Monday, May 14, 2012

Saya Tidak Yakin BN Akan Menang PRU 13 Sebelum 28 April 2012

Penggal ke 12 Parlimen Malaysia berbaki tidak sampai setahun lagi dan PRU ke 13 boleh diadakan bila-bila masa dari sekarang hingga April 2013.

Banyak pihak meramalkan hari ini (Isnin 14 Mei 2012) parlimen akan dibubarkan. Saya berpendapat dan yakin itu tidak berlaku.

Saya jangkakan PRU 13 akan diadakan sebelum bulan Ramadhan menjelma. Paling lewat pun hari mengundi akan berlangsung seminggu sebelum puasa bermula.

Beberapa hari lepas saya ada bertanya rakan-rakan pembaca, adakah BN akan kembali memerintah selepas PRU kelak ? Lihat di sini....

Rata-rata respon yang diterima menyatakan keyakinan BN akan kembali membentuk kerajaan pada PRU 13 kelak ?

Semoga ramalan anda tepat....

Banyak pihak mengatakan PRU 13 adalah ibu kepada segala pilihanraya. Ya, memang benar, istilah itu tepat sekali. BN hendak mempertahankan kuasa yang hanya tinggal sedikit sahaja lagi sebelum tergelincir. Manakala pembangkang pula sedang galak berusaha untuk mencapai kuasa yang hanya sedikit sahaja lagi untuk digapai.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung kacang butir kita mamah.....

Tanggal 8 Mac 2008 adalah satu hari yang meninggalkan sejarah hitam buat BN apabila buat julung-julung kalinya mereka hilang 2/3 di Dewan Rakyat. Selepas dari tanggal itu sokongan kepada pembangkang semakin hari semakin bertambah. Orang-orang Umno sendiri pun ramai yang cabut lari untuk naik kapal baru,  dan Umno serta BN semakin hari semakin lemah. Nak pakai baju Umno takut, bendera tidak berani pasang, pelekat kereta ditanggalkan dan yang paling malang apabila ada ahli Umno yang tidak lagi mahu mengaku sebagai ahli Umno kerana malu. Sebaliknya mereka mengaku sebagai rakyat yang tidak berparti.

Pembangkang semakin syok dan galak dengan sokongan yang mereka terima. Berbagai-bagai benda-benda bodoh yang mereka lakukan. Anwar yang sudah lama tidak meliwat pun berani kembali meliwat. Dia tahu sekiranya kantoi dia boleh kata itu Umno punya kerja kerana dengkikan kepadanya akibat sokongan kepada pembangkang semakin hari semakin meningkat ketika itu.

Pembangkang menang pilihanraya demi pilihanraya kecil bermula di Permatang Pauh ke Kuala Trengganu, bawa ke Bukit Gantang, Bukit Selambau, Manek Urai, Penanti dan Permatang Pasir. Pembangkang terus dibuai mimpi indah dan mereka terus syok serta yakin mereka akan menang PRU 13.

Disebelah pihak BN pula telah berlaku perubahan pucuk kepimpinan dan beberapa transformasi telah diperkenalkan oleh Datuk Najib. Berkat usaha dan semangat juang yang tinggi dari pucuk pimpinan dan penyokong-penyokong setia BN yang tidak kenal erti mengalah, akhirnya BN mula menemui rentak di Bagan Pinang dan Hulu Selangor. Kemudian tewas pula di Sibu. Selepas itu menang pula di Galas , Batu Sapi , Tenang dan Kerdau.

Daripada 2008 hingga 2011 ada 16 pilihanraya kecil. Keputusannya, 8 dimenangi BN dan 8 dimenangi pembangkang. Boleh lihat di sini

Keputusan pilihanraya kecil tersebut tidak boleh dijadikan kayu ukur oleh BN sebagai penanda aras pada PRU 13. Bagi pembangkang lain pula ceritanya. Kemenangan 8 kerusi tersebut menjadi mereka terus syok dan sudah tidak nampak benda lain selain dari Putrajaya. Mereka terus dengan kerja-kerja bodoh, fitnah yang tidak habis-habis terhadap PM dan isteri, manakala Pas telah membuka keahlian mereka kepada penganut agama lain serta menjadikan PAS yang selama ini milik islam dengan berkongsi Pas bersama-sama hindu, kristian , buddha  (PAS FOR ALL).

Tidak setakat itu sahaja Pas yang selama ini tebal islamiknya sanggup pula menggadaikan kalimah Allah serta membawa masuk pemimpin-pemimpin DAP serta PKR yang bukan islam ke dalam surau dan masjid. Pemimpin Pas pula masuk gereja. Tidak tamat setakat itu, Pas gugurkan pula perjuangan islam yang mereka dukung sejak Pas ditubuhkan. Tidak tamat lagi, Pas pecat pula Dr Hasan Ali kerana mempertahankan orang-orang islam dari murtad. Semuanya dilakukan demi untuk menjaga hati DAP dan PKR serta bagi memastikan Pas berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama DAP dan PKR apabila mereka ke Putrajaya kelak.

Bagi PAS, DAP dan PKR undi cina lebih penting dan boleh merealisasikan impian mereka ke Putrajaya. Mereka tahu undi melayu akan berpecah kepada dua atau tiga. Manakala undi cina pula mutlak kepada mereka. Mereka terus syok, lepas bersih 2 , buat pula bersih 3, dan sekarang sedang merancang bersih 4.

Sekarang saya hendak bersama rakan-rakan pembaca yang telah menyatakan pandangan mereka dalam tulisan yang lepas samada BN boleh menang atau tidak PRU 13 ?

Pendapat saya....

Sebelum 28 April 2012 , saya merasakan kedudukan BN dan pembangkang 50-50. Maknanya tidak ada keyakinan yang kuat dalam diri saya yang BN boleh menang pada ketika itu.

Bagaimanapun suasana telah berubah selepas rusuhan bersih 28 April 2012. Saya yakin BN akan terus membentuk kerajaan selepas PRU 13. Cuma saya belum yakin samada BN boleh mendapat majoriti 2/3 atau tidak di Dewan Rakyat ? Saya hanya merasakan BN akan kekal lebih kurang sama dengan kedudukan sekarang.

Tetapi,  saya yakin BN boleh dapat majoriti 2/3 sekiranya pembangkang adakan sekali demo bersih atau bersih 4. Oleh yang demikian kepada penyokong-penyokong BN sekalian sama-samalah kita semua berdoa agar pembangkang dapat adakan bersih 4 dengan segera jika kita mahu menang 2/3.

Bersih 2 tahun 2011 meninggalkan persepsi yang sangat tidak baik kepada kerajaan BN. Namun rusuhan bersih 3 telah mencuci semua persepsi itu. Persepsi buruk terhadap polis dan kerajaan yang tertanam dalam minda rakyat pada bersih 2 kini dicuci oleh pembangkang sendiri. Rakyat mula sedar apa yang dilakukan polis pada masa itu benar dan tepat. Hari ini pula kesan yang tidak baik itu kembali kepada mereka.

Rata-rata masyarakat tidak boleh menerima keganasan yang pembangkang lakukan semasa rusuhan 28 April. Masyarakat tidak boleh menerima apabila melihat anggota polis dipukul, disepak , diterajang dan kereta polis diterbalikkan. Sebaliknya masyarakat boleh menerima apabila melihat polis memukul dan menangkap perusuh. Jawapan mereka senang, "siapa suruh buat jahat dan siapa suruh buat kacau" ?

Yang tidak boleh terima perusuh dipukul dan boleh menerima anggota polis  dipukul, disepak , diterajang, kereta polis diterbalikkan adalah dikalangan juak-juak dan pencacai setia pembangkang. Orang seperti itu sudah tidak boleh buat apa-apa lagi. Orang-orang bodoh yang taksub memang akan berada dalam mana-mana kumpulan . 

Dalam Quran Allah sudah nyatakan terang-terangan tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad SAW dan itulah Nabi yang terakhir. Akan tetapi apabila ada ketua-ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya Nabi, pun masih ada lagi manusia yang percayakannya. Paling malang lagi ada dikalangan mereka yang percaya kepada individu yang mengaku Nabi itu adalah dikalangan mereka-mereka yang terpelajar serta golongan profesional. Jadi kalau setakat peguam-peguam pekak dan sengal majlis peguam yang mengadakan EGM hujung minggu lepas semata-mata taksub kepada pembangkang, apa kita hairan ?

Kepada pembangkang, terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka. Putrajaya kini hanya tinggal impian akibat kebodohan sendiri. Rakyat sudah beri peluang kepada kamu tahun 2008 , dan sepatutnya peluang itu digunakan sebaik mungkin untuk membuktikan yang kamu semua lebih baik dari BN. Tapi sayangnya kamu semua tidak menunjukkan kematangan dan kecerdikan. Kamu semua bodoh dan rakus. Peluang hanya datang sekali dan tak datang banyak-banyak  kali. Sekarang campaklah impian kamu untuk Putrajaya di Plaza Tol Kajang.

Jangkaan saya parti pembangkang yang akan kalah teruk dalam PRU 13 adalah Pas. PKR pula akan tewas teruk di kerusi-kerusi melayu. Manakala yang terus gah dan gah, mara dan mara adalah DAP. Maka tidak salah selama ini apabila kita katakan DAP GANTI PAS.

39 comments:

aloya said...

A.B.U

Allah Bersama Umno!!!!

SELAMATKAN MALAYSIA said...

mantap....

Anonymous said...

puas hati .....

Anonymous said...

saya berharap pakatan rakyat sudi menganjurkan bersih 4.0 untuk kemenangan UMNO

Anonymous said...

AKU HENSEM

MACAM CITE PERANG LAK

annan said...

Good news to hear soon, all the best BN

Anonymous said...

akhirnya PAS menjadi seperti kerang busuk langsung tidak ada gunanya..DAP bersorak riang berjaya menjadikan Cina pejuang parti mereka. Manakala PKR akan terus dikenang sebagai Parti Kencing Rakyat..Saya sokong hujah kamu RBF

Anonymous said...

harap tulisan ini dpt disiarkan oleh berita harian @ utusan

Anonymous said...

UMNO untuk orang Melayu dan Islam.
Allah bersama kita.

Anonymous said...

bro

Undi pas akan dapat dap

x undi pas x akan dapat dap

Anonymous said...

BETUL..

UNDI PAS ATAU PKR AKAN DAPAT DAP SI KAFIR HARBI..

Anonymous said...

Harus diingat bahwawa kemenangan besar PR pada PRU 12 dulu adalah kerana sabotaj pihak UMNO sendiri dan golongan Cina dan India yang termakan janji manis PR. Kini setelah melihat apa yang PR buat mengenai janji mereka dan banyak permasalahan lain, maka faktor kemenangan kiranya banyak cenderung kepada pihak BN. Doakan semoga Allah menghindari Malaysia dari dipimpin puak PR yang terbukti terlalu lemah untuk bersatu apatahlagi memerintah..

Anonymous said...

Dan untuk itu marilah kita bersama-sama mengucapkan jutaan "TERIMA KASIH" kepada peserta-peserta yang bertungkus lumus menjayakan BERUK 3.0 yang lalu...!!!

Semoga rakyat dapat membuka mata lebih besar mengenai agenda yang tersirat sebenarnya dalam penganjuran BERUK 3.0 yang tak reti halal haram tu...

Anonymous said...

YA...

TERIMA KASIH WAHAI BERUK2 3.0..

BUATLAH LAGI 4.0, 5.0 DAN SETERUSNYA..

Anonymous said...

Apa yang nak ditunjukkan pembangkang dengan "bersih" adalah kekotoran mereka sendiri.

murad bin jailani said...

Tahniah. Kupasan yg bagus. Semoga beroleh kemenangan dan diberkati Allah.

Anonymous said...

Bro RBF

Analisa yang mantap. Satu je tak setuju. Kenapa kena buang impian kat tol Kajang?? Habislah kita orang Kajang.

Anyway, inshaAllah bila BN menang, we are back to square one - BN against DAP.

Anonymous said...

A.B.U = Allah Benci UMNO

Anonymous said...

Allah akan menentukan semada negara ini yang dikurniakan yang berteraskan agama Nya akan dibenarkan ditadbir olih kafir harbi dan melayu munafik/murtad.....

Anonymous said...

rasanya tak habis lagi peluru yang dimuntahkan..kan...
bila nak tembak siam dool.. ngan aiskrim jamban nie... lepas penamaan calon ke... ada 10 hari sebelum mengundi tu... boleh dapat impak kuat ke...

rasanya... boleh lagi tambah % jika peluru tersebut ditembak...

terbaik...

Anonymous said...

YAHIOOOOM

ABU

ALLAH BERSAMA UMNO
ALLAH MAHA BESAR'
ALLAH MAHA AGONG'
ALLAH MAHA BERKUASA
DAN MMG TERDETIK...DI HATI KECIL AKU
MMG ALLAH MAHA PENGIMBANG !! MAHA PENYAYANG UMAT MELAYU DISINI...BYK SYED SYRIFAH DISINI ...KETURUNAN YG DIMULIAKAN .(keturunan nabi saw)..bukan xnak bg syed naik...tp malapetaka jika dap naik menguasai negara

Anonymous said...

Allah Maha Penyayang
Allah Maha Memelihara
'ada byk nama2 Allah yg mulia..

Allah benci dua kaum utama yg dimurkai dan yg sesat

yahudi dan kristianity
harap insafkan diri sendiri..

Anonymous said...

Allah Maha Penyayang
Allah Maha Memelihara
'ada byk nama2 Allah yg mulia..

Allah benci dua kaum utama yg dimurkai dan yg sesat

yahudi dan kristianity
harap insafkan diri sendiri..

Anonymous said...

Memang saya setuju DAP akan bertambah kuat... Majlis Peguam juga nampaknya tidak memihak langsung kepada Pemerintah... harapan semoga Malaysia sentiasa di pelihara oleh Allah.

Semoga kita patuhi ajaran Islam dan dalam masa yang sama sentiasa memajukan diri dalam dunia dengan pengetahuan2 seperti teknologi, kewangan dan perubatan.

Anonymous said...

Sesat tul la anon yg komen Allah benci umno. Sifat sifat Allah hanya sifat yg mulia. Tak baik buat main main nama Allah la wei.. Agak agak la.. Agama apa ko ni?

Kot ko nak kata ko benci umno ke, aku pedulik apa.. Tapi ni dah mainkan nama Allah yg Maha Penyayang dan Maha Mengasihani.

Bertaubatlah sebelum terlewat.

Anonymous said...

nevím, nikdo dostal ránu se mnou a ne prospěch mne přímo jsem ještě trochu těžký život jugak mampoih tu s. pozdravit syn vítězství .... nabrat la Dol

Anonymous said...

dana penaja asing bersih 3.0 hangus sia2 dalm bersih 3.0.

Anonymous said...

Pemimpin pas bukan setakat masuk ke dalam gereja bro tapi siap berdoa lagi,...hehe memang Parti Ajaran Setan

Anonymous said...

Yea setuju DAP ganti PAS sebab PAS dengan DAP sama je..ari tu pemimpin PAS dah masuk berdoa dalam gereja..rasanya doa tu minta dengan GOD la tuh..itulah dasar Parti Ajaran Syaitonirrajim

Anonymous said...

pas ganti umno la bro....dulu amanat hadi kutty kata umno kafir sekarang mereka dah ganti umno.......hahaha

Sungai Petani said...

terima kasih kepada berok2 yang menyertai Bodoh 3.0. lepas ni cari pasai lagi dengan polis banyak2 bagi masuk dalam tb/paper bagi orang tengok..

poyo said...

kesian OKU (orang kuat umno ) semua...tak sedar2 kena tipu hidup2 dgn mamak krala..ngaku melayu pun dia orang percaya...kah..kah..

Anonymous said...

Saya yakin keputusan PRU-12 sememang kerana isu rasuah dan politiks kronisme.

Ѭ said...

Barisan Nasional telah membuat bancian terhadap hampir 4 juta pengundi yang tidak mempunyai akses internet, hasil dari itu mereka mendapati hanya 1.7 juta saja yang akan mengundi mereka, selebihnya tidak di ketahui akan undian mereka, wp juga membuat bancian di facebook najib razak yang hampir 1.2 juta peminat

dan dari bancian itu, mereka mendapati dalam setiap post perdana menteri purata menyokong najib razak adalah 0.5 / 10 dan dalam posting posting peminat dalam facebook najib razak ini,mereka mendapati purata 1 post memuji Najib Razak dan 30 post membelasah Najib Razak,

mereka juga membuat kajian yang mana 1.2 juta peminat Najib Razak itu, 800 ribu adalah penentang Najib Razak dan Barisan Nasional dan hanya 400 ribu saja yang menyokong. berdasarkan kajian ini dan kajian di twitter, wp mendapati, untuk Barisan Nasional mengekalkan kuasa adalah amat TIPIS sekali.

ramalan sy,
kemenangan tipis di pihak pakatan rakyat

Anonymous said...

Dulu PAS kata kalau mereka perintah Kedah,bayaran parking free....Free apa...dua tiga hari jer free....pstu kena bayar dkt kaunter.....ha3...penipu kuat

Anonymous said...

DAP pegang alamatnya Melayu akan dihalau secara halus......dijajah di bumi sendiri............Memang sudah menjadi tabiat orang Cina,jika berkuasa mereka akan menghalau kaum lain secara halus......mereka akan menghimpunkan kaum puak mereka sehingga orang Melayu disitu akan berpindah............

Anonymous said...

Ada yang mengatakan jika menang mereka akan menghapuskan PTPTN....penipuan besar...jika mereka menghapuskannya, alamatnya pelajar yang akan datang mungkin tidak akan ada pinjaman lagi....gara2 penghapusan tersebut...dan seterusnya jika berlaku,mereka akan memberi kuasa kembali kepada kerajaan BN untuk membaik pulih kerosakan yang mereka telah buat.........no futurelistic.........sebagai seorang yang ada pemikiran, fikir sendiri lah....kalau hutang kena bayar le....hutang mau bayar tak mau.............

Anonymous said...

PAS Kalau tebang hutan tanam le semula...tebang tau nk tanam semula tk tau.....nmpak sangat kedekut nk keluarkan duit untuk kebaikan alam sekitar.........apa punya ni...menghalau binatang keluar dari hutan dan menganggu kehidupan di kampung2.......ciri pengotor ialah orang yang menghasilkan sampah dan pencemaran

Anonymous said...

Jika membalak, kena la tanam semula benih balak itu agar ia tidak pupus di masa akan datang......jangan fikir hari ni jer, fikirlah untuk masa akan datang sama.....awak ingat awak sorang je ke nak balak...masa depan tak nak balak ke?......guna otak....dunia bukannya untuk engkau sorang jer......jika masa sekarang balak, masa depan pun nak balak jugak.....jadi tanam le semula pokok balak itu......ADA FAHAM!! bodoh