Monday, April 12, 2010

RBF SALAH ATAU UMI AIDA SALAH ? (BHG 2)


Password : M o K h T a R

Saya tidak mahu berpolimik berpanjangan lagi dalam kes Umi Aida. Ini adalah posting terakhir saya. Lainlah jika Umi memilih untuk berpanjangan.

Dibawah saya siarkan dua pandangan daripada 61 email yang dihantar oleh pembaca blog saya dan saya tamatkan isu tersebut setakat ini.

Selepas ini saya akan bongkarkan kisah ada artis yang menjadi pelacur peringkat atasan dengan harga ribuan ringgit semalam dan juga kisah artis yang disangka baik tetapi sedang minum arak di kelab malam. Saya sedang mengumpulkan maklumat.

Kepada artis, dunia sekarang bukan seperti dulu. Sepuluh atau dua puluh tahun lepas, anda boleh sorok-sorokkan kesalahan anda. Sekarang tiada lagi. Kamera dan video berada di dalam poket setiap manusia dan talian internet berada dimana-mana sahaja.

Jadi, pandai-pandailah jaga diri jika tidak mahu ianya didedahkan kepada umum. Tidak usahlah nak buat perkara yang bukan-bukan. Gunakan bakat anda sebaik mungkin dan jadikan dunia artis sebagai kerjaya bukannya untuk mencari glamor.

Lihat contoh pada Badrul Muhayat. Sewaktu zaman remaja saya dulu, saya masih ingat betapa glamornya dia . Tetapi oleh kerana dia tidak pandai menggunakan bakat yang ada pada diri dia dan tidak berhati-hati, lihatlah betapa teruknya dia sekarang. Sehinggakan nak bayar wang jaminan RM 2500.00 pun tak boleh.

Kepada Mawi juga, hang pun tolong hati-hati sikit. Jangan sombong masa tengah popular sekarang. Ingat, langit tidak selalu cerah, awan mendung pasti akan berarak jua. Tanda-tanda kearah itu sudah kelihatan sekarang. Kalau hang tak ubah sikap hang, saya yakin hang pun akan jadi merempat satu hari nanti.

Kepada semua artis, nak jadi artis, jadi artis sungguh-sungguh. Jangan main-main dan jangan khayal. Apa kerjaya kita sekalipun jika kita bersungguh-sungguh kita pasti akan berjaya dan jangan malas. Lihat contoh Datuk Yusof Haslam, dia pun bermula sebagai seorang pelakon. Oleh kerana dia rajin dan berusaha untuk berjaya, maka dia berjaya sekarang.

Pandangan pembaca yang dikirim melalui email kepada saya

Email pertama kiriman lee jesse

Assalamualaikum...

Inilah pertama kali saya membuka blog selain Blog Cet Det..saya tertarik dgn penulisan rbf..sebab utama saya buka blog ni utk baca apa yg rbf cakap pasal Umi Aida..saya bukan nk sebelahi umi tapi sebenarnya kalau nk cakap pasal artis yang terlalu menunjuk dan menggahkan perkahwinan mereka ni ialah Siti Nurhaliza..saya x pernah menyokong mana2 artis sebab mereka bukan minat saya..

saya rasa sudah menjadi trend artis menjadikan agama agar mereka nampak baik..sebelum pegi haji jaja cerita nk pakai tudunglah..suami mahu itu mahu ini...suka itu suka ini..tapi bila suami sendiri bagi komen si artis ni x pakai tudung lebih manis...terus aja tudung dah jadi mcm eksesori atas kepala..dari bertudung litup dh tinggal hujung kepala..tapi hairan org x mengata pula..dulu siti lah satu2nya artis yg nk naik kereta kuda keliling KL di hari resepsi perkahwinannya..

dia jugalah yg menyanyi lagu cinta giler mcm org lain x berlaki..dia juga yg mewawarkan harga baju2 persandingannya bertahtakan pelbagai eksesori yg ribuan ringgit harganya..tapi org masih ok dgn berita cerita gah siti tu..umi aida mmg memewahkan perkahwinan tapi sekurang2nya tidaklah dia menyanyikan lagu cinta "peluk lah daku..sayangi daku" di atas pentas..dan kalau nk cakap pasal pakaian lagi lah...hampir kesemua artis berpakaian x senonoh..siti nurhaliza je yg dapat kekalkan trademark artis baik sbb x pakai skirt..tapi kalau tengok adik siti,x mcm dia pn...boleh pulak pakai skirt dan nampak mcm artis2 yg lain tu..nak buat mcm mana..HANYA SITI..

(rbf - Siti Nurhaliza dan adiknya dua orang berbeza dan tidak boleh disamakan dengan Siti, Nurhaliza. Pisang setandan tidak semua elok)

ramai2 artis yg menggahkan majlis perkahwinan dan masih bertahan,siti nurhaliza..yg lain2 mmg ramai yg dah tinggal sejarah..tapi apa pn kita sebagai umat islam,doakan lah yg terbaik utk semua mereka yg hanya pandai berpura2 itu..ramai lagi artis sebenarnya bila cerita pasal pegi umrah dan haji mmg bukan main lagi tapi bila dah balik ke tanah air..setakat suam2 kuku je..nauzubillah..kita hanya manusia biasa..

apa pn rbf,saya mmg sokong anda..dan saya harap rbf akan terus mengorek cerita panas bagi menegakkan kebenaran dan menyedarkan org melayu yg lupa diri dan x sedar diri..saya sebagai generasi muda mmg sgt berharap agar melayu akn terus maju dan xkn biarkn melayu dipijak oleh mereka2 yg x sedar diri..

Email kedua kiriman Siti Hajar

salam, dear faisal...
aku memang sokong 100% tahap infiniti r ko nyer blog pasal umie aida tuh...
bukan apa, memang tak logik kalau dia cakap dia tak sangka yang so jovian mandagie tu yg buat bj tu...

takkan org tu berani buat tanpa keizinan dia?? mesti ada hari rehearsal dia g cuba2 baju tu...
al-maklumlah, dia kan pelakon terkenal; lagi terkenal dari elizabeth taylor lak tuh (uwekk!! muntah darah aku)... dia kata dia nak pakai tudung lepas kahwin... tapi, kepala bogel jugak, takut nanti separuh bogel pulak.. elizabeth taylor la katakan!!

ada jugak sesetengah selebriti tu janji nak pakai tudung lepas wat haji tp sampai sekarag habuk pon tarak, sampah menimbun, sampai tempat pelupusan sampah tu pun dah tak muat... pasal mesej yg dia balas balik kat ko tuh...poooraahhh... dia boleh blah... sape nak caye...hipokrit + penipu...lidah biawak... kalau lidah kucing boleh gak makan...

satu lagi aku nak tanya ko, ko ni ahli politik ke apa?? banyak benda yg ko tau ek!! boleh tak aku nak hantar luahan hati seseorang kat ko... sebabnya ada masalah sket dgn hamba allah ni... kesian sgt kat dia... boleh tak ko tlg kemukakan perkara ni kepada pihak berwajib ataupun masuk laman web ko boleh gak... ko jwab dulu boleh atau tak... kalau boleh aku hantar... kalau tak boleh pon takpe...
sekian.

Perhatian : Kedua-dua email diatas bukannya pandangan peribadi saya. Saya hanya menyiarkan apa yang dikirim oleh pembaca.

Sebagai mengakhiri episod Umi Aida dan RBF, marilah kita sama-sama mendoakan agar rumahtangga Umi akan kekal bahagia dan cepat mendapat cahaya mata.

Tumpang tanya sikit, artis di dalam gambar ini masih hidup lagi ke sekarang ?

Jangan lupa password : mokhtar, sebelum tulis dan tinggalkan komen

19 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

bro, tahniah...jawapan bernas

za said...

Salam RBF

Hairankan... setiap kali ada org bicarakan pasal artis, mesti ada yang nak kaitkan CT

Anonymous said...

Mokhtar hehehehehe

Anonymous said...

Salam rbf,

Tahniah diatas pendedahan anda. Sekurang-kurangnyer lepas ni artis semua buka mata sikit...

Saya memang geram kat si Umie Aida tu...

Alasan dia berkenaan baju tu memang tak masuk akal:

1. Jgn nak salahkan pereka baju tu pulak. Ini soal prinsip, abis tu kalau orang suruh makan tahi kita pun nak makan ke?
2. Murah betul maruah Umie hanya kerana nak pakai baju sponsor (FOC), apa pun pereka tu buat, pakai aje. Of course si pereka tu ada agenda dia sendiri dlm mereka cipta sesuatu pakaian tu..
3. Sebelum bersanding tu, sy ada terbaca di paper Umie kata majlis nya amat special sbb dia x di sponsor oleh mana-mana pihak. Abis baju ni cemana lak...

Siti pun sama, dulu belum kawin kata lepas kawin nak pakai tudung, tapi habok pun tarak. Lepas tu kata, lepas gi haji kata nak pakai tudung, hampeh... Sekarang ni pulak, dah tudung makin turun ke belakang, jambul pulak dah berfesyen...

Pada pendapat saya, dalam kita nak mencari keredaan Allah, kita dulu mesti patuh arahan Allah. Jangan lah leka, takut nanti musibag pula yg melanda.

Wassalam.

Anonymous said...

Hairankan... setiap kali ada org bicarakan pasal artis, mesti ada yang nak kaitkan CT


what does it tell you?

Anonymous said...

salam bro....

akunharap cukup stakat ni bro tulis tentang artis.dorg ni klu kita ckp mcm mane pon x akan berubah. cukuplah media hiburan & wartawan2 yg tegur puak2 depa ni.mmg kita harus menegur kesilapan org lain,tapi aku harap bro lebih fokus kepada penulisaan bro sebelum ini.bagi aku itu lebih besar faedahnya,lebih penting tujuannya daripada bercerita mengenai artis2 (layak ke dipanggil artis) di malaysia ni.

-twiggy ramirez-

mulut celupar said...

Password MOHkTARRRR


Za..

Tak hairan pun.siti nurhaliza tu artis.dan dia pun dapat macam2 anugerah.Tak hairan lah dengan apa saja gosip yang berkaitan dgn dia.


Tak hairan beb.!Public Figure memang menjadi perhatian.Apatah lagi kalau digosipkan rampas suami org.pakai tudung tak penuh atau macam2 lagi.



ps:MokhTar Lagi aku xheran..nasib baik bung mokhtar dapat zizie..

alamak tu satu lagi dunia artis..

wakakakakakak !

King-Fx said...

MOKHTAR,

Yang paling best pasal artis ni bro, bila cerita pasal nak berlaki mesti stereotype dia, SAYA NAK CARI SUAMI YANG BERIMAN... geli den..

Anonymous said...

mokthar anda bernas!

Anonymous said...

Bung Mokhtar?heheheh......

Anonymous said...

Syabas kerana berani membuat teguran yang terus terang. Selalu dalam paper guna 'si polan' dan teguran pun sipi2 aje hinggakan orang yang ditegur kesalahan tu tak perasan pun dan tak berkesan. Harap lepas ni jangan ada artis2 yg mencampurkan ugama dengan glamour. Bila nak buat baik tak perlulah bising2. Yang penting niat kita.

Aya Shin said...

password: mokhtar.

hehe. tumpang tanya, password tu untuk apa? :D

anyway, perempuan yang pakai sunglasses lam gambar tu macam kenal.. siapa ya?

apa-apa pun, saya tabik pada RBF sebab berani memberi teguran pada selebriti-selebriti malaysia ni. saya tertarik dengan komen RBF yang disiarkan dalam akhbar. tergelak saya bila saya baca tentang kehendak isteri RBF.

teruskan menegur, kerana ia juga boleh dikatakan membantu saudara sesama islam kembali ke jalan benar :)

Lovillastory.blogspot.com said...

taknak lah berpihak kpd satu pihak saja .

perbuatan umi dah menimbulkan fitnah org ramai sebenarnya .

sebab tu jadi kontroversi skg nie .

Anonymous said...

MoKhTaR

Hello RBF,

Apasal semua comment kat sini sokong you? Haha mesti yang tak setuju dengan cerita mengarut anda mengenai umie aida anda tak approve kan?

Bro dunia artist ni biarlah takpayah sibok sibok.. Banyak perkara lain seperti masalah sosial anak-anak melayu kita seperti dadah, seks liar dan rempit.. Juga masalah rogol dan sebagainye.. Bukan kah bagus kalau anda buat pendedahan dan solutions for those problems?

Sedih tengok awak punya blog pasal artist.. Umie sue hanv for defamation baru tau.. Jangan jaga tepi kain orang.. Orang pakai tangan jarang kecoh nak mampus.. Artist pukul bini, artist laki keluar masuk rehab tak kecoh pula? Daripada tulisan u yg beremosi, saya dapat rasakan yg anda dan bini anda adalah orang pemarah.. Kalau u nak betulkan orang, takpayalah tulis kat blog.. Email ke. Call ke.. Haiiihhhh.. Sedih ade orang islam macam u...

Perempuan kahwin sekali dalam hidup, biarlah dia buat apa apa yang diidamkan dari dulu.. At least dia tak pakai bikini kan bro?? Haha.. And y dont u take off the pic of umie with the blue top.. Kalau orang nk tengok artist pakai seksi, tengok pacaindera and cleo sudah mencukupi.. :D god bless yours and your wife's soul.. Hope u can sleep well at night.. Salam..

Pemerhati said...

Mokhtar

Bro, bila masa lak lu jadi wartawan hiburan ni. Kita ada misi ni bro. Lu pegi layan artis2 kat Malaysia ni buat apa bro. Buat bodoh je dgn diorang ni. Aku byk kali dah terserempak dgn artis2 yg agak besar namanya (yg kecik mmg aku tak kenal la). Bila aku perasan je aku buat bodoh. Jgn harap la aku nak senyum ke apa ke. Bior dlm hati dia berkata sendiri "eh, mamat ni tak tau ke aku ni artis". Wakakakakakaka.. Apa kelas la dorang ni bro. Senang ckp macam kontraktor kelas F je. Takde projek takde la masyuk.. Tapi kontraktor kelas F, boleh kasi orang lain pakai lesen.Dapat gak persen. Dorang ni nak kasi pakai apa? Lagi sekali peringatan bro. Jangan la lu tulis citer pasal dorang ni. Geli la bro. Jauh betul lari dari maksud sebenar blog lu ni. Ok bro. Jumpa nnt kat Hulu Selangor.

jes said...

pword : mokhtar

artis tu hidup lagi laa..
dah beranak pinak pun...

Anonymous said...

Jeslina!!!

gigi jarang said...

password: mokdar..

salam bro, aku bkn nak marah hang. tp hang komen org buruk sgt. tmbh plak hang ikut sgt ckp bini.. org pompan ni x boleh dilayan sgt..depa kan ada 9 nafsu, 1 akal..ko patut nasihat je kat dia...

kita org islam x boleh dok carut org mcm la kita ni ibarat malaikat.. kita pun xsempurna.

kalo org dh biasa x pakai tudung, pakai skirt, baju seksi dan seksa...ko hina2 dia abis mcm mana nk dekatkan mereka dgn agama. kita kena berhemah dlm menegur. hang dgn bini hang jaki kot x dpt kawen kat mekah dulu.

umie aida pun kena la musahabah diri, bkn top sgt pon. buat benda yg baik diam2 aje la. dan jgn mix and match sesuka hati. kalo x pasti, leh sms rbf, dia leh bg tips.

aku tak minat nak baca pasal umie aida atau artis2 malaysia ni kat blog politik, takat umie hafilda aku minat juga nak baca.

jgn marah aa nanti kne jual..peace.

Anonymous said...

Salam, bagus komen anda pasal artis yang mendedahkan aurat supaya sebagai individu yang sentiasa menjadi tatapan masyarakat tidak kira samada artis, ahli politik, guru-guru dan ibubapa dan asalkan nama pemimpin perlu menunjukkan contoh tauladan yg baik dimata masyarakat, cuma saya ingin memperingatkan bahawasanya, setiap manusia itu pada dasarnya adalah baik, maka dengan itu, bukan hanya dengan baju yg dipakai oleh umie aida, boleh dijadikan satu kesimpulan dia bukan individu yg baik. Kita tidak pernah mendengar gossip liar mengenai umie aida, apa kata pakaian umi aida bukan satu ukuran utk kita beri hukuman hanya disebabkan gambar sekali diambil dihari perkahwinannya.

Jangan lupa, adakalanya, yg tutup melitup, mungkin juga sebenarnya ada tujuan tertentu, menutup untuk menutup kesalahan atau keburukan perangai asalnya.

Secara logik, ramai umat islam diMalaysia pd masa ini memakai tudung dan menutup aurat dan saya menyokong bukan itu sahaja, byk pula ceramah ceramah ugama dan pelbagai program motivasi diadakan, tetapi mengapa byk betul kes buang bayi, dan silap haribulan yg membuang bayi adalah mereka yg tutup dan habis tutup dan buka yg terus buka tetap salah, tapi kita nampak salah mereka.

Pada saya, jangan perbesarkan isu umi aida, yg akan memendekkan pemikiran org melayu semakin cetek, lebih baik kita fikir, bagaimana org melayu dpt atasi masalah sosial, sprt buang bayi, dera anak, dera isteri, mat rempit dan lain lain lagi, bangkit bangun dan bingkas bekerja, dan jgn buang masa, itu pesanan saya.

Kepada umie aida, pesanan saya, anda hanya manusia biasa dan bagaimana anda ingin berpakaian adalah hak anda dan tidak ada sesiapa patut melarang dan memberi komen, cuma anda adalah selebriti maka perkara komen seperti ini adalah perkara biasa dan pereka anda jovian, adalah seorang pereka yg mempunyai kreativiti sendiri yg patut dihargai dia juga tidak bersalah, yg salah adalah niat kita apabila berbicara, maka menjatuhkan air muka org lain adalah jauh lebih berdosa, saya doakan perkahwinan puan umie aida,kekal hingga ke akhir hayat dan tahniah saya ucapkan, walaupun saya bukan peminat setia anda.

Pada faisal, saya juga menulis blog, tetapi saya suka menulis utk menyedarkan manusia dari segi ilmu ketuhanan, kerohanian, keusahawanan, sains, sains kuno dan lain lain yg begitu banyak boleh dikupas, apa kata kebolehan anda digunakan utk membantu membangkitkan pemikiran org melayu supaya mereka lebih bersifat terbuka dan rajin bekerja dan jgn hanya rajin mengomen org lain.

bekas ahli politik.