Friday, May 4, 2012

Anwar , Azmin dan Ambiga Perlu Ditangkap dan Didakwa



Sehingga ke hari ini, rakyat masih belum puas bercakap mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang paling kotor walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya. Rata-rata meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri. 

Tindakan peserta-peserta BERSIH 3.0 yang cedera dan ingin memohon simpati juga dipandang sinis oleh majoriti rakyat. Menurut mereka, bukan peserta-peserta tersebut tidak diberi amaran mengenai risiko berdemonstrasi malah mereka juga telah ditawarkan tempat yang selamat untuk berdemonstrasi. 

Kenapa mereka dengan sengaja ingin mencederakan diri? 

Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0. Kita tidak pasti berapa ramai pula lembu-lembu yang sedia dikorbankan dalam siri menghuru-harakan negara oleh BERSIH seterusnya. Tetapi yang pastinya, penganjur BERSIH langsung tidak prihatin dengan nasib lembu-lembu penyokong mereka. 

Sahlah bahawa penyokong-penyokong mereka sememangnya tidak bernilai di mata mereka dan boleh dikorbankan bila-bila masa. Pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab. Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa. 

Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga. Atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya. 

Mana-mana pilihan pun, ia akan tetap memberi kelebihan kepada kerajaan. Namun, jika diikut sentimen rakyat hari ini, majoritinya inginkan agar Ambiga, Anwar dan Azmin diambil tindakan tegas, begitu juga dengan semua peserta yang terlibat. Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan. 

Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969. Tindakan tegas terhadap 3-A ini juga dilihat penting sebagai menyatakan bahawa negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. 

Sesiapa yang melanggar undang-undang wajib ditangkap. Telah begitu jelas bahawa ketiga-tiga mereka telah mengenepikan undang-undang sejak dari mula lagi, iaitu dengan menolak untuk mengadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka. Mereka juga mempermainkan undang-undang apabila mendapat kelulusan untuk membuat protes ‘Duduk Bantah’ tetapi kemudiannya langsung tidak ‘duduk’ tetapi berarak dan membuat kecoh di jalanan. 

Tidak cukup dengan itu, kemuncak pelanggaran undang-undang oleh pihak BERSIH 3.0 ialah apabila peserta cuba menceroboh Dataran Merdeka yang dari awal lagi diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh polis. Penganjur boleh menafikan yang pencerobohan itu dilakukan atas arahan mereka, tetapi itu bukan soalnya. 

Soalnya, perhimpunan tersebut tidak harus dilakukan di sana tetapi di dalam Stadium di mana mereka kelulusan diberikan. Ini bukan kali pertama 3A ini membuat ancaman anarki sebegini. Selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, rakyat akan meragui kesungguhan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang. 

Selain itu, ia juga akan memberi semacam ilham dan keberanian kepada lebih ramai pengkhianat seperti mereka untuk berbuat yang sama di masa hadapan. Selepas BERSIH 3.0 tumbuh berbagai kumpulan laman sosial yang bertujuan menunjukkan tentangan terhadap penganjurnya. 

Dari forum-forum dan komen-komen dalam kumpulan tersebut, tampak jelas yang majoriti rakyat menunggu dalam keresahan saat di mana pengkhianat 3A ini akan ditangkap. Rakyat mendambakan ketegasan dan inginkan kesudahan atau penutup bagi siri drama BERSIH yang memualkan. 

Justeru, 3A perlu dikenakan tindakan yang tegas bukannya sekadar kritikan dan kecaman yang tidak berkesudahan di dalam akhbar. Jangan biar keresahan rakyat berpanjangan kerana ia akan bertukar menjadi keraguan di mana akhirnya pasti bertukar lagi menjadi bosan terhadap kerajaan. 


Beruang Biru

17 comments:

Anonymous said...

anuGay,assmin dan ketua babun kuning si babiga 'Wajib' di tangkap dan dikurung dalam sangkar besi dan diletakkan di tengah-tengah Dataran Merdeka !!

gen2felda

Anonymous said...

Malas nak komen lebih. Kelemahan dari pihak Kerajaan menangani keadaan. Menteri yang berkenaan pun hmmmmmm

Anonymous said...

cayalah..ini baru betull...bukan takat tangkap 49 ekor ikan bilis tu jer....keling pundek tu kena tangkap dulu...

Anonymous said...

Itulah masalahnya dengan Najib dan sepupunya Hishamuddin yang takut sangat dengan penganjur ini. Undang2 pilih bulu.Kalau penganjur seperti Anwar,Ambiga dll tiada tindakan langsung tetapi kalau rakyat biasa macam2 undang akan didakwa. Saya penyokong BN sekian lama tetapi meluat dengan situasi ini.

Sumandak Kinabalu said...

pendapat saya, yg buat depa berani buat gila macam ini adalah kerana, ISA sudah dimansuhkan. Cuba jika ISA itu masih ada, rasanya semua pgg telor masing2 kot.

Anonymous said...

rbf nak tanya kemana pegi adam adli. dia tak mengganas ker?

Anonymous said...

Tiada yang lebih wajar melainkan kepala2 demo yang bangsat dan kurang ajar ini PATUT DIDAKWA TANPA ALASAN2 YANG TIDAK MENASABAH LAGI!!!!!
TIDAK MENDAKWA MEREKA BERMAKNA AKAN MEMBIARKAN MEREKA BERMAHARAJA LELA DAN SEOLAH2 MEMBIARKAN MEREKA UNTUK DIHUKUM KARMAKAN OLEH RAKYAT YANG CINTAKAN KEAMANAN!!!

Anonymous said...

Nak tangkap si pundek tu tak yah ISA sbb mahkamah dah terang2 cakap Dataran kena seal....so dia kira pengajur yang menghasut....paling koman pun boleh charge contempt of court atau bwh akta hasutan...tapi sayang PDRM hanya mampu mengalih perhatian kpd ikan bilis shaja...

Anonymous said...

Bersih nye intention sebenarnya satu je.... Diorg tahu diorng tak le menang pilihanraya ...itu jer...full stop...

Anonymous said...

Saya sebenarnya hairan mengapakah Perintah Mahkamah yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah tidak lakukah? Kalau tak laku lain kali tak payahlah dapatkan Perintah Mahkamah - setahu saya Perintah Mahkamah perlu dipatuhi, jika ada yang melanggarnya, tindakan hendaklah diambil keatas pihak penganjur. Mengapakah tiada tindakan diambi sejak diada Bersih 2.0 dan seterusnya bersih 3.0

Anonymous said...

Kesannya di Johor ini bila polis / penguatkuasa menahan atau menyaman kenderaan - para pemandu dengan selamba berkata "orang lain yang terang-terang buat salah masa Bersih 3.0 penguatkuasa tak kisahpun..."

Anak Lenggong said...

Kerajaan harus bertindak terhadap khinzir2 ini yang bernafsu binatang yang hanya menggunakan bersih sebagai agenda untuk memporakperandakan negara..sebab itu lah mereka suka mengadakan perhimpunan tersebut ditempat terbuka...disini mereka boleh merosakan..membuat provokasi dan sebarang tindakan ganas supaya pihak keselamatan bertindak balas..dengan ini mereka akan menjadikan isu ini sebagai mainan dipentas ceramah serta media asing yang sehaluan dengan mereka untuk memburukkan kerajaan.
Sekiranya mereka melakukan perhimpunan ini ditempat tertutup..tiada apa yang boleh mereka lakukan kerana ianya berlaku dipersekitaran mereka sahaja dan ianya tidak mengganggu pergerakan seharian orang lain..so sekiranya ini berlaku ..niat sebenar mereka tidak akan tercapai.
Pihak berkuasa jangan takut untuk bertindak, mereka ini hanyalah segelintir sahaja dan puluhan juta rakyat yang masih berdiri teguh dibelakang pemerintah yang maukan kedamaian dan terus hidup didalam keadaan aman dan selamat.

Anonymous said...

amara terakhir untuk BN kalau masih lagi dengan siasat dan amaran BN pasti lingkup seperti PRU 12

siti said...

pengkhianat keamanan patut ditangkap....KDN tolong bertindak.

Anonymous said...

Rasanya mmg 3A ni dah buat kesalahan...tapi..kita kena berhati2 supaya tak masuk dalam perangkap mereka..perangkap pertama mereka tak kena dah....iaitu membuat demonstrasi dan rusuhan dengan harapan pihak polis akan bertindak membantai mereka dan mereka akan jadikan isu untuk menunjukkan "police brutality" keatas mereka...perangkap mereka telah makan tuan dengan sebaliknya mereka lah yang telah ditunjukkan membantai polis pula...
Perangkap kedua yang mereka inginkan adalah agar mereka ditangkap..kena ingat mereka ini..walau apa isu pun mereka akan pusing untuk dipolitikkan....sementara BN telah mempunyai advantage sekarang ini..menangkap mereka mungkin satu tindakan yang boleh "back fire"..percayalah..penangkapan mereka ini akan dipolitikkan oleh mereka sepenuhnya...dan tidak mustahil pengikut2 totok mereka akan berkumpul lagi untuk mempertahankan mereka..Barua Council...Sukahukumhakam...bangsat2 ni semua sudah tentu akan juga mempertahankan mereka jika mereka didakwa nanti....
Jadi..rasanya..sekarang kita follow je dengan permainan mereka..kalau kita tengok..berkat kesabaran DSN....banyak game mereka telah memakan diri mereka sendiri yang mana dapat membuka mata orang kebanyakan terhadap kebobrokan PGayR ni...

Anonymous said...

Aku tgk kat mph,buku mahathir dlm bahasa melayu dah kluar..jom..

Atas Pagar said...

Cadangan saya bagi kerajaan menangani Bershit 4.0:

1. Jangan kerahkan polis ke lokasi demonstrasi.
2. Jangan tutup jalan atau buat roadblock.
3. Jangan tutup lokasi demonstrasi

Rata-rata peserta Bershit mempunyai tujuan untuk merusuh atau merosakkan harta awam di samping membelasah polis.

Mereka juga menunjukkan sikap "melontar batu sembunyi tangan" apabila sengaja membuat provokasi ke atas pihak polis dan apabila polis bertindak, mereka ambil gambar sebanyak mungkin bagi menunjukkan mereka golongan teraniaya.

Sekiranya polis tidak ada pada hari demonstrasi, kemungkinan besar rata2 peserta bershit hilang arah sebab tiada siapa mereka nak lepaskan geram.

Jika mereka tetap melakukan kerosakan, rakyat boleh nampak siapa yang mengganas. Kerajaan boleh menggunakan isu ini untuk menghentam Ambabiga dan pemimpin pakatan rakus yg lain. Pembangkang pula dah tak boleh nak menunding jari pada sesiapa lagi.

-Ikhlas dari rakyat atas pagar (x suka BN tapi meluat pada PR)