Tuesday, July 12, 2011

Ribuan Lagi Yang Mati Jika Benar Polis Ganas

Tiga hari sebelum perhimpunan haram berlangsung tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkenaan dengan perhimpunan berkenaan dan kemudiannya saya hantarkan tulisan itu kepada Utusan Malaysia melalui e mel.

Antara yang saya tulis dalam artikel tersebut seperti di bawah,
Sekiranya penganjur tetap mengadakan perhimpunan di jalan raya Sabtu ini dan berlaku keganasan yang boleh menyebabkan kematian serta kecederaan seperti mana yang diseru oleh Nurul Izzah, siapakah yang mereka salahkan dan siapakah yang perlu bertanggungjawab? Sudah tentu Perdana Menteri dan polis yang disalahkan dan mereka perlu menjawabnya.

Peristiwa Memali yang berlaku lebih 20 tahun lalu sampai ke hari ini pun masih lagi dijadikan modal pembangkang.

Kematian Teoh Beng Hock yang bunuh diri itu pun boleh membuatkan kerajaan berpeluh jantan untuk menjawabnya, bagaimana pula sekiranya berlaku satu kematian dalam perhimpunan Sabtu ini jika mereka terus berhimpun di jalan raya?

Tidakkah berbuih mulut kerajaan dan polis untuk menjawabnya? Itu jika berlaku satu kematian, bagaimana pula jika lebih daripada satu yang mati?

Satu perkara yang kita kena ingat, dalam kepala pemimpin-pemimpin pembangkang bermacam-macam perkara yang mereka fikir supaya timbul huru-hara demi mencari keuntungan politik kepada mereka dalam PRU akan datang.


Utusan Online
Akhirnya apa yang saya tulis itu menjadi kenyataan. Seorang peserta perhimpunan haram tersebut telah meninggal dunia. Seperti yang dijangka ianya akan menjadi modal besar Pas, PKR dan DAP.

Mata kasar kita melihat pemimpin-pemimpin Pas, PKR dan DAP bersedih diatas kematian itu, tetapi yang sebenarnya hati mereka melonjak kegembiraan kerana 'lauk baik' sudah datang. Itulah yang mereka mahu sebenarnya untuk dijadikan modal politik menjelang PRU 13.

Hidup dan mati adalah ketentuan Qada dan Qadar. Bila, dimana dan bagaimana cara kematian, kita tidak mengetahuinya. Sekiranya benar saudara Baharuddin meninggal dunia kerana keganasan polis seperti yang didakwa oleh Pas, kenapa pula ribuan yang lain tidak mati?

Seorang ahli keluarga terdekat dengan arwah menafikan arwah mempunyai penyakit jantung, asma dan kencing manis. Maknanya dia tidak berpenyakit dan sihat walafiat. Pas mengatakan Baharuddin meninggal dunia kerana semburan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak polis.

Jika benar gas pemedih mata boleh membunuh seseorang yang sihat walafiat, kenapa hanya arwah seorang sahaja yang meninggal dunia ? Kenapa ribuan lagi yang kena gas tersebut tidak mati ?

Sekiranya benar polis bertindak ganas pada hari berkenaan sepertimana yang didakwa oleh Pas dan rakan-rakannya sudah pasti beratus orang yang mati pada hari berkenaan.

Bagaimanapun saya tidak nafikan ada juga tindakan-tindakan yang keras diambil oleh polis pada hari berkenaan. Itu pun selepas amaran demi amaran yang dikeluarkan oleh polis tetapi mereka masih bertindak agresif lagi. Mana ada polis pencegah rusuhan yang boleh bermesra dengan perusuh dalam dunia ini ?

Depan mata saya sendiri lebih kurang 3 jam di Stesen Keretapi KL saya menyaksikan berpuluh orang yang ditangkap. Sebelum polis tangkap, mereka akan beritahu elok-elok kepada peserta demo supaya bersurai. Jika tidak bersurai mereka nasihat lagi, selepas nasihat mereka beri amaran. Bukan sekali amaran yang diberikan. Berkali-berkali. Jika tidak endahkan juga barulah polis minta kad pengenalan dan tahan mereka. Tahan pun bukannya digari. Yang bertindak agresif sahaja yang digari. Itu pun bukan gari besi seperti yang biasa digunakan oleh polis. Garinya hanya tali plastik yang besar seperti yang biasa digunakan untuk ikat beg plastik di pasaraya.

Demi Allah saya cakap kepada anda semua. Saya sendiri pun tidak percaya melihat tindakan pihak polis pada hari berkenaan. Seolah-olah seperti pekerja hotel menyambut tetamu atau jururawat merawat pesakit pula. Punyalah lembut tindakan mereka sehingga sukar untuk dipercayai.

Saya lihat seorang polis wanita berpakaian preman tahan seorang remaja wanita dan berkata kepadanya dengan penuh lemah lembut "kita tahan adik ya, adik ikut kita dulu ya".

Saya lihat juga lelaki dibawah yang ditahan bersama belasan orang rakan-rakannya. Polis larang dengan baik tapi dia melawan. Kemudian polis minta kp mereka dan mereka bagi kemudian siap tengking-tengking polis lagi.
Yang dalam gambar di bawah ini (tengah, bercakap telefon) bukan main berlagak dan biadap lagi, tengking-tengking polis serta laungan takbir konon-kononnya nak provok polis . Melihat dia semakin agresif beberapa orang anggota polis tariknya ke satu sudut di stesen berkenaan dan gari tangannya menggunakan tali plastik. Kemudian saya lihat seorang anggota polis yang sedikit senior mentarbiahnya tentang sikap kurang ajarnya. Lima minit kena tarbiah mata terus berair. Sebelum itu bukan main berlagak lagi di depan kawan-kawannya. Kena tarbiah sikit, terus menangis.
Bab FRU keras bertindak keras memang tidak boleh dielakkan. Seperti yang saya katakan diatas mana ada polis pencegah rusuhan yang boleh bermesra dengan perusuh dalam dunia ini.Mereka bukannya bertindak keras membabi buta. Sebelum mereka bertindak dengan keras mereka bagi amaran demi amaran terlebih dahulu. Sekiranya kamu tidak mengendahkan amaran mereka, maka kamu terimalah padahnya.

Pihak polis dan kerajaan tidak boleh dipersalahkan diatas kematian saudara Baharuddin. Polis telah beritahu awal-awal bahawa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram. Malah polis telah bertolak ansur dengan penganjur untuk menghalalkan perhimpunan itu dengan menawarkan permit sekiranya penganjur mengadakan di Stadium Shah Alam. Tetapi penganjur degil dan tetap hendak mencabar polis. Terimalah padahnya.

Sekiranya mereka mengikut arahan polis semuanya berjalan lancar. Mereka dapat berkumpul dengan aman di Shah Alam, dapat berceramah , dapat kumpul tandatangan dan sebagainya.

Arahan dan larangan pihak berkuasa tidak dipedulikan. Apabila berlaku musibah pihak berkuasa pula yang disalahkan. Semuanya nak untung mereka sahaja. Tidakkah itu perangai iblis ?


Saya juga beberapa kali kena gas pemedih mata pada hari berkenaan. Alhamdullilah, selesai masalah resdung saya. Sudah tiga hari tidak ada masalah gatal-gatal hidung,mata dan bersin apabila bangun tidur pagi. Sesiapa yang ada masalah resdung bolehlah cuba nasib pergi minta gas berkenaan di Bukit Aman.

32 comments:

Anonymous said...

Dalam perhimpunan haram tersebut hanya ada satu kematian. 'jika telah sampai ajal, tidak akan cpat atau lambat walau sesaat pun'.
Mengikut logik akal perhimpunan ribuan manusia yang berdemo pasti ratusan yang akan cedera parah. Tetapi dalam demo haram 9/7/2011 yang lepas hanya Anwar Ibrahim yang dikelilingi penyokongnya yang 'cedera teruk' sehingga nampak seperti dalam keadaan nazak.Penyokong yang masih mempercayai Anwar adalah golongan paling BODOH dalam dunia.

Anonymous said...

kalau dilihat dari satu sudut lagi, sebenarnya ketegasan polis itu untuk melindungi diorang jugak. kalau semua bagi lepas, katakanlah perkasa pun degil, patriot pun masuk skali, abih bertembung dah berperang pulak.

tergamak mereka guna isu org mati tu utk salahkan polis. lagi satu yg bawak anak bawah umur tu patut kena hukum. dan mereka masih dlm khayalan 'kemenangan' mereka.

Anonymous said...

mati katak.

Anonymous said...

hahahaa yg bab resdung tu saya nak tabik sikit, saya pun bermasalah pagi pagi ja lambat terkena habuk samapai ke petang bersin...

Ye la.. mungkin pihak berkuasa boleh menyemak rekod kesihatan simati kalau dah anak beranak si mati masih tak nak mengaku, sedih sungguh kalau ada segelintir orang melayu yang ada sikap mcm tu kan...kena hulur sikit kena "tarbiah" sikit dgn PAS PKR cair masing masing gamak ya yg betina betina ni kalau letak satu bilik dgn ANwar ehmmm semua org akan tahu apa Anwar akan buat...

Anonymous said...

hahahahaha obat resdung rupanya tear gas ni...........

Karim Ben Ben said...

mati semasa demonstrasi adalah mati koyol

Anonymous said...

Org Singapura,
Straits Time singapura ada tunjuk kan gambar perserta demo di belasah polis tapi gambar perserta yg di tahan tengah jamu selera tidak di laporkan sama sekali.Bro,
bahaya Melayu kalau tak bersatu kerana ramai Cina di sini mahu supaya Anwar jadi PM malaysia..Sebab nya bro,mereka faham yg Anwar mudah di beli.Seorang teman gua bangsa cina pernah berkata sekira nya peperangan berlaku dlm masa 3jam dari Johor Baru sampai Segamat akan menjadi hak Singapura.Apabila di tanya mcm mana maintain dan ada ke tentera Malaysia cuma melihat dan tak melawan dia berkata itu bukan Urusan dia tapi ini la cara yg di ambil oleh pehak tentera Singapura.Attack is the best form of defence.Harap2 melayu Malaysia bangun dari tidor.

Anonymous said...

memang polis kejam, ada ke bagi makan sampai 23 ringgit seorang, tak patut memang kejam. patut bagi 10 ringgit dah le.

Anonymous said...

Polis Mlaysia ni pro sebenar nya...!Tgk contoh Al Maunah..lagi hebat ilmu mat amin itu...tapi kalah masa berhujah dgn saorang ahli tasauf PDRM(ASP)...last nya semua serah diri....!hehehehehe..PDRM ada unit D11 tau ...kahkahkah...pada yg tau shj...

Cencaluk said...

Salam saudara RBF

Pada saya kesalahan patut diletak dibahu PR kerana mereka yang mengapi-apikan supaya rakyat berdemo.

Jika PR boleh menyogok RM200 kepada setiap hadirin kenapa pulak mereka tidak menyediakan perkhidmatan kesihatan bagi merawat peserta yang cedera. Bukankah dana mereka mencapai jutaan ringgit, Baju bukan sponser siap kena beli RM49.00 sehelai aku rasa kalau beli kat petaling street baru RM15 sahaja bersihni memang cari duit betul.

Kesalahan harus diletak dibahu MAT SABU sebagai timbalan beliau sepatutnya bersedia dengan unit bantuan kesihatan kan ke dah kena beliau sendiri cedera siap boleh kata tak perasan tu Land Rver POLIS banggang sangat ke dia ni BILIK 121 dia kenal lak bini orang di kenal lak tapi Land Rover POLIS di tak perasan..... bukankan cerita kartun.

Anonymous said...

Yang mati tu juak Pas atau Pkr??

kalau juak Pas mngkin Pok Nik Aziz boleh bagi cop masuk syurga...

Tapi aku kesian kebnykkan yg dtg demo haram bnyk org kampung,...

pemimpin Pas berjaya kencing bnyk org kampung dtg demo haram...

Kesian pakcik,makcik sudah 20thn dibodohkan oleh pemimpin Pas yg kununnnnnya perjuanagn mrk kerana islam....

kesian,kesian juak Pas seumur hidup mahu jadi bangang..

Anonymous said...

demo kat malaysia
1). demo dapat hidu asap free
2). demo dapat naik lori free
3). Demo dapat Makan FREE


kalau kat siam

1). SAH dapat dapat bekas tapak kasut free
2). Lebam Free
3). LUKA DITEMBAK FREE
4). MATI KATAK FREE

Anonymous said...

Salam,

Dalam FB, dihujani status/komen/video kononnya Polis sangat brutal, ganas, kasar terhadap mereka yang tidak ditunjukkan oleh media arus perdana. Kata satu video "Police striked without negotiation at first" dan menghamburkan 'water-cannon' kepada pendemo. Sangat dangkal, tidak ditunjukkan saat dilaungkan dari hela bahawa peringatan, amaran demi amaran telah dibuat. Sekonyong-konyong, semua mengatakan "ya polis ganas", sehingga disahut yang lain pula mengatakan "polis anjing kerajaan". Cubalah mereka berdemo di negara lain, nescaya ramai yang mati katak.

Dunia pun tau bagaimana peringkat "keganasan" polis Malaysia menangani demo jalanan ini. Biarkan, kerana boleh dibandingan dengan demo di negara-negara lain.

halim said...

bengong la ko RBF..aku suka post ko yang akhir sekali..aku pun nak cuba gak la gas pemedih mata tu,mana tau kalau boleh hilangkan resdung aku yang dah masuk 35 tahun ni..haha..

Anonymous said...

konsep ni senang je kenapa FRU/polis amibil tindakan drastik. Cuba korang fikir puak2 ni,

Kalau anak korang tak dengar cakap korang, sebagai bapak mesti korang bagi nasihat dulu then bagi amaran kalo byk kali bagi nasihat then last sekali bagi penampar!!!...

Jadi ape yg nak salahkan polis lagi?? Hrmmm

Anonymous said...

cari penyakit betul la orang pas ni..suka ajar pelapis-pelapis pas buat benda merosakan negara,nanti dah tua tak reti nak takbir negara sebab dah odoh kan..tau nak bertekak dan cari salah orang..pastu bagi kat cina nagn india memerintah..pastu orang pas yang bodoh-bodoh ni duk ambil komisen projek je buat buncit peruk..anak-anak melayu kena tindas sebab semua dah bodoh-bodoh sebab bapak mereka orang pas yang tahu melalak kat jalanraya je..anak-anak orang pas yang cerdik pergi luar negara,balik tanahair orang sanjung jadi hero,balik belajar mesir je jadi ustaz..padahal study pun tak abis,kalu kat kampung pemuda-pemuda pas ni dah pakai kopiah putih dah alim gila babi,padahal otak serabai tau cari salah orang..kalau bab bergaduh mereka la hero kampung..kalau hari jumaat masjid & surau pas duk ngajor ilmu politi,bukan ilmu agama,nanti pelapis-pelapis kat kampung tak tahu hukum hakam agama sebab tiap-tiap jumaat ostaz pas duk kasi ceramah hentam kerajaan je..lama-lama jadi bodoh..ilmu agama bodoh ilmu dunia pun bodoh..yang tahu kerajaa BN UMNO je tak betul..tapi kan,orang pas ni bila anak-anak mereka dapat belajat tahu pulak nak cari orang-orang UMNO mitak bantuan nak pegi belajar..tak pulak diaorang pergi kat pemimpin pas yang diaorang sanjung dan undi tiap-tiap 4 tahun..itu lah hakikat kehidupan orang-orang pas..Tepuk dada tanya selera..saya hanya mahu berkongsi dan meluahkan apa yang berlaku dalam kehidupan puak-puak pas..salam

Anonymous said...

hidup pun menyusahkan negara dah matipun menyusahkan negara .... dah ajal nak sampai hari tu buat apa nak salahkan orang lain ...

Anonymous said...

Nasib baik ada orang macam RBF, GAP di tempat tu buat masa tu....

kalau tidak kita kena kelentong sahaja oleh pehak2 yang berkenaan.

atas pengorbananmu bro RBF, terima kasih.

TONY

Anonymous said...

Puak pembangkang ni dah memang namanya pun "pembangkang" jadi apa yang betul pun dia bangkang apakan lagi yang tak betul. Kalau tak bangkang dia jadi penyokong lah pulak. Puak2 ni sebenarnya spesies manusia yang tidak tahu mensyukuri nikmat, tak pernah terjadi dalam sejarah dunia, peserta demonstrasi dijamu dengan makanan sehingga perpuluh ringgit sorang. Kalau dia org ikut serta dalam demo diluar negara, jawabnya dapat peluru hidup jer. Wahai golongan yang tidak menggunakan otak dikepala, kalau kalian tu tak reti berpikir ikutlah orang yg reti berfikir jangan mengikut membuta tuli orang2 yang berkepentingan peribadi.

--Ganasnyer--

Anonymous said...

Bro..

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

http://www.youtube.com/watch?v=ivuhjDbG-fk&feature=player_embedded


ada komen tentang tulang dada arwah Bahar yang patah 4 !!!!!!!

Siapa ada perjelasan...??? Takkan kang tulang dada bole patah macam tuu ajaa....

Ini dak kes BUNUH Bro...aku ulang.,..kes BUNUH....

Hang bayangkan yang terkorban tuu sanak saudara Hang...abang hang kerr...anak hang kerr...

4 tulang dada patah Bro!!!!!
Hulk Hogan pun mampuihh..Ptuii..Dah laa tangan kena ikat kat belakang...menatang bewok hang semua nii...


Lepas nii kita pakat target serang/belasah semua polis yg bertugas & terlibat hari tuu..apa macam okay tak seruan aku!!

hitch said...

yg hang baca haramkah tu wtpe....kan kitab tu byk fitnah la bangang..!lu x ingat lagi kes anwar pandikutty kena arsenik....kalo ikutkan skrg dah mati atau badan mcm hantu jerangkung la....!
Ng sue lim kata kena belasah kat sekincahn dgn 50org....tapi dia ok jea...xde pun darah2...xde pun bergegar otak dia...xde pun luka2...

len kali jgn dok bca haramkah.....buka mata tu sikit...jgn jadi poyo.

aboudiabydoo said...

Kalau nak bagi dia orang berkumpul sampai beribu-ribu, baik tak payah heboh-heboh tangkap orang pakai baju kuning, buat roadblock merata-rata, tak bagi Stadium Merdeka dan buang masa beribu-ribu polis dan FRU! Habisnya keputusannya ialah orang ramai dapat juga turun, Kerajaan dan Polis berjaya diburukkan, dan PR dapat semangat semula. Menteri Dalam Negeri, KSU KDN dan IGP patut dipertanggungjawabkan.

Anwar Ibrahim dan pemimpin-pemimpin PAS, PKR, DAP akan umumkan meritokrasi bagi MCKK, MRSM, STAR, Sekolah Menengah Sains dan semua SBP. Tahniah!

Anonymous said...

rbf...

Dah tgk pelakon baru?.... memperkenalkan... Sabu Wilcha... kiterr bakorrr je yop...

Anonymous said...

HAHAHAHA..tak tau nak cakap apa. Yang penting moral UMNO dan BN semakin melonjak...aku lihat 2-3 kutu PAS dan PR sudah serabai...tak terkata apa2 lagi..harap2 lepas ni mat sabun kena sental dengan ularmak PAS...dan Anuar ditarik dari jawatannya sebagai ketua pembangkan..ayuh...

Anonymous said...

Syabas RBF bawak live story senario anjing2 PR BERSHiT.
Saya amat susah hati dengan suasana ni. Saya jauh di utara, hanya mampus berdoa supaya Allah Ta'la amankan Malaysia dan hapuskan kejahatan pelampau2 PR ini..

Polis Malaysia sudah cukup berhemah berhadapan dengan ANJING-ANJING berupa manusia ini..
biar satu hari nanti mereka sedar, jika tidak sedar moga dibalas dgn balasan pedih..terutama Anu-WAR dan Hadi boroi..

Syabas PDRM dan semua anggota FRU serta keselamatan sokongan lain. Semoga diberkati Allah atas usaha anda menjaga keamanan negara!

Anonymous said...

bro, saya tumpang bangga dengan kejayaan artikel saudara mendapat tempat di utusan malaysia. saya hari2 baca utusan malaysia tapi x alert pada hari kejadian..

sayabas dan tahniah, anda membuktikan blogger nyamuk ada kehebatan..

tersukan penulisan anda dengan tatabahasa yang baik...salute brooooo

Anonymous said...

Okay sahabat semua Azan maghrib akan berkumandang...jom ramai ramai g mesjid dan surau sembahyang itu jugak satu DEMONstrasi, bukan saya kecek tp Pok nik..

Anonymous said...

Salam, yang best tu bila berada dinegara luar tahu pulak undang-undang negara asing buat demo..sbb dia org sedar mereka ada ditempat asing, silap haribulan rumah pagar besi...tp metnang mentang k;jaan bagi muka kesian tgk org tua, tgk anak muda mcm bayi bayi baru lahir tak tergamak nak buat dajjal kat dia org ni..maksudnya hati orang melayu ada simpati, ambil berat busuk busuk pun orang melayu..mcm budak budak nakal hyper, lagi ko penampar sepak teranjang rotan pun tak lut..cuma "kasih sayang" sesama insan...air kimia tu no hal laaa bukan Air MANI Anwar pun. Sendir cari susah ingat mcm pesta songkran kot dpt duit sikit kena tarbiah sikit satu kelantan dari mari...

Anonymous said...

Aduihh tulang 4 patah, ni kes tulang reput kurang kalsium..gila babi ke kalau benar polis belasah orang tua mesti dah kena balun dah polis tu, nak gimik buat cara pro jgn main santai...post mortem kata lain awak kata lain, ko tengok dgn mata kepala ke ?

Anak Perelih said...

tapi sapa jadi PM yang Pulau batu putih, tanjung pagar terlepas ke singapork??? siapa jadi PM yang boleh terlepas Singapork??? Presiden UMNO jugak kan??? tambah si Najib ni... ikut cakap singapork....

Anonymous said...

jika benarlah berita pasal patah2 tu..
4 tulang patah, gigi patah mungkin sebab terjatuh. lepas tu, dipijak pulak oleh org ramai yg berlari sini sana. sape yg pijak? sape yg patahkan tulang? sape yg patahkan gigi?org2 yg berdemo jugak beb. sape yg berdemo? puak2 korang jugak kan?jadi apehal nak salahkan polis pulak?
dah nama pun org tua beb.osteoporosis..takkan itu pun tak tahu. apala bengap sgt ni?

SueC4 said...

Anon..9:50am..

Kalau bagi sayur rebus ngan ikan masin lagi bagus tak pun ubi rebus..baru tau macamana darurat..nak mandi bayar..tapi seribu kali sayang POLISI kita baik bangat..