Tuesday, April 20, 2010

P94 (6) GAMBAR ZAID YANG MANA BETUL ?


Sekadar bertanya, botol apakah yang didalam bulatan ?

Bergegar otak juak-juak PKR dan PAS semalam apabila dicuit oleh GAP.

Sampaikan gambar GAP mendapat tempat di blog Anwar Ibrahim. Hebat betul kau GAP.....
Kalau dah dapat tempat dalam blog Anwar sudah dikira hebat lah tu.

Sungguh-sungguh hati blog Anwar dan Haramkahdaily menafikan perkara tersebut. Tetapi tidak pula kedengaran suara Zaid menafikannya. Sebaliknya sehari lebih awal Zaid mengesahkan yang dia seorang peminum arak.

Berbalik kepada dua gambar diatas. Satu disiarkan oleh GAP, manakala satu lagi pula oleh Thenutgraph. Yang mana satu superimpose saya pun tak tahu.

Mungkin juga yang disiarkan oleh Thenutgraph superimpose, boleh jadi juga yang disiarkan oleh GAP superimpose.

Atau....

Siapa yang tahu, semasa jurugambar Thenutgraph hendak rakam gambar Zaid, dia alihkan botol arak ketepi. Kemudian bila selesai dia ambil balik dan ianya mungkin dirakam secara curi-curi oleh orang yang sekitar kawasan berkenaan menggunakan handphone.

Saya yakin gambar berkenaan dirakam menggunakan handphone kerana imejnya agak kabur.

Soal gambar yang mana superimpose tak penting. Yang pentingnya Zaid telah mengaku dia kaki minum. Apa lagi yang nak dipertikaikan pasal gambar berkenaan ?


No comments: