Wednesday, April 14, 2010

MIC PANGGIL MESYUARAT TERGEMPAR - PECAT MUGILAN ?


BERITA PENDEK

Seorang rakan wartawan menghubungi saya jam 9.30 malam tadi bertanyakan samada saya ada info atau tidak tentang mesyuarat tergempar Jawatankuasa Pusat MIC yang akan berlangsung jam 10 malam ini.

Apa punya wartawanlah, dia wartawan tanya kita blogger jalanan pula. Patutnya kita yang tanya dia. Jangan marah bro....melawak saja.

Jawapan saya kepada dia senang saja. Apa lagi, kalau dah panggil mesyuarat tergempar tergesa-gesa ketika berbaki masa 18 jam lagi sebelum pengumuman calon, tidak lain tidak bukan ialah memecat Mugilan dari MIC.

Alasan yang bakal diberikan ialah Mugilan melanggar disiplin parti kerana melobi untuk menjadi calon.

Silap-silap Datuk S Subramaniam juga akan dipecat, kerana nama beliau disebut-sebut juga bakal menjadi calon dalam sehari dua ini.

Sama-sama kita tunggu apa keputusannya kelak....

3 comments:

Anonymous said...

Saya ingat mesyuarat itu dipanggil unuk memecat Muyiddin sebagai Pengarah Pilihanraya kecil Hulu Selangor kerana tidak akur dengan kehendak MIC. Sekaranng MIC banyak kuat tau dia bleh ;ecat siapa saja dalam UMN0 yang tidak sehaluan dengannya.Jangan terkejut G.Palanivel adalah BN bagi Hulu Selangor atas semangat setiakawan. UMNO adalah sebuah parti yang amat taat kepada kehendak kawan-kawannya demi perpaduan komponen BN. Kami pengundi telah membat ketetapan tidak akan undi G. Palanivel. kami sangup melihat BN tewas asalakan jangan Palanivel menang.

Matt Piah Batag Kali

Anonymous said...

pe punya payah lah nak pilih calon! tak insaf2 lagi BN ni! pening pening pening lah kalau mcm ni!!!

Rafie said...

Dua pilihan je aku rasa bro letak je calun umno sebab letak calun mic pun sesama depa pun dah nak boikot, susah2 letak je samy vellu bertanding.timbalan mic tu pun umur dah macam samy jugak dah patut bersara nak bertanding apa lagi, hang tolong cakap kat depa ini PRK bukan pemilihan MIC.