Tuesday, July 12, 2011

Sendiri Langgar Lampu Merah....Sendiri Mau Ingat

Ewah…ewah…dok tengah bagi ‘pedoman’ apa tu Dato Sri kat saudari Datuk S. Ambiga…?

Mungkin kot lepas buat kecoh atas jalan…apa pula planning nak kasi gamat selepas ni.

Nak call Amnesty International… United Nation…Barak Obama ?

Jadi tak payah nak heran le, selepas riuh berhari-hari masa nak buat juga demo hari Sabtu lalu…sekarang ni semua orang tak payah buat kerja lain...kena layan pula depa tuduh pi tuduh mai segala macam mak nenek.

Undang-undang kepala otak apa tah depa pakai.

Bukankah satu dunia dari awal semua dah tahu bahawa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu adalah perhimpunan haram. TITIK.

Polis dah bagi kenyataan berulang kali soal ini, media baik eloktronik, cetak atau online semua dah maklum bahawa perhimpunan itu tidak mendapat permit polis.

Sebab itu, seorang teman yang call Kawan semalam angin satu badan tengok cara penyokong puak pembangkang dok spin cerita ‘polis ganas’.

Dia kata nak tergelak juga. Hebat nak tunjuk macho langgar undang-undang segala macam... la ni merengek macam budak tak dapat coklat.

Ini al kisah…berani buat tak berani tanggung punya cerita le.

Kawan kita tu kata, sebabnya mudah, polis sudah bagi amaran dari awal itu perhimpunan haram, “engkau pergi juga, buat demo juga, polis bunyi loceng amaran ko baling dengan botol air, polis lepas gas pemedih mata engkau kata zalim… mana akai tu?”

Kawan setuju dengan pendapat teman itu, bukan apa, macam dalam hidup sehari-hari. Semua kita tahu apabila bawa kereta jumpa traffic light…kalau hijau tanda jalan, kuning hati-hati dan berhenti, MERAH sah-sah kena berhenti.

Demo Bersih ni sama macam kes langgar lampu merah.

Kalau jalan juga dan kena hantam kemalangan, atau kena saman… logik ke salahkan polis atau orang lain?.

Dari awal lagi engkau buat salah, langgar lampu merah, apa jadi pun selepas itu, yang salah tetap salah.

Kawan baca blog-blog pembangkang yang tunjuk gambar depa dakwa ‘keganasan polis’. Ada seorang lelaki yang mengerang sakit, katanya patah kaki.

Kawan call seorang rakan wartawan yang ada di lokasi, apa jadi sebenarnya dengan budak yang ‘patah kaki’ itu?.

Ikut ceritanya waktu kejadian, budak itu lari dari polis terjun ‘fly over’ yang tingginya enam kaki.

“Jatuh dan dakwa kakinya patah,” katanya.

Itu namanya, sendiri buat…jadi patut sangat sendiri mau ingat.

Macam juga cerita Anwar yang tersiar gambar terlentang atas katil hospital macam dalam keadaan nazak sambil pakai baju kuning.

Kawan tanya kawan-kawan yang ada di lokasi apa jadi. Depa kata waktu tu keadaan bersesak-sesak lepas polis tembak gas. Dalam keadaan kelam kabut Anwar hendak diselamatkan oleh pengawal-pengawalnya.

“Dia ‘kemek’ masa berasak-asak dengan penyokong sendiri, bukan dengan polis,” katanya.

Itu hanya dua contoh saja, kalau ada contoh-contoh lain selepas ini pun, asas persoalan tetap sama.

Apabila kita langgar lampu merah, sendiri mau ingat.

Anwar sendiri bukan budak darjah satu yang tak faham undang-undang.

Kalau macam ni mudah le hidup…kita sendiri buat salah…kita salahkan orang.

Yang dok ajak depa semua turun tengah jalan tu sapa?…bukankah sang Bersih yang gagah perkasa kononya.

You ajak you tanggonglah…you settlelah sendiri….tak gitu.

Ini nampaknya macam nak lepas tangan…

Ramai kawan-kawan dah agak…nawaitu Bersih yang cukup ‘ bersih’ tu.

Jadi ramai-ramailah kita tengok ‘ lawak’ depa selanjutnya.

Satu dunia salah kena tanggong depa punya salah.


Dipetik dari Agenda Daily

14 comments:

Against The Wind said...

bro rbf mohon paut blog saya Against The Wind http://mamuwed.blogspot.com.

Blog tuan sudah saya pautkan

shah said...

depa sibuk kata bersih ialah kebangkitan rakyat, kemarahan rakyat Malaysia. lawak sungguh .. kalau "kebangkitan" and so-called "kemarahan", takde pun najib kena belasah, kena baling telur masa kat pesta floria, masa walkabout kat petaling street, malah beribu menyambut dengan mesra .. lawakla depa ni. kalau marah xde macamtu punya sambutan .. lol

Anonymous said...

Anuar tu bro , sampai mampus pun xkan faham undang2. Baik budak darjah 1 lagi dari dia tu.Harapkan totey je besar.Hahahahah

_Anti PR_

hamba allah said...

kan anwar ni artis anugrah tuhan.

Timur Tengah said...

Untuk CheguBard,

Sedih tengok orang Melayu tak pakai otak macam kau Chegubard... Bro, lu pakai nama Cikgu tapi tak pakai otak... nak tahu kebenaran pasal cincin harga sampai cecah RM24 .4 juta google atas nama "most expensive diamond rings" engkau orang akan dapati cerita bohong Chegu Bard ni.

RM24.4 juta = USD8.3M. Nah address website: http://www.bornrich.com/entry/most-expensive-diamond-rings/

Lepas tu engkau google Sotheby's auction blue diamond rings. Cincin warna biru tu harga dia USD7.9M dijual di Hong Kong bukannya di New York. Bodoh tu pasal kau belajar sampai jadi cikgu aje. Lepas tu tipu orang kampung dengan budak muda yang malas belajar. Benda giler expensive ni dijual hanya melalui auction house macam Cristie Auction House, Sotheby Auction House, etc. Pergi wiki apa dia "auction house".

Orang puteh panggil private auction sales. Kau ingat owner dia nak jual pada Rosmah gitu-gitu je ke. Kena via auction house lah. Nak masuk dia punya dewan lelong dia aje pun bukan senang, tak hantar pakai syarikat express delivery macam tu lah (AirOceanic Express Sdn Bhd), dia hantar siap dengan kawalan keselamatan. Bukan dijual beli macam mak kau beli cincin kahwin kat kedai emas kat Rembau.

Lain kali belajar tinggi-tingi.

Doha, State of Qatar

Anonymous said...

masa kempen ajak turun demo garang mcm rimau. lepas demo mengadu mcm pondan. bagi tapak kasut sorang sedas br ada akai.

Anonymous said...

Aci duk berangan dia exPresident Bar Coucil dan dapat Award dari Clinton, dan hal paraktik Kasta Hindu jgn siapa kritik dengan itu dia seorang wanita yang paling berpengaruh dalam Malaysia ini. Sebelum mati, boleh dapat pegang Nobel Prize pulak.

Yang sekok lagi duk berangan Cina, India, US semua terhegih kepimpinan dia untuk mengulingkan Kerajaan BN, apa harta karun dalam Malaysia nanti senang nak kebas sampai licin.

Anonymous said...

Bro,

Langgar lampu isyarat apalah sangat, kalau ngan syariat pun hancur!!!
Sebelum demo cakap berdegar2 ? (Mana Din Katak Puru ek?: tak nampak kelibat dia sehari dua nih..?) lepas demo merengek macam pondan...ha3..aku suka ayat nih...thanks anom 4:55!!!

Anonymous said...

Anwar Ibrahim kata Hj Hadi Awang diheret dan dihumban kadalam truck polis ketika ditahan semasa demo haram 9/7 yang lepas.
Haji Hadi Awang pula kata dia dilayan dengan baik. Malah bukan dia saorang yang dilayan dengan tetapi semua yang ditahan telah diberi layanan baik.
Siapa yang berbohong? Ahli2 Pas masih tak boleh menilai?

njah50 said...

Betullah tu, bila kita langgar lampu isyarat, kenalah tanggung akibatnya. Dah polis tak beri kebenaran dan tidak keluarkan permit bererti tak boleh, sebab PDRM dah masak dengan perhimpunan-perhimpunan seperti ini. Bila lampu merah dilanggar polis kenalah bertindak. Aku memang salute ketegasan PDRM, takkanlah nak layan orang yang begitu ramai membuat kesalahan dengan lemah lembut, kedegilan mesti diatasi dengan ketegasan. Syabas PDRM

Anonymous said...

Ahli-ahli pas dah sain agreement. Mereka takkan keluar PAS punya, walaupun presiden diaorang kelentong hidup2 depan mereka dan depan media. Tapi kalau yang PKR mesti keluar. Sebab mereka ni ada yang jenis celik mata hati. Lagipun PKR tak janji syurga macam PAS....DAP ganti PAS...

AnakPas said...

Tak semua org Pas camtu. Aku ahli Pas yg ada otak. Tak turun pun kat Bersih tu. Aku anak Kedah dan tenguk apa ada kat Kedah ni. Depa tipu belaka. MB Kedah tak turun pun. Senator Yusf Husin Mujahidin Memali pun tak turun. Exco Kedah sekoq dua je turun. Depa semua dah senang tutuh harta ghanimah dl Kedah. Paling aku sedih, sebab org2 DAP tak turun, kenapa. Lim Kit Siang, Guan Eng terlepas dari polis ka. Aku koi sedaq dah la ni sejak baca buku pasai isu Tabung Memali. Ulama' Pas memang tak layak pimpin negara. Semuanya penyamun belaka selagi tak mau selesai isu Memali. Hampa dah baca ka buku tu? RBF, bila nak sambung lagi isu tabung Memali tu.

Anonymous said...

cita cita anuwar tak tercapai lagi
bukan kata nak jadi PERDANA MENTERI
bahkan nak meRAJAi dunia melayu
menggantikan tuan punya tanah jajahan
RAJA-RAJA MELAYU dan YANG DIPERTUAN
YANG MEMBERI PELUANG DAN RUANG UNTUK KITA YANG TAK BERAPA NAK ADA NIE DUDUK DI BUMI BERTUAH SEBAHAGIAN DARIPADA GAGASAN TANAH MELAYU YANG TELAH DIAKUI DAN TERTULIS DALAM PETA LAMA YANG DILAKAR OLEH PELAYAR DAN PENJAJAH DAHULU.....

Anonymous said...

korang tggu la BN plk jd pmbangkang. nk tgk plk korng yg wat demo. korng plk lggar lampu merah dgn komen: "dlu bersih blh buat, knp kita xblh buat?" kahkahkah....