Thursday, April 1, 2010

BIL ARAK BN KELANTAN : RESPON KEPADA DUA KOMEN

Saya ingin respon kepada dua komen yang ditinggalkan oleh pengunjung blog saya berkenaan isu bil arak palsu untuk Bilek Gerakan BN Pengkalan Pasir.

1)Pertama saya ucapkan tahniah kepada Shah Qamary. Ternyata beliau memang cekap. Saya pun tak terlintas perkara berkenaan dengan penjualan arak di Kelantan. Kalau ikutkan nama syarikat di bil tersebut bukannya arak berkenaan dijual di kedai runcit. Tetapi dealer khas untuk mengedar arak pun wujud di Kelantan. Begitulah suburnya bumi tadahan wahyu. Serambi Mekah kepala otak kalau seperti itu.

2)Seorang pengantar komen Anonymous menghantar komen seperti berikut kepada saya
rbf! aku tanya hang direk. jangan berpura dan jangan menjadi penipu.Parpukari tu peminum arak ke?kao jawab. jangan kata tak tau.kes di karnival sudah tersebar luas.jawab jawab jawab

Saya belum memberi jawapan lagi dia dah beri amaran kepada saya jangan berpura dan jangan jadi penipu. Apa jenis punya manusia ini ? Dia nak saya jawab soalan mengikut kehendak dia.

Jawapan saya : Saya pernah bermusafir dengan parpukari beberapa kali terutamanya dalam siri p/raya kecil. Bermula di Bukit Gantang, kemudian ke Permatang Pasir dan ke Bagan Pinang. Itu yang melibatkan p/raya. Ada juga ke tempat-tempat lain. Saya pernah bermusafir dengan beliau dari 2 hari hingga ke 10 hari.

Sepanjang tempoh itu kami sering bersama termasuklah rakan-rakan yang lain. Tempat tinggal pun bersama. Sepanjang tempoh berkenaan saya tidak pernah nampak dia minum arak atau mengesyaki dia minum arak.

Tidak pernah menimbulkan keraguan kepada saya atau rakan-rakan lain. Apatah lagi bau arak dari mulut beliau. Yang selalu berbau dari mulut beliau ialah bau jintan yang selalu dikunyah oleh orang-orang india. Yang banyak dijual di kedai-kedai runcit india dalam pek yang kecil. Yang itu memang saya akui banyak ada stok dengan parpukari.

Kebiasaannya orang minum arak , dia tidak boleh duduk jika tidak minum arak 2-3 hari. Biasanya mereka akan gelisah dan cari jalan untuk dapatkan arak. Tapi, saya tidak pernah melihat gelagat parpukari begitu walaupun 10 hari saya dengan beliau.

Dia tanya 'direk' , maka saya pun jawab 'direk' lah dengan dia. Saya tidak tahulah samada penghantar komen berkenaan akan percaya atau tidak penjelasan saya ini. Saya rasa susah untuk beliau percaya, awal-awal lagi, beliau sudah kata jangan berpura atau menipu. Maknanya beliau nak saya sahkan yang parpukari seorang peminum arak. Tentang karnival yang dimaksudkan oleh beliau saya tidak tahu karnival apa yang pernah disertai parpukari.

Kesimpulannya saya boleh katakan parpukari bukan seorang peminum arak. Itu saja jawapan yang saya boleh beri. Percaya atau tidak terpulang kepada anda.

Saya sudah jawab apa yang anda minta saya jawab. Sekarang saya pula nak tanya 'direk' dengan penghantar komen berkenaan. Zaid Ibrahim minum arak tak ? jawab...jawab...jawab....

1 comment:

Anonymous said...

saya jugak nak tanya 'diek' kat mamat ni..pak sheih ka dak? jawap..jawap..jawap..jagn dok nak mengelat dan menipu diri sendiri..jawap

-xpkrptgpaugpg-