Monday, May 21, 2012

Isu Muzakarah: Sebiji Dari Khaled Nordin Tepat Ke Atas Muka Pas

Dalam ramai-ramai pemimpin Umno atau menteri dalam kabinet Datuk Najib, antara mereka yang paling kurang bercakap politik adalah Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin.

Boleh dikatakan jarang beliau bercakap pasal-pasal politik atau serang menyerang parti lawan. Bercakap pasal kementeriannya atau pasal kerja, itu biasa...

Baru-baru ini pun apabila budak-budak mahasewel kalungkan bunga pada gambarnya , dia tidak melenting atau mengecam budak-budak sewel tersebut.

Kebiasaannya orang yang pendiam  atau yang tak bercakap banyak mereka tak pedulikan orang lain. Mereka hanya tahu buat kerja mereka sahaja. Tetapi....tetapi....jika sekali mereka buka mulut, fuhhhhhhhh....pedihnya terasa sampai ke tulang sum-sum.

Begitulah juga dengan Khaled Nordin.....

Orang serang Anwar, orang serang Pas, orang serang DAP, orang serang apa sahaja tentang musuh, hatta orang serang dia sendiri sekali pun dia tidak peduli atau jadi tukang serang atau serang balik. Yang dia tahu Universiti, mahasiswa, AUKU, PTPTN dan yang lain-lain yang berkaitan dengan kerjanya.

Tetapi bila sekali dia buka mulut bagi sebiji kepada Pas hari ini, ternganga aku dibuatnya....

Terkejutnya sampai saya kena buat posting ini malam ini....

Di twitter @khalednordin , malam ini beliau ulas pasal isu muzakarah yang dibangkitkan oleh Pas sejak seminggu yang lepas.

Ayat Khaled Nordin ringkas sahaja, tetapi pedihnya menusuk beb....

Katanya,


 "Cadangan muzakarah bukan untuk UMNO tapi untuk menakutkan rakan Pakatan yang lain! "

Tu dia......

Betullah tu apa yang beliau kata....hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba Nik Aziz dan Haji Hadi buka mulut pasal muzakarah dengan Umno minggu lepas.

Sedangkan sebelum ini satu dunia telah tahu yang Pas menolak sekeras-kerasnya sebarang kerjasama dengan Umno.

Seperti yang Datuk Seri Khaled Nordin kata, tujuan mereka adalah untuk menakutkan DAP dan PKR......Tapi guna nama Umno untuk gempak dua parti itu.

Cuba anda perhatikan isu muzakarah ini muncul bila ?

Ianya muncul selepas beberapa kali kenyataan keras Karpal Singh dua minggu lepas yang menolak hukum hudud dan meminta Haji Hadi berhenti bercakap bagi pihak pak-khatan rakyat. Lihat di sini

Kerana nak tunjuk kepada DAP yang mereka (Pas) juga mampu mengecutkan telur DAP , lalu diadakanlah isu muzakarah oleh Pas sendiri dan nama Umno dieksploitasikan. Lihat di sini dan sini

27 comments:

Anonymous said...

ada benarnya....Pas tertekan kerana terpaksa menerima konsesus bahawa hudud tidak dilaksanakan sekiranya PR berjaya menawan putrajaya...

teringat kata2 ketua dewan ulamak Pas yang berbunyi..kalau tidak dapat melaksanakan bersama gabungan hari ini, mungkin dapat bergabung dgn pakatan yang lain pula...

maka selepas perjumpaan dgn anwar dan DAP...presiden Pas terus dendang sedia bermuzakarah dgn sesiapa sahaja termasuk UMNO, perencahnya adalah nik ajis...tapi ingat siapa yang menentang idea kerajaan perpaduan?...orang2 disebalik idea kerajaan perpaduan semuanya dah diterajang dari hireiki Pas...

tinggal presiden Pas sahaja....namun mereka adalah binatang politik yang tidak mengnal haram dan halal.....apa sahaja demi kuasa..itulah PAS

Anonymous said...

orang cam khalid nordin ni dipanggil diam2 ubi berisi.
selama ni pas yang kecut telur dengan dap.sekarang dia pula nak kecutkan telur dap.persoalannya, MAMPUKAH ????????????

TERATAK BISU said...

pencerahan yang menarik dari tuan..
mohon untuk share ye.. :)

Anonymous said...

Tak perlu bermuzakarah. Tak ikhlas nampaknya. Tetiba je. Dulu kes perpaduan Melayu ditolak. Tak perlu. Kalau mau pun biar selepas PRU13. Kita lihat PAS kena kencing dulu.

Tak setuju bermuzakarah dengan PAS ketika ini.

Kalau Hadi boleh ugut DAP dan PKR dengan cara budak-budak, hentikanlah.

Dudukkanlah berapa banyak kerusi untuk calun-calun Cina dalam PAN-MALAYSIAN ISLAMIC PARTY atau Parti Islam SeMalaysia...kalau menang jangan menyesal.. akan jadi katak DAP.

-biasalah

Anonymous said...

Kalau tak jadi katak DAP mungkin... jadi barua DAP. Ape la jangan letak otak kat lutut.

Anonymous said...

Nik Aziz nak perlekeh UMNO, suka2 dia timbulkan isu 'muzakarah' dulu pakai isu 'perpaduan', dan dia sebenarnya nak bagi UMNO syuk sendiri sahaja.
Bsgi saya UMNO kena berhati2 dgn 'trick' org tua ni....;
1. Dia nak 'neutralised' kan sokongan rakyat Kelantan agar berprsepsi seolah2 kalau sokong PAS pun serupa macam sokong UMNO/BN, so, tak jadilah BN nak tawan Kelantan.
2. Dia nak gunakan isu ni dgn meletakan pelbagai syarat untuk bermuzakarah, dimana akhirnya sekiranya UMNO menolak cadangannya maka dia akan timbulkan pula isu, bahawa UMNO enggan bermuzakarah dgn PAS kononnya kerana UMNO tidak Islamic.
Karutlah puak2 PAS ni....

Anonymous said...

parti yang sudah hilang arah mana yang kafir dan yang mana bukan. Kecuali dia,lain kafirlah padanya.

Anonymous said...

al nikko de wooden sandal...tuk tuk tuk tuk tuk tuk tuk

poyo said...

ala...kan umno jugak yg ajak muzakarah, kononnya untuk menyatukan islam..

Akmal said...

Anonymous May 21, 2012 1:33 AM:

Betul2, terutamanya poin nombor 2... dulu pun gitu jugak...sama je...pusing-pusing balik, yang nak disalahkan tetap jugak UMNO...

Anonymous said...

Penyokong PAS tetap berkeyakinan Negara Islam akan tetap dilaksana dan Hudud akan dijalankan. Slogan ABU (Asal Bukan UMNO) menunjukkan buat apa muzakarah ini ditimbulkan jika bukan untuk mengeksploitasi UMNO seperti yang dinyatakan oleh Dtk Khalid.

Jadinya Negara Islam dan Hudud boleh dilaksanakan jika ABU. Makanya teruskanlah kerjasama PAS dengan DAP yang akan terus menyokong dan menjaga syiar Islam pada masa akan datang. Tahniah PAS.

Anonymous said...

May 21, 2012 8:11 AM...

Teringat cite melayu lama....MAT JENIN...teruskanlah mimpi yg indah2 tu yea...org mcm anda x perlu di perbetulkan lg...andalah golongan yg terlebih cerdik daripada org lain...so truskanlah bermimpi...nak saya dodoikan supaya lebih lena?

Anonymous said...

tp, ape kejadah nik aziz letak syarat muzakarah kena bawak bersama DAP and PKR?

Anonymous said...

Pemimpin2 PAS hari ini amat lemah. Mereka lebih bergantung kepada DAP. Tanpa DAP, PAS akan 'mati'.PKR hanya sebagai pelengkap kepada PAS kerana PKR dijangka tidak mampu mempertahankan kedudukan mereka selepas PRU13 kelak.
Tektik PAS untuk menakut2kan DAP tidak mungkin berkesan kerana DAP jauh lebih kuat dari PAS walau pun PAS jauh lebih tua dari DAP.
Pemimpin2 PAS sendiri tidak sehaluan dalam isu 'muzakarah' dengan UMNO. Ada yang nak ada yang taknak.
PAS tidak pernah ikhlas dalam tindakan2kan mereka. Sampai bila2 pun PAS tidak akan ikhlas. PAS dalam keadaan 'gila'.
Kesimpulannya TIDAK perlu melayan orang gila.

tokgaru said...

Korang jangan tersilap. Nik Aziz bukan ajak Umno muzakarah tetapi dia ajak Umno muzakarut.

Muzakarah tak perlu letakkan syarat. Muzakarut wajib kena letak syarat .. baru lah jadi.

Syarat Nik Aziz ni sampoi saja, kalau Umno setuju terima DAP dan PKR, haa orang melayu boleh bersatu .. kita Umno dan Pas boleh muzakarah.

Tapi Umno kata, syarat tu berat sangat, nak bina jambatan emas dari rumah Nik Aziz di Pulau Melaka ke Putrajaya, Umno sanggup atas nama perpaduan melayu dan islam. Tapi nak beri semangkok darah orang Umno kepada Pakatan Rakyat, Umno kata kita tak muzakarah pun tak apa kerana Nik Aziz sebenarnya hanya nak bermuzakarut dengan Umno saja.

Karut lah Nik Aziz ni ... pun orang Pas masih duk panggil Tok Guru lagi.

Aku tak mahu panggil dia Tok Guru Nik Aziz tapi aku nak panggil dia sebagai Tok Karut Nik Aziz .. amacam sesuai kan ???

Anonymous said...

guna nama umno utk takutkan pkr dan dap. logik jugak. tambah lagi dap, kecut gila beb jika umat melayu islam bersatu..nak lawan umno+pas memang depa kecut. la ni pas dah jadi anjing suruhan, depa dah besar kepala. so masih nak berpecah belah? suka hati korang laaaaa..

Anonymous said...

Bila parti bertunjangkan Islam tapi tak yakin dengan Allah inilah jadinya. Mereka harapkan sokongan manusia lebih dari keyakinan kepada Allah untuk membantu. hatta mereka rela kelihatan dayus untuk mencari sokongan manusia. Allah terus menghinakan parti sebegini apabila ulamak ditolak dari mengepalai parti yang bergelar Islamik. Apa ertinya parti Islam kalau Ulamak tidak diangkat menjadi pemimpin tertinggi dan Allah tidak ditakuti, kuasa dan pangkat lebih diminati, yang pembohong lebih banyak dari berbakti, bila kena sergah sikit dah kecut hati, nak tunggu apa lagi, pegilah semadi.....

Anonymous said...

BETOLLLLLLL...Nik ajis ni tak bodoh..Dia nak guna UMNO sebagai "pengeras',sebab dah lembik..So,jangan termakan cakap nik ajis..muzakarah hotak dia..betulkan balik apa yg dia rosakkan selama ni..penghasut dan pemecah bangsa melayu..undi PAS masuk syurga la,masjid 2 imam la,Dia bertaraf nabi la,Dia ulamak tersohor la,Org PAS yg taksub laa,UMNO kafir la,Kawin imam org UMNO tak sah la,..mcm2 dia rosakkan..pergi cantum balik minda2 melayu yg rosak ni dulu..baru dtg muzakarah...ini syarat dari UMNO sepatutnya la....

Anonymous said...

nik ajiz ketua ajaran sesat menggunakan nama islam demi nafsu politik..

kalu nik aziz bertanding satu kerusi dgn karpal..aku akan undi karpal..

sbb karpal berprinsip and hold to it in any situation..

nik ajiz cakap tak gapola ..negara kebajike pung ok jugok..asal buke UMNO..

kihkihkih

Anonymous said...

Dah nak terlingkup sebok nak bermuzakarah...nak berpaut pada UMNO...jgn layan buang masa je

Anonymous said...

PAS DAH TAKDA IDEA LAIN TU... HAHAHAHA

Anonymous said...

nama nik aziz ni pada aku...sudah tiada harga lagi......lupakan dia......ibarat dia sudah tiada...aku haraf wartawan2 jangan lah temui orang ini untuk apa apa komen.....kerana komen tetap -ve....dan tidak mempunyai nilai....

Anonymous said...

Aduhai kaum pas. baru nak sedar dari bermimpi. org dah naik bulan turun bulan, dia baru nak berangan nak naik bulan. you are hopeless nik aziz. just let him go for good..rustcle...

Anonymous said...

Tan Sri ni memang lemah & lembab. Macammane dia jaga kementerian pengajian tinggi, sampai gajipensyarah-pensyarah universiti lebih rendah dari Che' Gu terutamanya yang sekil DM41. Tolong ambil tindakan segera. Che'Gu dapat naik pangkat & gaji dari sekil 41 ke 44 berdasarkan time based, pensyarah habok pun tarak. Ingat, ramai pensyarah2 tak puas hati, pilihanraya dah dekat!!!

Anonymous said...

anon 2.13,
kalau dia tu lembab ko tu lagi bahlol dan lembab. pensyarah2 tu bukan k/tgn kerajaan. diorg tu suma dr badan berkanun. maka tanggungjawab U masing2 la nak offer gaji mcm mana. bab nak kebebasan akademik, ideologi korang sibuk taknak campurtgn kjaan. tp bab gaji laju je cr tgn nak pulas. dasar anjing tersepit! dahlah ranking2 U kat msia ni hampeh ada hati nak mintak naik gaji. lps tu sibuk hasut budak2 kat U rebel. kalau pensyarah kencing berdiri dah tentu budak U pun kencing berlari. bodoh!

jentayu

Anonymous said...

"Tan Sri ni memang lemah & lembab. Macammane dia jaga kementerian pengajian tinggi, sampai gajipensyarah-pensyarah universiti lebih rendah dari Che' Gu terutamanya yang sekil DM41. Tolong ambil tindakan segera. Che'Gu dapat naik pangkat & gaji dari sekil 41 ke 44 berdasarkan time based, pensyarah habok pun tarak. Ingat, ramai pensyarah2 tak puas hati, pilihanraya dah dekat!!!

May 22, 2012 2:13 PM "
-----------------------------------
Yang ini pensyarah dari mana pulak?
Pensyarah poly atau kolej komuniti kot. Baru grad, jadi pensyarah nak DG44 ke? Hulamakkk!!

Anonymous said...

"tp, ape kejadah nik aziz letak syarat muzakarah kena bawak bersama DAP and PKR?

May 21, 2012 10:02 AM "
----------------------------------
Tuan,
Mudah je...
Mungkin Nik Aziz nak tunjukkan pada Lim KIt Siang dan DAP cara-cara orang2 Islam membersihkan "kolop". Sementara itu nak ajar ketua2 LGBT dalam PKR bahawa kegiatan mereka lebih teruk dari haiwan.

hehehe