Monday, July 11, 2011

Nik Aziz Merapu Lagi....

Jika ikutkan hati saya mahu gunakan perkataan yang lebih teruk dari merapu. Tetapi saya rasa tidak tergamak kerana saya lihat Nik Aziz agak lain macam sekarang ini. Wajahnya semakin pucat dan tutur kata sewaktu bercakap juga semakin lemah. Faham-faham sahajalah apa yang saya maksudkan.

Dua hari lepas Nik Aziz buat kenyataan. Katanya tindakan pihak polis ke atas penyokong-penyokong pertubuhan haram bersih akan menambahkan kebencian rakyat kepada Umno.Sini

Tidakkah perjuangan Pas selama ini untuk menumbangkan Umno dan BN ?

Tidakkah Pas selama ini berceramah siang dan malam selama 365 hari setahun untuk membuatkan rakyat membenci Umno ?

Jika benar tindakan polis itu boleh membuatkan rakyat membenci Umno sepatutnya Pas perlu bersyukur kerana polis telah memudahkan kerja mereka. Bukannya membantah.

Nik Aziz patut buat kenyataan supaya polis bertindak dengan lebih teruk lagi keatas penyokong-penyokong pertubuhan haram bersih yang rata-ratanya orang Pas.

Baik Pas, PKR atau DAP, mereka-mereka ini melihat Umno yang menjadi penghalang utama kepada mereka untuk berkuasa. Sebab itu selepas PRU 2008 mereka terus-terusan menyerang Umno. Apa sahaja berlaku semuanya salah Umno. Sehinggakan Adun DAP tak pakai songkok pun salah Umno.

Umno adalah tunjang utama BN. Tanpa Umno BN boleh ranap. Lihat contoh dalam PRU 2008, rata-rata ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri BN yang menang adalah dari Umno. Sebab itu mereka nampak Umno adalah penghalang utama mereka dan Umno perlu diserang habis-habisan.

Tapi mereka tak sedar dalam kegalakan mereka menyerang Umno , semakin hari Umno semakin kuat. Akhirnya kerusi Galas yang dalam tangan mereka dan di negeri yang mereka perintah pun boleh terlepas.

Kalau boleh kita semua minta mereka serang lagi Umno sampai ke tulang sum-sum.

Serang lagi.....

Serang lagi.....

Serang lagi.....

19 comments:

Anonymous said...

BETUL JUGAK KATA2 RBF NI..

Anonymous said...

semua yang berhimpun tu bodoh2 belaka... aku pernah pangkah PAS, aku jugak pernah pangkah BN.BN pernah menang, PAS pun pernah menang.. semua sama je, jalan dpn rumah aku x berturap sejak 15 tahun dulu. Lampu jalan pun x de, kena suruh tnb pasang dan bayar bill sendiri... fikir2 la sendiri

Anonymous said...

Nik Ajis... sapa dia Nik Ajis? Ulamok ke dia? Ada intelectual personality ke dia?

Ulanyak @ bustaz ade le!

Cakap merapu sana sini. Apa yg dia tau cakap
1.Dosa Pahala
2.Syorga Naraka
3.Kapir mengapir

Tu saja. Nak urus air dan tanah di Lojing pun tak mampu... ni bercita2 nak perintah Malaya!

Anonymous said...

Nik Aziz adalah orang tua nyanyok maka tidak hairanlah kalau beliau akan berterusan mengeluarkan kenyataan nyanyonya. jangan hairan jika tidak lama lagi beliau akan membuat kenyataan bahawa ketika berada di Mekah beliau telah menerima 'bisikan ghaib' yang meminta Penganut2 Ajaran Sesat (PAS) supaya terus BERJAHAT dengan mencipta seberapa banyak fitnah untuk dilemparkan kepada UMNO.

Anonymous said...

Anon 9:52, dua2 mgkn ada masalah.. tp di antara dua tu yg mana lebih baik. Yang tu kita pangkah. Hehe.. Jgn terus tak mengundi, rugi hak kita.

Tapi klu kita banding2kan, memang sah BN adalah pilihan terbaik. Sedikit2 tak puas hati tu biasa lah. Macam kita dengan emak bapa kita gak. Kekadang ada gak yang buat kita bengang... Btul tak?

irs-Hursaini said...

Pok Nik : "Politik Malaysia tidak pernah bersih sejak pertama kali saya menyertai politik".

Wartawan : "Macam mana pula kemenangan PAS selama 21 tahun di Kelantan?".

Pok Nik : "Yang tu bersiihhh, apabila kita (pakatan) kalah baru tak bersih".

dari Wartawan Usin Lengkuas

Anonymous said...

Tiada pentadbir yang sempurna didunia ni,Tapi diMalaysia BN dan UMNO masih banyak kebaikannya.Sudah tentu lebih baik drp DAP.Kalau kita buang terus adakah kita akan dapat yang lebih baik drp ini.PAS tiada bukti menunjukkan ia boleh mentadbir labih baik.PKR penuh pemimpinnya GAY sanggup ke sokong jadi PM.DAP,di Perak dapat pajak tanah 999 tahun dengan gunakan kebodohan NIzar.Dipenang banyak kedai makan orang melayu dirobohkan.Sebatang pokok ada 10 biji buah,2 biji buruk 8 lagi baik takkan nak tebang pokok tu sebab marah yang buruk 2 biji tu.

njah50 said...

Apa yang Tuan Guru Nik Aziz benci sangat dengan orang Islam Umno. Kenapa Nik Aziz tak suka ke pemimpin Negara orang Melayu Islam. Kenapa Islam Nik Aziz ini lebih Islam dari dia sendiri. Bukankah Orang Islam dalam Umno dan Pemimpin Umno berdoa kepada Allah yang Nik Aziz mohon pertolongan dari Tuhan yang samakan. Nik Aziz rasa Allah lama mendengar Islam Niz Aziz jika berbanding dengan Islam orang Umno ke? Orang Melayu berpecah adalah kerana sikap pemimpin yang cakap daulu dan cakap sekarang tak serupa. Klalau dulu haram, tapi sekarang Puak-puak Nik Aziz telah halalkan.

Kalau beginilah sikap pemimpin PAS samapi bila orang Melayu dan Islam akan bercakaran. Allah maha mengetahui apa yang kita lakukan.

hanizam said...

memang tertunggu-tunggu lawak jenaka dari tok ni...kalau masuk mahajara LAWAK, tentu menang...

Anonymous said...

Kalu setakat ceramah, tazkirah,takrub what everlah, hari hari, sambil fitnah, caci cela burukkan orang lain, ramai yang boleh buat, ayah pun pun terror,

tetapi

untuk mengurus@mentadbir manusia, negara, agama, bangsa, ekonomi, keselematan, bahasa, budaya, politik, dll bukan mudah, tak semua orang atau pertubuhan boleh lakukan.

Ternyata UMNO dan BN punya pengalaman tersebut.

Jadi aku tak nampak PKR, PAS, DAP, mampu lakukan semua ini. Setakat berjanji bulan bintang mat drug pun boleh...

UMNO @ Islam telah membuktikan lebih 50 tahun berjaya mengurus tadbir negara dengan baik walaupun silih berganti pemimpin ....

Cuma kita agak malang apabila punya rakyat yang dungu yang senang dimanipulasi oleh pemimpin mereka yang bebal sehingga menjadikan mereka rakyat yang anti establisment, rakyat yang kurang ajar, rakyat yang tak tahu hormat orang lain, rakyat yang otak dungu ikut secara babi buta, rakyat yang tak patuh pada adab , peraturan dan undang undang.

NIK Ajis langsung tak ada kelas nak jadi pemimpin negara, setakat tadika pasti bolehlah,, senang nak racun anak-anak kecil

whiteorange said...

Kalau aku yang berkuasa boleh melantik Nik Ajis, paling tinggi aku bagi jawatan noja surau, sapu sampah, tukang azan ( itu pun kalau bopleh aku tak bagi, takut lain azan nya), tukang cuci surau , itu saja ....

itu sebab apabila ada yang menggelarnya ulamak aku jadi pening pening lalat ,,,,,,

Hadi Awang lagi celako,

Marah raja, marah kerajaan dan macam macam perasaan marah yang langsung tak melambangkan Islam

Yang lucunya

bubuh gelaran "Tuan Guru Dato Abd Hadi Awang" pada bahagian tanda tangan surat

"Tuan Guru" Tuan Guru apa dia ni? Bila masa pula dia jadi TUAN, tuan kepada guru pula tu!!!

Tak malu ke guna title "DATO " dalam surat tu. Ini ke perangai DATO? Bila pihak yang mengeluatkan darjah kebesarannya mahu menarik balik pingat tersebut....

Anonymous said...

Biarlah kekawan ku semua...orang PAS memang dah semambu sekarang nih..lebih-lebih lagi apabila abang Mat Sabun yang pandai bermain strategi..alih2 tuan presiden yang kena tahan...nampak sangat Haji Hadi nak tarik balik populariti dia...semakin malap gamaknya..yang Pak nik pula pun sama..cukup2lah...
Hidup UMNO...

Anonymous said...

Orang tua ni masih tak nampak jalan di hujung terowong. Kerana wang, kuasa & nafsu, Melayu mudah di perkudakan oleh sesiapa saja. Dari zaman sebelum Hang Tuah lagi. Kalau tidak, macam mana tanah Melayu boleh terlepas ke tangan orang lain.
Semoga Ulamak merapu ni, termasuk Hadi, bila mati mata terbeliak. Baru boleh nampak apa hasil yang mereka cari.

RD

hangkedee said...

Juak juak PAs+PKR ini di umpamakan sperti anak gadis yang sekolah pondok berhijrah ke bandar...terlanjur menjadi pelacur .Nak balik kampong malu .Semua orang kampong telah di bohonginya .Akhir cerita melacurlah sehingga akhir hayat.Namun mengaku tidak sekali.Ayuh ulama Asli Dalam Pas .Nasihatilah secara halus dan beriman kepada juak juak tegar yang telah terlanjur.Kalimah Allah amat termat besar tidak boleh di jual beli. khalid samad kembalilah sebelum terlambat!!!

Anonymous said...

Nik Ajis tukang karut terbaik....ketiadaan nya membuat kita rasa sunyiiii...

ROSAFID said...

Saya Kata!!! Dah la tuan guru Nik Abd. Azizi. Sedarlah bahawa usia tuan dah masuk zon bonus. Waktu Subuh,Zohor, Asar dan Maghrib dah lama berlalu. Sekarang ni dah masuk waktu Isyak. Dah dekat nak Subuh semula. Beringat2 lah kamu apa yang semakin banyak dan apa yang semakin dekat. Wallahu'alam. Wassalam.

Anonymous said...

RBF MEMANG XKENAL ULAMA...BODOH RBF NI...BAWAK2 LA MENGUCAP...DUNIA NI SEKEJAP JA...HARTA DUNIA X KEMANA LA RBF WOI...BERAPA HANG DAPAT DOK JEK ALIP MIN NUN WAU= SARKIS NI? X SETIMPAL LANSUNG DENGAN HABUAN DAN NIKMAT KAT AKHIRAT NANTI...MENGUCAP TAU DAK? KALO XTAU NAK TOLONG AJAQ BAGI....

Islam said...

Kerajaan ada kuasa nk laksanakan hukum Islam. Tp x dilaksanakan malahan dihina plak hukum Allah. Malahan pihak yg ingin laksanakan disekat dan diugut. Apabila d tnya dhadapan Allah, nk jwb cmne nti..?

capgirlz said...

Merapu yg bukan2...menjatuhkn maruah negara ..menyusahkn rakyat...dah tk da keje lain agaknya...ramai yg mengeluh akibat perhimpunan minggu lalu kerana kesesakn jln yg teruk...lebih2 lg yg mengadakn majlis kenduri kahwin..kesian saudara mara,sahabat handai ingin bertandang membatalkn niat mereka...tk ke namanya tu MENYUSAHKAN RAKYAT !!!!!