Monday, July 4, 2011

Al Fatihah dan Salam Takziah

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al Fatihah dan hulurkan salam takziah kepada bekas Ketua Muslimat Pas diatas kematian anaknya.

Berita dipetik dari harakahdaily
KUALA LUMPUR, 4 Julai: PAS mengucapkan takziah kepada bekas Ketua Muslimatnya, Ustazah Nuridah Salleh (gambar) di atas kematian anaknya, Abdul Aziz Mohd Azmi, 13 tahun, yang kembali kerahmatullah pada 12.00 tengah malam semalam.

Abdul Aziz yang mula belajar di Cape Town, Afrika Selatan tahun lepas meninggal dunia selepas kira-kira sebulan menjalani pembedahan kerana ketumbohan pada tulang belakangnya.

Sebelum itu, beliau demam tetapi tidak dapat bangun dan menggerakkan badannya. Beliau menjalani pembedahan dengan ditemani ibu dan bapanya, Haji Azmi.

Jenazah beliau dijangka akan tiba di rumahnya di Taman Melewar, Kuala Lumpur pagi esok, 5 Julai.

Namun begitu, Nuridah yang kini dalam misi dakwah ke Australia masih berada di sana dan dijangka akan tiba lebih lewat dari jenazah anaknya sendiri. Nuridah kini adalah Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan selepas gagal mempertahankan kerusi ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dalam muktamar lepas.

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) bagi pihak PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Nuridah, kata Nurul Islam Bin Mohamed Yusoff , Setiausaha DPPWP dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

"Marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah Abdul Aziz ditempatkan dikalangan hambaNYA yang soleh," kata kenyataan itu.
Pas sering menggambarkan parti dan pemimpin mereka miskin dan tiada duit. Kutip derma dengan orang ramai sana-sini, katanya nak lawan BN tak boleh kalau tiada duit.

Tapi boleh pula hantar anak yang umur 13 tahun (tingkatan 1) belajar ke luar negara. Hebattttttttttt

Setakat ini dulu.

Kita sambung balik selepas jenazah di kebumikan.

20 comments:

Bingai @ Bangang said...

Allah lebih menyayangi kanak-kanak itu dan melindunginya dari kekotoran dunia yang dicetuskan oleh orang-orang munafik. Al-Fatehah....

Anonymous said...

Kita sama sama hormat Arwah dan keluarganya dulu bro

Lepas ni gua pun nak tumpang sekaki

Anonymous said...

Ha3...yang mabuknya pengikut-pengikut totok. Cuba lihat pemimpin di Terengganu sahaja. Semua orang senang..anak pun hantar ke luar negara. Tapi anak pengikut suruh hantar kat sekolah tajaan parti..Nasiblah...

Anonymous said...

Biasalah la PAS...tak kan tak kenal lagi parti PAS..btw Salam Takziah kpd kekanda Nuridah dan suami serta keluarga. Banyaklah bersabar dgn dugaan ALLah SWT..ada la hikmah tu.

AloQStaQ said...

faisal,
tu bukan duit dia la! ... tu duit hasil kutipan derma orang ramai yang ingin berjihad membantu seorang pemimpin pas yang bakal membawa mereka semua serombongan masuk ke sorga nik aziz.

ryuki said...

Tahniah rbf..
Blog anda terpapar dalam
Sinar Harian Edisi Kelantan
bersama blog Papa Gomo

Anonymous said...

pasal pa tak hantar anak sekolah kat pondok? ada sekolah pondok kot kat australia tu. hantar ngaji dan bila balik nanti jadi ustad pas. tapi Allah lebih dahulu mengambilnya agar anak tersebut tidak berdosa seperti ibunya. asyik memfitnah ajer dalam dakwahnya mengikut n.ajis.

Anonymous said...

Apa apa pun salam takziah Semoga roh nya dicucuri rahmat..Al Fatihah dari saya (Ahli Umno )

Anonymous said...

Al fatihah kepada anaknya. Bab2 duit malas nak cakap, hanya PAS je tau. whatevr sebagai muslim kit sepatutunya menjalani hidup penuh dengan keiklasan dan jujur maka hidup kita akan sentiasa diberkati tuahn. tak jadi ahli PAS boleh berdakwah...lagi bagus sebab tiada sifat kepartian hanya ikhlas berdasakan keapada ugama.

Anonymous said...

kadang-kadang kesian tgk nasib anak-anak kita yang tidak berdosa...ingat lagi kisah si nuridah ni peluk si penzina eli kerana nak mempertahankan maruah parti dan bukan atas dasar kebenaran dan agama?!! Apakah ini kifarah Allah SWT yang ditanggung oleh anak-anaknya?!!

Anonymous said...

rbf, blog pro bn pesal tak mainkan isu PM rasmi rumah 1Malaysia tadi? cuba tengok link ni. aku jumpa mamat ni tulis.

http://notakanan.blogspot.com/2011/07/program-perumahan-1malaysia-pr1ma-untuk.html

pembangkang dok sibuk politik, bn sibuk buat kerja. bodoh punya pembangkang malaysia.

Anonymous said...

Al Fatihah....

Anonymous said...

Al fatihah.. inilah nasib orang-orang kat malaysia..dapat parti pembangkang yng kerjanya tak abis dgn modal politik bukannya nak bersama-sama bangunkan negara ini.. kalau PAS betul2 mahukan negara islam.. didiklah anak-anak kita ini dengan ilmu agama yang cukup di dada supaya negara ini akan penuh dengan ilmuwan isle.. ini tidak kerja dok ceramah politik abis-abis.. yg buat kerjanya BN.. nasib la.. kesian anak2 kecil dah didik bab politik.. aku kalau jadi PM dan lama aku tarik balik biasiswa budak-budak u kat mesir tu.. biar tau kerajaan nie kejam atau mereka sendiri yang kejam makan duit kerajaan nak tapi dok sibuk berpolitik tentang kerajaan.. kebanyakkannya dok ulang semester sebab tak lulus periksa.. yg mak bapak dok ingat depa belajar rupanya sibuk dengan politik..
Salam

pengembala said...

Hebatttttttt

haha

kuat pulak aku baca perkataan tu walaupun mula2 aku baca dalam hati

haha

Jangan Kalot said...

al fatihah

Anonymous said...

Al-FATIHAH

semoga ruh anaknya dlm perliharaan Allah SWT

dan semoga memberikan keinsafan kepafa perjuangan sesat PAS yang wajib ditinggalkan Ustazah Nuridah.

Berdakwahlah melalui wasilah dan kepelbagaian jalan dan jauhilah PAS yang banyak merosakkan medan dan jalan dakwah para DA'EI..

wallahualam

Anonymous said...

Ibarat tarik rambut dlm tepung,rambut tak putus tepung tak berselerak....

paham paham jelah,kalu guna islam tuk kutip derma confirm org percaya...

bab saluran duit tu kemana pemimpin pas je yg boleh jawab...

ruang bicara faisal said...

ryuki,

ya benar. sama juga dlm edisi selangor

memalian said...

Ingat derma, ingat Tabung Memali.Anak depa hantar luar negeri, anak Memali makan diri walau duit tabung berguni-guni.....al fatihah pd anak Nuridah n mangsa Memali

Sokmosedih said...

Saya dah baca buku Air Mata Memali. Memang sedih nasib balu dan anak yatim. Apa yg hairannya, Nuridah bekas ketua Muslimat Pas tak ka ada perasaan nak bela kaum sejenis mereka yg di aniaya. Sebagai muslimat patutnya mereka lebih prihatin. Apakah ini tanda2 Kerajaan Berkebajikan?