Thursday, May 10, 2012

Bapak Kafir: Pas Melompat Bagai Kera Kena Belacan


Marah bebenor penyokong PAS bila bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor memberi gelaran kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat sebagai 'Bapak kafir' berikutan kenyataan terbuka Nik Aziz yang mewajibkan orang awam menyertai rusuhan bersih 28 April. 

Kenyataan Rahim itu berkait rapat dengan reaksi negatif Nik Aziz yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan haram bagi umat Islam menyertai atau menyokong demonstrasi yang impaknya buruk terhadap ketenteraman - termasuklah rusuhan bersih 28 April.

Dalam kenyataannya sebelum ini, Nik Aziz menganggap semua anggota Jawatankuasa Fatwa telah membuat kesilapan kerana melihat isu rusuhan bersih 28 April hanya dengan sebelah mata - satu penyataan yang sengaja memperlekehkan kelayakan para Ulama yang emnganggotai jawatankuasa tersebut. 

Apabila Rahim tiba-tiba tampil ke depan menemplek kembali kenyataan Nik Aziz itu, memang termanggu seketika penyokong PAS dibuatnya. Sampaikan Nik Aziz sendiri yang selama ini amat gemar komplen sana sini mempertikaikan akidah dan tahap ilmu orang lain pun kelu lidah tak mampu komen apa-apa. 

Mungkin melihat Nik Aziz terpana seketika dengan tujahan keras tepat atas dahinya itulah mendorong penyokong PAS dan ramai pimpinan PAS yang lain cuba cover malu yang terpalit atas dahi Nik Aziz. 

Walhal sebenarnya ramai kalangan mereka hanya baca tajuk sahaja dan tak mustahil sebahagian besar yang lain hanya mendengar dari pihak yang ketiga. Rupanya penyokong dan pemimpin PAS tahu juga apa rasanya bila telinga panas dan rasa marah serta geram bila kena tujah atas dahi oleh orang lain. 

Sebelum ini tatkala penyokong UMNO dikafirkan dan dipersenda akidahnya oleh pemimpin PAS, ada pernah orang PAS ambil kisah? 

Bila Nik Aziz memuliakan syaitan sebagai kawan semata-mata untuk menghalalkan hubungan PAS dengan kafir harbi DAP, ada orang PAS terfikir untuk menegur keterlanjuran kata Nik Aziz? Jawabnya tiada... 

Sebabnya?... Kerana hati nurani penyokong PAS sudah hitam kelam dan buta tuli mengiakan saja dengan segala macam ucap keji dari mulut Nik Aziz sekalipun tahu hakikatnya Nik Aziz hanyalah seorang politikus yang mencari duniawi dengan menjual agamanya. 

Walaupun penulis tidaklah bersetuju sepenuhnya dengan kenyataan Rahim menganggap Nik Aziz adalah BAPAK KAFIR (Father Of Kafir) namun sekali sekala ada orang dengan selamba saja balun Nik Aziz elok juga, kena pula yang membalun itu non-politician memang cair tahi telinga penyokong PAS dibuatnya.




Tulisan sumbangan Beruang Biru

32 comments:

Anonymous said...

bagi aku nik ajis bukan kafir..aku tak setuju dgn kenyataan itu..

bagi aku nik aziz adalah BAPAK kepada AJARAN SESAT..

AJARAN SESAT lagi bahaya dari KAFIR kerana ia menggunakan ISLAM demi kepentingan peribadi dan menjatuhkan maruah agama Islam dimata org KAFIR..

SELAYAKNYA NIK AJIZ DIGELARKAN SBG BAPAK KEPADA KETUA AJARAN SESAT DIMUKA BUMI INI>>

Anonymous said...

Sbnrnya aq pon xsuke kafir mngkafirkn org len... tapi oleh krn org tua ini dah trlalu sgt n suke mngkafirkn n mnyumpah seranah org2 yg xsehaluan ideologi dgn dia makanya aq kira LANTAK LA korang nak kafir kan die ke, nak SESATKAN dia ke..suke ati korangla...

Cume semoga slps ini penganut agama PAS hendakla brfikir jutaan kali sblm menudoh n mngkafirkn org len...krn kalo tudohan xtepat, maka akhirnya tudohan itu kembalila kediri korang n puak korang..

Anonymous said...

Nik Ajis pernah kata dia bukan orang Melayu, oleh itu kenapa lah orang Melayu PAS ikut dia. Kita berbangga menjadi orang Melayu tetapi dia kata dia bukan Melayu. Mungkin dia fikir dia orang Arab kacukan, keturunan Khawarij yang memang bukan orang Melayu. Bukan pun Arab kemungkinan Turki campur yakjuj makjuj kot??

Kita orang Melayu mesti bersatu dalam UMNO demi persaudaraan Islam.

Jokiden said...

Selama ini atas rasa hormat orang pada dia, wp ramai yang tahu dia selalu mengarut, maka segala kenyataan dia orang telan je. Sebab itu dia jadi pakar rujuk. Namun akhirnya Allah akan bagi kekuatan pada insan lain menyanggah beliau. Masa tu baru org2 macam taliban ni ternganga.

Selama ni ulamak UMNO tidak mahu mengeruhkan keadaan, tetapi sebenarnya ramai yg tahu bahawa Nik Aziz ni lebih ke politik.

Puak mereka ni terguling-guling seronok apabila setiap kali Mufti Perak diperlekehkan, sekarang rasakan pedihnya bila terkena batang hidung sendiri.

Kalau ramai orang macam Tan Sri Rahim dan Datuk Ahmad Said MB Terengganu tu yang berani tampil, pemimpin PAS akan lebih berhati-hati dan tidaklah bercakap ikut sedap mulut je.

Pada tahun 1998 Allah telah memberi kekuatan kepada Tun M untuk memecat UMNO, nyata Tun berada dipihak yang benar,

Grand Marquis said...

Untuk yang nak tau pasal pengkafiran UMNO ni boleh baca balik yang ni

http://g-82.blogspot.com/2009/04/kenapa-aku-benci-umno.html

Ini pure totok ustaz pas

Anonymous said...

Selagi Kerajaan UMNO jaga dari janin dalam perut ibu sampai kepada besar panjang, takde sebab aku nk benci UMNO..apatahlagi nk merusuh. Melainkan orang-orang yang tak tau bersyukur.

Anonymous said...

Padan muka asyik nak kafirkan orang lain Allah balas bagi

Anonymous said...

aku dari dulu kini memang nak muntah tengok muka orang tua kutuk tu..gampang!!

Anonymous said...

TAHNIAH tan Seri Rahim Noor kerana berani 'menegur' Nik Aziz.
Di Malaysia sekarang ramai ilmuan dan cendikiawan Islam sama ada yang terdidik diluar atau dalam negara. Malangnya hanya segelintir sahaja yang 'berani' membuka mulut untuk menegur Nik Aziz. Adakah berdiam diri mereka bermaksud menasihat? Atau mereka takut menerima kutukan dari pihak yang mereka kritik? Bukankah menyatakan kebenaran itu wajib? Hari ini umat Islam terutamanya dikalangan pengikut dan penyokong PAS sudah terlalu keliru sehingga mereka gagal untuk membezakan antara WADAH dan AQIDAH Islam itu sendiri. Menganggap PAS itu Islam adalah menyeleweng dan penyelewengan ini jika berterusan akan menyesatkan aqidah.
Saya teringat sabda Rasulullah yang bermaksud:'Nanti akan datang satu zaman dimana Islam itu tidak tinggal melainkan namanya sahaja dan tidak tinggal Al-Quran kecuali huruf dan tulisanya sahaja. Masjid2 mereka cantik dan megah, tetapi sunyi daripada petunjuk. ULAMAK mereka adalah antara yang paling JAHAT diantara manusia yang ada dumuka bumi ini. Dari para ULAMAK ini akan muncul pelbagai FITNAH, dan kepada mereka kembalinya FITNAH itu'.
Saya melihat perkara itu sedang berlaku sekarang dan ianya berlaku keatas PAS. Fitnah Haji Hadi yang mengkafirkan UMNO telah kembali kepada PAS sendiri. Hari ini PAS bukan sahaja bergabung dengan DAP yang merupakan KAFIR HARBI tetapi mengakui PAS lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP. Wallahua'lam.

MTK

Anonymous said...

Rasa rasa aku,tak lama lagi memang ada yg makan PEMAMPAR dan PENUMBUK Rahimn Nor.

HIDUP RAHIM NOR.
HIDUP MELAKA.
HIDUP ALI ROSTAM

Anonymous said...

What you give , you get back .
What goes around , comes around.

RashidAli said...

Sokongan 500%...ape hal yg bawa masuk nga ngan ngeh yg tak basuh berak and tak potong konek dalam tempat ibadat. kalu nk ajak masuk islam okay le ni nak buat ape tataw le...hukum fiqah pun bersepah dek tergila2kan kuasa...syabas ts rahim noor

Anonymous said...

Pok nik yg secular susur melengkor atas pagor

Anonymous said...

Ore pesen ni takleh contoh sikit habuk .. Dia kata ke ore takpa .. Ore kata ke dia .. Tak leh cepat melenting ... Kah kah kah

Anonymous said...

MACAM KENA PENUMBUK BESI KAT MUKA DARIPADA TS RAHIM NOOR EX KPN.

SEDAP MULUT AJE. KENA SEBIJI BARU TAHU. PADAN MUKA.

Anonymous said...

Dah namanya Parti Ajaran Sesat confirm Kafir.
Pork N.Ajis bertaubat lah.

Anonymous said...

Sakitnya lebih teruk dari lebam mata Al Juburi Anuar Ibrahim he he he
Belum mati lagi Nik Aziz dah terima sedikit habuannya...padan muka puak-puak Parti Ajaran Sesat (PAS).
Tahniah dan syabas Tan Sri Rahim Noor dan Datuk Sri Ahmad Said
Anda berdua adalah antara rakyat Malaysia yang berani kerana kebenaran.
Tidak lupa juga tahniah kepada Tun Mahadir Mantan PM Malaysia.

Anonymous said...

AKU SOKONG 1000%.

Nik ajis dah nyanyok..bertahun pgg kelantan..apa ada????

Mmg sesat..gila kuasa..betulkan kelantan tu..baru mimpi Putra Jaya..

Tak bolih nak imagine..Nik ajis berdialog dgn Obama!!!

Hahhahhaha..

Anonymous said...

walaupun aku tak suka isu kafir mengkafir ni..tp aku fikir, ok la tu...biar terkejut beruk org2 pas bila ada org menuduh mursyidul am mereka spt itu. selama ni mereka buat tidak tahu saja jika yang kena tuduh itu adalah org lain..apatah lagi seteru politik..malah cukup angkuh mengatakan mereka jauh lebih beriman drpd org lain..sudah2lah tu...buang jauh2 perasaan ujub dlm diri tu..

Anonymous said...

apsal hari ni rahim noor tak mengaku pulak tuduh nik aziz bapak kafir?? takut kena saman ke?

Anonymous said...

Oooo.. diaorang cakap UMNO kafir boleh pulak.

Tak adil...tak adil ..tak adli.

ISAC said...

Bro apasal link ke blog kawan dah ilang???

Mohon linkkan kembali...

http://bumiyang.blogspot.com/

ISAC said...

Bro apasal link ke blog kawan dah ilang???

Mohon linkkan kembali...

http://bumiyang.blogspot.com/

Anonymous said...

Hidup UMNO

Anonymous said...

dunia akhir zaman...sesat barat dohhh

Anti PR said...

Padan muka Nik Aziz!! Selama ini dirasakan dirinya macam nabi. Mesti dia fikir org mesti menghormatinya. Pasal perangai nyanyoknya lah beliau tidak dihormati. Boleh pencenlah Pok Nik. Takan nak pegang jawatan sampai mati. kah...kahhh...

Anonymous said...

ulamak seorang paling disegani dan dihormati kerana keilmuan nya tapi berbanding nik azis hanya layak "ulamak" untuk orang2 pas sahaja ..kalau ulamak sudah dimaki dihina dilabel macam2 tidak dihormati tak layak di panggil ulamak walau ilmu setebal mana pun..

BatuBara said...

Fikir dulu,undi Pas dapat Dap jangan nyesal tak sudah.

Anonymous said...

nik ajis adalah IBLIS yg diturunkan setan utk memesong akidah org islam dgn berpura2 jd ulamak. berwaspadalah dan jgn solat berimamkan org PAS sbb depa sembah IBLIS.

Anonymous said...

betul la apa yang rahim noor cakap...

kafir tu maknanya ingkar dalam bahasa melayu...

iban said...

rahim noor bukan melulu buat tuduhah tersebut. Beliau yang mempunyai luas pengalaman dibidang manafsir keadaan perisikan melalui analysis--iaitu proses evaluasi dan interpretasi keatas lapuran2 dan kelakuan sabjek( dlm hal ini nik aziz) hanya menyimpulkan hasil penelahaannya mengenai nik aziz yang jelas sademikian saperti yang dilapurkan dla mass media. Kerana nik aziz sering tidak sedar apa yg dia pernah cakap/buat, dia ingat rakyat pun sademikian. Dia seharusnya berterima kasih kpd rahim noor kerana menyedarkannya sementara dia masih bernyawa dan sempat bertaubat kpd allah swt. Rahim noor sabenar sangat bertangungjawab dan berani dgn menyatakan kesimpulan tersebut, yang seharusnya dilakukan olih pejabat2 keagamaan yg berkewipan. Jangan mengaibkan lagi diri anda dari apa yg telah dilaporkan dgn membiarkan pengikut2 anda melakukan kerja2 bodoh mengancam rahim noor kerana dia adalah benar2 hamba kepada islam/melayu.

Anonymous said...

jom renung ape difinisi ulamak. ulamak bermaksud seseorang yang berilmu pengetahuan luas. So difinisi di sini luas. ulamak = expert bak kate org putih. expert plak ade mcm2. bukan mcm org kita fikir, asal ulamak je mesti pasal ugama. so disini nik ajis gelarkan diri dia ulamak..agak2 ulamak ape ek??? ulamak perbelit..... huhu. i give credit on this..