Update@6.16pm: Warga Shah Alam telah bersumpah dengan nama Allah bahawa dia bukannya ahli Pas dan hanya rakyat biasa.
Baguslah kalau dia bersumpah, itu menunjukkan sumpah adalah sesuatu yang relevan dalam islam, bukannya seperti yang didakwa oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah kononnya tiada sumpah dalam islam melainkan antara suami isteri sahaja.
Warga Shah Alam kata dia ada pengalaman dengan Umno Shah Alam dan kecewa dengan mereka kerana banyak yang tidak betul dalam Umno.
Saya setuju dengan dia, saya tak kata Umno sempurna 100 %. Kalau Umno sempurna sepenuhnya taklah saya serta kawan-kawan membalun Umno dalam blog kami. Umno tidak pernah menghalang kebebasan bersuara di kalangan ahli-ahlinya. Saya dapat rasakan kemungkinan Warga Shah Alam kecewa dengan Umno kerana kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Sudahlah kalah kemudian ketua cawangan atau ketua bahagian tidak melantiknya sebarang jawatan lantikan hatta jawatan pemeriksa kira-kira sekali pun. Itulah kemungkinan-kemungkinan yang membuatkan dia kecewa.
Mengenai lesen rumah urut, katanya exco yang berkenaan (Exco PBT, Ronnie Liu) menjelaskan tiada satu pun lesen baru yang dikeluarkan.
Memang tiada lesen baru yang dikeluarkan untuk nak tunjuk baik. Tetapi bilangan rumah urut jauh berbeza dengan lesen yang ada. Itu menunjukkan rumah-rumah urut itu tidak berlesen. Ianya dibuka sesuka hati kerana mendapat perlindungan dari DAP dan MB Selangor.
Beginilah Warga Shah Alam, boleh atau tidak anda pergi jumpa Khalid Ibrahim, Ronnie Liu dan Hasan Ali dan minta mereka bertiga turun serentak bersama-sama dengan Penguatkuasa PBT dan JAIS menyerbu rumah-rumah urut tidak berlesen dan kegiatan-kegiatan sundal di rumah urut sebagaimana yang selalu dilakukan oleh Khir Toyo dan Rahman Palil di zaman BN. Agak-agak anda berani mereka lakukan ? Percayalah cakap saya , mati hidup balik pun mereka tak akan berani lakukan.
Warga Shah Alam, saya tidak mempertikaikan kredibiliti Hasan Ali atau mencemuhnya. Saya puji kalau dia dapat kumpul 2-3 ribu orang untuk ceramah agama walaupun yang hadir itu adalah orang-orang Pas yang dikerah hadir dari setiap daerah di Selangor.
Yang saya pertikaikan adalah sikap DAP yang mengganggu Hasan Ali melakukan tugasnya kepada orang-orang melayu dan islam sehingga Pas Pusat pun terpaksa gugurkan jawatan Hasan Ali di Selangor kerana menurut kehendak DAP.
Apa guna jadi Exco yang menjaga Adat Melayu dan Agama Islam kalau kerjanya hanya setakat menganjur dan menarik orang datang dengar ceramah agama ? Kerja itu tidak perlu sampai tahap level exco yang lakukan. Tugas itu perlu diserahkan kepada tok siak, tok bilal dan tok imam. Paling kuat pun kalau exco nak campurtangan sangat, berilah kepada pegawai khasnya yang uruskan. Exco ada tugas lain yang lebih besar lagi.
Tapi apakan daya di Selangor exco yang menjaga hal ehwal islam telah dinafikan pergerakannya untuk tugas-tugas lain oleh DAP. Tugasnya hanya mengatur ceramah agama. Program Kerajaan Negeri pun dia diletakkan di tempat duduk biasa bawah pentas.
Tulisan asal sebelum kemaskiniBerhubung dengan
tulisan saya sebelum ini tentang penghinaan kepada Hasan Ali telah mengundang beberapa komen dari seorang pembaca warga pembangkang yang menggunakan
nick name Warga Shah Alam. Saya rasa individu tersebut adalah penyokong Pas.
Beliau bukannya orang baru di blog ini. Telah lama beliau mengikuti blog ini dan sentiasa menghantar komen-komennya. Saya tidak menyekat komen-komen dari beliau dan sentiasa berfikiran terbuka menerima kritikan darinya. Saya menghargai kehadiran beliau sepertimana saya menghargai rakan-rakan pembaca yang lain.
Saya tertarik dengan satu komennya yang dihantar hari ini berhubung penghinaan yang diterima Hasan Ali.
Dibawah ini adalah komen yang dihantarnya...
RBF..
saya tidak melihat apa2 yg salah tentang gamba yg anda siarkan..
biar dimana Dato Hassan Ali diletakkan,itu bukan penghinaan untuk beliau...
yg penting,hanya Allah yg dapat menilai sumbangan Dato Hassan Ali pada rakyat di negeri selangor ini...
beliau telah menjaga portfolio agama islam di selangor dengan baik sekali..
lebih efektif jika dibandingkan dgn Dato Rahman Palil dulu..
ingat,kerusi di dunia ini xdelah sebsar mana jika dibandingkan dengan 'kerusi' di Atas Sana wahai saudara RBF...
Jika UMNO ditakdirkan mengambil alih semula selangor,tolong la teruskan legasi Dato Hassan Ali...
demi masyarkat Islam...
-Warga Shah Alam-
Brother, bagaimana anda boleh kata itu bukan penghinaan sedangkan terang-terangan Hasan Ali sebagai exco senior dari parti Pas dalam barisan pentadbiran Kerajaan Selangor diletakkan di tempat duduk biasa di bawah pentas. Manakala exco yang mempunyai nama buruk seperti Ronnie Liu dari DAP dan exco dari PKR diletakkan di tempat duduk VIP di atas pentas.
Hasan Ali sepatutnya diletakkan sebaris dengan mereka sebagai mewakili Pas dalam pentadbiran Selangor. Jika anda kata itu bukan satu penghinaan, adakah itu namanya satu penghargaan ?
Jika anda kata tidak kisah atau bukan satu penghinaan dan hanya Allah yang menilai , sekarang anda minta Hasan Ali pindahkan pejabatnya dari Tingkat 2 Bangunan SSAAS ke tempat letak kereta bangunan tersebut . Boleh ?
Tidak salah dan tidak hilang maruah kita jika kita mengakui kebenaran walaupun ianya disuarakan oleh musuh kita. Demi mempertahankan ego anda dan hendak menafikan kebenaran yang saya katakan anda boleh kata itu bukan penghinaan sedang ianya terang-terang satu penghinaan.
Anda kata Hasan Ali telah menjaga Portfolio Agama Islam dengan baik dan lebih efektif jika dibandingkan dengan exco dari BN dahulu.
Anda silap, Hasan Ali bukan jaga dengan baik. Dia cuba jaga dengan baik apa yang ditinggalkan BN dan cuba tingkatkan lagi , tetapi dia gagal kerana halangan dari DAP dan PKR.
Dulu tiada penjualan arak di Shah Alam, tiada bar, tiada rumah urut dan pusat hiburan. Sekarang semuanya telah ada. Arak yang dirampas dipulangkan balik. Kilang arak pun ditawarkan tanah baru yang lebih besar oleh Ahli Parlimen Pas yang pro DAP.
Dulu lesen-lesen rumah urut dikeluarkan dengan kawalan ketat dan mengikut keperluan golongan bukan islam sahaja. Mana-mana rumah urut yang tidak berlesen akan diserbu. Sekarang siapa nak buka rumah urut, esok boleh buka tanpa perlu dapatkan lesen atau kebenaran PBT. Mereka tidak perlu bimbang dengan Penguatkuasa PBT kerana semuanya dalam kawalan DAP dan mereka tidak perlu bimbang dengan JAIS kerana Hasan Ali telah dikunci pergerakannya.
Dulu kita semua sentiasa melihat dalam laporan-laporan media bagaimana Khir Toyo dan Rahman Palil turun padang bersama-sama dengan JAIS dan PBT buat operasi ke atas rumah-rumah urut untuk memastikan mereka mematuhi syarat lesen dan tidak menjalankan aktiviti persundalan. Mana-mana rumah urut yang langgar syarat lesen akan diambil tindakan serta-merta termasuklah merobohkan bilik-bilik yang dibina serta memotong bekalan eletrik dan air.
Sekarang saya minta Warga Shah Alam jawab soalan saya yang dibawah....
Semenjak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor dan Hasan Ali exco agama dari Mac 2008 sehingga sekarang berapa kali mereka semua pernah turun lakukan operasi ke rumah-rumah urut ?
Jawapannya , SEKALI PUN TIDAK PERNAH !
Kenapa tidak pernah ? Kerana takutkan DAP !
Wahai Warga Shah Alam, Islam bukan setakat tarik 2-3 ribu orang datang dengar ceramah agama. Ruang lingkup islam lebih besar daripada itu. Jangan hanya kerana 2-3 ribu datang dengar ceramah maka anda boleh istiharkan islam kuat.
Salah satu contoh, orang-orang Pas sering menuduh Tun Dr M tidak islamik kerana tidak pakai serban, tidak berjubah, tidak berjanggut dan ucapan-ucapannya tidak disulami dengan ayat-ayat Quran serta Hadis.
Tetapi sumbangan Tun terhadap islam jauh lebih besar dari apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Pas sehingga mendapat pengiktirafan negara-negara Islam yang lain.
Daripada merdeka hingga ke tahun 80 an bilangan doktor-doktor islam amat kurang di negara kita, sedangkan orang islam adalah majoriti penduduk negara ini. Masa itu wanita-wanita islam nak bersalin pun susah kerana terpaksa kangkang kepada doktor-doktor lelaki bangsa lain. Selain itu pelbagai lagi masalah lain.
Selepas Tun dilantik sebagai PM misi utamanya menambah bilangan doktor-doktor orang melayu. Hasilnya kita boleh lihat pada hari ini. Hari ini bilangan doktor wanita Islam mendahului doktor-doktor lelaki dan doktor bangsa lain. Sekarang kalau orang islam yang nak mati dan tiada ahli keluarga di sisi pun doktor boleh ajar mengucap. Wanita-wanita islam tiada masalah lagi untuk bersalin atau mendapat rawatan bagi yang menghadapi masalah sakit puan. Dalam masa yang sama misi Tun itu berjaya meningkatkan maruah serta martabat orang melayu serta islam serta menambahkan bilangan profesional melayu.
Banyak lagi kalau saya nak ceritakan sumbangan Tun terhadap islam. Sebab itu saya kata islam bukan setakat dengar ceramah agama, janggut, serban, jubah dan baca ayat-ayat Quran serta hadis. Buka minda dan buang mitos yang tertanam dalam kepala anda sejak lama kononnya islam hanya seperti yang saya nyatakan di atas. Menyediakan negara yang aman, menyediakan ekonomi baik supaya rakyat dapat kerja dan menyediakan tempat menuntut ilmu adalah antara tuntutan islam. Semua itu dilakukan dengan baik di Malaysia oleh kerajaan yang memerintah.
Tentang pesanan Warga Shah Alam yang meminta Umno meneruskan legasi Hasan Ali sekiranya merampas kembali Selangor.
Aik....lain macam bunyi, belum perang lagi dah rasa nak kalah ke ?
Teruskan legasi Hasan Ali maknanya kena teruskan apa yang ada sekarang. Apa yang baik yang dilakukan Hasan Ali sekarang ? Hanya kumpul orang untuk dengar ceramah agama 2-3 ribu orang. Yang lain semua tak boleh buat kerana kekangan dari DAP. Nak meneruskan legasi yang ditinggalkan Umno pun Hasan Ali tak mampu,apatah lagi nak tambah baik apa yang ditinggalkan.
Saya tak kata Hasan Ali tak bagus, dia cuba memberi yang terbaik tetapi dia tak mampu kerana halangan dari DAP dan lebih pedih lagi orang-orang dari partinya sendiri juga terikut-ikut dengan rentak DAP dan merasakan beliau adalah beban besar kepada Pas sehingga jawatannya pun digugurkan dan diberikan kepada orang yang condong kepada DAP. Apa dosa Hasan Ali ? Dosanya kerana lebih-lebih mempertahankan Islam dan melayu.
Cukup setakat ini, saya minta maaf jika ada ayat-ayat yang digunakan yang membuatkan Warga Shah Alam tersinggung. Harapan saya juga semoga Warga Shah Alam dapat buang ego dan penyakit sindrom penafian yang tertanam dalam diri anda. Terimalah kebenaran dengan seada-adanya. Terimalah hakikat bahawa Pas hanya sampah di mata DAP dan PKR. Tak usahlah anda hendak menegakkan benang yang basah.