Monday, July 4, 2011

Penjelasan Kepada Rakan-Rakan Pembaca

Sejak sebulan yang lepas sebarang komen yang masuk ke blog ini tidak lagi ditapis. Walaupun tidak ditapis tetapi setiap jam saya akan memantau komen-komen yang dihantar dan tersiar untuk memastikan tidak ada komen-komen yang boleh memberi implikasi buruk kepada saya dari sudut undang-undang negara.

Sepertimana yang kita semua tahu, suasana politik dan keselamatan negara yang panas pada minggu ini, maka bermula hari ini saya terpaksa mengaktifkan balik sistem tapisan komen.

Ada beberapa pembaca yang bertanyakan saya melalui e mel dan komen kenapa ianya ditapis semula. Saya harap anda faham apa yang saya maksudkan diatas.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk meneliti setiap komen-komen yang dihantar dan akan menyiarkannya setiap jam.

Saya tidak kisah dengan komen yang memaki hamun atau mencerca saya. Cuma saya tidak mahu ada komen yang boleh menimbulkan masalah antara saya dengan pihak berkuasa.

Faham-faham sahajalah, dalam keadaan yang panas minggu ini mungkin ada sesetengah orang sukar mengawal emosi mereka dan menghantar komen yang bukan-bukan. Jika timbul masalah kelak sudah pasti saya juga boleh diheret sama.

Maaf jika tindakan ini menyusahkan anda.

Harap bersabar untuk seketika.

19 comments:

zaki said...

good idea bro.
Syabas kerana prihatin.

Anonymous said...

bagus!

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam rbf.
Saya pun terpaksa lakukan perkara yang sama di blog saya walaupun selama ini tidak pernah ditapis.

ruang bicara faisal said...

APA, w.salam

lebih baik begitu...

wmu350 said...

hhahahaa.....sokongg...!jika baik hasilnya...laksanakan..saya sentiasa menyokong blog anda dan mengikuti setiap masa...!

Anonymous said...

sebenarnya lg best komen kalau auto approval. sbb boleh balas komen lain on the spot.

Bingai @ Bangang said...

Blog anda adalah HAK anda! Terpulang kepada penilaian anda sendiri.

Sekiranya ada suara-suara sumbang yang tidak puashati, biar mereka buat entri di blog mereka sendiri.

Aku Yang Bingai
Yang Polis Menyibuk Ni Apa Pasal

Nasionalis1982 said...

Ada baca akhbar Sinar Harian hari ni?

whiteorange said...

Gua salah seorang pengikut blog saudara

Sebagai warganegara bertanggungjawab, eloklah tindakan saudara itu, kami faham

awie958 said...

abg faisal itu yang sebaik-baiknya sebelum kena tindakan oleh pihak berkuasa.saya pun pelik dalam beberapa minggu ni komen je terus masuk.harap dapat update posting selalu sebab kekadang buka takda update yang terbaru rasa hampa lak

anti bohmau said...

understood rbf,

it for good intention. buatla apa yg patut...

'prevention is better than cure'

kalu dah berkudis, tak menang tangan nak garuk!!

hanizam said...

mencegah lagi awal lebih baik sebelum jadi parah....

semoga MALAYSIA sentiasa dirahmati & dijauhkan dari malapetaka serta anasir jahat...

sedih masih ada lagi pihak yang sokong malaysia jadi huru hara...lagi sedih, yang beragama ISLAM penyokong kuat kepada orang yang banyak mempertikaikan ISLAM...


adakah hatinya telah penuh dengan titik-titik hitam ayng tidak mampu dibersihkan lagi???hanya ALLAH sahaja yang lebih mengetahui...

Anonymous said...

diharapkan pengedali blog terus kental dan mengisi maklumat yang segar untuk setiap pengunjung...itulah yang terbaik!!!

Anonymous said...

sebenarnya, terus siar tanpa tapisan lebih seronok.
tapi betul jugak, agar tiada implikasi undang2 kemudian hari, lebih baik tapis..
yg penting, dedahkan segala keburukan PR. teruskan berjuang!

SyedAbuSayyaf said...

no problem punyo...

ruang bicara faisal said...

kpd nasionalis1982. ya , saya sedia maklum perkara tersebut.

pada mulanya wartwan sinar hubungi saya melalui e mel dan minta nak jumpa utk wawancara. tapi saya tak mahu tampilkan diri.

mereka bg pilihan kedua iaitu wawancara melalui e mel dgn cara menghantar soalan2 kpd saya. saya setuju cara tersebut.

ruang bicara faisal said...

awie958 dan white orange, terima kasih atas pandangan anda

maubenar said...

buat apa yg terbaik. jgn fikir jatuhkan sesiapa, tapi fikir utk kebenaran, membela yg hak dan yg di zalimi.Sy sokong usaha anda mendedahkan isu anak yatim Memali. Tapi kenapa kjap aje? Tak ada isu lg ke?

Anonymous said...

kalau ko kata dap tu komunis, dah lama kena isa..lu jgnlah provoke rakyat malaysia.orang cina malaysia cuma nak cari makan, berniaga. ko orang ni umno, kalau tak ada cina tak kayo kau.dapat duit atas angin......dap cina, mca pun cina...kenapa ko tak kata mca pun komunis, anti islam..tak semua rakyat bodoh...macam kau...