Tuesday, April 6, 2010

CERITA PENUH KISAH NIZAR DIHALANG MASUK KAMPUNG



Maaf kerana agak terlewat membuat posting. Janji tengahari, sekarang sudah petang. Saya terlebih dahulu kena turun ke Kg Jalan Kebun,Klang untuk mengetahui kisah sebenar apa yang terjadi. Saya dibawa oleh seorang rakan yang bernama Yusoff untuk bertemu orang kampung bagi mengetahui cerita sebenar. Yusoff juga adalah penduduk Jalan Kebun.

Kg.Jalan Kebun terkenal sebagai lubuk reformasi pada sekitar tahun 1999-2002. Mungkin orang-orang kampung di tempat lain mereka tidak pernah lihat Polis FRU , tetapi, tidak di Kg Jln Kebun, mereka sudah terlebih kenal dengan lori kepala merah dan water canon. Begitulah hebatnya Kg Jln Kebun.

Bagaimanapun gelombang reformasi disana mula menyusut menjelang tahun 2002 dan sekarang tiada lagi.

Untuk pengetahuan anda, Kg.Jln Kebun terletak bersempadan antara Shah Alam & Klang. Pejabat Tanah dan Daerah termasuk dalam Klang. Manakala PBT dan Polis termasuk dalam Shah Alam.

Hubungan kemasyarakatan dan kejiranan penduduk disana amat padu. Mereka bersatu padu dan tolong menolong antara satu sama lain tanpa mengira fahaman politik. Perbezaan politik tidak menjadi halangan kepada mereka. Bab politik mereka buang ketepi, bila sampai masa mengundi mereka terjemahkan mengikut selera masing-masing. Selepas habis mengundi selesai masalah, mereka bersatu kembali.

Mereka bersatu dalam segenap sudut, baik kenduri-kendara, kematian, gotong royong dan sebarang majlis. Mereka tidak suka berpecah belah atau menghasut.

Di dalam kampung berkenaan terdapat banyak kedai-kedai. Klinik, kedai eletrik, kedai jahit, spa, kedai dobi dan sebagainya. Pendek kata semua ada disana. Semuanya milik orang Islam. Yang tiada kedai ekor, rumah urut, kelab malam dan yang sewaktu dengannya.

Pernah terjadi seorang bukan Islam membuka kedai gambar disana. Tidak sampai dua minggu kena tutup dan tuan kedai yang berbangsa melayu diherdik cukup-cukup oleh orang kampung kerana menyewakan kedainya kepada bangsa lain. Orang-orang kampung kutip duit dan mereka nak sewa kedai berkenaan asalkan peniaga berkenaan keluar. Begitulah kuatnya perpaduan penduduk-penduduk kampung berkenaan.
Penganjuran ceramah-ceramah politik sudah menjadi perkara biasa disana. Mereka tiada masalah, asalkan bukan orang DAP yang datang. Mereka cukup pantang dengan DAP. Nik Aziz, Hj.Hadi, Mat Sabu , Khir Toyo, Ezam Md Nor dan ramai lagi yang pernah datang ceramah disana, tidak menjadi masalah kepada mereka. Yang Umno boleh datang dengar ceramah PAS dan yang PAS boleh datang dengar ceramah Umno. Unik kan penduduk disana ?

Tetapi, bila mereka tahu Nizar hendak datang ceramah disana semalam, mereka tidak boleh terima. Turut sama dalam ceramah berkenaan semalam ialah Adun Sri Muda,Suhaimie dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah.

Yang terlebih galak hendak bawa nizar berceramah disana ialah Dr.Mariah. Ini sebagai tindakan balas dendam kerana tiga minggu lepas Khir Toyo dan Ezam telah berceramah disana.

Orang-orang kampung tidak boleh terima nizar dan mereka tidak membenarkan nizar memasuki kampung mereka kerana bagi mereka nizar adalah barua DAP. Suhaimie dan Dr. Mariah mereka benarkan, ini kerana mereka berkata, dua YB berkenaan berhak bercakap di kampung itu kerana mereka mewakili kawasan berkenaan.

Orang-orang kampung membuat puluhan banner yang berbunyi 'Nizar Barua DAP' 'Pengkhianat Bangsa Jangan Masuk Kampung Ini' . Banner tersebut digantung di sekeliling kampung.

Akhirnya beberapa rumah penyokong PAS yang bersetuju menjadi tempat ceramah sebelum itu terpaksa membatalkan persetujuan mereka kerana bimbang mereka dimarahi orang kampung.

Dr.Mariah semakin tertekan, kerana tiada pilihan beliau datang memujuk seorang ahli PAS di kampung berkenaan agar setuju meminjam rumahnya untuk dijadikan tempat ceramah. Tuan rumah berkenaan juga agak keberatan untuk memberinya. Tetapi setelah dipujuk-pujuk dan mungkin juga dihulurkan sedikit not , maka tuan rumah bersetuju dalam keberatan.
Di tempat ini ceramah diadakan semalam

Saya difahamkan setiap hari Dr.Mariah menghubungi tuan rumah berkenaan bagi tujuan membodek agar dia juga tidak membatalkan persetujuan.

Saya juga difahamkan tuan rumah tersebut telah dipanggil menghadap J/Kuasa Tatertib,Hak dan Kebebasan Kampung bagi memberi penjelasan kenapa dia membenarkan nizar berceramah di rumahnya.

Kemuncak kepada kemarahan orang kampung ialah, apabila malam tadi lebih kurang 300 orang termasuk dari kalangan orang Umno,Pas, PKR dan yang tidak berparti berkumpul dan membuat sekatan di pintu masuk utama ke kampung berkenaan bagi mengalang Nizar masuk. Satu persatu kereta yang masuk ke kampung berkenaan disuluh oleh mereka.

Di simpang inilah nizar ditahan semalam

Akhirnya tiba giliran kenderaan yang membawa nizar masuk , mereka halang nizar dari memasuki kampung berkenaan dan mereka paksa kenderaan tersebut bergerak terus menuju ke Kg. Kebun Baru, Sijangkang.

Selepas setengah jam mereka mendapat berita nizar telah berjaya sampai ke tempat ceramah dengan menggunakan jalan anak.

Apa lagi, berdesup semua menghidupkan enjin motosikal dan kereta masing-masing menuju ke tempat ceramah yang hanya 400 meter dari situ.

Sampai disana wakil penduduk datang berjumpa Dr.Mariah dan tuan rumah, meminta mereka agar tidak membenarkan nizar berceramah, jika tidak mereka akan ganggu program tersebut. Anggota polis juga telah sampai. Setelah perbincangan diadakan mereka bersetuju membenarkan nizar berceramah dalam masa 30 minit sahaja, tetapi tidak boleh memuji DAP.

Jam lebih kurang 10 malam. Sebaik sahaja berada di depan pembesar suara, jelas kelihatan di skrin yang disediakan muka nizar agak pucat ,mungkin ketakutan dan percakapannya agak gugup.

Nizar memulakan ceramah dengan memuji-muji penduduk Kg.Jalan Kebun dan orang-orang Umno dan disambut dengan sorakan oleh penduduk kampung. Nak membodek katakan.

Selepas itu dia baca Hadis pula, suaranya terputus-putus. Tiba-tiba, mungkin akibat ketakutan dia berceramah dalam bahasa inggeris pula lebih kurang 15 minit. Akhirnya sekali lagi dia di booo oleh orang kampung.

Kemuncaknya ialah bila dia berkata DAP telah menerima dakwah dari PAS dan tidak lagi menentang Islam. Orang kampung mula bersuara kuat dan ada yang sudah bergerak ke arah pentas ceramah. Pendengar yang datang mendengar ceramah sekitar 300 orang tidak berani berbuat apa-apa kerana mereka sedar mereka orang luar dan tiada hak di kampung berkenaan.

Unit amal PAS mula mengelilingi nizar dan akhirnya nizar terpaksa menghentikan ceramahnya pada jam 10.30 malam selepas 25 minit berceramah. Mungkin beliau amat takut dengan situasi yang nampaknya mula tegang.

Akhirnya teserlahlah belang nizar yang sebenar. Selama ini beliau digambarkan sebagai seorang pendekar yang gagah berani dan hebat sehingga Sultan pun dilawannya. Rupa-rupanya beliau seorang pendekar tempang yang pengecut.

Saya juga difahamkan Dr.Mariah terpaksa cabut balik lebih awal kerana malu dengan insiden yang terjadi. Manakala nizar terpaksa tunggu sehingga hampir jam 1 pagi untuk pulang sambil diiringi belasan buah motosikal sebagai pengiring untuk menjaga keselamatan hingga ke lebuh raya Kesas.

Syabas kepada penduduk Kampung Jalan Kebun kerana anda telah mencipta sejarah. Belum pernah terjadi lagi peristiwa sebegini. Semoga peristiwa ini diambil sebagai iktibar oleh penduduk-penduduk tempat lain yang nizar akan datang berceramah selepas ini. Ulangi peristiwa ini di tempat anda, supaya barua DAP terus pupus.

Ingat Allah maha kaya. Sebelum ini nizar bukan main bangga lagi bila seorang penyokongnya menghalang pemandu Datuk Seri Dr.Zambry meletak kenderaan rasmi MB di tanahnya, semasa MB Perak melawat mangsa ribut di Lumut tahun lepas. Sekarang giliran dia pula dihalang dan dihalau penduduk kampung.

Kepada pembaca pula saya mohon maaf. Saya langsung tidak tahu menahu langsung tentang apa yang dirancangkan oleh penduduk Kampung Jalan Kebun malam tadi. Jika saya tahu sudah pasti saya kesana malam tadi untuk melihat keadaan sebenar. Apatah lagi jarak antara rumah saya di Puchong ke sana tidak lah jauh sangat. Betul-betul terlepas peluang keemasan melihat barua DAP dihina malam tadi.Sayang seribu kali sayang.

Saya hanya tahu perkara ini bila bangun dari tidur pagi tadi. Saya melihat ada panggilan tidak dijawab oleh rakan saya yang tinggal disana. Bila saya menghubungi beliau kembali, barulah saya tahu cerita. Saya terus membuat posting jam 7 pagi tadi. Jam 1 tengahari tadi saya bergegas ke sana untuk mendengar cerita sebenar dan melihat suasana agar dapat dilaporkan secara terperinci kepada anda.

Update - Sedikit tambahan, semasa gelombang reformasi kuat di kampung tersebut dan pada tahun 2001 pernah ada rancangan untuk membawa Lim Kit siang berceramah disana. Orang kampung tentang habis-habisan. Mereka tidak benarkan walaupun seinci tapak kaki Lim Kit Siang pijak kampung mereka. Akhirnya ia terpaksa dibatalkan. Selepas itu lah gelombang reformasi mula mengecut di kampung berkenaan.

29 comments:

Galo said...

cayalah org2 Kampung Jalan Kebun Kelang, Tahniah di atas penyatuan anda & seharusnya Org2 Melayu dlm Negara ini mencontahi 'budaya' & perjuangan Anda.

DAPig mmg SIALLLL....

hanizam said...

Apehal si Mariah Carey tu nak bawak masuk Barua murahan tu?? dah kena macam ni, padan muka...

kalau kat kg. lain, susah nak tengok peristiwa macam tu, kat rumah aku di Kg.Jawa ni pun belum tentu berlaku...

aku dah lali dengar kencing ceramah dari Markas PAS yang sayup-sayup je kadang tu, hanya 50 meter je dari rumah...sayup tu sebab rumah kampung dekat-dekat, maner nak dengar...kalau nizar datang sini, tak taulah macam maner sambutannya...

moga jadi pengajaran kepada YB Pakatan lain yang jadi BARUA DAP...lingkup selangor ni DAP pegang...MB je melayu, jadi pak turut je...

BenciPengkhianatBangsa said...

Saya bangga dengan orang Melayu di atas prinsip melebihi kepartian yang ditunjukkan. Biarlah kita berbeza fahaman politik tapi bersatu menentang pihak yang mempersoalkan hak orang Melayu. Biarlah ada perjuangan Islam tapi biarla ada juga yang membela bangsa kerana kedua-duanya saling memerlukan.

Dr Butiq said...

Bravo tahniah saya cukup bangga apabila membaca kisah ini.Siapa lagi hendah mengajar kucing kurap barua DAP ni kalau bukan kita orang melayu yang beragama islam.

Anonymous said...

RBF....mana gambar baner yg mengutuk Nizar...di kg tuuu...ko biar betul

Anonymous said...

salam bro,

aku memang respek dengan kampung tu.kalau ada fullvideoklip lagi best.arap sesapa dari geng kampung tu boleh la share share.silap aku tatau,kalau tak,memang sanggup pi.

biar padan muka nizar dengan geng perosak rakyat (PR) ni.

pandaqwer said...

TAHNIAH buat penduduk Jalan Kebun Kelang...
aku merasakan perkara ini patut di lakukan oleh penduduk2 dun Bota yang 100% Melayu
yb kami, dato' nasarudin hashim pernah menggegarkan negara kerana menyertai pkr...maka beribu ribu orang ke mini stadium bakri rais kerana ingin mendengar ucapan yb kami yang di sertai oleh nizar cikaro dan anwar keparat... tapi semua balik dengan kecewa kerana yb nasarudin hashim, tidak sepatah pun mengaibkan UMNO sebagai entiti dan para pemimpin2nya
HAKIKATNYA
sebelum tindakan di lakukan, yb nasarudin hashim telah memaklumkan kepada dato' najib serta pengundi2nya secara rahsia...yang berfikir panjang di kalangan penyokong pr, berkata " mesti ada sesuatu yang akan berlaku di perak"
alhamdulillah, tak sampai 5 hari, UMNO berjaya mengambilalih perak dari nizar puppet
yb kami mengorbankan maruahnya hanya semata mata untuk mengembalikan MARUAH umno di perak
POLITIC IS AN ART
dato' nasarudin hanya ingin mengingatkan pemimpin2 umno yang merasakan diri mereka kebal hingga merasakan jawatan yang di amanahkan boleh di pegang sampai mati dan boleh melakukan apa sahaja.... dan niat yb nasarudin tercapai indirectly ( tidak perlu saya ulas, kerana terlalu banyak yang tersurat)
dato' nasarudin hashim membuat pengorbanan yang sangat besar dalam lanskap politik perak demi MELAYU yang kesemuanya berugama ISLAM
kami tergelak bila mana anwar "waya putus" tolong memakaikan bush-jacket yb kami, yang tersiar dalam semua channel tv malaysia...rupa rupanya, anwar bahalol, nizar tolol....
"orang parit berjaya memperbodoh bodoh kan anwar dan nizar kome !!!!"
kerana MELAYU, yb nasarudin di anggap bukan bukan oleh pr yang di ketuai oleh nizar....nizar tongok dengan rocket tak berinjin hilang kuasa...sekarang gila talak !
nizar,
kamu bukan melayu tulen macam kami....jangan megah kamu boleh bercakap bahasa china kerana sanusi junit dah menerangkan kenapa kamu membelakangkan orang2 melayu kepada mereka yang belum kenal kamu siapa.....
nizar,
hanya kerana dengan izin dari Allah swt, umno dapat kembali memerintah perak ... kenapa kamu tidak dapat menerimanya ?
aku jahil, tapi dari percakapan kamu, jelas menunjukkan kamu seorang yang ri'ak dan sombong...
"..saya dah menjadi jutawan sebelum jadi mb perak "
buat apa kamu keluokan statement itu....adakah selama ini kamu menanggung kami.. sepatutnya nya kamu kaji balik, dengan izinNYA bagaimana kamu boleh jadi kaya....
kamu pun berpendidikan sekular le, hoi....banyak bercakap banyak le silapnya....rupa rupanya teori maslow tu di ikuti oleh nizar... setelah semua ada, apa lagi..kuasa le pulak....lantak le perak tonggang langgang asalkan hati kamu puas.....
SEKALI LAGI AKU UCAPKAN TAHNIAH UNTUK PENDUDUK2 JALAN KEBUN, KELANG...semoga ianya menjadi ikutan kepada penduduk2 di tempat lain...yang menghakiskan kuasa politik MELAYU/PRIBUMI, kita halau..... kerana kuasa politik ini sahaja, yang masih berada di tangan kita
wallahhualam

Anonymous said...

Nizar, satu nama yang sial buat orang Melayu sebab dia jelas memang memuji dan memertabatkan rakan2 dia dalam DAPig. Nizar ni jenis orang yg tak tahu malu... kini dia ingat nak raih kembali sokongan tapi sayang seribu kali sayang sebab melayu dah tahu tembelang dia. Semoga Paduka Seri Sultan Perak bersetuju untuk tarik balik gelaran yg telah di beri pada dia dan Ngeh. Dua-dua bahlul ni memang tak layak menerima pengikhtirafan sebagai Dato Seri dan dato' sebab mereka ni serupa macam Kominis. Untuk Nizar, aku doakan agar kamu mampos sebab kamu memang giler kuasa dan pembelot umat islam dan Melayu!! Kalau kamu diberi kuasa untuk memimpin sah melayu boleh hancur sebab kamu mmg sokong ideologi cina kaminis.

CodeNameSomaliPirate said...

Salam RBF

Apa kata kita buatkan satu kempen model Kg Jalan Kebun ini keseluruh negara dan dilaksanakan di tempat-tempat yang sesuai.

Anonymous said...

saya rasa amat tersentuh dan berbangga dgn permuafakatan penduduk2 kmpg jln kebun ni..walaupun berlainan idealogi....TABIK SPRING 100 KALI...
" PADAN MUKE KAMU NIZAR BARUA daPIG"

Ahmad Farihan said...

Aku sangat bangga!

pedutorres said...

rbf, aku rase sure ada org kampung yg amik gambar or video. Kalau dapat post mmg gempak!

bigben said...

Cayalah Penduduk Kg Jln Kebun. Nizar Bangsat baru sedar yg dia memang BANGSAT DAPigs!!!

Anonymous said...

HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU!

HIDUP KG. JALAN KEBUN!

Ambik ko Nizar BARUA. Macam ni nak jadi pemimpin?? POOOOORAAAHHHH

tok janggut putih said...

Allah itu maha adil dulu org Nizar buat kat Dr Zambry sekarang Allah telah membalas nya kepada Nizar tak lama lain kali jgn buat kat org sekarang kena batang hidung sendiri baru tahu bukan semua tempat dan negeri suka kan kita yg suka tu pun dah tak ada harapan lagi kat malaysia ni.

normin said...

bravo bro, bravo..........

Ahli DPPKR said...

Saya sbg seorang ahli Dewan Pemuda Pas Kota Raja mengakui apa yang diceritakan oleh saudara hampir 100 % tepat.

Saya juga tinggal di jln kebun. kami tertekan dgn peristiwa dua malam lepas. ditelan mati mak , diluah mati bapa.

apatah lagi saya juga turut memegang jawatan dalam pemuda kawasan.

tetapi saya terpaksa mengutamakan kehendak ahli kariah jln kebun yang tidak membenarkan sama sekali datuk seri nizar masuk ke jln kebun.

saya terpaksa, jika tidak saya sengaja mencari masalah dgn penduduk kampung.

saya harus mengutamakan orang kampung. hidup dan mati saya disana.

orang parti boleh datang dan boleh pergi. sampai masa kita tidak dipedulikan. bunga2 itu pun telah kelihatan sekarang semenjak ada sedikit kuasa di selangor.

rayz said...

betul ke crita ni???????
syukor sgt ke hadrat Ilahi!!!!
smoga Nizar diberi petunjuk diatas segala keterlanjurannya...
-pemuda UMNO pasir mas,kelantan.

Dr. Siti Mariah Mahmud said...

Salam. Kalau nak temberang pun berpada pada lah. Semenjak siri ceramah di anjurkan PAS Kawasan, inilah ceramah yang paling ramai dan sesak. Semasa aya sampai, saya terkejut dengan jumlah yang hadir. Saya berceramah dahulu dan terpaksa meninggalkan majlis awal sebab hendak pergi suatu mesyuarat yg penting. Elok saya habis ceramah, YB Dato' Seri Nizar pun sampai. Itu dalam pkl 9 mlm.

Ceramah diadakan dihadapan rumah Hj Mulyani berhadapan dengan padang sekolah. Orang kuat PAS jalan Kebeun.

Setakat ni saya tidak perlu mengatur ceramah sendiri. Semua dilakukan oleh PAS kawasan atau cawangan.Tolong bagi tahu siapa nama "tuan rumah" yang saya telefon hari-hari nak pujuk buat ceramah. Kalau berana sebut nama dia.

Perpaduan orang Jalan Kebun memang dihargai tetapi setakat ni mereka tak de la buat kerja bodoh.Kalau ada mat-mat motor menderu motor semasa PAS adakan ceramah, itulah adalah perkara biasa. Kerja penyokong UMNO yang tidak matang. Tiada insiden pun semasa YB Nizar tiba ke Jalan Kebun.

Sudahlah bercakap bohong. Buatlah kerja berfaedah sikit. Jari jemari kita akan menjadi saksi pada hari kiamat kelak. Saya doakan Allah SWT memberi petunjuk kpd saudara.

Ceramah akan datang di Kg Jawa. Datang awal sikit. Jangan dengar cerita orang ye

ucop said...

wa tak percaya langsung....ini semua cerita karut...memang pandai org yg buat cerita ini...ini best barua umno. Cerita ni boleh masuk dalam Utusan Meloya...Ahkbar Umno...surat khabar yang ditaja oleh umno.

Topeng Perak® Unmasked said...

Heran... ceritanya "orang kampung buat berpuluh2 banner san sepanduk bla bla bla....

Mana gambar banner dan sepanduknya..?

x kan dr berpuluh2 yg ada, 1 pun kau tak dpt snap..?

Insafla Faisal Rahban...

K.A.M.I..... said...

klu ada karangan bergambar lagi cun beb..tmbah klu ada video skali...perggg....saih masuk TV3 punya...

Anonymous said...

DR MARIAH, SAYA CADANGKAN DR SAMAN SI RBF GILA BABI PUKIMAK PUNYA ORANG....
LANCAU PUNYA RBF......
MACAM BERUK DAH MU NI!!!!

Anonymous said...

uih dahsyat nye fitnah..ni mesti dh x sabar nk jumpe dajal ni..nk sebarkn fitnah..igtlah dosa memfitnah adlh LEBIH TERUK dari membunuh...
sem0ga ALLAH memberi petunjuk pd mu agar insaf dn x menyebarkn fitnah lg..

Anonymous said...

Sebaiknya awak dan rakan2 awak yg sewaktu dgnnya CEPAT2 BERTAUBAT, INSAFLAH! Kerana yg sebenarnya pembuat, penjaja dan penaja fitnah adalah anda dan rakan2 yg jahil murakkab itu. Awaklah pewaris Neraka Jahannam, kecualilah awak cepat2 betaubat! Nanti tangan2 anda, kaki2 anda, otak2 anda, mata2 anda, mulut2 anda semuanya akan jadi saksi terhadap fitnah2 yg anda jaja ke seluruh dunia ini.
CUKUPLAH, INSAFLAH, BERTAUBATLAH! MASA MASIH ADA UTK ANDA BERTAUBAT! JANGAN MENYESAL CUKUPLAH! ANDALAH SEHINA-HINA MANUSIA, MENCIPTA DAN MENJAJA FITNAH!!!

Anonymous said...

RBF adalah tempat buat dosa, lebih teruk dari org yg berzina. Pastinya dia tak akan approve komen2 saya, kerana dia adalah pastinya bakal penghuni neraka jahannam, except if you repent,AND your repentance is accepted by Allah. Otherwise, just Go To Hell with your FITNAH! Sampai bila kerja nah fitnah orang, sampai bila????? sampai nyawa anda sudah berada di kerongkong??? Moga anda cepat2 insaf, bertaubat dan kembali ke jalan yg Allah redai, bukan jalan2 syaitan yg kena rejam!Tapi kalau dah kemaruk sgt nak bersama syaitan kat dalam neraka jahannam, apa kami boleh buat. ITU PILIHAN ANDA SENDIRI...!!!

UNTUK KITA RENUNGKAN said...

RBF,

Respek lah bro.

Kalau cerita ni benar, memanglah kau ahli syurga, takpun at least ringan timbangan mizan kau nanti. Rasul insyallah akan bersamamu.

Tapi kalau ni ni auta atau fitnah, alamat tak pasal-pasal kau ke Jahaman, tempat paling bawah tanpa mendapat syafaat.

Memandangkan ini menjadi kalam yang tertera dan bertinta, simpanlah ia sebagai hijab dan penolong di Yaumul Mahsyar nanti.

Respek la lu bro. Salam

UNTUK KITA RENUNGKAN said...

Bro RBF

Kalau boleh nak minta tolong ulas ttg APCO memandangkan saudara mengaku sebagai blogger APCO. Saya masih samar dalam pengertian berkaitan APCO ini.

Soalan yang berkaitan:
1. Adakah ia sebuah entiti yang baik dan menyokong ISlam,
2. dakwaan berkaitan hubungan dengan zionis. Adakah dakwaan itu betul?
3. Bolehkah kita menyokong APCO ini?

Terima kasih

Anonymous said...

Menggebang je lebih blog ni.. Eh sakai kg jln kebun ni kubu kuat pas lah .. Bangang ... Tuan rumah dalam gambat tu pak cik aku hj muliani bin hj nor ..suka suka buat cerita...