Monday, April 12, 2010

RBF SALAH ATAU UMI AIDA SALAH ? (BHG 1)

Password : M o K t H a R

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada Mingguan Malaysia yang memberi ruang kepada blog saya di dalam sisipan Pancaindera semalam. Saya dihubungi melalui email pada 7.April.2010 oleh seseorang dari Utusan Malaysia yang memohon kebenaran saya untuk memaparkan pandangan saya dalam akhbar mereka.

Utusan punya pasal, tidak menjadi masalah kepada saya. Jika mereka tidak minta izin pun tidak mengapa kepada saya. Ini kerana Utusan Malaysia adalah rakan karib saya sejak berpuluh tahun lalu.

Kedua , saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pembaca blog saya, yang memberi sokongan atau menentang saya dalam kes berkenaan. Terima kasih juga kepada ahli keluarga dan sahabat handai yang tidak putus-putus menghubungi saya dari jam 6.30 pagi hingga ke malam. Hinggakan bateri telefon saya menjadi seperti otak bekas MB Perak , Nizar Jamaluddin @ Tan Ah Chong dan Pemuda Pas Kota Raja.

Begitu juga dengan kotak email saya, penuh dengan sokongan para pembaca. Terima kasih kepada pasangan Zacko dan Ema yang menjadi orang pertama menyampaikan berita berkenaan kepada saya seawal jam 6.30 pagi. Terima kasih kepada semua.

Sebelum anda pergi lebih jauh, sila baca terlebih dahulu artikel asal saya disini

Kemudian lihat pula gambar-gambar dibawah .


Dengan pakaian sebegini semasa majlis berinai, Umi umumkan yang dia akan bernikah di Mekah. Adakah pakaian ini juga direka oleh pereka fesyen tanpa persetujuan anda ?

Kemudian pergi bernikah di depan Kaabah

Balik ke Malaysia pakai begini pula di majlis persandingan. Apakah salah atau fitnah apa yang saya katakan ini ?
Setelah meneliti hujah balas Umi Aida , saya dapati hujah beliau lebih kepada untuk menagih simpati. Hujah nak tutup malu. Hujah orang bersalah. Hujah untuk membuatkan orang menjadi marah kepada saya dan ada hujah yang tak logik.

Penutup hujah dia semalam beliau berkata Islam melarang keras fitnah. Saya nak tanya kepada Umi balik apa yang saya fitnah ? Apa yang tak betul dalam pandangan saya ? Baca balik posting saya dari awal hingga habis dan nyatakan apa yang saya fitnah ? Jangan cuba untuk menjadi 'ustazah' bagi menutup kesilapan anda.

Sekarang saya jawab satu persatu mengikut apa yang dikatakan oleh Umi semalam.

Pertama dia ucapkan terima kasih kepada saya kerana memberi pandangan dan komen mengenai ketrampilan serta jati diri beliau. Bab ini saya tak mahu komen apa-apa, cuma bila orang orang ucap terima kasih, maka kita kena jawab sama-sama. Jadi saya ucapkan sama-sama kepada Umi kerana sudi ucap terima kasih kepada saya.

Kemudian dia berbicara pula bab Malaikat dan iblis. Biar saya jawab yang ini, wahai Datin Paduka Umi Aida, sudah menjadi kebiasaan dari dulu lagi orang-orang melayu menggunakan perumpamaan 'baik seperti Malaikat' dan 'jahat macam iblis atau syaitan'.

Itu sekadar perumpamaan. Saya pun sedar dalam bab ini, saya agak terlajak atau keras dalam membuat perumpamaan. Tapi saya tidak pernah mengatakan perkara ini secara terus kepada anda atau artis lain. Saya katakan secara umum. Ada artis yang baik dan ada artis yang teruk.

Tetapi Umi bukanlah tergolong dalam golongan artis yang penuh dengan masalah. Sepanjang kerjayanya pun saya tidak pernah mendengar skandal tentang beliau. Kesimpulannya , dalam bab perangai-perangai artis , Umi masih tergolong dalam golongan artis yang tiada masalah. Cuma dalam bab nikah ini sahaja beliau nampak teruk, seolah-olah mempersendakan Tanah Suci Mekah. Nikah di Mekah dengan pakaian yang penuh sopan, kemudian balik Malaysia pakaian menjolok mata.

Kemudian dia kata pula yang dia tidak pernah mendabik dada untuk mengumumkan pernikahan di Mekah dan tidak pernah terlintas di hati kecilnya untuk menunjuk-nunjuk pernikahan di Mekah kepada orang ramai.

Dalam bab ini saya rasa Umi tidak bercakap benar. Benarkah tidak mahu menunjuk-nunjuk ? Bukankah Umi ada membawa wartawan bersama dalam rombongannya ke Mekah ? Apa gunanya bawa wartawan jika bukan untuk publisiti. Tidak mungkin wartawan yang dibawa hanya untuk menjadi budak pengangkat beg. Mana mungkin jika kereta kita rosak tengah jalan , maka kita panggil pembaiki basikal untuk membaikinya. Sudah tentu kita panggil mekanik kereta.

Samalah dengan kisah Umi, mana mungkin bawa wartawan bukan untuk publisiti, mestilah untuk membuat liputan. Kerja wartawan membuat berita. Tak munasabah langsung bawa wartawan hanya untuk suka-suka, atau menjadi tukang angkat beg. Lagi pun sepanjang Umi berada disana, boleh dikatakan kerap ada laporan di akhbar mengenai pernikahannya. Akhbar mana saya tidak perlu sebut, tepuk air di dulang kena muka saya sendiri.

Tentang dakwaan nikah seludup. Saya akui perkataan seludup itu ditimbulkan oleh saya sendiri. Saya ada terbaca di akhbar yang Umi menceritakan tentang beliau menghadapi kesukaran untuk bernikah disana kerana beliau dan pasangannya bukan rakyat Arab Saudi. Maka majlis pernikahannya tidak dapat dilakukan mengikut seperti yang dirancang, jika tidak silap saya Umi memberitahu yang beliau terpaksa dinikahkan di tengah malam atau awal pagi. Perkara tersebut tidak menjadi masalah kerana ianya hanya sekadar hukum dunia sahaja.

Pergi pula kepada bab busana majlis persandingannya. Bab ini yang paling banyak diperkatakan oleh orang-orang yang menghubungi saya. Macam-macam yang mereka kata. Ada yang kata tidak cuba dulu baju berkenaan, ada yang kata mata Umi kelabu sehingga tak nampak fesyen baju dan macam-macam lagi.

Dalam bab ini juga saya kurang berpuashati sedikit dengan laporan Mingguan Malaysia semalam. Dalam posting saya, saya membangkitkan pakaian Umi yang menampakan dada ialah busana yang berwarna putih, bukannya yang berwarna merah sepertimana yang disiarkan oleh Pancaindera semalam. Busana merah berkenaan tidak menjadi masalah, ianya nampak sopan.

Sepatutnya Pancaindera menyiarkan gambar yang saya maksudkan. Bukannya menyiarkan gambar yang lain. Ini agak kurang adil kepada saya, jika berita berkenaan dibaca oleh pembaca-pembaca yang tidak berpeluang melihat posting saya. Atau mungkin juga Mingguan Malaysia tidak sampai hati hendak menyiarkan gambar berkenaan, kerana takut Umi dikutuk teruk dan pembaca menyebelahi saya.

Saya tidak mahu terus bersangka buruk kepada Umi , maka saya terimalah penjelasan Umi walaupun agak berat untuk saya terima kononnya seolah-olah beliau menjadi 'mangsa' pereka fesyen. Walaupun sudah pesan tujuh kali tapi pereka fesyen berkenaan tetap buat fesyen yang menjolok mata. Mungkin juga pereka fesyen berkenaan menghadapi masalah deria pendengaran.

Bab ini saya pulangkan kepada pembaca untuk menilainya.

Tentang dakwaan Umi kononnya saya cetek fikiran kerana tidak tahu ribuan umat Islam telah bernikah di Mekah.

Terus terang saya katakan, saya tidak pernah mendengar lagi orang-orang Islam Malaysia pergi bernikah di Mekah. Ini kali pertama. Selama ini yang saya pernah dengar ialah ramai orang Malaysia mati di Mekah setiap kali musim haji. Nikah, ini baru kali pertama dengar. Mungkin mereka tidak seglamor Umi dan pernikahan mereka tidak mendapat liputan media, maka sebab itulah saya tidak tahu. Bab ini saya mengakulah mungkin fikiran saya cetek. Bab ini sahaja.

Kepada Datin Paduka Umi Aida, topik utama yang saya nak bawa ialah bukannya soal nikah di Mekah, soal Malaikat dan iblis, soal nikah seludup dan sebagainya. Persoalan utama yang saya hendak katakan ialah pakaian anda yang menjolok mata semasa majlis persandingan dan ianya tidak sesuai dengan tempat anda dinikahkan.

Umi....yang penting nawaitu. Walaupun disediakan pakaian sedemikian oleh pereka fesyen, jika hati anda tetap pendiriannya, anda tidak akan memakainya. Bukannya pakai dan kemudian ada masalah maka salahkan orang lain. Jangkaan saya dalam hal ini mungkin akan timbul masalah kelak antara umi dan pereka fesyen berkenaan kerana Umi menjadikan pereka fesyen sebagai kambing hitamnya.

Lihat contoh Linda Onn beberapa tahun lalu. Beliau pernah dipilih menjadi pengacara di satu majlis yang besar dan hebat di luar negara (saya tidak ingat nama majlisnya). Apabila beliau dipaksa pakai baju yang tidak sesuai dengan jiwanya, beliau sanggup tolak tawaran tersebut, walaupun pada masa itu majlis hampir berlangsung. Itulah contoh orang berprinsip. (LO,baliklah ke Sinar FM, abang RBF merindui mu).

Ada pembaca yang menghantar komen kepada saya minta saya ulas tentang kenyataan Umi yang kononnya beliau hendak berlatih bertudung.

Bab ini saya kena sentuh sikit, sebab artis yang bercakap begini. Bila artis bercakap kadang kala ianya menjadi ikutan peminat. Saya tidak mahu peminat keliru. Saya akui saya bukannya seorang orang Islam yang terbaik tetapi saya akan berusaha memberi yang terbaik kepada Islam.

Tudung bukan perkara main-main dan boleh dibuat latihan. Nak pakai, pakailah. Tak nak pakai pun anda punya pasal. Jika anda boleh mempertikaikan saya bila menggunakan perumpamaan Malaikat dan iblis dan sekarang saya nak pertikaikan anda pula. Jangan umpamakan pakai tudung dengan larian 4 x 100 meter yang perlu berlatih terlebih dahulu sebelum pertandingan. Ini bukan perkara main-main atau latihan.

Jikalah Umi seorang kanak-kanak berusia 7-8 tahun yang belum akhil bahlil bercakap sedemikian saya tidak kisah. Memang betul di usia sedemikian masa untuk berlatih bertudung, sembahyang dan berpuasa.

Sekarang sudah 37 tahun baru nak berlatih ke ? Come on lah Umi. Jangan buat kenyataan bodoh. Nak pakai , pakai saja. Tak nak pakai, jangan cakap banyak. Jangan kelirukan orang lain.

Psttt...psttt...

Umi...umi, sebelum hang nikah hari tu hang berlatih dulu ke ?


Ingat ! sebelum tulis dan tinggal komen anda, jangan lupa password : M o K h T a R
Komen tanpa password tidak akan disiarkan. Lihat contoh dibawah

Contoh :

Pwd: mokhtar


saya tak berpuashati dengan kau wahai rbf.
bla...bla....bla....


Bakal menyusul bahagian dua petang ini

21 comments:

Anonymous said...

pwd:mokhtar
Saya amat bersetuju dgn pandangan dan pendapat rbf

Local Fighter said...

M..M..Ooo..Khhh..T.T..A..Aaa..R (Edisi Khalid Gagap),

Bukan artis kita sahaja bro yang mencemarkan imej Islam dalam munakahat ni, orang lain pun banyak.

Contoh terbaik ialah guna Al-Quran sebagai hantaran kahwin! Jika di baca takpelah, ini beli mahal2, simpan berhabuk je nanti!

Artis adalah golongan yang paling mudah dijadikan role model terutama anak muda kita..

Majoriti artis kita ini bukanlah boleh sangat jadi 'role madel'..

Kadang2 sedih tengok, tokoh akademik dan ilmuan lebih susah diingati berbanding artis yang tak seberapa jasanya kepada negara!!

Anonymous said...

kijkl,km

Anonymous said...

RBF,

itulah dia artis kita. Cakap tak serupa bkin....Memang betul kata Wardina jangan jadikan artis sebagai idola...dan satu lagi hentikan sertamerta Akademi Fantasia yang sekarang ini makin mengarut-garut...anak2 melayu terkinja2 ingin mencapai cita2 dlm bidang hiburan.. Dah lah tu... bila ditanya siapa yang galakan menceburi bidang ini jawapannya adalah ayah dan ibu....apa niiiii..hai ayah dan ibu jangan lah menggalakkan anak2 anda terjerumus ke bidang iniiiii....jahanam anak2 kita... ingatlah

Anonymous said...

BRO RBF, KASI CHANCE LAH SIKIT DENGAN PENGANTIN BARU NI.

TAK APALAH, BIARKAN LAH DIA DENGAN PANDANGAN DIA YANG KITA SEMUA TAU ADALAH TIDAK TEPAT.

KAN TUGAS KITA SEMUA IALAH MENGHANCURKAN PKR, PR, ANWAR IBRAHIM DAN KUNCU-KUNCU NYA BUKAN UMI AIDA.

SORRY BRO. JANGAN AMBIL HATI..

mamarempit said...

Pwd: mokhtar


AsSalamualaikum...
Semalam sy ada bace paper psl ni & pd mase same sy tengok NONA di TV3....itulah baju yg dia pakai...smpi nampak tulang belikat...ngeeee...

sy dah agak...awak akan jawab mcm yg awak tulis ari ni..syabas...

Kepada Umi Aida & artis2 semua...menutup aurat itu hukumnya wajib...tk perlu nk berlatih...jgn buat lawak bodoh...dpd org minat..terus jd tk minat....kesian....nk dikata cetek ilmu agama...sensitif...so..muhasabah diri la wahai ummat...

Orang Muda said...

Penjelasan yg tepat Bro!!

bogon said...

mantap bro..kipidap..kena ajar sket artis2 kite ni..rosak anak2 bangsa klu mcm ni pnye perangai..

Anonymous said...

pwd: mokhtar

rbf, kita letak ummie ke tepi..dia tak begitu penting...saya mahukan berita dan gambar dari grassroots esp mengenai politik di Hulu Selangor..selamat berkempen!

mat said...

Password : M o K t H a R


Bro,berani kerana benar takut kerana salah.Teruskan membicara isu2 semasa.Walaupun lingkungan politik lebih banyak,tapi pendekatan terbaru ini dapat memberi kesedaran.Saya harap lepas ni bro dapat komen isu halal dan makanan halal.Bro,isu ini tak banyak orang perkatakan.

Saya harap blog ini dapat perluaskan skop isu ,Tapi saya faham tugas bro lebih penting.Pasal artis ni,sekalipun ada yang baik.tapi kisah dan perilaku mereka yang memualkan banyak tersiar di dada akhbar.Bukan orang ramai sengaja nak kutuk2.Tapi dah disiarkan.Kalau taknak kena kritik,berhenti jela jadi artis.Buat bisnes dan takyah interprem.Ok?

Pada Umi Aida.apa saja anda buat,menjadi ikutan.,Masing2 ada tanggungjawap.Tanggungjawap sebagai artis itu berat.Kalau nak cakap pasal amanah dan tanggungjawap,Pemimpin,atau public figre lebih banyak akan disoal di akhirat nanti!

Amri said...

Password : "Anak Dahari"

RBF,

Saya pun macam tuan. Tak pernah dengar sebelum ini orang nikah di Mekah. Di siam adalah.

Amri

Anonymous said...

MOKTARRRRRRRRRRRRRRRR!!!!!!!!!!

Sudah menjadi tangungjawab kita sesama Islam menegur apa yg salah, bukannya bertujuan menghina atau menjatuh maruah tapi supaya menjadi lebih baik...

Tapi ada yg bebal mengatakan biarlah, itulah, inilah... Agaknya suka kot mereka2 ni atas pekara2 yg mungkar...

Bagi sy kalau salah mengaku salah, x payahlah nak tuding pada org lain. x perlu jd hipokrit...yg pakai baju tu kamu...kalau designer tu suruh bogel x kan nak ikut jgk kot? Ada akal pakai

Zam said...

Pwd: mokhtar

hahahahhha....kena sejibik

Anonymous said...

saya berpuashati dengan tulisan anda, terutama sekali berkenaan tudung.tak kan nak tunggu hidayah juga macam muallaf baru nak pakai tudung.

shamsadis said...

biasalah artis...mana gaku salah...duit sudah tutup dia punya aurat la...

Anonymous said...

Saya setuju sangat dengan komen penulis tentang perangai artis ni. Umie Aida siapa tak kenal, walaupun x de gossip yg meliar tapi dia adalah artis yang tetap meliar dalam 'kelas'nya yg tersendiri. Hanya pada org2 yg sedia maklum saja yg paham akan 'perumpamaan' ini.

Dari saat berkenalan, bertunang, berinai, bernikah & akhirnya bersandng ceritanya Gah dimana mana. Dah namanya artis kalau boleh satu dunia nak dicanangkankan 'keterujaan' bertemu jodoh dgn Datuk tu.

Jesteru, saya ingin tambah sikit umpama nasi tambah kepada coretan RBF. Mulanya sebelum berangkat ke Mekah , hampir mebatalkan hajat utk berkahwin tetapi sebaliknya menikah jugak. Mana tak nya bernikah jugak kalau dah bakal suami berhabis ratusan ribu semata mata nak menyunting si bunga kembang tak kembang nih. Keluarga pulak mesti lah malu satu dekad tak abis kalau dah satu malaysia tahu x jadi menikah dgn bakal menantu yg baik pekerti nih. Kebetulan dua majlis bertunang dan berinai dah pun disempurnakan se'grand' bintang Hollywood. Ditambah lagi pada majlis resepsi gilang gemilang tetamu kehormat yg dijemput pun bukan calang calang tetamu,Mantan Perdana Menteri yg datang mestilah si umie amik kira soal ni berkali kali dan pastinya statement yg keluar pasal kecelaruan emosi sekadar berlapik sahaja. Tapi betul ke atas alasan bimbang tak dapat jadi isteri yg baik? Hanya Tuhan yg Maha mengetahui nawaitu sebenar umie kalsum.

Masa menikah di depan Mekah Al Mukarammah, ramai yg mepersoalkan kemusykilan@tertanya mana gambar time diakad nikah oleh Kadi yg dipilih berwalikan abg dan kaum keluarga umie di depan Kaabah?? yang ada hanya gambar sesi sarung cincin dikelilingi keluarga umie dan 'pose' mereka laki bini, dan makan malam di hotel meraikan pengantin.Kalau setakat bergambar sebegitu, semua org boleh buat lepas tu claim lah cerita apa apa nak bagi menarik dan real. mungkin idea asal nak bernikah depan Kaabah tu sekadar 'gimik'nak mencari publisiti.Allahuawalam. Apa apa pun mereka dah pun selamat disatukan.

Sepekara lagi hanya keluarga pihak pengantin perempuan je yg hadir tapi bayang keluarga pengantin lelaki seorang pun tak kelihatan. Pelik jugak dari 20 org rombongan keluarga perempuan tak kan x de seorg pun keluarga dari pihak lelaki. Ataupun saya ni yg terlepas pandang. Allahwualam.

Sentuh pasal busana pulak, tidak kah sebelum ni Umie ada buat kenyataan yg dipos dlm laman web sosial popular dan juga dari petikan akhbar tempatan yang perkahwinan dia tidak di taja mana mana pihak.
Dan atas dasar itulah perkahwinan itu ingin diabadikan sebagai moment/memori paling indah dalam hidupnya. Dlm erti kata lain, dah laki byk duit buat apa nak minta sponsor sana sini. Tiba tiba sekarang ni keluar pulak statement baju 'disponsor'. kesian Jovian Mandagie dah lah sampai ke Mekah diangkutnya kehulu hilir as wedding designer@planner. Apa kerja si Jovian tu kalau bukan untuk menatarias si pengantin takkan jadi budak angkat beg jgk bak kata RBF. Dah tentu tentu idea asal datang dari si punya badan sendiri tak kan lah kalau dah nama pereka pilihan sampai kita sendiri tak diberi pilihan bersuara. Tepuk dada tanya selera.

Dah namanya pelakon berbakat jadi tidak hairan lah kalau realiti ini dirasakan seperti lakonan jugak. Propa dengan erti kata lain. Apa apa pun lihatkan sahajalah kesudahan rumahtangga pasangan dua sejoli ni. Moga moga berkekalan. Yang baik adalah dr Allah yg buruk adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

Jadi kita sebagai manusia yg diberikan akal tak perlu lah terkejut dengan sandiwara dunia artis. Perkara sebegini pun bukannya baru dalam ragam kehidupan artis. Biasalah dah nama pun kawin dgn org yg berduit maka perkataan 'riak' tidak dapat lari dalam setiap perkara. Dan agama digunakan sebagai 'topeng' kepada ketaksuban diri itu.

Anonymous said...

RBF,

Cuba highlight sikit, peranan wartawan hiburan. Mereka ini lebih sudu daripada bubur. mereka ingat mereka tahu semua hingga kesah alam kain pun mereka tulis. Gosip seronok sungguh mereka. Manakah krebiliti mereka? siapa yang bagi authority kepada mereka tulis/cerita tanpa etika kewartawan. Yang hairannya ramai pula pengikut mereka.

Anti bohong

Anonymous said...

selalunya, bila nak nikah aje pakai tudung... sebab bila baligh aje baru boleh kahwin...


lepas nikah, cabut la tudung, jadi tak baligh lagi...


kalau tak baligh mana ada berdosa kalau dedah aurat... tapi dah nak menopaus pun tak baligh lagi ker...


konfius la kawe....

mat saga said...

pssst.... mokhtarrrrr.... mokhtarrrrr... aku kata mokhtarrrrr lahhh....


apa nie bro.... cakap pwd 2-3 kali baru nak kasi masuk....

ok bro.... macam mane pun lu tetap betul.... dia tak kan nak mengaku kesilapan diri dia.... artis kita nie "kebanyakkan nya" (tak semua) mempunyai ego yang keterlaluan.. baik lagi si artis yang kata nak bunuh wartawan dalam facebook hari tu... siap buat sidang akhbar lagi mintak maaf....

ok la bro.... psst.. mokhtarrr.... psstt... azminnnnn

Anonymous said...

assalammualaikum...
apa yg bakal saya perkatakan ini diharap dpt diterima dgn sifat terbuka lagi matang sbg rakyat Malaysia Islam..
tentang isu terkini berkaitan dgn Umie Aida tu biarlah empunya diri & suami yg tahi hujung pangkalnya krn dek krn pndgn serta apa yg diperkatakan masyarakat boleh meruntuhkan masjid yang tersedia ada & rasanya kita sendiri pun tak nak kalau ada org yg cuba2 utk meruntuhkan masjid yg dah kita bina...tidak salah utk menegur tetapi biar kena dgn caranya & jgnlah sampai hendak membanding2kan ciptaan ALLAH dgn ciptanNya yg lain krn telah menjadi hak ALLAH utk menentukan dosa pahala hamba2Nya & apa yg berlaku di depan mata biarlah jadikan sbg pengajaran & tauladan..
berbalik pd kenyataan saudara yang menyatakan tindakan Umie Aida tu sama seperti parti pembangkang yg menggunakan agama utk kepentingan sendiri,apakah motif saudara berkata sedemikian rupa?? ini krn dunia publisiti hiburan artis amatlah ternyata jauh menyimpangnya dgn dunia poltik..
dalam setiap aktiviti manusia Islam tidak ada pemisahnya dgn Islam krn Islam itu amat saling berkait antara 1 sama lain hatta ekonomi, sosial, pendidikan, sains teknologi & perubatan, keselamatan mahupun politik...cth pertama ialah solat yg setiap hari ditunaikan ada kaitannya dgn kesihatan sistem tubuh badan manusia & ia telah pun diperakui oleh pengkaji bukan Islam dr Barat..cth ke-2 ialah, negara aman yg dicemburui oleh US iaitu Iran yg menjadikan Ulama sbg jawatan tertinggi selepas perdana menterinya Ahmadinejad & hanya Islam yg dpt melahirkan Ulama tidak pd agma2 lain di dunia sedangakan dimana Malaysia selaku negara Islam tidak meletakkan Ulama ditempat yg sewajarnya spt dilakukan Iran..
selain itu, sila saudara tonjolkan kpd saya wanita Islam dlm parti pembangkang yg 'sama'saudara katakan spt Umie Aida/Siti Nurhaliza & tonjolkan sekali dgn wanita Ialam dlm parti kerajaan yg tertutup 100% rambutnya sbg bukti kenyataan saudara itu berasas tidak kira lah wanita terbabit memengang tampuk pemerintahan dlm kerajaan/hanya isteri kpd mana2 suami yg terdapat didalamnya..tidak dinafikan ada segilintir insan Islam yg menggunakan Islam utk kepentigan diri tetapi biarlah kena cara & landasannya utk menilai krn hal ini amat sukar utk dinilai dek mata kasar yg cetek ilmunya, yg beremosi dlm penilaiannya..walhal,individu sebegini memang telah ada di muka bumi ini sejak kewafatan Rasulullah S.A.W lagi..
wassalam..wallahualam..

Anonymous said...

bro..

sy amat bersetuju dgn comment bro psl umie aida..y not..u post u pnye comment dlm mingguan msia sbg mmbls komen umie aida last week..hehheeheh..