura. Lee Kuan Yew yang merupakan pengasas PAP tidak bersetuju dengan cubaan Perikatan bertanding dalam pilihan raya di Singapura dan telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. 

Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September pada tahun yang sama.

Devan Nair selaku ahli parlimen Bangsar yang ditingalkan oleh PAP cuba menghidupkan kembali  dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai.

Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. Setelah memuhi segala syarat, akhirnya  pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan.

Lim Kit Siang yang ketika itu berkhidmat dengan Lee Kuan Yew telah diminta balik ke Malaysia untuk menjaga DAP dengan sebaiknya. Salah satu sebab utama yang membuatkan Singapura keluar dari Malaysia kerana mereka tidak senang dengan dasar keutamaan kepada bumiputra.

Di Malaysia Kit Siang, Chen Man Hin dan Goh Hock Huan berusaha bersungguh-sungguh mencari sokongan orang-orang cina bagi menghidupkan DAP bersandarkan slogan Malaysian Malaysia dan menghapuskan keistimewaan bumiputra.

Di Singapura pula Lee Kuan Yew berusaha bersungguh-sungguh mencari sokongan orang melayu yang ketika itu ramai di sana. Sokongan untuk orang cina mereka tak perlu risau kerana telah terjamin. Yang mereka perlukan adalah sokongan melayu.

Semua orang tahu Lee Luan Yew anti melayu dan bumiputra, dan kerana sebab itulah terkeluarnya Singapura daripada Malaysia. Tetapi demi kerana untuk mendapatkan undi melayu Kuan Yew akan melakukan apa sahaja.

Dalam satu kempen pilihanraya di perkampungan melayu sebaik sahaja Singapura terpisah dari Malaysia, Kuan Yew turun berkempen dengan memakai songkok diatas kepalanya bagi menunjukkan dia tidak anti melayu. Lalu ianya disambut dengan penuh rasa teruja oleh orang-orang melayu Singapura pada ketika itu.


Malah ada orang-orang melayu Singapura pada ketika itu yang berkata mereka sanggup berketuakan kafir seperti Lee Kuan Yew dari berketuakan melayu bangsat seperti Tunku. Kini setelah 50-60 tahun berlalu kita semua dapat saksikan apa yang terjadi kepada melayu disana hari ini ?

Jika di Singapura dulu ada melayu yang kecam Tunku dan angkat Kuan Yew ,kini di Malaysia itu pun berlaku juga. Lihat video dibawah.


Kerja keras Kit Siang, Chen Man Hin dan Goh Hock Huan di Malaysia 50-60 tahun dulu telah hampir berjaya. Sokongan kaum cina di Malaysia tidak menjadi masalah lagi kepada mereka sepertimana sokongan yang parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew dapat di Singapura dulu. Untuk mencapai kejayaan cemerlang DAP memerlukan undi melayu.

Maka DAP akan lakukan apa sahaja untuk mendapat sokongan melayu. Masuk Masjid, surau, baca Quran, baca hadis dan sebagainya. Lebih malang lagi ada juga melayu-melayu Malaysia hari ini yang sanggup menjadi alat DAP bagi menjayakan usaha halus mereka menguasai bumi Malaysia.

Jika dulu Kuan Yew sanggup pakai songkok masuk ke kampung-kampung melayu untuk mendapatkan undi melayu, kini di Malaysia ada pemimpin laknat DAP yang sanggup pergi duduk dicelah-celah orang islam untuk mendengar kuliah agama semata-mata nak dapatkan sokongan melayu.

Kota Bharu 4.Mei.2012
Di Singapura mereka telah berjaya, adakah kita nak benarkan mereka mencapai kejayaan di Malaysia pula ?

Apakah kita nak rasa apa yang dialami oleh melayu Singapura hari ini ? 

Tepuk dada tanya selera.....

23 comments:

Anonymous said...

melayu mudah lupa...

Anonymous said...

Melayu PAS cakap...ada ku kesah?

Anonymous said...

bangsa melayu ni bila tak dah terantuk baru nak terngadah...

Anonymous said...

Bodoh melantun-lantun puak PAS ni..yg melayu kat bawah tepuk tangan ikut sama bodoh piang.

To Live Again said...

RBF,

Bagi sy dlm bab ni kelemahan umno pmpinan PM tido PAK LAH la yg menjadikan apa yg terjadi pd hari ni..

Selepas peristiwa 13 may, org cina menyaksikan sndiri bagaimana melayu berastu dn bangkit dlm mempertahankan kedaulatan bangsa melayu dgn mengundi penuh BN yg ditunjangi umno.

Oleh kerana takut Malaysia diperintah oleh MELAYU@UMNO sepenuhnya, mereka terpksa mengundi umno kerana bimbang tiada wakil mereka yg mampu menyuarakan kepentingan kaum cina di dalam kabinet.

Situasi ini berterusan dan bertambah kuat bila Tun M mengambil alih pemeriuntahan negara.Kerana Tun M lgsg tidak memberi peluang puak2 cauvanis utk membuka mulut menyuarakan perkara yg melampaui PERLEMBAGAAN yg jika tidak dibirakan boeh membakar perasaan cina sekaligus meraih sokongan mereka.

Tapi bila muncul Pak Lah, dgn konsep KEBEBASAN BERSUARA MUTLAK yg kononnya menjadi ciri2 MASYARAKAT NEGARA MAJU telah mengubah dn menghancurkan segala yg dibina oleh kepimpinan terdahulu.

Kini pelbagai kumpulan pelampau muncul dlm pelbagai medium bukan saja politik tetapi merangkumi NGO spt SUHAKAM,SUARAM,TRANSPERANCY,BAR COUNCIL, DONG ZHONG dll yg dgn terang dn terbuka membangkitkan semua perkara yg selama ini terungkai rapi atas nama KONTRAK SOSIAL!

Anonymous said...

AKU HENSEM

Hopefully akan ada lebih banyak video sex dari parti PAS pula

PAS terpaksa dimusnahkan sampai ke akar umbi disebabkan pengkhianatan mereka kepada TANAH MELAYU

Anonymous said...

Pemimpin UMNO pun tk sampai ke tahap tu...

sel13 said...

Video Panas Pelancaran Bersih Di Bangkok
http://sel-13.blogspot.com/2012/05/video-panas-pelancaran-bersih-di.html

Anonymous said...

Satu lagi modus operandi DAP ialah, berbuat baik dengan TGNA kerana mereka tahu jika hati TGNA dapat ditawan maka penganut PAS akan menyokong mereka juga. Peace.

akuantiPAKATAN.

Anonymous said...

Yang paling penting kepada PAS ialah kejatuhan UMNO. Jika UMNO jatuh, jatuhlah BN. Sebab itu mengangkat dan memenangkan DAP umpama kemenangan ISLAM untuk PAS. Jika DAP naik, naiklah PR dan juga PAS. Itulah sentimen mendalam yang tertanam dalam hati setiap penyokong PAS dan PKR.

Anonymous said...

Biarlah puak Pas yang pekak tu beriman kepada Nik Aziz dan Ambiga. Kita yang cintakan kedamaian dan keamanan dalam negara ini awal2 dah tahu siapa yang nak kita angkat menjadi kerajaan di Putrajaya pada PRU 13 nanti.

Haram bagi kita untuk memilih puak yang suka buat rusuhan dan huru hara.

Anonymous said...

Saya setuju dengan To Live Again.

Semua yang berlaku sekarang adalah berpunca semasa kepimpinan Pak Lah. PM Najib pula bersusah payah & sukar untuk menarik semula keyakinan orang Melayu terhadap UMNO.

Untuk makluman, ada orang Melayu yang bercakap...bukan tak sokong UMNO tapi kalu sokong PR sekurang2nya dapat gak air percuma. Kalu masa BN dulu apa yang dapat....semua nak naik?

Ini menunjukkan rakyat memerlukan ihsan atau keprihatinan kerajaan walaupun ianya tidak seberapa.

Mudah2an dengan adanya BR1M, Klinik, Kedai rakyat dan pelbagai lagi akan menarik semula rakyat untuk menyokong UMNO.

Anonymous said...

NAJIB PLAK ADA ATUNTUYA

ADA SCORPION
ADA ROSMAH
ADA CINCIN24 juta

ADA CINA MAMPUS KAT SPRM
ADA C4... tu yg payahkan ....berterus terang lah wahai BoNgok..

AHMAD said...

siapa ya yg serahkan singapura begitu je, pengkhianat betul

AHMAD said...

siapa ya yg serahkan singapura begitu je, pengkhianat betul

Anonymous said...

Puak2 pas ni mungkin sampai ke tahap sanggup bagi pinjam kopiah kepada penceramah2 DAP yang berceramah dipentas PAS.
Persoalan yg timbul,mengapa DAP kemarok berceramah dipentas PAS?

Anonymous said...

Politik lah punca nya,pecah belah dlm agama islam..org islam samgup perbodohkan diri demi,politik..,padahal islam itu benar,kalau kita berpegang od alquran dan sunah.takakan jadi mcm ni. Begaduh sesama sendi demi potitik sampai dah lupa asal agama uslam itu sendiri....bodoh...,itu yg boleh diperkatakan...,org kafir tepuk tagan...,tak kan bagang namenye tu...,

Anonymous said...

"siapa ya yg serahkan singapura begitu je, pengkhianat betul?"

1. Siapa pulak yang bekerjasama dengan serpihan rejim PAP (DAP) untuk meleburkan Malaysia, pengkhianat betul?"
2. "Siapa pulak memperdagangkan kalimah Allah begitu sahaja, pengkhianat betul?"

akuantiPAKATAN.

Anonymous said...

puok puok penganut PAS ... pakai prinsip " kambing boleh terbang :
" mereka beranggapan hanya puak puak dia sahaja yang BETUL dalam menperjuangakan ISLAM ...

Anonymous said...

"Bagaimana Umno sebagai seorang manusia tolak agama Allah Taala. Bila tolak Islam ganti dengan Melayu, ertinya Umno tolak Allah, tolak Nabi Muhammad, tolak Islam. Macammana Umno ni. Duduk atas muka bumi Allah tapi tolak agama Allah?" - Nik aziz

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/3521-letih-sekadar-nak-lawan-umno-boleh-sangatlah

tolak islam, Allah, nabi Muhammad bererti kafir.

harini nik aziz kata dia tak pernah mengkafirkan umno.

Anonymous said...

nnt dia orang kata..PIS telah berjaya mentarbiahkan DAP wooo...

Anonymous said...

Salah satu usaha dakwah yang bagus oleh PAS hinggakan DAP sanggup untuk mendalami agama Islam. Semuga memberi hidayah kepada mereka

Pernahkah UMNO cuba berdakwah dengan MCA & Gerakan begini????????

Anonymous said...

nik aziz peluk Lky .bini Lky mati
dia lawat, orang melayu singapura
pun tak buat gitu.
ethnic cleasing tak macam Bosnia,
cukup dengan mengimport cina dari
cina .