Sunday, July 17, 2011

Mingguan Malaysia Bikin Darah Tinggi Pas Naik Mencanak

Sepertimana yang kita tahu sejak kebelakangan ini Utusan Malaysia sering membuatkan pemimpin-pemimpin Pas naik darah dengan laporan-laporan mereka. Hinggakan Nasaruddin Tantawi yang masih muda lagi pun turut menghadapi masalah darah tinggi sekarang. Semuanya gara-gara Utusan Malaysia.

Darah pemimpin-pemimpin Pas yang naik mendadak gara-gara isu kartun Miki beberapa minggu lepas baru nak turun, tiba-tiba Mingguan Malaysia keluarkan tajuk muka depan yang begitu besar pula hari ini yang berbunyi PAS TUNDUK LAGI.

Huh...apa lagi , naik mencanak semulalah darah pemimpin-pemimpin Pas hari ini apabila melihat tajuk muka depan tersebut. Disiarkan pula di Mingguan Malaysia, akhbar yang mencatat jualan paling tinggi pada hari Ahad.

Syabas Mingguan Malaysia !

Teruskan membongkar pembohongan dan kebaculan Pas.

Ahli-ahli Pas seluruh negara digalakkan mencari pucuk pegaga untuk diberikan kepada pemimpin-pemimpin Pas. Selain daripada mengurangkan tekanan darah tinggi pucuk pegaga juga boleh digunakan untuk mengatasi masalah mental.

ALOR SETAR 16 Julai - Kerajaan Pas Kedah akhirnya tunduk kepada bantahan pelbagai pihak terutama sekutunya DAP apabila hari ini memutuskan untuk menimbang semula keputusan melarang pusat hiburan di negeri ini daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadan nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pada masa sama, pihak pentadbiran kerajaan negeri juga telah diarahkan supaya mencari jalan penyelesaian yang mampu menggembirakan semua pihak.

Menurut beliau, satu pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan yang terlibat juga akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Saya fikir kita telah menemui satu jalan penyelesaian seperti menetapkan syarat-syarat tertentu dengan pengusaha pusat hiburan tidak membenarkan premis mereka dikunjungi mereka yang beragama Islam.

"Semua ini akan ditentukan dalam perbincangan antara pentadbiran kerajaan negeri dengan pengusaha terbabit nanti," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan wakil Dewan Perhimpunan Cina Kedah yang turut menyerahkan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan mengenai isu berkenaan di Sri Mentaloon di sini hari ini.

Kerajaan Pas Kedah Rabu lalu mengumumkan keputusannya menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Keputusan itu bagaimanapun mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk DAP dengan Pengerusinya, Karpal Singh semalam dilaporkan memberi kata dua supaya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan berkenaan.

Azizan berkata, berikutan perkembangan terbaru itu, isu berkenaan boleh dianggap selesai dengan pihak yang terlibat hanya perlu menunggu arahan terbaru daripada pihak pentadbiran negeri selepas mengadakan pertemuan dengan pengusaha pusat hiburan dalam tempoh sehari dua lagi.

Dalam pada itu, mengenai kata dua yang diberikan DAP supaya Pas khususnya kerajaan negeri Kedah menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, Azizan berkata, beliau tidak mahu menjawab mengenainya kerana tidak mahu perkara itu berlarutan.

Katanya, sebagai orang lama dalam politik, beliau dan DAP perlu menyelesaikan isu berkenaan secara dalaman dan bukan menggunakan media untuk mencari jalan penyelesaian.

"Saya pun dikira sebagai orang lama dalam politik dan DAP pun orang lama, biar selesai atas semangat pakatanlah. Tak payah kita masuk surat khabar. Surat khabar bukan untuk penyelesaian.

"Apa yang dia orang (DAP) kata itu, dia katalah... saya tidak mahu kata apa," katanya.

Utusan Online

20 comments:

Anonymous said...

kat dengkil edisi fitrah keluaran harakah telah disisip masuk kedalam Mingguan Malaysia 17/07/2011, sapa punya kerja ni,,tapi kalau baca pun yang boleh dipercayai hanyalah iklan aljabbar saja dalam edisi tu, yang lain hampas...

Anonymous said...

tunduk dan sentiasa tunduk.....berani hanya dengan umno...dengan china takut...

ruang bicara faisal said...

anon 11.45,

TEPAT SEKALI !

timun said...

apa makna 2x5...? bila iblis dah banyak sarang begitu la jadinya...pas akhirnya hanya jadi "bilis"...

Anonymous said...

salam,,,, web saudara ada dilinkkan di web muslimmall.blogspot.com harap dpt dilinkkan diweb ini. tq

Anonymous said...

kat kedah pown yg majoriti org islam dap selambah jer sound pas smpai gigir lutut,,kalau kat slggr tau lembah klng cmner erk,,,nyata pas ni takder wibawa,,jadi pak turut jer ada hati nak ganti umno plak tu,,,

pas ni hanya digunakan sebagai alat utk melalak dan berguling guling kt jln raya,,

Anonymous said...

baru je pagi tadi puji ketegasan MB kedah ustaz azizan, aduhai kesiannya.ingatkan umno tak boleh buat apa-apa dah, pas lagi teruk.memang patutlah perjuangan untuk memperjuangkan islam di tukar kepada kebajikan....pas memang tak layak lagi dah memperjuangkan islam...pas ganti umno? jangan haraplah

Anonymous said...

tu br nak tutup sebulan kalau tutup selamanya apa jd agaknya. mesti berduyun cina dap berdemo atas jalan. negara kebajikan la sgt.

Anonymous said...

PAS TAK PERNAH BERANI....PAS DAYUS, PONDAN SERTA BACUL....PAS HANYA BERANI DAN HERO DENGAN UMNO SAHAJA.....SESAMA SEBANGSA DAN SESAMA AGAMA...DENGAN BANGSA LAIN PAS TAKUUUUUUT...PAS PONDAN DAN JADI PARTI BUDAK...DIRUH ANGGUK ANGGUK PAS ANGGUK...DISURUH TIDUR TENGAH JALAN PAS TIDUR TANGAH JALAN....DISURUH MELAWAN SULTAN..PAS LAWAN SULTAN...DI SURUH MENYUARAT BAWAJH POKOK..PAS MENYUARAT BAWAH POKOK.....DISURUH BERDEMO DAN BERPANAS BERHUJAN DITENGAH TENGAH KOTA RAYA...PAS IKUT....DISURUH HANTAR BALIK MINUMAN KERAS YANG DIRAMPAS PAS IKUT.....DISURUH DOA KAN KESELAMATAN DAP PAS IKUT....SIKAFIR MASUK MASJID PAS TUNDUK DUNGGU....SI KAFIR BACA QURAN DAN HADIS PAS TUNDUK DUNGGU.....AGAKNYA APA YANG KAFIR AKAN BODOHKAN PAS LEPAS NI...KITA TUNGGU DAN LIHAT SIRI KEBODOHAN PAS NANTI.....

Anonymous said...

Rasa macam di Kelantan isu judi ekor apabila DAP suruh kaji semula. Tapi mereka 'kaji' dan meneruskan yang judi tak boleh juga.

Di kedah pun rasanya sama.. kaji dan lepas 'berunding', tak jadi juga.

Politik belaka tu

Anonymous said...

Come on la PAS..

Karpal baru Singh baru batuk je korang dh terkencing dalam seluar..

Karpal Singh menguap, korang dah terberak..

Mana maruah lu orang ni..?

Anonymous said...

Come on la PAS..

Karpal baru Singh baru batuk je korang dh terkencing dalam seluar..

Karpal Singh menguap, korang dah terberak..

Mana maruah lu orang ni..?

MAMAT KB said...

kepada penganut PAS terus terang aku nak kata yang kalian semua ADALAH LEMBU YANG DICUCUK HIDUNG....NIK AZIZ ADALAH ATOK LEMBU.....HAJI HADI BAPAK LEMBU....MAHFUZ LEMBU SAKIT...MAT SABU LEMBU NYANYUK...dan kalian semua UMMAH LEMBU,KAWANAN LEMBU yang dicucuk hidung oleh kafir harbi...semuanya angguk-angguk..geleng-geleng tanpa membantah.......dimana kemulian dan maruah kalian...dengan UMNO berani dan kuat sangat..dengan KAFIR menikus bak pondan di LORONG HAJI TAIB....tolong jawab aku nak dengar...

Anonymous said...

pas?sejak bila pulak depa berani dgn dap?
lawan sesama Islam ...takbir!!!
lawan kerajaan...takbir!!!
lawan polis...takbir!!!
bela anugerah tuhan..takbir!!!

tapi bila kena sergah dgn karpal, teloq kecut beb..kah kah kah..

memang bacul!!!

Anonymous said...

keja org PAS sekarang tak macam dulu lagi..aku pun bersemangat tengok dia org buat kerja,,,tapi sekarang PEMIMPIN PAS ASYIK NAK PUASKAN NAFSU SERAKAH ANWAR IBRAHIM DAN CINA DAP...AKU ULANG LAGI SEKALI CINAAA DAP...(DALAM KUBUR ESOK KAU JAWAB LA SENDIRI KENAPA PERANGAI KAU MACAM NIE),,,,YA ALLAH ENGKAU BUKAKAN HATI-HATI MEREKA INI YA ALLAH AGAR MEREKA BERTAUBTA.AMINN

Anonymous said...

HOI ORG MELAYU DAH MELUAT DNG PAS

Anonymous said...

KALAU ADA LEMBU LEMBU PAS YANG TERBACA TULISAN DAN KOMEN KOMEN PANAS INI TOLONG LAH SANGKAL DAN JAWAB...KAMI NAK DENGAR HUJAH DANGKAL KALIAN.........UNTUK MAKLUMAN KALIAN BANGSA MELAYU DAH CUKUP MELUAT DENGAN KALIAN.....MEREKA AKAN MENGHUKUM KALIAN DI PRU KE 13 NANTI.....TUNGGUUUUUUUUUUUU.

Anonymous said...

PAS = Parti Ajaran Sesat

Semua dalam PAS dah SESAT

Mufarakah lah semua agar tidak terus sesat dan menyesatkan

Anonymous said...

itulah Allah nk tunjuk
nk berkawan sgt dgn kafir laknat
nk berkawan sgt dgn syaitan
puas sudah PAS gadaikan Islam dgn harga yg terlalu murah, nah skrg balasan demi balasan Allah akan dtg..

org yg plg dahsyat buat kesesatan ialah Nik Aziz.. dlm usianya yg ckup tua itu beliau masih tkhentikan pemikiran sesat dan menyesatkan umat Islam lain..

dan kini Hadi pula tiba2 menjadi aktif pencacai kafir..kerana takut kuasa dan kedudukannya jatuh, maka jadilah munafiq..
ejen syaitan dan jahat telah meresapi masuk dlm PAS dalam muktamar sehingga PAS skrg amah HINA sekali!

Anonymous said...

Tunggu jelah pilihanraya akan datang nii..kita tengok PAS tergolek golek melePASkan kerusi tandingannya kepada BN. Rakyat dah tak bodoh lagi..Kita tengok sapa yang kena..

Kalau PAS perintah, KL ari ari lenganglah jawabnya. abis asik nak ber'demons'trator ajek..Keje lain takda...Tapi tulah..PAS dah melePAS...