Wednesday, April 14, 2010

SAMY VELLU MESTI BIKIN KECOH SEHARI DUA INI

Password : are you ok ?

Jangkaan saya dalam sehari dua ini pasti Samy Vellu akan membuat kecoh. Saya difahamkan beliau bermati-matian mahukan G.Palanivel dipilih sebagai calon yang mewakili BN dalam PRK Hulu Selangor.

Manakala bagi pihak pemimpin tertinggi BN , setelah mereka melihat denyut nadi rakyat pasti mereka tidak akan meletakkan Palanivel sebagai calon.

Inilah yang dikatakan Rakyat Diutamakan.

Jika Palanivel juga yang dipilih, maka saya merasakan lebih baik kita tidak perlu buang duit untuk bertanding. Kalah sudah tentu dalam tangan, menang belum pasti. Lagi pun kita bukannya mempertahankan kerusi kita. Itu kerusi PKR. Buat apa nak buang duit dan masa.

Kalau kita nak rampas, buat cara nak rampas. Pakai panglima dan senjata baru. Bukannya pakai balik panglima lama dan senjata kitar semula yang telah mengalahkan kita sebelum ini.

Saya rasa sudah sampai masanya pimpinan tertinggi BN membuat keputusan yang tidak mengikut kehendak Samy Vellu. Kita kena ingat, Samy sudah tidak ada nilai lagi dalam masyarakat india pada hari ini. Beliau sudah jadi besi buruk. Kalau Datuk Seri Najib hendak popular di kalangan masyarakat india, maka beliau kena buat keputusan yang tidak mengikut kehendak Samy Vellu.

Jika mengikut kepada 'hint' yang diberikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan anak tempatan bakal menjadi calon, maka saya jangkakan satu dari empat nama dibawah ini bakal dipilih. . Keempat-empat mereka adalah anak tempatan.

Siapa yang kena ? Jom kita teka....

V.Mugilan
Orangnya hensem. Sekali pandang macam Sivaji The Bos. Anak didik Palanivel.
Ustaz Farid Ravi
Umno nak melayu, MIC nak india. Pilih yang ini selesai masalah. PKR Pasti hilang deposit.
Kamalanathan
Fasih berbahasa Malaysia, rekod bersih, tidak pernah meliwat atau main bini orang
Jeng...jeng....jeng....
Kalau siapa tak kenal yang ini ternyata orang itu cetek ilmu politik. Kalau PM dan TPM hendak popular dikalangan masyarakat india dan nak menang besar, maka mereka harus pilih orang ini sebagai calon. Satu-satunya orang dalam MIC yang berani lawan Samy Vellu selepas Pandithan.
Jangan terkejut, sekiranya orang ini dipilih sebagai calon, tup...tup...Samy Vellu gugurkan keahlian beliau dalam MIC. Begitu juga dengan V.Mugilan.

Sya difahamkan Subramaniam juga adalah anak tempatan Hulu Selangor.

Saya memilih Subramaniam sebagai calon yang akan diumumkan. Anda bagaimana ? Siapa yang anda pilih ?

Sebelum hantar komen jangan lupa password : are you ok ?

11 comments:

Anonymous said...

CALON TERBAIK,
SUBRAMANIAM.DIA NI DAH CUKUP SABAR DENGAN SEPAK TERAJANG SAMY VELO.SETIA DENGAN MIC,SETIA DGN BN.KALAU DIA GILA KUASA DULU DAH LAMA DIA JOIN PKR MACAM CHUA JU MENG
NILAH MASA TERBAIK NAK TUNJUKAN JALAN BERSARA PADA SAMY.KALAU DIA PROTES,ITU TANDA DIA MEMANG NAK LINGKOPKAN BN,BARU DIA PUAS HATI.LINGKOP MCM DIA JUGAK.
PEDULIKAN SAMY.AMIK SUBRA.SUBRAMANIAM....MESTIII MARIIII.....

sri mersing said...

are you ok?

salam bro...tak tau pulak subramaniam anak hulu selangor. Kalau dicalonkan kompem Samy nangis. Ustaz Farid mmg ada charmnya. Silap2 org PAS pun undi.

Galo said...

Username: Galoboy
Password: areyouok
pd Galo, sume calon kat atas tu mmg hebat & 'padat' cume Dota' Subra je, dia mmg Future MIC Presiden & sbb tu jg lah ada tekanan klu dia dicalonkn tp klu org2 India nak tau, MCA bakal ber'jiwa' baru if he is Presiden MIC. Yg 3org calon lg tu mmg calon mudah utk menang dlm PRK H/S'gor t.
Org2 S'gor kena bijak memilih

nun manjung said...

are you ok. Tentu lah pilihan saya Ustaz Farid Ravi. are you ok

nun manjung said...

are you ok. tentu lah ustaz Farid Ravi. are you ok

Anonymous said...

are you ok ?

can i CIFUT again..

Anonymous said...

Biarlah Ustaz Farid kat KUIS utk kebaikan pelajar-pelajar Islam.

Ar u OK ?

dinleter said...

Palanivel-calon pilihan MIC
Mugilan-calon pilihan BN komponen parti
Farid Ravi-calon dekat dihati

Anonymous said...

salam semua,

aku rasa baiklah subra jer. bagi dia lawan si zaid pkr tu. baru fair. botol lawan botol......

GONDOL

Anonymous said...

r-u-ok?

Salam;

Biarlah org spt Ustads Farid & Ridhuan Tee kekal dlm bidang mrk skrg. Jgn cemarkan jiwa mrk nih ngan politiks.

Subra is the best MIC candidate for HS!

Sangat bersetuju ngan komen Anon 9:46am di atas!

ko-r-u?

AntiKJ said...

Salam Bro,

Sebelum jadi pemimpin yang baik, harus jadi pengikut yang baik.

Jadi ikut saja pilihan PM.

Jangan banyak songeh la.

sejarah hitam sekor beruk klik sini