Wednesday, May 9, 2012

Wan Azizah Salah Seorang Dalang Untuk Bunuh Karier Politik Azmin ?

Terus terang saya katakan, setiap kali saya menonton video dibawah air mata saya akan menitis. Terutamanya pada minit 2.10 dan minit 8.05 yang betul-betul menyentuh perasaan.  Kata Mak Tom dari kecil beliau bersama suaminya mendidik anak dengan secukupnya, kemudian bila dah besar-besar lain jadinya.

Mak tom sudah habis ikhtiar untuk menyatukan anak-anaknya sebelum beliau memejamkan mata. Akhirnya beliau terpaksa muncul dalam media untuk meluahkan apa yang terbuku dihatinya sekian lama.

Namun apa yang mengecewakan apabila penyokong-penyokong pak-khatan rakyat sanggup menghemburkan pelbagai kata-kata nista dan hina kepada ibu tua tersebut yang berjuang untuk memastikan anaknya yang dididik sejak kecil kembali ke pangkal jalan.

Malah ada yang sanggup berkata ibu tua tersebut sebagai pelacur di zaman Jepun. Sehingga ke hari ini Azmin sendiri tidak pernah melarang atau menasihat penyokong-penyokong pak-khatan supaya jangan menghina ibunya.


Sebaliknya Azmin yang menjadi punca ibunya dihina kerana dia menuduh apa yang dilakukan oleh ibunya adalah kerja Umno. Dia sendiri yang merendahkan martabat ibunya. Kemudian keluar kenyataan kata dia selalu mendoakan ibunya. Tidak ada ibu dalam dunia ini yang gila yang sanggup dirinya diguna untuk mengaibkan anak sendiri. Tetapi ada abang yang sanggup bawa lelaki dan kemudiannya suruh lelaki itu mengaku kepada umum yang dia telah meniduri dan melakukan hubungan seks dengan adik perempuannya.

Puak-puak pembangkang tetap menuduh Umno disebalik apa yang Mak Tom lakukan.Bagi saya pula , saya nampak PKR di sebalik itu semua. 




Mak Tom muncul dikaca TV pada hari Sabtu malam Ahad, dan orang yang pertama mengulas pasal isu itu pada hari Ahad bukannya orang Umno, bukan orang Pas, bukan orang DAP, sebaliknya Presiden PKR.

Selalunya jika ada apa-apa musibab yang berlaku keatas puak-puak mereka kebiasaannya mereka bersepakat menepis dan menuduh Umno. Tetapi apa yang Presiden PKR lakukan kali ini lain macam. Dia tidak tepis, dia tidak tolak, dia tidak kata itu kerja Umno , sebaliknya dia sendiri yang minta Azmin pergi ziarah ibunya. Itu beerti apa yang dikatakan oleh Mak Tom, apa yang disiarkan TV, Mingguan Malaysia dan lain-lain semuanya benar dan bukan fitnah dari Umno. Apa lagi nak dikatakan jika Presiden PKR sendiri telah mengesahkan ?


Laporan dari freemalaysiatoday.com
SHAH ALAM: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihati Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali agar menjalankan tanggungjawab sebagai anak untuk menziarahi ibunya yang kini mulai melahirkan rasa kecewa terhadap pemimpin kanan parti tersebut.

Menurut Wan Azizah beliau sentiasa bertemu dengan ibu Azmin, Che Tom Yahaya di rumah wanita terbabit.

“Eloklah sebagai anak dia (Azmin) pergi melawat dan ziarahi ibu dia…itukan tanggungjawab anak. Saya biasa jumpa ibu Azmin dirumah dia sendiri,” katanya ketika ditemui di majlis Makan Malam bersama Pemimpin Pakatan Rakyat di i-City malam tadi.

Wan Azizah sendiri mengakui dia SENTIASA bertemu Mak Tom. Maknanya Wan Azizah telah tahu semua cerita dan tidak mustahil sekiranya Wan Azizah yang mendorong Mak Tom muncul di media.

Untuk tujuan apa Wan Azizah sentiasa bertemu ibu Azmin ? Mak Tom bukannya Ketua Wanita PKR, bukan AJK PKR dan bukannya besan Wan Azizah ?

Dan persoalan yang paling besar sekali kenapa Wan Azizah dengan begitu cepat mengesahkan apa yang dilaporkan oleh media yang selama ini mereka cop sebagai media-media Umno adalah betul ?

Sepertimana yang saya katakan minggu lepas berhubung rakaman video skandal Azmin, satu gerakan cara halus sedang dilakukan oleh orang-orang PKR sendiri untuk menjatuhkan Azmin. Tidak mustahil Wan Azizah adalah salah seorang dalangnya. Kenyataan Wan Azizah tentang ibu Azmin sudah cukup untuk membunuh Azmin. Tindakan Wan Azizah selalu berjumpa dengan ibu Azmin juga perlu diragui. Apa yang beliau cari dengan ibu Azmin ?

10 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

AKU FIRST!!!!!!!!

Anonymous said...

Ada orang kata kat aku...

Bagi duit settle...melayu senang kena beli.
Betul ke??

Brahim Nyior said...

Sebagai seorang anak yang sudah ketiadaan ibu, saya secara peribadi menasihatkan Azmin, agar memohon maaf kepada ibunya segera, demi masa depan dan rahmat Allah untuknya.

Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya, kata peribahasa Melayu yang membawa maksud, Azmin tidak akan dipandang hina jika berbuat demikian, sebaliknya imejnya akan kembali pulih.

Selagi Azmin tidak berbuat demikian, selagi itulah juga ibunya akan dituduh pelbagai gelaran oleh penyokong dan juak-juak Azmin yang biadab dan kurang ajar..

Anonymous said...

Bro.

Maksud dia biasa berjumpa tu bukan sentiasa jumpa tapi pernah jumpa. Kalau ikut bahasa utara la. Biasa tu maksudnya pernah.

Anonymous said...

kesian,gara2 video jamban le smpai jd cmni.. Si azmin taknak wat report ke atau dah upah james bond utk siasat sndiri? heran...

Anonymous said...

Ingat .. janji ALLAH tetap BENAR .. kita tunggu KESUDAHANNYA ...

Anonymous said...

Saya berpegang kepada 'Redha Allah adalah diatas redha ibu dab bapa'. Kalau dihayati isu Azmin ini ia melibatkan dan menyentuh soal2 kekeluargaan. Biasa soal yang melibatkan keluarga sebolehnya ditutup rapi dari pengetahwan umum. Tetapi dalam kes Azmin ini ia telah bermula lama. Ini bermakna sudah terlalu ibu Azmin memendam rasa. Selama ini Azmi hanya memekakan telinga. Tetapi apabila ibu Azmin sendiri sudah tidak redha dengan perbuatan Azmin, sepatutnya Azmin insaf sebelum terlambat. Tetapi nampaknya Azmin memilih untuk menjadikan ibunya sendiri sebagai sasaran penghinaan oleh pengikut2nya.

Mustaqim Abdul Rahman said...

setuju bro melayu senang kena beli...bagi duit bini pun dia gadai....

tapi kalau ko org melayu ko pun tahu......walau banyak mana duit pun seorang ibu melayu takkan jual anaknya melainkan anaknya masih kecil itupun kerana diri dia xmampu...

tapi kalau mak ko lain dari apa yg aku sebut maka tahulah aku ko bukan melayu...kalau ko melayu mak ko pasti takkan jual ko walau apa jua terjadi

V said...

 JOM MENONTON ,BERNAMA TV TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv ,emastv,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis ,Astro Box Office Movie ,hbo movie,star plus,national geografi,net geo, discovery channel ,AXN BEYOND HD,Bloomberg Tv,Cinamax,dan banyak lagi  DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html  menonton secra percuma tak perlu daftar dan x perlu bayar
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offline,Terdapat juga pelbagai siaran radio dan tv dari pelbagai negara di sini live hanya untuk anda,terdapat juga pelbagai siaran telivisi dan radio online indonesia di sini..

Anonymous said...

oi azmin, kalau engkau betul anak jantan pegi ajar orang yang menghina mak engkau dalam facebook tu!

do you give him the right to say such dirty words to your mum?