Monday, April 5, 2010

'YAHUDI' DI KELANTAN ? TANAH KUBUR DIJUAL UNTUK DIBUAT HOTEL

Semasa Tun Abdul Razak menjadi PM Malaysia, beliau berusaha meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk luar bandar. Banyak yang diperkenalkan olehnya, antaranya ialah Felda, Rancangan Buku Hijau dan beberapa perkara lain dalam bidang pertanian.
Antara yang termasuk dalam rancangan beliau ialah membina taliair untuk pesawah padi di Kelantan. Taliair atau dikenali dengan nama lain iaitu Terusan. Di Kedah ada Terusan Wan Mat Saman, dan di Kelantan dikenali sebagai Taliair Kemubu. Salah satu kampung yang terlibat dalam pembinaan taliair berkenaan ialah Kg.Belukar Luas, Ketereh.

Taliair berkenaan dibina oleh Mendiang Lim Goh Tong. Itu adalah projek pertama yang beliau dapat dari kerajaan. Pada masa itu mungkin belum wujud DEB lagi. Tapi tak mengapa, 1 Malaysia punya pasal, maka beliau dapat projek berkenaan. 1 Malaysia sebenarnya sudah lama wujud. Cuma sekarang ini hendak 'dijenamakan' balik.

Projek berkenaan bermula di Machang dan berakhir di Kg.Dewan Beta ,Kota Bharu. Peringkat awal pembinaan Lim Goh Tong senyum lebar, kerana kerjanya senang. Korek terus saja, tiada cabang-cabang.

Bila sampai di Kg.Belukar Luas Ketereh , kepala Lim mula pening. Ini kerana terdapat sebuah kubur di laluan pembinaan taliair tersebut. Haiya ! ini manyak susah ma.... Itulah agaknya kata hati Lim. Faham-faham sajalah, orang Kelantan tidak boleh main-main dalam bab kubur. Mereka cukup sensitif. Silap haribulan habis parang, cangkul, pedang diangkatnya.

Tapi Lim bijak dalam bab ini. Dia faham sensitiviti masyarakat Islam dan dia pandai hormat tuan hak bumi ini kerana dia sedar dia hanya anak seorang tukang kayu yang merantau dari negara China ke Tanah Melayu. Maknanya dia pandai ukur baju di badan dia dan dia tahu langit tinggi atau rendah. Dimana bumi dipijak , disitu langit yang dijunjung.

Lalu Lim berjumpa Tun Razak dan menceritakan masalahnya. Tun Razak tidak bercakap banyak. Dia kata walau apa cara sekali pun, jangan usik, jangan ganggu dan jangan sentuh kubur itu. Kita fikir cara lain katanya. Setelah perbincangan dibuat, kerajaan tiada pilihan, maka taliair berkenaan terpaksa dibuat bercabang. Jika tidak dibuat begitu, banyak pesawah akan gagal mendapat air untuk bendang mereka.
Satu cabang ke kiri, satu cabang ke kanan. Kawasan yang ada pokok kelapa dan bangsal adalah kubur yang dimaksudkan. Maaf , kamera cap ayam. Sesiapa nak derma yang elok sikit , sedia diterima bila-bila masa.
Tanah Perkuburan Kg.Belukar Luas

Begitulah kisahnya bagaimana kita sebagai seorang Islam begitu menghormati kubur dan bagaimana cerdiknya Tun Razak membuat keputusan agar tidak menimbulkan kemarahan rakyat. Rambut tidak putus , tepung tidak terburai. Pesawah dapat taliair , kubur tidak terusik. Maka tercatatlah dalam buku rekod dunia taliair bercabang terdapat di Kg.Belukar Luas , Ketereh ,Kelantan.

Itu kisah Tun Razak dari parti Umno dan BN. Ini pula kisah Nik Aziz dari Parti Aslam Semalaysia atau PAS.
Ini pun boleh juga tercatat dalam sejarah dunia, hotel dibina atas tanah kubur. Hai , pelik-pelik betul di Kelantan. Dulu remaja liwat biri-biri, kemudian ada pula kisah isteri potong kemaluan suami dan macam-macam benda pelik lagi. Makanan pun pelik-pelik, ada tahi itik, ada pulut dakap, ada jala mas. Doa pecah perut, celako ! celako ! celako !, selipar hilang. Pendek kata semua yang pelik ada di Kelantan, termasuklah MB nya, iaitu bapak segala kepelikan.

Dulu di Jalan Hamzah , Kota Bharu ada terdapat sebuah kubur orang Islam. Tempatnya berhampiran dengan Stesen Bas Ekspress (telah berpindah pada 2008). Difahamkan tanah tersebut milik Kerajaan Negeri.

Tup...tup...tanpa disedari oleh rakyat Kelantan, tidak tahu bila kubur tersebut telah dipindahkan dan tanah berkenaan telah dijual oleh Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat untuk dibangunkan sebuah Hotel. Jika mengikutkan cerita sebuah blog pro Pas yang mana pemiliknya seorang wartawan Harakah, ada benda yang tidak kena dalam urusan penjualan tanah kubur berkenaan. Lihat di sini.

Lihatlah betapa zalimnya sebuah kerajaan 'Islam', tanah kubur dijualnya.Kalau sudah macam ini kita boleh percaya atau tidak kepada mereka jika kita pilih mereka memerintah negara ini ? Tak boleh......tak boleh.....negara pun dijualnya. Mereka sanggup buat apa saja, asalkan dapat duit untuk memenuhi nafsu mereka. Nak tambah bini, nak beli kereta besar, dan nak pergi Mekah pakej VVIP.
Dalam pagar zink itulah terletak tanah kubur yang telah dijual oleh Kerajaan Pas
Projek yang 'sewaktu' dengannya

Nampaknya Kerajaan Pas Kelantan lebih kurang Israel juga. Tidak Israel ke namanya begitu ? kubur pun dijualnya. Itu bab kubur, cuba lihat pula dalam blog kickdefella , kisah mereka ambil tanah atau kebun orang kampung untuk dijadikan ladang yang kemudiannya berniaga sama puak-puak dia sahaja. Itulah cara Israel. Israel hanya meniaga sesama mereka dan asyik pusing perniagaan ke tempat yang sama. Satu lagi persamaan mereka ialah 'PAS FOR ALL dan "ISRAEL FOR ALL'

Tun Razak boleh arahkan taliair dibuat bercabang kerana hormatkan kubur. Tetapi nampaknya seorang yang bergelar Tok Guru lebih teruk. Seolah-olah tiada cara lain yang boleh difikirkan agar tanah kubur tidak terusik bagi tujuan pembangunan sekitarnya. Mungkin otak mereka telah tersumbat kerana terlalu banyak makan duit derma yang mereka tidak tahu keikhlasan pendermanya. Sebab itu tidak boleh memikir. Otak mereka hanya boleh berfikir bagaimana nak buat fitnah-fitnah terkini dan putar belit ayat Quran serta Hadis.

Puak-puak seperti ini tergolong dalam golongan puak khawarij. Jika diikutkan tulisan Dr.Maza , Nabi SAW menyebut tentang mereka Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat. (Riwayat al-Bukhari) Bukan saya kata, Dr.Maza yang tulis. Rujuk linknya di akhir artikel ini.
Nampaknya rakyat Kelantan terus tertipu dengan serban dan jubah Nik Aziz. Sampai tanah kubur terjual pun mereka tidak sedar. Hok tok gAru buat semua molek wehhhh..... Ya Allah kenapa lah bodohnya akal pemikiran pengikut setia Nik Aziz. Kasihanilah mereka Ya Allah, tunjukkan mereka jalan yang lurus.

Terima kasih kepada abang ******N yang hensem yang membawa saya ke tempat-tempat diatas. Kepada abang hensem, kalau terjumpa Anwar Ibrahim tolong hati-hati sikit. Jangan sesekali terima tawaran bekerja sebagai pembancuh kopi dia. Kerana anda tergolong dalam golongan wajah-wajah yang diminati beliau.

Terima kasih juga kepada Pak Mud dan Pak Mat yang banyak menceritakan kisah taliair dan kubur.

Rujuk di sini untuk membaca tulisan Dr.Maza berkenaan puak khawarij


10 comments:

Pemerhati said...

Orang Kelantan di Kota Bharu tahu mengenai hal ini. Saja buat diam tak mahu membuka aib TGNA, nanti terlepas nak boleh SYURGA!

HemiSfera said...

Insiden yang macamana lagi yang perlu berlaku di Kelantan tu agar rakyat dapat melihat kepelikan yang berlaku di dalam pentadbiran negeri. Selepas tanah kubur dijual, tanah balak dibolot sekelompok orang aje, MBnye tunjuk perangai dengan sultan sendiri, macamana orang sana still kata TGNA and Parti Puss tu betul dalam segalanya.

Anonymous said...

cik faisal, nak tanya sikit dari segi fikah bolehkah kubur dialihkan bagi memberi laluan kepada pembangunan untuk maslahah awam.

kalau ambo dok silap, zaman wan mokhtar memerintah trg dulu (ni ulama UMNO) ada juga projek hotel dibina atas tapak kubur lama. apa nama hotel tu.. dekat batu buruk. hok tepi jalan.

hamba masa sekolah selalu jalan ke situ masa kami nak berjoging ke pantai.

-ada juga jalan2 dan lebuh raya yang pernah alihkan kubur untuk beri laluan kepada pembangunan untuk awam.

guano tu cik faisal?

Anonymous said...

Kesian dgn orang2 Kelantan, sehinggakan tidak bole berfikir dgn waras. Lihatlah sendiri gelagat dan perangai2 ahlul2 bahalul, Ustaz2 dan pemimpin terencat akal dari Parti Ajaran Songsang. Lihat gelagat dan peranagai Nik Najis tuo kutok nak mampoi, dan dgr dan bacalah apa yg terpatul dari mulut bau najis Nik Wali Terompah di bawa masuk ke jamban bila nak berak. Sedarlah dan taubatlah ahlul2 bahalul. Nik Najis hanya mementingkan temolok anak bini dan kroni2 saja. Wang Rakyat Kelantan di buat mcam duit mak bapak mereka sendiri. Sedangkan rakyat Kelantan hidup segan mati tak mau, Nik Najis anak beranak dan kroni2, hdup dalam kemewahan, pewot kembung membesar, beli kek black forest sampai 10 biji dgn harga mencecah ribuan ringgit, kereta besau, rumah besau, katil besau, jamban besau, isteri2 besau2, bila mati menyusahkan orang2 yg nak angkat ke kubor aja, kubur pun kena di besarkan. ishh ishh ishh ishh ishh ishh. Sedarlah dan insaflah ahlul2, ramai rakyat dan orang2 Kelantan hidup dalam kemiskinan melarat. Ada yg harus merempat tetapi tidak di ambil kisah, kerana Nik Najis apa peduli. 20tahun jadi MB, dudok kerus empuk, Negeri Kelantan buka menjadi serambi Mekkah, tetapi menjadi Serambi berhala Buddha, Serambi kemiskinan dan kemunduran, Serambi nyamuk, lalat, mondok, tikus dan lipas, Serambi kes2 jenayah yg meningkat, serambi kes2 cerai, pukol bantai anak2 dan isteri, Serambi keadaan Kelantan yg sungguh mundur serba serbi. Ini dikata Parti Islam? Loe pikir lah sendiri, sungguh memalukan. Bersengkongkol dgn Parti Ajaran Songsang dan Nik najis tuo kutok, yg lebih menyanyangi komunis biaDAp, peliwat2 dan agen Yahudi, lebih dari umat sebangsa dan seagama adalah kuffur. Janganlah anda dan keluarga merelakan diri ajal dalam ahlul2 Parti Ajaran Songsang, Nauzibilah. Memang tepat gelaran Wali Terompah. Terompah dipakai waktu nak berak masuk ke jamban.

Anonymous said...

Hahaha. Hebat nebat. Nanti orang Kelantan mati, simpan dalam Hotel.

Molek jugok tu Tok Guru!!!

HemiSfera said...

Patutnye yang salah dan tak betul tu lah tak boleh dibiarkan...makin jauh daripada syurga pulak silap-silapnye...

ruang bicara faisal said...

kpd anon 2.54

dari segi fekah memang boleh. apa yg akau nak bgtau kat sini ialah, jika umno yang buat 16 gunung punya maki pas beri. bila time pas, hanya aku yang maki.

ruang bicara faisal said...

kpd anon 2.54

dari segi fekah memang boleh. apa yg akau nak bgtau kat sini ialah, jika umno yang buat 16 gunung punya maki pas beri. bila time pas, hanya aku yang maki.

Anonymous said...

Memang bgtupun Pas ni kalau dia buat semuanya betui. Takdak yg tak betul melankan betul semuanya.
Cuba kalau UMNO buat pastinya sluruh surat kabat nyamuk Pepmabgkang akan kutuk abis2san.

Sya cuma nak tanya puak2 pembesar Pass. Kea mana dibuangnya penduduk rumah sementara dekat kubur tuuuuu.

Panji......... tapi sewanyanya kena bayar dan kalu yg tinggal di situ meninggal tak boleh anak cucu ganti...

inilah peperintahan Islam Pas dan kalau kaji2 dah macam Israel niiiii.

Hotel perdana tmpt mat sabuuuuuu ke tangkap khalwat apa dah jadiiiiii

Brape juta Pas dapat dan maknenya tambah bini dan harta pradok rakyat le jawabnya.


Yg kes Mat sabu tuu sbenarnya menang ramai yg keliru. yelah..... bersama bini orang tapi nik ajis kate perangkap UMNO.

Wahai org2 Pas istighfar le banyak2 , Sunggu h pelik undang2 mung buat.
Tak takut ke
Allah ke, ataupun Nik ajis dah ada MOU supaya puakuak2 Pas dan pembangkang tak masuk neraka.....

rayz said...

saudaraku anon 2.54,
cuba jwb dulu persoalan yg dibangkitkan ruang bicara faisal.
jgn cuba nk alihkan isu!!
mmg perangai org pas,x nk mengaku kesalahan sendiri..
tau kutuk org jer!
wallahualam..