Wednesday, July 6, 2011

Tindakan Datuk Najib Kemas dan Bijak

Tindakan yang diambil oleh PM iaitu menawarkan stadium untuk penganjur perhimpunan mengadakan perhimpunan adalah satu langkah yang bijak dan bertanggungjawab. Tindakan penganjur menerimanya juga satu langkah bagus. Bagus dari segenap sudut. Bagus dari sudut keselamatan serta imej negara dan bagus juga untuk politik kepada PM dan BN. Akhirnya penganjur yang keras kepala sebelum ini tunduk kepada seorang PM dari parti yang mereka keji,caci dan hina.

Suara-suara batu api mula kedengaran sejak semalam sebaik sahaja penganjur perhimpunan menyatakan persetujuan menerima tawaran PM supaya perhimpunan yang dirancang di jalan raya dipindahkan ke dalam stadium.

Ada yang kata PM bekerjasama dengan pertubuhan haram kerana bersetuju berunding serta membenarkan pertubuhan haram mengadakan perhimpunan di stadium.

Satu perkara yang kita harus ingat dalam hal ini. Selain menjadi Pengerusi BN dan Presiden Umno , Datuk Najib juga adalah seorang PM. Maknanya Datuk Najib pakai 3 baju utama. Ada lagi baju-baju lain yang dipakainya. Setiap baju yang dipakainya mempunyai tanggungjawab serta tugas yang berbeza.

Sekarang saya nak bercakap pasal tugas Datuk Najib sebagai seorang PM. Tanggungjawab serta tugas Datuk Najib sebagai seorang PM berbeza dengan dua tugasnya yang lain. Sebagai seorang PM , Datuk Najib bertanggungjawab ke atas semua rakyat negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama , bangsa atau mazhab.

Dalam isu perhimpunan jalanan yang dirancang sabtu ini adalah menjadi tugas PM untuk memastikan tidak ada perkara-perkara buruk yang berlaku. Soal mereka pertubuhan haram atau halal itu dah jadi perkara kedua. Soal keselamatan rakyat yang perlu diutamakan. Tambahan pula apabila benda pelik-pelik telah djumpai oleh polis semalam. Bermacam-macam perkara boleh berlaku jika kerajaan terus membiarkan mereka berhimpun dan berarak di jalan raya. Jika perkara buruk itu tidak dilakukan oleh mereka sekali pun , boleh jadi ianya akan dilakukan oleh pihak-pihak asing yang sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan Malaysia. Kita kena ingat balik apa yang dituturkan oleh Shamsul Iskandar dan anak Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah kata rakyat Malaysia harus mengambil semangat apa yang terjadi di Dataran Tahrir , Kaherah , yang mana dalam kejadian itu lebih 800 orang yang terbunuh dan ribuan yang cedera. Manakala Shamsul Iskandar pula menghasut agar kerajaan digulingkan melalui jalan raya.

Apakah kita mahu itu terjadi ? Mungkin Ambiga tidak berniat untuk melakukan begitu, tetapi bagaimana pula dengan mereka-mereka yang telah memasang niat untuk melakukan begitu dalam perhimpunan tersebut ?

Polis telah melarang agar perhimpunan tidak dilakukan di jalan raya, tetapi penganjur bertegas hendak melakukannya juga. Dalam perhimpunan yang lepas-lepas pun sama juga, polis larang tapi mereka lakukan juga walaupun penganjurnya seorang MB.

Tapi tindakan polis kali ini agak luar biasa berbanding dengan yang lepas-lepas kerana difahamkan polis telah menghidu sesuatu yang tidak baik yang telah dirancang oleh penganjur atau mereka yang terlibat. Polis telah hidu yang mereka akan melakukan hura-hara. Buktinya dengan penemuan pelbagai senjata semalam.

Sekiranya penganjur tetap mengadakan perhimpunan di jalan raya sabtu ini dan berlaku keganasan yang boleh menyebabkan kematian serta kecederaan seperti mana yang diseru oleh Nurul Izzah , siapakah yang mereka salahkan dan siapakah yang perlu bertanggungjawab ? Sudah tentu PM dan polis yang disalahkan dan mereka perlu menjawabnya.

Peristiwa Memali yang berlaku lebih 20 tahun lalu sampai ke hari ini pun masih lagi dijadikan modal pembangkang.

Kematian seorang yang bernama Teoh Beng Hock yang bunuh diri itu pun boleh membuatkan kerajaan berpeluh jantan untuk menjawabnya, bagaimana pula sekiranya berlaku satu kematian dalam perhimpunan sabtu ini jika mereka terus berhimpun di jalan raya ? Tidakkah berbuih mulut kerajaan dan polis untuk menjawabnya ?

Itu jika berlaku satu kematian, bagaimana pula jika lebih daripada satu yang mati ?

Satu perkara yang kita kena ingat, dalam kepala pemimpin-pemimpin pembangkang bermacam-macam perkara yang mereka fikir supaya timbul huru-hara demi untuk mencari keuntungan politik kepada mereka dalam PRU akan datang.

Tidak mustahil mereka akan menimbulkan huru-hara sesama mereka atau mengupah orang-orang tertentu melakukan huru-hara sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Apabila itu berlaku, mereka cepat-cepat lemparkan kesalahan kepada polis dan kerajaan. Mereka akan ceramah keliling negara 24 jam sehari untuk memburuk-burukkan kerajaan serta polis diatas kecelakaan yang terjadi.

Semenjak kejadian rusuhan di Kaherah awal tahun ini ramai pemimpin-pemimpin pembangkang yang meleleh air liur melihatnya dan mahu kejadian itu berlaku di Malaysia. Untuk memastikan impian mereka tercapai mereka sanggup lakukan apa sahaja. Contohnya dalam kejadian seorang peniaga beras yang meninggal dunia semasa dikejar UPP di Kelantan awal tahun ini, seorang pemimpin Pas Kelantan dalam ceramahnya cuba menghasut rakyat agar bertindak seperti rakyat Mesir dan menerangkan kejadian di Mesir bermula dari seorang remaja yang dipukul polis dan satu kempen dijalan melalui FB dan itulah yang membuat rakyat Mesir bangkit di Dataran Tahrir. Taktik serupa cuba diguna pakai dalam kes itu apabila satu laman FB diwujudkan kononnya untuk menuntut keadilan kepada mangsa dan laman FB itu turut dipromosi oleh harakah daily.

Kerajaan yang bijak adalah kerajaan yang mengambil pendekatan berunding dengan musuh. Apabila berunding bukan bermakna kalah. Sebab itu saya puji pendekatan yang diambil oleh Datuk Najib dalam hal ini. Beliau bijak....

Berunding dengan musuh tanpa perlu menggunakan senjata dan menitiskan setitik darah adalah lebih baik dari menewaskannya dengan menggunakan senjata dan mengorbankan ramai orang. Tindakan berunding juga boleh membuatkan kita mengetahui banyak rahsia musuh.

Sebenarnya tindakan berunding dengan pertubuhan haram kali ini bukannya tindakan kali pertama yang diambil kerajaan. Perkara ini pernah berlaku di Baling pada tahun 1955 yang dinamakan Rundingan Baling. Pada masa itu kerajaan bukan sahaja berunding dengan pertubuhan haram, malah berunding dengan pertubuhan pengganas komunis yang diketuai
Chin Peng.
Tunku Abdul Rahman terpaksa mengambil langkah tersebut kerana tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin demi untuk menghentikan pertumpahan darah serta kekejaman terhadap rakyat pada masa itu.

Tun Dr M , Tun Hanif Omar dan Tan Sri Rahim Noor pernah pergi berunding dengan Chin Peng di Hadyai pada tahun 1989 yang akhirnya menyaksikan PKM meletak senjata. Jika tidak sebelum itu rakyat kita yang tinggal di kawasan yang bersempadan dengan Thailand tidak tenteram hidup kerana takutkan komunis. Saya masih ingat lagi pada waktu itu jalanraya timur barat yang menghubungkan Kelantan dengan Perak hanya boleh dilalui sehingga jam 5 atau 6 petang sahaja. Selepas dari jam itu tidak dibenarkan kerana bimbang serangan komunis. Sebagai PM yang bertanggungjawab Tun mengambil langkah itu demi tanggungjawabnya terhadap rakyat walaupun imejnya mungkin kelihatan tercalar kerana berunding dengan komunis.

Walaupun mereka berunding sampai meletak senjata, kerajaan tidak pernah mengiktiraf pertubuhan haram PKM sehingga ke hari ini.
Kenapa pula pada masa itu tiada pihak yang pertikai kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap pengganas-pengganas komunis dan komunis pula tidak pertikai orang-orangnya yang telah mati kerana bertempur dengan pasukan keselamatan negara ?

Hari ini apabila kerajaan mengambil langkah berunding dengan pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Bersih, ada pula ketua pengarang sebuah akhbar yang saya difahamkan pernah bertugas di BTN mempertikaikan dan berpura-pura bertanya soalan kepada kerajaan tentang tindakan yang diambil oleh polis sebelum ini. Komunis pun tak tanya seperti itu, bekas orang BTN pula boleh tanya.

Apabila kerajaan sudi berunding dengan pertubuhan haram dan membenarkan mereka berhimpun bukannya bermakna pertubuhan itu sudah halal.
Masih ingatkah anda pada peristiwa Al Maunah satu masa dulu ? Pihak berkuasa pada mulanya mungkin sukar untuk bertindak kerana bimbang ada kematian dan sudah tentulah pihak berkuasa juga mahu menangkap mereka hidup-hidup kerana untuk memudahkan siasatan dan mengetahui siapa dalang di sebaliknya.

Sebaliknya kumpulan tersebut pula yang membunuh dua anggota keselamatan. Jika hendak bertindak kasar, pihak berkuasa tentera dan polis boleh bertindak kasar. Pasukan elit komando tentera dan polis kita boleh bertindak menembak mati ahli kumpulan berkenaan sekelip mata sahaja.

Tapi oleh kerana kebijaksanaan PM pada masa itu , Tun Dr M , dan Menteri Pertahanan, Datuk Najib, serta dibantu kebijaksanaan anggota-anggota tentera dan polis pada masa itu mereka menggunakan kaedah rundingan. Akhirnya semua ahli kumpulan Al Maunah menyerah diri hidup-hidup dan kini semuanya telah memasuki alam barzakh.

Itulah yang dinamakan buat kerja menggunakan akal fikiran dan bukannya menggunakan emosi. Berundur setapak ke belakang untuk maju seribu tapak ke hadapan.

Sedikit info yang saya dapat berkenaan taktik kotor yang akan digunakan penganjur dan parti-parti politik terlibat sekiranya mereka berdemo di jalan raya pada hari sabtu ini. Formasi susunan mereka semasa berarak menuju ke Istana Negara seperti berikut.

Barisan pertama : OKU yang menggunakan kerusi roda dan orang buta.

Barisan kedua : Kanak-kanak.

Barisan ketiga : Wanita

Barisan keempat : Lelaki

Bayangkan bagaimana polis hendak bertindak dalam keadaan begitu bagi menghalang perakakan. Sekiranya polis melepaskan gas pemedih mata atau tembakan air , keadaan akan kelam kabut dan mereka akan lari lintang punkang. Apabila semua bertempiaran lari apa akan jadi kepada kanak-kanak dan OKU ?

Jika mereka cedera atau mati kerana terpijak siapa yang akan disalahkan dan siapa yang akan menanggung bahana ?

Akhir kata, tindakan Datuk Najib menawarkan stadium kepada penganjur adalah satu langkah bijak yang perlu dipuji. Ianya boleh menyelesaikan banyak masalah. Anggota-anggota polis juga tidak perlu lagi dikerah bertungkus lumus untuk mengawal keadaan pada hari berkenaan. Mereka boleh beri tumpuan kepada tugas hakiki. Sekiranya apa-apa perkara buruk yang berlaku dalam stadium adalah menjadi tanggungjawab penganjur. Mereka tidak boleh lagi salahkan kerajaan atau polis.

27 comments:

hanizam said...

bro, aku setuju sangat kalau ubah vanue tu...lepas tu dalam stadium depa nak panggil inul ke buat konsert sebagai pencuci mata, lantaklah...

nak berguling atas trek, nak jadi macam dalam zoo pun boleh...pendek kata kalau dah dala stadium, ape nak jadi, biarkan...janji tak kacau ketenteramaan awam....

wife aku partime study (pjj cikgi) tak pasal-pasal jadual peperiksaan diubah sebab takut demo bersih jalan, student tak sampai ke dewan periksa...

bergumbiralah mat sabun bersama kuncu-kuncunya...biarlah ape juak pakatan nak cakap, janji kerajaan dah buat ape yang patut...

Anonymous said...

Betul tu bro RBF.Biarlah mereka yang berkepentingan ini terpekik terlolong dalam stadium.Nak buat apa pun buatlah,asalkan berlunaskan undang undang.Kumpulkan lah 1000,10,000,100,000 ke, yang paling penting mesti dapatkan permit Polis dulu.
Nanti kita tengok apa sebenarnya yang nak cuba disampaikan oleh 'Bersih' ni.Tak keterlaluan saya katakan 90% adalah tujuan politik sahaja.

-NAZA@700-

Anonymous said...

Bro RBF,dalam fb banyak dilihat agenda 'Bersih' telah menular sehingga ke luar negara seperti Australia,New Zealand,Taiwan,UK dan sebagainya.Dalangnya kebanyakkan nya penuntut Malaysia sendiri.rata rata bukan penuntut melayu bro.Mereka akan menganjurkan perhimpunan pada 9Julai ni di tempat tempat mereka.bukankah itu dinamkan pengkhianat negara?Kerajaan tak tahukah akan perkara ini?

Anonymous said...

Sebab itu ALLAH bagi akal. Bukan bertindak sesuka hati.

Anonymous said...

PM ke yang bagi kebenaran, huhu..bukan BERSIH sendiri yang hantar memorandom kat AGONG n AGONG luluskan dengan syarat buat kat stadium..2 yang saya tau n yang saya dengan lagi, PM nak batalkan jugop BERSIH kali ni takut KES PILIHANRAYA TAHUN NI AKAN LEBIH KANTOI, hehe..

harap maklum, sesungguhnya Allah lebih mengetahui..

PANGKAHLAH DENGAN BIJAK, PILIHLAH PEMIMPIM YANG BOLEH JADI IMAM(ketua) KEPADA MAKMUM(rakyat) DENGAN BACAAN YANG BETUL DAN MENUTUP AURAT..

TEPUK DAD TANYE IMAN, JANGAN TANYE RASA KERANA BISA MEMBINASAKAN KITA..

WASSALAM..
p/s:daripada hamba Allah

Anonymous said...

TEPUK DADA TANYE IMAN..

ku_seman said...

Adakah mustahil untuk Najib halang puak biadab ini berhimpun? Bagi saya perbuatan yang salah tetap salah. Saya tabik kepada Ambiga yang hebat, dia sudah berjaya memperlihatkan kekuatannya. Ini kemenangan moral kepada puak pembangkang. Apa kemenangan moral bagi kita yang menyokong kerajaan?

Anonymous said...

Surat Dari YAB al-Mursyidul Am PAS kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong
by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Wednesday, July 6, 2011 at 12:14am
Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.


Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am
Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

AKU DAH JUMPA, TERBAIK DARI PM KITA TAU..XDE ANGKAT 1 JARI JE MACAM NAK KOREK HIDUNG..
KATA2 YANG TERBAIK..:)
PERKONGSIAN RAMAI.p/s:saja2 je nak buat kacau sini, harap boleh ye..terbaikkkkkkk

Anonymous said...

Dengar cerita mereka akan berarak juga dari 3 lokasi di KL ke Stadium Merdeka?

Anonymous said...

tahniah RBF.. kupasan yg sangat menarik.... aku suka.. psal bersih ni jugak la,, banyak program rakyat tergendala,, majlis perkahwinan, bahkan majlis graduasi sesebuah IPT juga terpaksa ditunda.. kesian pada ibubapa dari jauh yang dah beli tiket ke IPT untk melihat anak2 mereka menerima segulung diploma atau ijazah... semua sebab program x berfaedah ini..

Anonymous said...

Penuntut melayu di luar negara kebanyakannya sedar diri ditaja oleh kerajaan, kami tak akan buat kerja yang tak berfaedah, lebih baik pulun belajar dan score a+.

Anonymous said...

anon 3.55,

Agong luluskan buat kat stadium tapi
Najib offer stadium mana hangpa mau dia boleh uruskan.

Macam bapak kita suruh kita kawin, mak kita pulak tanya kalau betul nak kawin mak boleh pinangkan. pompuan mana lu mau..

Anonymous said...

bro,

lu memang terbaaekkk...

BOCAH KAMPONG said...

stadium cuma pengalih arah yg nyata perarakan menuju stadium siapa yg boleh halang,dan dalam perjalanan ke stadium siapa yg boleh menjamin keselamatan yg ianya tidak menganggu ketenteraman awam...jgn terpesona dgn pelangi.....FIKIRKAN.

batuasah said...

aku sokong, Ambiga hebat. Dia hebat krn Md Sabu dah hilang teloq. Kata nak syahid, kenapa tak lawan je, macam AnWar dok kata lawan tetap lawan. Selama ni pun, Pas mana ada peduli hal agong n raja. Yg hebat dlm bersih la ni, seorang perempuan Hindu yg anti Islam. Pas hanya pada nama je Islam, pd dasarnya dah tenggelam.

Anonymous said...

Dialog bersyarat Najib'
najib : Saya benarkan Bersih 2.0 berhimpun..dengan syarat!
Bersih: Syarat apa...datuk?
najib : berhimpun dalam stadium
Bersih: Tak pa..kami ikut
najib : Baju kuning dgn logo bersih boleh pakai ..dengan syarat!
Bersih: syarat apa lagi..datuk?
najib : mesti ada gambar Rosmah..!
Bersih: Pulak dah...!!

Anonymous said...

setiap yg berlaku ada hikmahnya

Anonymous said...

korang buat la bersih 999999999999999999999999999.0 sekalipun. aku takkan undi PR ngan PAS selagi umat nabi luth jadik ketua korang. bergegar arash sebab kelakuan umat nabi luth ni. Kalo PAS ikhlas nak juangkan islam, keluar dari PR, jangan jadik pencacai DAP macam kat penang nak berarak maulidur rasul pun tak boleh tapi pesta tanglung boleh buat siap buat promosi lagi kat hitz ngan mix fm

indiecrew said...

sebenarnya bersih dah kalah dah dari segi perjuangannya tapi nak sedapkan hati dan xnak rasa malu so dicanang yang depa dpt perkenan dari DYMM..PM terpaksa dgr ckp depa lah..kecian..huhu

Anonymous said...

pm offer suh buat kat stadium tpi dengan syarat mesti dpatkn 'permit dulu'...dah pihak polis anggap perhimpunan bersih ni 'haram' so korang rasa boleh ke idak permit tu dapat?undang2 tetap undang2 beb...

Anonymous said...

hati2 dgn demo bersih kat stadium tu..manatahu setakat main wayang je? ambiga nak cuci tangan kononnya dah jump YDPA, tapi agenda tersembunyi masih dijalankan. beringat2lah selalu!

Apple Le said...

Pakatan ni temberang je lebih sama juga ngan PAS..bosanlah dengan PAKATAN HARAM ni.."aku dah bosan..aku dah bosan"..nyanyi stail Amy Search...

Adi Kencana said...

Tengoklah nanti, perhimpunan KOTOR tetap akan diadakan di jalanan sebab mereka memang cuma nak cetuskan huru-hara!!

Nurul Izzah tak habis2 cakap benda bodoh!! Baca di sini:

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

sudah-sudahlah umno upco..buat kat stadium pun kena ada permit ke? selama ni konsert2,perlawanan bolasepak kat stadium pun kena mintak permit jugak? jangan auta lah...

otak-otak said...

Woii rakyat yg bodoh. Lu ingat stadium tu, nenek lu punya ka. Lawan bola pun ada permit pa. Apa lg demont. Tak da otak punya olang.

whiteorange said...

Buat dimana sekali pun, kalau yang namanya orang tidak waras, mereka tetap mendatangkan mudarat.

Apakah perjalanan menuju ke stadium itu tidak akan menimbulkan huruhara? Apakah jaminan mereka tidak membuat gangguan dan provokasi?

Adakah makhlok makhlok perosak ini akan terjun kedalam stadium menggunakan payung terjun untuk mengelakkan kesesakan jalan?

Adakah makhlok makhlok yang sama ini akan terjun dari langit menggunakan payung terjung sehingga mustahil menimbulkan huru hara di jalan?

Berarak dijalan raya itu satu hal, berarak ke stadium itu juga satu hal.

Maka sebab itu, sehingga kehari ini polis masih belum mengeluarkan sebarang permit.

Sdr Ku Seman, aku pun turut kecewa, tetapi kita juga harus menghormati kebijaksanaan pihak polis kita yang banyak pengalaman. Mungkin Najib setuju tetapi polis belum tentu!!!

Akhirnya kebijaksanaan tetap dipihak kita.

anon 6:48

Mungkin sdr gagal untuk membezakan yang mana hiburan dan yang mana ancaman!!

Orang boleh terjerit jerit melihat orang menyanyi, tetapi orang boleh membunuh melihat orang terjerit jerit.

Anonymous said...

ahahhaa...macam bangang..xde pon keganasan..yang aku tahu..polis yang jadi anjing kerajaan jek bertindak ganas kepada rakyat...sembur gas pemedih mata lah..meriam air lah.cakap boleh berkumpul di stadium..habis sekarang ape cerita?block sana,,block cnie..Agung dah iktiraf..apa kata najib.?itu lah penderhaka sebnear...8 tuntutan bersih tu bukannya memastikan kemenangan kepada pembakang..ia meamstikan parti yang betul-betul layak untuk menang..kalu dah BN tu memang parti kuat..apa nak takut dengan tuntutan bersih???
orang takut tu orang salah...hahhaa..tu pon xleh fikir..?kalau dah jadi parti penakut tu..penakut lah..sampai pakai kuasa membabi buta..gans kepada rakyat...bengong...