Monday, May 7, 2012

Langgar Penghadang Polis Bukan Langgar Perintah Mahkamah ?

PEMBANGKANG yang jadi dalang kepada rusuhan Bersih 3.0 pada 28 April cuba macam-macam cara untuk tidak kelihatan tidak bersalah dalam isu rusuhan yang tercetus. Antaranya guna Majlis Peguam, pemantau dari luar dan beberapa pihak lain yang diketahui condong kepada politik mereka.

Terbaru Pakatan Rakyat menggunakan Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan, untuk mengatakan tindakan melanggar penghadang yang didirikan oleh polis itu sebagai tidak melanggar undang-undang.

Kenyataan ini adalah bercanggah dengan kenyataan rasmi oleh Pengerusi Bersih 3.0 sendiri, Datuk Ambiga Sreevenasan yang kesal dengan tindakan peserta Bersih 3.0 melanggar penghadang polis yang disiarkan hampir semua media utama negara pada hari kejadian iaitu Sabtu, 28hb April 2012.

Malah Ambiga minta pihak berkuasa ambil tindakan kepada puak-puak yang melanggar perintah Mahkamah tersebut.

Sekarang ada pulak peguam dari Majlis yang diketahui diperalatkan pembangkang, tampil beri kenyataan berdasarakan faham-faham sendiri, yang tujuannya untuk mengelirukan rakyat.

Penulis nak sebutkan disini, tak payah jadi peguam pun kita tahu yang langgar sekatan yang didirikan oleh polis itu adalah satu kesalahan. Kalau tak percaya, cubalah rempuh mana-mana sekatan polis yang didirikan, dan tengoklah nasib apa nak jadi selepas itu? Kalau ditembak jangan salahkan penulis.

Tapi isunya, macam mana pulak Majlis Peguam melalui Syahredzan ini boleh kata tindakan merempuh penghadang polis itu tidak melanggar undang-undang. Ya, walaupun disebutkan perintah mahkamah tapi apa beza perintah mahkamah dengan undang-undang?

Semua orang tahu ini, termasuklah Ambiga sendiri sebagai Pengerusi Bersih 3.0, siapa pulak Syahredzan untuk mengatakan sebaliknya. Persoalan melanggar undang-undang atau tidak dalam kes seumpama ini hanya layak ditentukan oleh hakim Mahkamah, bukan peguam.

Dalam masa yang sama, lihatlah bagaimana Majlis Peguam ini sudah semakin rosak dikerjakan oleh pembangkang. Kalau Majlis Peguam ini diumpamakan seperti almari, nescaya dah banyaklah bahagian almari tersebut yang berlubang dimakan anai-anai.

Tulisan sumbangan Beruang Biru
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15 comments:

Anonymous said...

majlis peguam ...bodoh macam lembu..............lebih baik tak payak jadi peguam.....menyusahkan org ramai je.............bangang

Anonymous said...

yang bodoh orang2 yang akan kena tuduh (OKT) dah tentu nak pakai lawyer..sooo apa peranan lawyer-lawyer nih...RM masyuk la bro..lu pikir la sendiri.. mula2 kata la free dah menang atau kalah bayar le..mcm yang jadi kat orang felda bodoh hari tur..

Anonymous said...

Melangar perintah mahkamah sama jugalah melangar undang2, kerana mahkamah itu melaksanakan undang2. Itu pon tak boleh fikir.

Anonymous said...

Majlis Peguam....BARua Council..
MEMANG SINONIM...

Anonymous said...

bukan semua peguam sokong bersih atau jadi ahli majlis peguam, terutama peguam melayu.

Anonymous said...

bubarkan ajer Majlis Peguam ni... pengkhianat negara

Anonymous said...

BARua Council cakap fasal negara bersih ... Bersihkan dulu ahli-ahli yang BERShit

Ahmad Shukri Mokhtar said...

BARTENDER COUNCIL atau Majlis Pembancuh Arak pada hakikatnya adalah terdiri dr org2 bukan islam yg memang berani bercakap hanya dalam keadaan mabuk. Justeru diingatkan supaya tidak mengendahkan kata2 pemabuk dari majlis arak ini,.namun begitu trdapat juga ahli pemabuk ini yg beragama islam namun amat jauh tingkahlakunya dari perlakuan umat islam, maklumlah org mabuk. Contoh Tipah Koya yg sentiasa dlm keadaan Koya (khayal- bahse kelantan) seerti dgn mabuk jugakla tu.

Anonymous said...

asal ada UNTUNG HALALLLL bila TAK MASYUKK Harammmm ... Slogan utk GROUP mana .. FIKIR FIKIRkan lah

Anonymous said...

bila berlagak bijak mereka lupa bahwa ia menampakkan kebodohan mereka

Anonymous said...

Betul. Tembak orang tak bersalah. Yang bersalah ialah pistol. Bukan2. Yang bersalah ialah peluru.Lembu!!!

Anonymous said...

BAR Council atau BRA Council? Kalau mereka BAR council sudah pasti mereka tahu apa kaitan antara Mahkamah dan Undang2. Tapi sekiranya mereka adalah BRA Council tak tau lah fungsinya.
Kita tahu BAR Council hari ini adalah lidah pembangkang. Maka setiap apa yang mereka lakukan atas tiket sebagai pembangkang.
Ramai peguam yang nenentang BERSIH kerana mereka tahu apa dan siapa disebalik bersih. Dikalangan pengamal undang2 sendiri berlaku pertembungan dan kedua2 kumpulan memberi hujah masing2.
Bukan sedikit bilangan peguam yang dihadapkan kemahkamah atas berbagai kesalahan termasuk kesalahan jenayah.
Kesimpulanya peguam adalah manusia biasa yang boleh melakukan kesilapan, tetapi jika BAR Council yang melakukan terlalu banyak kesilapan maka ada yang tidak kena dengan badan tersebut kerana sebagai sebuah Majlis, mereka pasti ada peraturan yang perlu mereka patuhi. Melanggar undang2 pastinya bukan sesuatu yang diperjuangan oleh BAR Council. Malangnya itulah yang terjadi dan menjadikan Majlis itu sendiri sudah tidak ada kredibiliti dan intergriti lagi.
MTK

Adi Kencana said...

Terdesak nak tegakkan benang basah...

NURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini...

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Syahredzan tak layak jadi peguam.Harapkan pegar, pegar makan padi.

Anonymous said...

ada kes peneroka FELDA kat Kelantan tu...dia orang saman FELDA..rasanya dia guna lar lawyer mesti bawah naungan BArua Council..dah sudah pasti loyar pembangkang...menang kes tu (walau dia orang kata mahkamah dipengaruh oelh UMNO)...so dapat lar pampasan..kira banyak gak..tapi..rupa2nya...bila nak dapat duit..yang banyak dapat adalah loyar tu..peneroka2 tu dapat seciput jer....kah10x.....sekarang..peneroka2 bangang tu..nak saman loyar tu pulak..padan muka!!!.hehehehe