Thursday, July 7, 2011

Stadium Sudah Standby, Permit Akan Approved

Petang semalam saya ke Singapura dan sempat berjumpa dengan seorang rakan pembaca blog ini yang bernama Wadi setelah selesai urusan kerja malam tadi. Katanya berita mengenai perhimpunan Sabtu ini turut menjalar ke sana. Katanya lagi , ramai warga Singapura yang kebiasaannya menghabiskan cuti hujung minggu mereka di KL membatalkan niat mereka untuk ke KL hujung minggu ini. Tidakkah ini satu kerugian kepada negara ?

Wadi bertanya kepada saya bagi menjawab kekeliruannya , siapakah sebenarnya penganjur bersih ? Ambiga atau parti pembangkang.

Ambiga kata penganjur bersih adalah NGO dan tiada kaitan dengan politik. Tapi yang lebih-lebih bagi kenyataan adalah Anwar , Mat Sabu dan Lim Kit Siang. Adakah mereka bertiga itu pemimpin NGO ? Tanya Wadi kepada saya.

Jawapan saya senang, Ambiga diletakkan sebagai alat untuk mengabui mata sahaja. Perancang dan pemain utamanya adalah Pas, PKR dan DAP.

Ambiga kata dia nak kumpul 50 ribu orang di Stadium Merdeka. Anwar kata nak kumpul 300 ribu orang. Apa cerita ni ?

Ketua Polis Negara hari ini telah meminta penganjur perhimpunan menghantar permohonan permit dengan segera. Permit atas nama bersih tidak dibenarkan kerana mereka sebuah pertubuhan haram. KPN meminta mereka mohon atas nama pertubuhan yang berdaftar atau atas nama individu. Selain itu KPN juga meminta mereka menggunakan stadium di Shah Alam untuk tujuan itu sejajar dengan tawaran yang dikemukan oleh MB Selangor. Sini

Nampaknya tahun ini MB Selangor tidak sebodoh tahun lepas. Tahun lepas masa dia nak buat demo isu air Selangor tidak pula dia terfikir nak buat di stadium.

Berbalik kepada isu permit perhimpunan. Jika mengikut peraturan sebarang permit perhimpunan yang hendak diadakan hendaklah dipohon dalam tempoh 14 hari. Tetapi dalam isu ini pihak polis telah bertolak ansur kerana meminta penganjur memohon permit dua hari sebelum perhimpunan berlangsung.

Stadium sudah ditawarkan oleh MB Selangor dan permit sedia diberikan sebagaimana memenuhi janji PM . Tetapi Ambiga menolak semua itu dan berkeras hendak mengadakannya di Stadium Merdeka. Siapa yang salah sekarang ini ?

Tujuannya tidak lain tidak bukan hanya kerana satu niat sahaja , iaitu menghuru-harakan KL sabtu ini. Mereka berkeras hendak adakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka kerana hendak berarak keliling KL.

Secara logiknya mari kita fikirkan, Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 45 ribu orang termasuk di atas padang. Stadium Shah Alam pula boleh memuatkan hingga 80 ribu lebih orang. Target Anwar Ibrahim 300 ribu orang bersamaan dengan lebih kurang 1 % dari jumlah rakyat Malaysia.

Jadi bagaimana mungkin Stadium Merdeka yang kecil dan kawasan sekelilingnya juga kecil dapat menampung jumlah itu ? Maka sudah tentulah orangnya akan melimpah-limpah keluar sehingga ke jalan-jalan raya sekitarnya. Apabila jalan raya sudah penuh dengan orang maka sudah pastilah kesesakan teruk akan berlaku di KL.

Jika di Stadium Shah Alam , bukan stadiumnya sahaja yang besar, kawasan sekelilingnya juga luas. Tetapi Ambiga tetap berkeras hendak adakannya di tempat yang boleh menyusahkan orang ramai. Sudah tentulah dia mempunyai agenda tersembunyi.

Sekarang terpulang kepada 99 % lagi rakyat Malaysia untuk menilai apakah sebenarnya tujuan mereka hendak mengadakan perhimpunan tersebut. Secara logiknya perhimpunan tersebut tidak perlu diadakan kerana beberapa hari lepas Ambiga telah pun berjumpa dengan Agung. Tidakkah itu peluang terbaiknya untuk menyerahkan memorandum dan dapat terangkan sedikit sebanyak kepada Baginda tentang kandungan memorandum itu berbanding dengan dia menyerahkan memorandum di pintu pagar istana ?

Nampaknya segala maklumat-maklumat risikan yang polis terima sebelum ini yang mengatakan ada rancangan buruk yang bakal mereka lakukan hampir menampakkan kebenarannya. Penemuan senjata-senjata dan bahan letupan semalam sebagai bukti awal rancangan jahat mereka.

Sekiranya mereka tiada rancangan jahat, mereka tentu menerima tawaran MB Selangor supaya menggunakan Stadium Shah Alam.

17 comments:

jo said...

Tangkap ambiga dan kurungkan di stadium Shah alam..

jo said...

Jadi suruh semua pengikutnya pergi ke Shah Alam..

Anonymous said...

Aku Hensem

Lpas tu shah alam lak jem
Kendian org shah alam marah

Sultan Selangor murka
MB Selangor gelabah beruk

In the end PKR kalah PRU 13
Hahahahahaha!!!!!!

Anonymous said...

Aku Hensem

Bang RBF

Takde rasa nak meledakkan peluru2 meriam kepada CEO DRIVER?

ruang bicara faisal said...

aku hensem

ada juga, tapi biar selesai isu ini dulu

Anonymous said...

Aku cadangkan buat kat Penang. Sambil demo boleh makan angin laut, Perkena Nasi Kandar Line Clear. Lagi satu, elok berbaris sepanjang Jambatan Pulau Pinang. Bila dah over, boleh terjun laut. Baru thrill...

Anonymous said...

Aku dengar ada pengikut Pakat Roboh (PR) gelak2 tengok akhbar siarkan bukti senjata dan peralatan buat huru hara kat perhimpunan haram tu nanti...siap cakap itu semua lawak polis nak tipu rakyat..betul ker?? Habis tu yang betul camner???

Anonymous said...

Bro RBF,semua ni gempak Ambiga dan Bershit je...saya setuju dengan aku hensem yang diorang mesti tak nak buat kat shah alam.nanti warga shah alam pulak mengamuk bila jam teruk dan mungkin timbul kekacauan dan sudah tentu KDYMM Sultan murka dengan khalid...last last mesti kena tendang masa PRU 13,hahaha...
Nampak sangat ada udang sebalik batu perhimpunan Bershit ni...para penyokong mereka buta hati dan perut!!Bodoh punya olang!!!

-NAZA@700-

Anonymous said...

Ada pemimpin kerana ada pengikut. Jahat pemimpin juga kerana pengikut yg mandum. Ahli Umno kata biaq pi la pemimpin mereka jahat, asalkan negara aman. Ahli Pas kata, biaq pi la pemimpin kita nak songlap, jgn bising nanti malu parti. Brot RBF dicadangkan himpunan ini pindah ke Kg Memali. Biar semua depa tenguk tabung Mangsa Memali dah habis bersih di sapu oleh team sabu.

Anonymous said...

betul ke ribu2 orang nak berdemo..perasan bagus je tu..

Anonymous said...

Puak Fuckatan dah pindahkan otak ke Lutut ......

Aku cadang mereka demo kat Israel ...

Anonymous said...

Anon 11pm,

Itulah strategi Pakatan Rakyat.. dia dah brainwash dia punya penyokong dengan "konspirasi"..

So senanglah apa2 yg tak berpihak dgn mereka boleh blame "konspirasi kerajaan". Sekaligus boleh jadikan benda yg benar pun macam tak betul..

Para penyokong mereka pun memang dari mulanya dah level "taksub".. PAS dgn Mursyidul Am nya.. PKR dgn Anwar nya.. DAP will support ANYTHING against BN.. So lagilah senang kena tipu..

njah50 said...

Kesimpulannya, mengapa hendak menghuraharakan keadaan yang aman selama ini. Mengapa seorang yang bukan Islam mengepalai ratusan orang Melayu untuk menentang kerajaan yang dipimpin oleh orang Melayu. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, ramai emak bapak akan bersedih, ramai isteri2 akan bersedih. Diharap pihak kerajaan dan PDRM akan menghentikan perhimpunan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah kepada negara.

Anonymous said...

1 je aku nak kata, penyokong2 BERSHIT semua tu memang manusia celaka!

Anonymous said...

Jo tulis - Jadi suruh semua pengikutnya pergi ke Shah Alam..

Sy ubah sikit ... Jadi suruh semua pengikut Bersih 2.0 berarak dari Dataran Merdeka pergi ke Shah Alam..

Sokong ?

Pembela Melayu said...

Tolong Sebarkan BerSHIT berkumpul DI batu caves kul 8 pagi besok maklumat dari pihak keselamatan

Anonymous said...

Aku orang Shah alam pun tak setuju, baik buat di Kota Bahru, Kelantan, boleh shopping batik lepas tu, dan boleh tolong naikkan ekonomi di negeri Kelantan dengan kehadiran 300 ribu orang dari seluruh Malaysia.