Tuesday, April 13, 2010

HARI PALING GEMBIRA BAGIKU

Sejak kembalinya bapa saya ke Rahmatullah dua bulan lepas, hari-hari yang saya lalui penuh dengan kesuraman, hati tidak gembira. Walaupun sudah dua bulan berlalu tetapi ianya tetap suram.

Tidak ada hari yang betul-betul mengembirakan saya. Walaupun Mingguan Malaysia bagi ruang satu muka surat kepada blog saya ahad lepas, dan pembahagian harta pusaka berjalan lancar, tetapi hati saya tetap tidak gembira.

Pendek cerita suramnya berpanjangan, hinggakan hendak bersama isteri pun tidak ada mood kerana hati tidak gembira dan sedih. Nasib baiklah isteri faham.

Tetapi, sebaik sahaja saya mendapat berita hari ini yang Zaid Ibrahim bakal dicalonkan sebagai calon PKR Hulu Selangor, tiba-tiba sahaja hati saya melonjak gembira, bagaikan saya baru mendapat wang puluhan juta. Kesuraman hidup saya selama ini bagai dicabut-cabut, ianya hilang sekelip mata. Sampai sekarang saya belum makan tengahari, kerana tiba-tiba perut terasa kenyang. Pendek kata makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena.

Tanpa disedari saya terus menghubungi isteri di rumah bertanyakan beliau samada stok madu dan telur ayam kampung di rumah masih ada lagi atau tidak. Maklumlah sudah dua bulan tidak dipedulikan.

"Kenapa bang" ? tanya isteriku, "tak ada apa-apa, saja- saja tanya" ,jawabku berlapik. Tiba-tiba isteriku ketawa kecil dan dia berkata "saya tidak boleh sembahyanglah bang". Aduhhh...tepuk dahi saya bila mendengar ayat tersebut.

Nak balik rumah nombor dua, malam ini giliran nombor satu. Tapi tak mengapalah, tunggu dua hari lagi giliran yang nombor dua pula. Dua bulan boleh tunggu, dua malam tak mungkin tidak boleh tunggu. Nak tunggu yang nombor satu mungkin lima ke enam hari lagi.

Nampak gayanya isteri juga yang jadi 'mangsa kebuasan' madu dan telor ayam kampung. Ha...ha...ha...

Bukannya niat nak mendedahkan kisah dalam bilik. Tapi saya hendak memberitahu anda gambaran betapa gembiranya hati saya yang telah dua bulan suram bila PKR letak Zaid sebagai calon mereka.

Itulah yang saya tunggu-tunggu selama ini. Calon yang senang nak kita perebah, sesenang kita perebah lembu yang sakit dua belah kaki.

Nampaknya PKR betul-betul hendak menggali kubur mereka di Selangor. Maklumat tentang Zaid banyak yang kita ada. Semuanya kita simpan dulu sehingga gendang dipalu dan gelanggang dibuka.

Kita akan serang Zaid habis-habisan sebagaimana mereka menyerang Rozaihat di Permatang Pasir dulu.

Yang saya bimbang dua perkara sahaja sekarang ini. Hati gembira boleh bertukar menjadi sedih jika dua perkara ini berlaku.

Pertama, jika BN tetap mencalonkan G Palanivel sebagai calon untuk menentang Zaid.

Kedua, Nallakaruppan pernah berkata Anwar Ibrahim banyak idea-idea gila. Tengahari ini berita tersebar Zaid yang akan dicalonkan. Tiba-tiba malam nanti masa pengumuman calon dia umumkan Dr.Halili atau Samsul Iskandar atau juga yang lain-lain.

Macam-macam boleh terjadi dengan orang gila.

Saya berharap kegembiraan saya berterusan.

Tetapi, andai ditakdirkan betul lah apa yang dikatakan oleh Parpukari bahawa Ustaz Farid Ravi yang bakal menjadi calon BN disana, saya rasa saya akan tambah isteri seorang lagi. Kerana terlalu gumm..bira.

7 comments:

Anonymous said...

Tahniah rbf sebab ada senapang dua laras!

Diharap calon yang dipilih boleh diterima oleh penduduk Hulu Selangor.

madu tiga said...

password: kyjelly

salam bro...sian bini hang. hang gembira pasal politik hang tambah cawangan. cukup sifat ka nak kawen byk2 ni bang.

Anselmo said...

Bro, gua pun sama-sama gembira. Tapi tak kisah lah Zaid atau siapa shj PKR calonkan, BN ada peluang. Rakyat dah kenal hati budi dan kemuliaan Gerombolan Anwar ni.

r0 said...

Hehehe...

d'B said...

...ada dua rupanya, cayalah Bro....rahsia madu n telor ayam kampung ke? tehehhehe

BTW, kalau calun PKR sipolan tuh, mmg banyak yg boleh dilondehkan...:)

-krisjawa lok3- said...

Kesian bro..dua bulan memendam rasa tapi bila dah ada mood...telekung pula kena basuh hehehheheheh..Tak apa,sabarlah. 2 malam je lagi...

Tapi bro...
Apakah si sammy value tak meroyan kat sungai siput tu bila dia tahu calon pkr adalah barang reject?? Tentu dia sangka proksi dia pun leh menang kat situ dgn mudah.Mgkn dia tak terfikir atau mau ambil kesah kehendak pengundi tempatan?? Dia nie pun gila-gila bodah punya orang. Nanti calon MIC menang dia buat hal memecat pula calon tu...

Apapun kita tunggu saja hingga hari sabtu ini.....

CCTV said...

Harap Impian jadi kenyataan...Bagus sangat2 la kalau si Zaid jd calon PKR..Sokong!