Tuesday, July 5, 2011

Apakah Tabiat Husam Tentang Perempuan Cina Yang Bakal Didedahkan Kickdefella ?

Satu hari di One Utama.

Di pertengahan jalan yang menghubungkan old wing dan new wing bangunan pusat membeli belah tersebut terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan.

Dalam banyak-banyak gerai tersebut terselit sebuah gerai yang menjual madu, dimana jurujualnya seorang wanita cina yang boleh dikategorikan sebagai 'boleh tahan' .

Dalam banyak-banyak orang di pusat membeli-belah tersebut pada hari berkenaan terselit seorang ahli Pas di dalamnya, yang mana ahli Pas itu juga seorang tauke kambing janapari.

Tauke kambing itu pun berjalan menuju ke gerai yang menjual madu berkenaan dan dilayan oleh wanita cina tersebut.

Sambil tengok-tengok madu dia bertanya kepada wanita cina itu , "apa khasiat madu ?"

Dalam dunia ini, siapa yang tidak mengetahui khasiat madu ? Kanak-kanak pun boleh tahu, tak mungkin tauke kambing tak mengetahuinya pula.

Ditambah pula dia sebagai seorang lelaki mustahil dia tidak mengetahui khasiat madu. Dia tahu, tapi dia sengaja buat-buat tidak tahu dan bertanya kerana dengan niat hendak menggatal. Mungkin harapannya wanita itu akan jawab madu mempunyai banyak khasiat untuk tenaga batin lelaki.

Tapi sayangnya wanita cina tersebut tidak menjawab begitu, maka hasratnya untuk pergi lebih lanjut terbantut. Wanita itu menjawab khasiat madu boleh menyihatkan kulit.

Tanpa di sangka-sangka, ahli Pas tersebut terus memegang tangan wanita cina tersebut sambil menggosok-gosok kulitnya sampai ke siku dan berkata "tapi kulit u tak sihat pun" . Fuyooooooooo...... Fewitttt.......

Wanita tersebut tersipu-sipu malu, mungkin terkejut kerana tak menyangka tangannya akan dibelai-belai oleh seorang ahli Pas.

Itulah video yang saya lihat dimana saya percaya ianya dirakam menggunakan gadjet terselindung di badan si perakam. Zaman sekarang ada bermacam-macam jenis perakam yang kita tidak sedari. Ada pen, ada tag nama dan ada jam tangan.

Satu lagi video yang saya pernah lihat ialah bagaimana tauke kambing itu terbeliak biji mata melihat wanita cina pakai mini skirt di atas eskelator di KLCC.

Semenjak setahun yang lepas saya menerima pelbagai-bagai cerita, dokumen dan rakaman mengenai kisah tauke kambing janapari tersebut. Beberapa minggu lepas juga saya ada menerima satu folder dokumen dan sekeping cd mengenainya. Bagaimana pun saya tidak akan mendedahkannya sekarang. Tidak ada keperluan untuk mendedahkannya sekarang, kita tunggu apabila hampir PRU 13 kelak.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah orang yang saya maksudkan ? Saya tidak bercadang untuk memberitahunya sekarang.

Sementara itu kickdefella dalam posting terbarunya semalam menyatakan beliau akan mengeluarkan posting bertajuk "Husam dan tabiatnya tentang wang dan perempuan cina". Tetapi hajatnya itu tertangguh seketika kerana terpaksa menjawab terlebih dahulu isu tuduhan pembohongan terhadap PM dan beliau yang dilemparkan oleh Husam.
Hari ini saya tertangguh untuk mengeluarkan posting saya yang bertajuk “Husam dan tabiatnya tentang wang dan perempuan cina”, kerana terpanggil menjawab penjelasan yang tidak jelas oleh pihak Husam. Tidak mengapa, esok masih ada.

kickdefella
Apakah apa yang saya ceritakan diatas dengan apa yang bakal didedahkan oleh kickdefella melibatkan individu yang sama ?

Kita tunggu pendedahan kickdefella terlebih dahulu. Saya akan ikut dibelakangnya nanti. Bak kata Salih Yakob, "I follow".

Siapalah saya ini, saya tidaklah sehebat kickdefella. Sebab itu Husam pernah kata saya hanya blogger picisan.

Cuma satu sahaja saya nak pesan kepada Husam, gajah tak mati dengan harimau atau singa. Kebiasaannya yang mematikan seekor gajah adalah nyamuk. Nyamuk mati kerana gajah adalah biasa.



Aku hanya blogger picisan....

12 comments:

Anonymous said...

Mantop...!!

Kita tungguuu jer....

hehehehe...

Anonymous said...

biar betul?

jika benarlah semua ini, patut sangatlah takde lagi negara Islam..

Anonymous said...

Bongkar bro RBF..jangan tak bongkar...selama ini puak puak PAS sering menggambarkan para pemimpin mereka alim,warak,tidak melakukan perkara perkara keji berbanding dengan para pemimpin UMNO...Apa yang tidak baik atau buruk mesti datangnya dari puak UMNO..itulah yang telah diterapkan di dalam pemikiran mereka.
Dulu saya memandang tinggi terhadap YB Husam ni tetapi setelah banyak mengetahui dan mendengar banyak cerita 'sebalik' dan yang tidak menggambarkan ciri seorang pemimpin parti 'Islam' yang didokongnya saya sekarang ni hanya melihat beliau sebagai seorang ahli politik sahaja dan tidak lebih dari itu...

-NAZA@700-

Anonymous said...

Feewiittt best laa RBF. Dah agak dah nanti bila keluar atau diwartakan oleh RBF ke atau kickdefella pun kalau bangsa jilat bontot Anuwar pun tak akan mengaku, masih cakap dia tu virgin mcm Anuwar gak.

yg benar said...

Buku Mat Sabu Air Mata Memali dah dedah habis tentang jahatnya pimpinan Pas. Mereka kata semua itu fitnah. Tak ada yg turut membela penulis hingga isu ini hampir basi.Rbf pun dah henti sekerat jalan tentang isu balu dan anak yatim Memali tu. Nak dedah lagi? Setakat jd isu aje, masy. dah bosan la. Mari ramai-ramai kita bawa isu balu dan anak yatim Memali ke sprm atau polis. Siapa lagi nak bantu mereka? Nak harap org Pas, sampai kiamat le. Nak harap Umno, pun bodo juga, bole canggung pun tak tahu libas. Bloger macam rbf ini la patut bangun bela org yg di aniaya. Isu Memali bukan kecil brot. Salahlangkah boleh tumbang Pas......

Anonymous said...

Lingkupkan Pas dengan isu Air Mata d Bumi Memali. Mari kita ramai2 ke sprm n repot polis.

Anonymous said...

Org Singapura,
Saya ni tak berapa kenal dgn pemimpin Pas tapi dari raut wajah Husam ni memang jenis tak blh di percayai.Bro tlg kasi tau saya si husam ni kalau bercakap dia suka tengok muka org itu atau dia suka tundok bawah,jika dia suka tundok atau tidak memandang org yg dia bercakap memang confirm dia ni jenis manusia yg lempar batu sembunyi tangan.Harap2 blogger KICKDEFELLA dapat ceritakan hal yg sebenar tentang Husam.

ruang bicara faisal said...

kpd yg benar,

saya akan sambung lg. saya juga berpandangan seperti anda. buku itu boleh mematikan pas

kepada sesiapa yang hendak mendapatkannya sila hubungi nombor dibawah

012-621 3431

YANG BENAR said...

TERIMAKASIH RBF. SAYA DAH BACA BUKU TU. SUNGGUH MENYAYATKAN HATI. TERGAMAK ORG YG MELALAK PEJUANGKAN ISLAM BUAT ANIAYA PADA ORG YG LEMAH SEPERTI IBU TUNGGAL DAN ANAK YATIM. SAYA SERULAH PADA YG BELUM BACA DAPATKAN BUKU TERSEBUT. KEMUDIAN MARILAH KITA BUAT SESUATU AGAR YG DIZALIMI DAPAT DI BELA. KALAU IKUTKAN HATI SAYA, NAK AJAK SEMUA NGO N BLOGGER YG PROKEBENARAN AGAR BUAT HIMPUNAN DI PEJ PAS PUSAT DEKAT JLN TUNKU ABD RAHMAN KL. MINTA PAS PUSAT TELUS DAN BERSIHKAN MARUAH MEREKA DALAM ISU MEMALI. SAYA AMAT MENGHARAPKAN.

pemantau said...

Itu olang ada makan nasi??? Kalau tak makan nasi..itu malaikat maa...Inilah yang selalu membelenggu pemimpin kita..soal duit..perempuan..gila kuasa.

sokongje said...

Ada pemimpin, ada rakyat. Jahat pemimpin,sebab rakyat juga mandum. Kata ahli Umno, pemimpin kita nak buat apa biarkan.Asalkan Malaysia aman. Kata ahli Pas pula, pemimpin kita songlap, diam je, nanti imej parti rosak. Akhirnya, jadilah seperti yg telah jadi. Berapa kerat yg berani macam penulis yg dedahkan isu Memali. Dia tanggung risiko hingga ada yg nak pukul. Tapi kita yg baca, apa buat. RBF cuba fikir2kan. Saya sokong kalau ada yg nak repot polis.

sokongje said...

Ada pemimpin, ada rakyat. Jahat pemimpin,sebab rakyat juga mandum. Kata ahli Umno, pemimpin kita nak buat apa biarkan.Asalkan Malaysia aman. Kata ahli Pas pula, pemimpin kita songlap, diam je, nanti imej parti rosak. Akhirnya, jadilah seperti yg telah jadi. Berapa kerat yg berani macam penulis yg dedahkan isu Memali. Dia tanggung risiko hingga ada yg nak pukul. Tapi kita yg baca, apa buat. RBF cuba fikir2kan. Saya sokong kalau ada yg nak repot polis.