Friday, April 2, 2010

UMI AIDA SPESIS YANG SAMA DENGAN PEMIMPIN PAS.

Saya sebenarnya tak berminat sangat nak bercakap pasal artis. Buat menyemak saja. Tapi demi memenuhi kehendak isteri yang bersungguh-sungguh nak saya tulis benda ini , maka saya penuhilah kehendak dia. Kesian juga kepada dia yang bersungguh simpan keratan-keratan akhbar untuk diberikan kepada saya bagi tujuan buat posting ini.

Sudah lama dia simpan bahan tersebut dan minta saya tulis, tapi saya tak layan. Bila dia keluar ayat begini barulah saya nak tulis "abang tu asyik duduk tulis pasal politik sampai jam 3-4 pagi boleh, sekali saja saya minta tolong tulis pasal ini tak boleh" Fuhhhh.... menusuk sampai ke tulang hitam rasanya. Bukan takut, tapi sayang.

Setelah melihat bahan-bahannya dan diterangkan oleh isteri saya, ternyata kemarahannya ada asas. Jangan kata dia saya pun naik marah membuak-buak. Saya cukup anti kalau orang mempermainkan agama untuk cari glamor atau keuntungan peribadi.

Artis , ada masanya mereka lah 'malaikat' dan ada masanya mereka lah 'iblis'. Sebab itu saya tidak meminati artis. Hanya minat segelintir lagu-lagu penyanyi tahun 70-80 an.

Maksud saya mereka adalah 'malaikat' kerana ada segelintir artis mengajak peminat mereka kearah jalan kebaikan dan menggunakan bakat mereka ke jalan yang betul. Contohnya Wardina, Raihan, Rabbani , Aznil Mustafa (Ali S*t*n) dan ada beberapa nama lagi. (Perhatian:JANGAN TERKELIRU ATAU BUAT-BUAT KELIRU. Saya tidak bermaksud menyamakan mereka dengan Malaikat,sekadar perumpamaan)

Tidak kurang juga artis yang berperangai 'iblis'. Kaki judi, kaki minum ,dan pelbagai jenis kaki lagi . Yang itu tidak perlu sebut nama. Dah terang lagi bersuluh mereka memang jenis itu dan yang penting mereka tidak hipokrit. Kita sama-sama doa kan mereka berubah.

Tapi apa pula jenis artis yang duduk tengah-tengah ? Mereka menggunakan agama untuk cari glamor. Memang banyak artis yang jenis ini. Sekejap mereka alim, sekejap mereka tidak. Artis jenis inilah yang membuat orang ramai terkeliru. Silap-silap boleh jadi sesat.

Sebelum itu saya nak sentuh sikit pasal Siti Nurhaliza. Dulu dia tidak bertudung. Bila dia lepas kahwin dan pergi ke Mekah dia kata nak bertudung bila balik dari Mekah. Bila balik Mekah dia bertudung , walaupun bertudung sekadar ambil nama iaitu sekadar meletak tudung atas kepala.

Sekarang ini makin lama tudung makin kebelakang dan rambut makin ke depan. Itu sahaja yang saya nak tegur pasal Siti. Yang lain dia semua tip-top. Bab ini saja dia peningkan peminat dia. Cuma saya berharap, Siti dapat bertudung elok-elok selepas ini. Walau apa pun saya tetap meminati lagu cindai.

Sekarang ada pula artis yang lebih teruk lagi iaitu Umi Aida. Semasa najlis berinai dia buat pengumunan yang dia akan bernikah di Mekah. Tapi bila tengok pakaian dia masa itu, Ya Allah, jarang habis.


Tak malukah dengan pakaian yang begini, buat pengumuman nak bernikah di tempat suci umat Islam ?

Tak mengapalah. Itu mungkin kali terakhir dia nak merasakan pakai pakaian yang begitu sebelum dia pergi bernikah di Mekah. Selepas itu mungkin dia akan berubah.

Maka selepas itu bernikahlah dia Mekah, duduk bersipuh depan Kaabah. Alimnya dia, nak nikah pun sampai ke Mekah. Jarang anak melayu yang berpeluang begitu. Tapi nikah dia, adalah nikah secara 'seludup' kerana dia bukan rakyat Arab Saudi. Tapi tak mengapalah itu hukum dunia sahaja, hukum Allah tetap sah.
Kononnya dia manusia yang paling kasih dan sayangkan Allah, nak bernikah pun sanggup ke Mekah.

Maka bernikahlah dia depan Kaabah. Balik ke Malaysia ingatkan sudah berubah dan insaf. Rupanya peminat kena tipu. Semasa majlis persandingan , anda semua lihatlah pakaiannnya. Baju pengantin tak cukup kain nak tutup bahu dan dada. Nasib baik kain tak kurang dua inci lagi. Kalau kurang sudah tentu buah d*d* pun boleh nampak.
Hipokrit ! Hipokrit ! Hipokrit !

Nak bersanding pun bersandinglah. Sekali seumur hidup. Tapi pakailah pakaian yang menutup aurat. Pakaian begitu sudah banyak ada sekarang. Sudah berpuluh ribu wanita Islam bersanding dengan pakaian yang menutup aurat. Biarlah sesuai dengan tempat kamu dinikahkan seperti mana yang digembar-gemburkan media masa.

Saya tak pelik, jika Umi Aida pakai pakaian sedemikian semasa bersanding tetapi dia tidak bernikah di Mekah dan menghebah ke seantero dunia.

Kononnya bila nikah di Mekah, akulah alim, akulah baik, aku warak, akulahhhh manusia yang paling kasih dan sayangnya pada Allah, sehingga nak bernikah pun sanggup ke Mekah. Kepala otak hanglah. Nak nikah, dimana-mana boleh nikah. Yang penting iman di dada. Bukannya mendedahkan dada.

Berlambak lagi umat Islam yang nikah di tanahair sendiri, hidup bahagia sehingga sekarang. Kalau rasa nak bernikah di Mekah sangat, buatlah majlis sampai habis di sana. Kenapa tak berani bersanding dengan pakaian begitu di Mekah ? Tahu pun takut dan hormat ya. Tapi bila balik ke Malaysia tidak pula takut dan hormat pada perintah Allah. Manusia jenis apa ini ?

Manusia beginilah yang termasuk dalam manusia yang menggunakan agama untuk kepentingan peribadi dia. Samalah dengan pemimpin-pemimpin PAS. Berhati-hatilah wahai umat Islam, jangan kamu terkeliru dengan manusia-manusia sebegini.

Padan muka peminat-peminat dia, buta-buta saja kena tipu dengan manusia hipokrit. Samalah dengan penyokong-penyokong PAS yang ditipu oleh pemimpin mereka dengan menggunakan agama sebagai wadah perjuangan. Tetapi kuasa dan harta juga yang dikejar oleh mereka. Agama hanya sebagai topeng untuk mencari keuntungan.

Kebiasaannya artis yang kahwin hebat-hebat tak tahan lama. Banyak sudah contoh yang berlaku. Tapi ada juga yang tahan lama. Apa pun kita doa-doa semoga perkahwinan depan Kaabah ini akan tahan lama.

Jangan lupa minta Malaysia Book Of Records catat dalam rekod bahawa Umi Aida lah umat Islam dari Malaysia yang pertama kahwin depan Kaabah.

Setuju atau tidak dengan saya. Apa lagi ? Komenlah.......

60 comments:

bzz said...

saya setuju!
menikah di memana pun sama je. Tapi kalau hati tu tak betul, sama je resultnya. Harap2, kesan2 tanah suci tu ada lagi sikit...

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Yang aku tahu terdapat tiga pandangan mengenai mengikut kelompok masing-masing berkaitan rambut wanita ini-

Pertama, tutup rambut dianggap sebagai wajib dan mana-mana wanita membuka rambut dianggap melakukan dosa besar.

Kedua, membuka rambut dianggap dosa kecil seperti dosa-dosa kecil yang lain yang tidak diambilkira oleh Allah jika tidak terlibat dengan dosa besar dan sentiasa mengerjakan ibadat yang wajib. Dosa kecil ini boleh terhapus dengan hanya mengambil air sembahyang saja.

Ketiga, membuka rambut tidak dianggap berdosa langsung.

Tafsiran ayat 31 surat An Nur oleh HAMKA dalam kitab "Soal Jawab Agama Islam" Penerbitan Pustaka Melayu Baru cetakan ketiga 1980 pada muka surat 48-50:-

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara "kelaminnya" (kemaluannya) dan janganlah mereka mempertontonkan "perhiasan" mereka kecuali yang lahir saja, dan hendaklah mereka memberlitkan kain kudung ke dadanya dan janganlah mereka memperlihatkan "perhiasan" kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka (mertua), atau anak laki-laki mereka, atau anak suaminya, atau saudara lelaki mereka, atau anak lelaki dari saudara lelaki mereka, atau anak lelaki kepada saudara perempuan mereka (kemenakan), wanita-wanita mereka (sesama mereka), atau hamba-hamba sahaya perempuan, pengikut-pengikut lelaki yang tiada syahwat kepada wanita atau, kanak-kanak yang belum ingin melihat aurat perempuan; Dan janganlah merentakkan kaki supaya diketahui orang "perhiasan" mereka yang tersembunyi; Dan taubatlah kamu kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu mendapat kemenangan".

Di ayat ini dijelaskan bahawa yang penting bagi mereka (wanita-wanita) ialah menahan, jangan bermata genit. Kedua jangan mempertontonkan "perhiasan" kecuali perhiasan yang biasa kelihatan saja, misalnya cincin di jari, subang di telinga, gelang di ujung lengan. Untuk menjaga jangan sampai "perhiasan" yang tersembunyi kelihatan, hendaklah selendang dibelitkan ke dada. Kerana dada atau susu adalah "perhiasan" yang paling menarik mata laki-laki - HAMKA.

Anonymous said...

Salam Faisal,

Saya tahu ramai lagi hamba-hamba Allah lain dari Malaysia yang telah bernikah di hadapan Kaabah, tapi cuma mereka low profile tak beritahu sesiapa melainkan rakan taulan terdekat dan saudara mara sahaja.

WaAllahuAlam.

Tapi mereka dalam cerita ni BUKAN yang pertama berbuat demikian.

-krisjawa lok3- said...

Malas la nak komen pasal gelagat artis camtu....tak der pekdahnya..bukan nak ikut pun kalau ditegur arah kebaikkan....cuma nak cari glamour dunia je....komen pasal sammy bulu pun ada juga karannya..

ruang bicara faisal said...

t.kasih kpd anon 12.21am. saya tidak tahu selama ini rami rakyat malaysia yang bernikah depan Kaabah. Betullah kata anda mereka low profile atau bukan artis sebab itu kita tak tahu.

kita minta Malaysia Book Of Record ubah sikit rekod umi aida. Tukar kepada umat Islam pertama nikah depan Kaabah yang riuh senegara.

lebai kampong said...

Kita jangan terlalu riak yg kita artis wanita pertama menikah di depan kabah seolah olah artis wanita lain tidak berbuat bagitu kalau kita pergi diam diam itu lain kalau dapat dikesan itu lain ini kita yg heboh kat media nampak sangat kita itu riak dan takbur Allah cukup benci orang riak lagi takbur jangan sudah balik dari mekah pakaian serupa dulu juga HARAM tau harus tutup aurat rapat rapat sehelai rambut tidak bolih kelihatan.

Kulop Mat Piah said...

Sabar Bro sabar.. kakak dia okey apa..

Anonymous said...

Ada lagi. Lepas nikah buat announcement dah bersedia untuk bertudung. Tup..tup bersanding dedah dada luas-luas...
Setuju sangat dengan penulis.... memang Umie hipokrat! Banyak sangat cerita murahan.

Oppss!!! lupa nak buat announcement pulak...saya bekas girlfriend Dud masa kat sekolah!!!Ni bukan cerita murahan!

Anonymous said...

saya setuju dgn rbf ,pendapat saya pulak cara ummi aida nikah kt mekah tu elok konon nak lebih berkat tapi silapnya lepas balik mekah ,boleh pulak bersanding dgn baju yg agak terdedah ...silap2 berkat dah tak jadi berkat...

fly said...

tidak ada apa2 kelebihan pd perlakuan tersebut.

Akazi is HERE said...

salam hormat bro

harap2 dia sedar diri dan cepat2 insaf

Anonymous said...

pemikiran umi aida ni sama tahap dengan pemikiran khalid samad yang kena bantai kat dewan rakyat kelmarin pasal isu ALLAH..

Dr Butiq said...

Lantak kome le yong

Anonymous said...

kita sama2 doakan agar jodoh diorg panjang udahlah....!

yat said...

bersangka baik jek lah...insyaallah, lama2 dia insaf la tu...

Cencaluk said...

Bro,

Saya bukan tak setuju dengan pendapat bro tu tapi sebagai manusia kita tak dapat meneka atau menyelami hati manusia lain.


Permintaan UMI untuk menikah di Mekkah tak patut kita samakan dengan pemakaian ketika beliau bersanding di Malaysia.

UMI bernikah di Mekkah mungkin untuk mendapatkan kepastian bagi hatinya yang selama ini membatu dari menerima lelaki dalam hidupnya, makala pemakaian semasa bersanding adalah biasa bagi artis.

Bernikah di Mekkah adalah ketentuan dari ilahi maka sebagai manusia kita tak sepatutnya mempertikaikan kehendak dan ketentuan ilahi.

Itulah naluri manusia di dunia, segala perlakuan dan tingkahlaku menusia lain dipandang dan dipertikaikan, sedangkan diri kita siapa yang menilainya pula.

Anonymous said...

alaa dia ni jenis yg macam orang lain kawin kat London tapi dia pilih Mekah..takde pe2 pada dia ni sekadar perabih duit sebab duit terlebeh banyak..so nak harap ape pade nur atau berubah sbb kawin di Mekah..anggap pi makan angin je..

Anonymous said...

Bang, tak paah emosional sangat.. Artis mmg nak cari glamour, mrk akan guna apa saja, seksi ke, agama ke untuk cari glamour.. mcm juga ustaz sekor tu nama Akhil Hayy..

Kahwin kat Mekah ke, mati kat Mekah ke tak menunjukkan kan darjat dia disisi agama. Kawin kat golok pun sah.

Kepada Umie, hehe sekejap buka, tutup, buka balik.. hehe, kalau ko pakai seksi, aku pun tumpang engok jugak!..

Anonymous said...

POYO....itu je teman nak kate...

Anonymous said...

kadang2 aku pelik artis2 ni. kawin dengan mat salleh, glamo habis. lepas tu berpisah. senang je di tnggalkan.adat dan budaya berbeda, kahwin depan kaabah lagilah banyak hujahnya kerana di tanah suci, nak yang baik dan suci. diri kena suci jugak. kalau setaka nak publisiti dan harapan nak kebaikkan tapi kalau diri tak ubah kearah kebaikkan, lai cepat hasilnya. cuma kalau baik, cepatlah baiknya.atau sebaliknya.jangan main2 depan kaabah.

Anonymous said...

Nenek RBF bertudung tak? mak nenek? dan nenek kepada nenek RBF pakai tudung tak? dimana mereka?
tudung bukan tiket untuk ke syurga dan tudung bukanlah sebab seseorang itu akan ke neraka.
Tolonglah! RBF jangan bercakap lagi pasal tudung, aurat dan bagai2. Kalau nak kempen atau nak dakwah pun mengenai hal ini jangan sampai melarang orang memilih tidak bertudung sptmana orang lain tak melarang utk bertudung.
Ataupun mengata itu ini kononnya orang tak bertudung tak elok perangai & sebaliknya.
Isteri, ibu, kakak2 saya semuanya bertudung sama dengan isteri RBF dan juga wartawan2 (hiburan) wanita yang kebanyakan kini bertudung, saya tujukan komen ini.
Terima Kasih..

Anonymous said...

perkara HARAM adalah HARAM...tidak boleh dipertikai lagi... Harap faham...

mamatir said...

haram sblum masyuuk...

Anonymous said...

salam...
nak tegur kena ada caranya...kena ayat yang baik dan tak burukkan orang lain..bila ayat yang agak kejam bagi, orang yg dituju tu takkan terima kerana ia manusia biasa juga, malu apabila dikutuk..lagilah taknak terima..kita dakwah kena ada cara...

dari segi pemakaian aurat, dia ada niat, kita doakan yang terbaik.ALLAH xbagi lagi hidayah kat dia..hati belum sepenuhnya terbuka...kita sebagai umat Islam, doakan yang terbaik..mana kita tahu, dia hipokrit??ALLAH sahaja yang tahu apa dia nak sebenarnya..

sekian...hanya memberi pandangan...

IMO said...

sy lebih setuju dgn @Cencaluk punye komen lg bernas & bleh diterima akal.
sy x nmpk & x pernah dgr pun Umie mengaku dia alim. yg sy prnh dgr dia mengaku yg die ingin berubah.
berubah pun ambil masa juga, klu wat perubahan drastik tiba2 tp nanti jd mcm Siti pun x guna.
drastik sgt mula2 je tutup litup lama2 bukak sikit2. nk berubah kena ikhlas juga.
salah ke klu nak nikah kat Mekah?
sy x rasa dia berlagak alim pun.
dia juga ada niat utk pakai tudung.
dia tu kategori andartu (sorry ye Umie). ni la 1st time dia nikah. nikah cerai semua tu bukan kerja kita nak tentukan.

'THINK POSITIVE!'
'KITA HIDUP KAT DUNIA NI,
KENA BERINGAT2.
JGN RIAK, TAKBUR & TAKSUB SEOLAH ANDA HEBAT! BERDOSA BESAR!'
HARI NI KITA SENANG, ESOK LUSA MCM MANA? HANYA ALLAH SAJA YG MAHA MENGETAHUI'
'RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL! ;)

IMO said...

maaf, sy x dpt nk setuju dgn rbf,
sbb apa yg sy baca seolah2 bkn ditulis dgn ilmu agama atau nasihat tp lebih kpd emosi, benci & marah,mcm dendam pun ada.tambahan pula dgn isteri rbf mendesak rbf utk post blog spt ni. hmph, hati wanita, haha, sy juga wanita jd tentu seorg wanita tahu knp isteri rbf begitu mendesak utk awk post benda mcm ni. n knp isteri awk beriya psl Umie Aida je? mcm sbnrnye xde kena mengena langsung dgn agama tp menyampah & benci agaknya. blog awk da jd mcm blog gosip artis dgn cerita murahan. dan dr cara awk blog, dan cara isteri awk desak awk, mesti korg berdua ni muda lg. masih xmatang & xpaham tentang isu2 agama, politik & dunia akhirat. sbb awk berdua tgh emosi & ikut nafsu amarah sj. org yg matang xkan buang masa nk cari n kumpul kesalahan org, yg diambil dr akhbar plak tu.
pd pendapat sy, klu ye pun rbf nak cerita psl agama & apa2 yg rbf rasa dorg ada wat silap tentang agama, rasanya lebih baik klu rbf menggunakan bahasa & berikan nasihat yg elok. bukan dgn sikap riak, takbur mengutuk begini seolah2 awk tu sempurna & pndai tentang hal2 agama. apa yg sy lihat, rbf & isteri sama sj. mgkn juga takut dgn bayang2 sdri.
awk nak tegur org gunakan agama tp awk sdri letak tanda salib/cross kat logo PAS. awk tu agama apa sbnrnye? slalunya org kristian je yg wat camtu, suke2 je murtadkan org lain. awk juga mengutuk & menuduh org bertubi2 yg hanya menambahkan DOSA. agama Islam x sruh post blog kutuk klu nk tegur org. patutnye bg la teguran & nasihat. mmg silap BESAR la awk ikut ckp bini awk. wat tmbh DOSA lg ada.kat situ je da nmpk yg awk pun bkn alim juga. walaupun awk x sokong PAS, rasanye x perlu la nak letak tanda salib tu bro. PAS atau UMNO, tetap berdosa klu menghukum & seolah2 menuduh begitu skali.
sy bkn peminat politik, tp sy pun xrasa PAS tu gunakan agama. sy rasa PAS guna agama utk menyebarkan dakwah, agama kebenaran.
klu tentang kuasa & harta, sy hairan kenapa awk nk jugak ckp mcm PAS je yg kejar kuasa & harta? awk ni mcm da 'buta' atau 'tutp mata' je klu parti yg awk sokong pun begitu. rasanye parti & ahli politik lain pun sama juga. semuanya mengejar benda yg sama.sy rasa dunia zaman skrg mmg perlukan klu xbyk pun sedikit harta sbg modal utk pembangunan.
skrg da moden, mahu atau tidak PAS atau mana2 parti perlu ada semua tu utk pembangunan, kerajaan, rakyat. klu xde cmne rakyat nak percaya parti ni bleh pimpin dorg, dgn budu?
klu xde harta sume cmne nk tubuh kerajaan & meluaskan lg dakwah mereka. sy rasa awk ni jenis yg fanatik n emotional sgt la, nak2 politik.
sy sdri rasa malu pun ada. nak 'tegur' org kononnya, tp lupa yg dri sdri blum btul2 layak lg. awk & isteri kesayangan awk, lain kali tolong la tgk dulu kekurangan dri, layak ke tak. dah la siap merepek je psl Malaysia Book Of Records.
knp sruh org plak jgn lupe minta, knp awk sdri je x minta dorg rekod?
awk ni mcm lg teruk dr org2 yg awk dok kutuk n tuduh dorg 'iblis'.
apa yg awk tulis kat blog ni x mcm iblis ke? isteri awk yg 'hasut' 'pujuk' 'merayu' 'mendesak' awk utk post blog ni x mcm 'iblis' ke?
lain kali jgn lah suka hati nak tuduh2 org mcm tu. xbleh ke awk fikir cmni, setiap org ada keburukan, n bg sy ni lah keburukan awk. n mgkn Umie atau artis atau sape2 plak lain keburukan dorg.

Life Is Beautiful said...

Salam..



Saya berpendapat, RBF terlalu emosional.
Termasuk isteri RBF.

Mungkin anda berdua tidak memahami cara2 yg betul utk bersuara & menegur insan2 di luar sana.

Rasulullah SAW sendiri tidak pernah menghina,
menggunakan bahasa yg keji dalam
urusan Dakwah beliau..

Beliau menegur dgn cara yg lembut & berhikmah..

Dlm sebuah hadis, Baginda berpesan
Jgn Marah,
Jgn Marah,
Jgn Marah.

Jikalau anda berdua sayangkan Rasulullah SAW,
gunakan ruangan & platform yg ada,
dgn cara yg betul, & diredhai Allah.

Renung2kan wahai saudara & saudari.

p.s saya tidak menyebelahi mana2 pihak,
sekadar memberi pandangan dari ilmu yg ada.


Syukran.

Anonymous said...

dulu kakak dia sezaman aku.teruk gila jugak tapi ok la la ni..hehehe

Anonymous said...

PALING SETUJU DENGAN IMO

salam bro. saye ni baru berusia 20 thn. tp sy sgt malu dan jelik membaca statement org yg dah kawin lg patot matang yg mengeluarkan statement kurang ajar seperti bro. kot ye pon baik sgt nk membetulkan kesilapan orang, ade carenye..care bro ni dah mcm budak darjah enam mengutuk member kelas. satu je sy nk mintak..bwk mengucap bro. dan selalu beristighfar. Astaghfirullahalazim... bwk2 lah bertaubat bro.. nak tegor beri lah nasihat. BKN DGN CARE MENGUTUK ATAU MEMFITNAH. sume2 kutukan bro ni sungguh bersifat emosi dan kebudak2an.. sesungguhnya memfitnah itu lebih dasyat daripada membunuh..

satu persoalan. adekah bloggers yg mengutuk dan menfitnah itu juga kdg2 sifatnye mcm iblis? ini hanya soklan. bkn ayat penyata.

semoga ALLAH memberi hidayah kpd bro dan bini. YA ALLAH, ampunkan dosa aku, bro dan bini dan umie aida. AMIN.

nak tegor boleh. tp sile jgn bajet bagos. WALLAHUALAM.

last but not least, i hate politicians followers. they put emotions above rationality.

Anonymous said...

owh. takot bini rupenye rbf neh. akakaka.

i tau. mesti u jeles kan u x dpt nikah kat mekah. akakaka. opps. i teke je la. mcm u meneka ape yg terselam di hati umie aida.

ada berani sile approve.

dolnese said...

apsal korang sibuk2 sangat....ingat korang ni alim sangat...pirrraahhh

Anonymous said...

salam...aku setuju benar dgn ko penulis...aku dah lame terbuku kat artis macam ni..artis sekarang ni nak nama terkenal je...atas gne nama islam...1 lagi aku pun naik jelek kat siti nurhaliza 2..kata nak bertudung...2lah dia ble harta mengkaburi hati niat suci hilang ke mana...nilah dia manusia akhir zaman..beri teladan kpd anak2 islam cbe jadikan siti khatijah sebagai contoh kte...salam

merak jingga said...

nanti jd trend plak pasni artis nak nikah p kat sana..
esh esh esh artis artis...
selagi boleh mempopularkan diowg
sanggup...

whatever la umi oiiiiii

mJ said...

saya sangat setuju!!! memang dah lama saya & mak saya membebel kan si umie nih...tak faham or buat2 tak faham saya pun tak tau...

saudara tertinggal 1 lagi info : DIA CAKAP KAT MEDIA YANG DIA NAK PAKAI TUDUNG LEPAS KAWIN...TAPI AKAN DIMULAKAN DENGAN SELENDANG DULU...EMMMM yang ado!!! ntah2 jadi sama cam DAto CT

buweeeeeeeekkkk :(

Anem arnamee said...

Salam RBF!
Kmu kena betul cara berdkwah,
erm, umie dah jawab kenyataan kmau di pancaindera harini!

semoga kamu ikhlas.allahuakbar!

Anonymous said...

pegi la mampos sama dia..
yang hang dok terhegeh2 ngata dia watpe?ada masaalah ke dengan dia..hang masuk neraka pun orang tak amik kisah.tok sah la sibuk jadik pak haji nak nasihat orang len.zaman sekarang ni,lebih baik hang jgn dok sibuk jengok kubur org len..hang sendiri kurang hajar,lagi hang nak hajar orang len?sudah la..

Anonymous said...

Salam bro....

Hidayah itu milik ALLAH... yang diberi kepada setiap hamba-hambanya....

Bukan tidak bersetuju, jauh sekali menyokong golongan yang dicemuh...

tapi ingat... Hanya Allah yang layak menilai... kerana DIAlah Hakim terbaik..... Mungkin orang yang kita cemuh menjadi jauh lebih baik daripada kita lantaran hidayah ALLAh...

Contohilah cara Rasulullah dalam menegur... padat, matang dan berhikmah... Paling penting selkali melihat pada kekurangan diri berbanding kekurangan orang lain....

Saya pernah terbaca... Bersikap zuhud dan rendahlah kamu terhadap orang lain... tidak kira apa jua jenis mereka...

Jika berdepan dengan orang agama atau ulama.., bersikap rendahlah kerana ilmu mereka yang tinggi dari kita...

Jika berdepan dengan orang yang belum mengenal Tuhan nya atau jahil...bersifat rendah lah kamu kerana mereka melakukan dosa kerana jahil dan tidak tahu... tapi kita melakukan dosa setelah tahu...

Maaf, hanya pandangan orang muda seperti saya (mahasiswa UMT) jngan lihat pada diri saya, tapi lihat pada isi tulisan saya... Hidup kita tidak lama... Akhir sekali, saya ingin memetik Hadis yang dirawikan oleh Imam NAwawi....Rasulullah pernah berkata... "tidak sempurna iman seseorang, selagi kamu tidak mencintai saudara kamu seperti menyintai diri sendiri...." Bukankah setiap umta Islam itu Bersaudara.... Tapi sayang, ia dicanagkan sewenagnya hanya keran kepentingan diri dan mempertahankan fahaman politik sendiri... Apa salahnya umat Islam bersatu.. bukanlah saling menjatuhkan antara satu sama lain, sedangkan pihak luar seperti yahudi sentiasa mengintai kesempatan disebalik perbalahan sesama kita. Dan kesudahannya, tenggelamlah kita tanpa dapat memutuskan siapa yang menang,kalah, lebih beriman, tidak beriman, iblis, tengah-tengah mahupun malaikat... Tiada siapa yang lebih tinggi darjat nya selain orang yang bertakwa.

Masuklah ke dalam ISLAM secara KAfah(keseluruhan).

Semoaga Allah sentiasa memilih kita mendapat hidayahNYApenting sekali untuk mempertahankannya.... Tidak kira siapa kita sama ada insan biasa, artis, ahli politik atau lain-lain...

MAAF pada siapa yang tergutis...bukan niat ana untuk menghiris. hanya sekadar satu keikhlasan dalam berdakwah... ALLAHUABAR!!!!!

Mohd Syafiqi Zakaria said...

apa kena mengena umi aida dgn PAS??

syamiey said...

salam..
sy bukanla peminat artis maupun politik..tp sy tertarik apabila ade org yg tampil utk mnasihatkan artis
(dgn samekan mereka dgn ahli politik) walaupun dgn care yg membabi buta dan beremosional..artis mmg perlukan nasihat drpd pminat2 mereka ttp secare berhikmah..kite sbg manusia mmg xdpt menilai sejauh mane keikhlasan ati umie aida utk berubah..dan kite sepatutnye saudara sesame islam sewajarnye menasihati mereka dgn baik bukannye dengan keegoan n anggap kite tau semuanye..mengenai hsrat umie utk berubah tu kite patut sokong n berdoa agar umie kembali ke jalan yg lurus..yg diredha allah..kpd rbf,tahniah kerana anda peka dgn ape yg terjadi dan ambik berat walaupun cara itu xkena dan bersikap lebih politik..anda xsepatutnye nasihati org dgn samekan dia dgn org lain..allah sndiri melarang kite samekan anggota tubuh isteri dgn ibu kite..msti ade hikmah d sebalik larangan itu..

Anonymous said...

Salam,
Tahniah kerana menyentuh isu ini, nampaknya blog ini menjadi semakin panas:
1. Iman itu dibuktikan melalui perkataan dan perbuatan. Sila pilih kedudukan saudara & umi aida dimana
2. Perbuatan tidak menghalal kan cara. Sili pilih cara yang anda suka

Anonymous said...

salam.
sokong sangat pendapat IMO.wlaupun pnat nak baca.
jgn keterlaluan dlm menegur.
byk lagi masalah umat yang perlu kita fikir selain rumahtangga artis.

mulakan dengan diri sendiri. segala apa yang dicoret di blog terutamanya,sangat mmberi gambaran siapa penulisnya.

Allah suruh kita gunakan perkataan yang baik. ingat, islam itu indah,jangan biar org luar menjatuhkan imej islam hanya kerana kata dan emosi.

secara peribadi, blog anda tak menggambarkan pun anda mencintai agama.buatlah sedikit perubahan, blog anda dah mula jadi perhatian.

tq.

Anonymous said...

salam.

saya bukanlah peminat umi mahupun peminat rbf.tapi saya cuma beritahu ape yg saya tahu.memberi nasihat dan menyedarkan seseorang itu ade 3 cara;

1.dengan hati (selemah lemah iman)
2.dengan perkataan
3.dengan tangan

dan tidak mengaibkan sesama islam,tu syarat utama berhikmah.kalau tak suka,diamkan.tak perlu nak tulis artikel begini.ade sebab umi buat begitu.die tak kata pon dia nikah di makkah sebab dia alim,beriman.cuma tu impian dia dari dahulu.macam sesetengah org yang berimpian nak bernikah waktu malam,bernikah di masjid dan sebagainya.sekurang kurangnya hati dia masih mengingati rumah allah,mengingati kaabah.dari segi pakaian memang tak kata die benar,tapi insyaallah terbukak hati dia,insaflah.kita tak perlu menunding jari kepada dia,sebaliknya doakan yang terbaek.siapa kita nak mengadili hamba allah.

ade satu kisah dimana seorang pelacur yg memberi anak anjing makan dapat masuk syurga tetapi wanita solehah yang tak membantu anjing tersebut tak dapat masuk syurga.

allah maha mengetahui rbf.cukup cukuplah menunding jari pada orang sedangkan amalan kita,kita sendiri tak tahu.

ustazah saya pernah berkata:
"orang yang bertudung sememangnya beriman,orang yang tidak bertudung tidak semestinya tidak beriman"

Anonymous said...

Salam..Sy setuju dgn komen rbf.."Bernikah di mekah"..ingatkan masa majlis berinai dia da "last" pakai yg jarang atau yg tak cukup kain..tapi bila balik aduh.."terbuka" segala dada..hari ni dlm paper dia kata baju tu bknnye rekaanye tapi yg peliknyer pereka fesyen tu ada tanye dia fesyen mcmmana yg dia nak & secara logik masa baju da siap suda tentu dia dtg utk testing baju..bila da tak bole cover,dia salahkan pereka fesyen & juga org lain pulak..bila kita komen org kata kita jealous..ado hai..sy percaya org2 kita skrg da jauh cerdik utk menilai apa yg baik,perkataan "jealous" ni adalah jawapan murahan apabila org yg ditegur tak dpt menerima & menggangapnye sbg "kritikan membina"..bila kita tak tegur kata tak perihatin bila ditegur kata jealous..abih camno??sy percaya dlm sebuah perkahwinan tak kira "grand" atau tidak yg penting "ijabkabul" & yg paling penting "kekal hingga ke akhir hayat..semoga umie aida berubah &semoga jodoh kekal akhir hayat.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
najamarine said...

macam2 komen dalam ni..yg tak setuju pada pandangan saya mereka masih jahil dan perlu banyak mempelajari basic agama..jgn bincang permasalah agama yg lebih rumit..tolong jgn bg alasan logik akal,kerana Allah menurunkan sesuatu hukum untuk hambanye berfikir dan mencari hikmah di atas hukuman Allah itu..

perubahan tak perlu di ucapkan di bibir..tapi di sematkan dalam hati dan niat kerana Allah..bibir hanya pandai menipu,perubahan tidak perlu menunggu Allah turunkan hidayah kerana kita sudah di lahirkan sebagai orang islam..sepatutnya sejak kecil lagi kita sudah takutkan Allah dengan menurut perintahnya dan meninggalkan larangannya..

puak2 politik tanah air pula tidak bersetuju kerana terlalu taksub dengan parti masing2..parti ini mengatakan parti itu menfitnah begitu juga sebaliknya..pada saya fitnah adalah kenyataan yg keluar tanpa bukti dan berniat jahat.hanya mencanang mempunyai bukti tetapi sudah bertahun2 belum juga dapat membuktikan kenyataan itu tetapi penyokong2 taksub sanggup mempercayai bulat2...tetapi kalau bukti kukuh,jelas dan terang??..fitnah jenis apa macam tu??

Anonymous said...

at least she's not a homewrecker.

Anonymous said...

RBF takut bini. bini hang jeles, umi aida lagi cun pada dia.

Anonymous said...

iman adalah mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Lintau Perak said...

Yg baguih nyer umi aida ni..walaupun dia bersanding dedah aurat..dia tak pulak kata salahkan UMNO/BN.

Tak macam pas DAP n PKR...semua salah umno/bn.

Lepas ni confirm...gerombolan pakatan haram akan spin cerita umi aida utk kaitkan ngan umno/bn.

Anonymous said...

Pada pendapat aku mmg ada beberapa artis yg menggunakan agama sebagai platfom untuk glamor.Dan Umi Aida adalah salah seorang drpdnya.

Bagi artis seperti ini, dgn menggunakan raut wajah, espresi muka, cara percakapan (asas teknik2 berlakon)boleh mencairkan hati peminat terutamanya makcik2 dikampung.

Seperti juga ulasan dia di mingguan malaysia, hanyalah ayat2 hipokrit belaka.

Mengapa tidak anda semua melihat gambar2 dia dimajalah2 bebahasa inggeris, terutama ketika dia menghadiri majlis pembukaan butik,majlis harijadi dan sebagainya.Lihatlah cara dia berpakaian.Anda dapat menilai sediri watak yg dilakonkan oleh artis ini.

Ada juga yg kononnya membuat kenduri di sekolah anak yatim sebagai sedekah amal jariah yg dilakukan yg tidak perlu dihebohkannya,bak kata tangan kanan memberi, tangan kiri tidak tahu.Tapi diundangnya dari wartawan akhbar hingga ke krew tv utk berada dimajlis itu.

Jadi bak kata nabil LU PIKIR LA SENDIRI.

Bagi aku mmg tidak salah jika RBF menceritakan perihalaku artis sebegini, agar memberi kesedaran pd yg lain supaya jgn menggunakan agama utk mencari glamor.

IMO said...

wow! ade gak yg stuju dgn pendapat i..
thanks yeah!

n kpd yg ckp org x stuju ni 'masih jahil dan perlu byk belajar basic agama' ni sbnrnye x phm tentang ape yg kami x stuju, tentang point2 kami.
ni i explain skit, kami x stuju dgn CARA rbf blog, BUKAN kami menidakkan agama atau lebih tepat lg MENGHALALKAN YG HARAM..
sama juga halnya dgn 'tentang alasan logik akal'.
so sila fahamkan betul2 sblm nk bidas ye.

btw, i have to say thanks to rbf sbb still approve my comments wlpn pjg berjela tmbhn x stuju plak tu.

IMO said...

oh yea, sy x tahu ape yg u all rasa sbnrnye dgn mengatakan artis guna agama utk glamour.
sy x percaya lgsg yg agama boleh buat seseorg itu glamour.
jika IMAN teguh di dada nescaya kepercayaan x akan roboh.
Insyaallah, mesti tahu perbezaan yg baik & buruk.
agama bukan dtg dr artis atau kehidupan glamour jd sy rasa mmg x berkaitan lgsg..
melainkan jika manusia sdri yg mengatakan ia begitu.

Anonymous said...

apa kata kite citer psl halimaton plak? sape nk stat dulu..

shafik said...

banyak komen kt ats ni mcm x setuju dgn bro RBF..mksdnye kbnykn komen kt ats ni "jg kubur sendri sudahla.."

ptutla artis msia mkin teruk..akhlak kbnykn org msia mkin teruk! sbb pe? sbb ikut tgkh laku org yg terkenal mcm artis ni..xpe2, lps ni korg hentam blk komen aku ckp cm gni "klau da tau artis tu truk, buat pe ikut, yg pntg ati kite ni bro, kne btulkn iman kte dulu ni bro"...

mak ai...ape la..klau niat x seiring dgn perbuatan, xpyh la nk pretend..RBF ni xde pun kate dia alim, dia cume meluahkan pe yg bini dia pendam selama ni (mknenye bgus la sbb bini dia seorg yg benci dgn artis yg berperangai mcm umie ni)..

tlg la, klau da dlm Islam kate wanita haram menunjukkan auratnye kpd org selain drpd yg muhrim, HARAM lah hukumnye..ape plak siap ade kategori2 lak?niat la, tu la ni la...astagha..mknenye, aku jap lg nk g men pmpuan, n pastu aku nk g nite club mnum arak, xpe la kan?
sbb niat aku cme nk ske2 jek..xde niat pun aku nk hina agama..pehh!!! bgusnye korg nye dalil semata2 nk bengang ngn komen mamat RBF ni?HARAM tetap HARAM wahai kawan2 ku..korg ckp la mamat ni xbgus dlm berdakwah la pe la..yg aku nk ketawa tu, ade lak yg tulis dgn CAPITAL LETTER suruh mamat RBF taubat??? aihh...

p/s : ptutla artis msia mkin lm mkin melampau! sbb gmai gak yg tlg pretend (mcm kbnykn komen2 kt ats ni)..aku benci gle bila niat dijadikan senjata utama utk menutup segala perbuatan terkutuk! huh!! niat mestilah seiring dgn pebuatan!!! xde pe yg blh disangkal!!

Anonymous said...

jangan terus2 buat tanggapan negatif terhadap org lain.niat dia utk bernikah dan mengerjakan umrah (dengan membawa kaum keluarga) sudah besar ganjarannya...kita tak tahu niat dia mmg nak menunjuk atau mmg nak buat ibadah...(kira dah menuduh/fitnah kalau niat dia sebenar nak mengerjakan ibadah)...itu semua kerja Allah...kita jangan mudah menjatuhkan hukum kepada org lain tak kiralah artis ker...bukan artis ker...ahli politik ker...

ingatan buat diri saya dan kawan2....jangan kerana perlakuan org lain kita sama2 mendpat dosa...istighfar dlm hati byk2...biar hilang rasa curiga/syak wasangka dan takbur dlm diri....

aku-alam said...

Assalamualaikum wbt...
jelas sudah apa yang cuba saudara perkatakan.. saya cuba melihat dari sudut positif dan negatif.. bukan hendak membela dan bukan juga ingin menyangkal.. cuma kalau boleh biarlah ada adab dan santun dalam menegur sesuatu perkara.. teguran yang membina itu memang sangat baik dan bagus.. insyaallah setiap yang berlaku itu ada hikmah yang tersembunyi yang pastinya tidak kita ketahui.. teruskan usaha saudara untuk menegur ke arah kebaikan, cuma sekali lagi saya minta agar bahasa yang digunapakai itu biarlah berlapik dan tidak hanya mengikut kata hati.. wasalam..

Anonymous said...

Bro,apa maksud you...Quote..Then she bernikahlah front of the Temple.
Unquote.
Temple dlm bahasa malaysia is Kuil whereas Umie Aida bernikah didepan Kaabah (Rumah Allah). Kuil dan Kaabah amat berbeza, your statement betul-betul mengecewakan nampak sgt you ni tidak tahu membezakan kuil dan Kaabah. Bertaubat lah kita sama-sama, semoga Allah ampunkan dosa saudara.

Anonymous said...

Actually kita tak boleh pertikaikan niat ummie bernikah di mekah. Tapi yang kita persoalkan cara dia berpakaian semasa bersanding,beliau seperti mempermainkan hukum agama kita.

Anonymous said...

1. kesian pulak pd umie aida jd 'kambing hitam'..rasanya ada lg sekor artis yg lg 'jahanam' dr yg yg dikisahkan. x pasti pulak namanya.tp dia dgn angkuh sombong berkata sgt suka berpakaian seksi dan dia pedulik hape org lain nak kata.keluar dlm MM kan? dia baru lepas kantoi syabu dr lcct..'naik ketebang tambang murah je ke' sian dia.
2. sbnrnya dlm Islam sudah ada dress code. kalau kita pergi ke mana2 organisasi yg besar2, atau kelab2 yang ternama mrk akan menggariskan bbrp dress code tertentu yang mesti dipatuhi oleh ahli atau memana makhluk yg nak masuk ke premis berkenaan kalu tak ikut dress code depa tu, kita mgkin akan dihalau.
3. sbg sebuah institusi atau sistem yang hebat,Islam telah menggariskan dress code tertentu yg wajib dipatuhi.jadi apo masaelah pulak ado manusia2 yg x nak ikut dress code yg Allah dah suruh tu. sbhgn mgkin akan 'gelabah puyuh' kalau nk masuk ke hotel 5 bintang dgn berselipar indon dan segera cari di kedai 7/11 kalau2 ada kasut yg sesuai sbb nak masuk hotel tu. patuhi dress code la kunun.kan?
4. tapi bila melanggar dress code yg telah ditetapkan Allah x reti pulak nak malu2. bukankah itu namanya melawan Tuhan?
5. jadi kepada semua yg boleh fhm hal ni,tegur2 la kwn2 kita dgn cara berhikmah dan sopan. cara RBF ni patut dipuji krn telah menggunakan gaya bhsa moden yg semakin digemari oleh kelompok artis dan pengikutnya. kata org itali tu,kalau nk tegur harimau guna la bhsa harimau, jgn guna bhsa ular takut kita kena baham.'lebih kurang la sikit2'

Anonymous said...

salam 1 malaysia

KUBUR itu masing2 empunya. ikutlah sunnah Rasullah SAW bkn sunnah UMNO/PAS/PKR

"Renung2 kan lah & slmt b'amal....."