Sunday, April 18, 2010

RBF VS JOVIAN MANDAGIE PULA

Saya sebenarnya malas lagi nak bercakap pasal kes Umi Aida, kerana sekarang ini tumpuan saya lebih terarah ke PRK Hulu Selangor.

Akan tetapi oleh kerana bapuk dalam gambar diatas bersuara pula dalam sisipan Pancaindera Mingguan Malaysia hari ini , maka saya terpaksalah bangkit untuk menjawab kembali. Tapi saya jawab seringkas mungkin sahaja.

Seperti yang saya kata minggu lepas, pereka fesyen akan jadi kambing hitam dalam kes ini. Semuanya kerana nak melepas tengkuk si pemakai. Senang cerita , sudah kawtim lah

Sebelum itu saya nak beritahu anda, pada mulanya saya sangka Jovian adalah seorang kristian kerana namanya seperti nama kristian. Tetapi apabila saya membaca berita berkenaan saya terkejut apabila mendapati dia ke Mekah bersama rombongan Umi Aida. Oh....Islam rupanya. Tapi kenapa nama begitu ?

Sebenarnya dalam kes ini saya telah menang. Topik utama yang saya perkatakan ialah berkenaan pakaian Umi Aida yang menjolok mata di majlis persandingannya.

Semua orang telah mengesahkannya. Umi sendiri mengakui yang pakaiannya seksi. Manakala si bapuk pereka fesyen berkenaan juga mengaku yang pakaian berkenaan seksi. Jadi apa lagi nak dikata. Tak usahlah berdolak-dalik banyak sangat , nanti terjerut leher sendiri.

Berbalik pula kepada kambing hitam yang menjawab kes berkenaan hari ini. Dia mengakui yang dia membuat pakaian berkenaan menjadi seksi. Dia kata bukan salah Umi tetapi salah dia.

Oleh yang demikian dengan sukacitanya saya ingin berpesan kepada bakal-bakal pengantin yang tidak suka berpakaian seksi, elakkan menempah pakaian anda dengan bapuk berkenaan. Ini kerana dia membuat pakaian tidak mengikut apa yang dipesan oleh si penempah. Kelak akhirnya anda yang akan menanggung malu di hari persandingan.

Lihat contoh dalam kes Umi. Lain yang Umi tempah dan pesan , lain pula yang dia buat. 'Kasihan' Umi tidak pasal-pasal menanggung malu akibat kesilapan bapuk berkenaan. Jika anda semua tidak mahu peristiwa seperti Umi terjadi kepada anda, jangan tempah pakaian pengantin dengan dia. Ingat ! Saya ulang sekali lagi, JANGAN TEMPAH PAKAIAN PENGANTIN ANDA DENGAN DIA.

Kepada pembaca saya pulangkan kepada anda untuk menilainya. Anda baca balik apa yang dikatakan oleh Umi minggu lepas dan baca balik apa yang dikata oleh si bapuk minggu ini. Umi kata dia dah pesan tak nak seksi, kemudian bapuk kata Umi setuju 100 %. Lepas itu dia kata pula "takkan kita tutup kepala tetapi bahagian dada masih nampak ?" Akhirnya sekali bunga ros 50 kg yang menjadi mangsa.

Saya tidak mahu mengulas secara teliti perkara berkenaan kerana saya tiada masa. Banyak kerja yang saya nak buat menjelang PRK Hulu Selangor, bukannya nak melayan artis dan bapuk. Anda semua lihatlah sendiri tipu helah mereka. Sebiji sama seperti pemimpin PAS, cakap berbelit-belit atau orang Trengganu panggil bercakap 'kluk-klek'.

Kalau nak menipu pun berpada-padalah, 50 kg itu berat. Sama berat dengan dengan seguni gula. Tak tumbang ke Umi Aida menanggung beban berat bunga sama seperti seguni gula ?

Saya pulangkan kepada anda semua untuk menilainya....

19 comments:

Anonymous said...

mamang sah sebiji macam orang2 pas!!!

Wong Pencen said...

Penilaian saya masih sama seperti sebelumnya. Walaupun Faisal menang dalam isu ini, Faisal masih tetap kalah kerana masih tidak dapat menjauhkan diri dari menjadi penyebar FITNAH. INGAT DOSA Faisal.

FALIHAH said...

saya setuju ngan wong

-krisjawa lok3- said...

Bro rbf..
lain kali tak usahlah menulis pasal selebriti2..buang masa saja...setengah tu memang nak cari publisiti..pantang jer nama terpancul kat blog terus nak sensasikan..
Kalau dah rasa berpakaian seksi tu tak salah pada dia orang lantaklah.. mgkn terlupa adab sopan berpakaian dalam islam...tanggung jawab anda menegur sesama islam dah saudara lakukan...
Lebih baik tumpukan penulisan dan komen saudara kepada perkara lain yang dapat membina bangsa dan ugama.

Anonymous said...

Kalau Faizal jadi penyebar FITNAH, tentulah dia akan cari lebih banyak lagi keburukan2 Umi dan mengadakan perkara yang tiada (itulah maksud fitnah sebenarnya). Faizal mempertahankan pendapat dgn memberi hujah2 sama seperti Umi dan Jovian.

Mesin Taip Buruk said...

Bro, jangan dok layan artis dan golongan seangkatan dengannya ni. Tambah pula artis2 yg tak tinggi mana sekolahnya. Jangan juga layan peminat2 fanatik mereka tu. Kalau dilayan makin menjadi2... Dunia artis mana nak sama dgn dunia rakyat marhain macam kita. Artis2 ni merasakan dunia dia tak sama dgn dunia kita. Kalau diorang telanjang sekalipun dia akan kata "korang apa peduli?" Bila gambar/videonya tersebar mula salahkan org dgn kata "Eh aku ada maruah tau. Jangan cemar nama baik aku..."
Hehee...

Pejuang Bangsa said...

AKHIRNYA RAKAN SAYA RBF MENANG ...

SYABAS BRO ...AKU SYORKAN TAK PAYAH LA DOK LAYAN ARTIS DAN BAPOK INI SEMUA ... DEPA NI DAH TERJERAT ...PEMINAT SUDAH BOLEH MENILAI..

KITA FOKUS PRK HULU SELANGOR ...

Anonymous said...

adekah artis2 kiter juga sudah pandai menjadi 'korup' dengan kawtim yg semacam ini....
sgt x logik umie tu.
mcm mana pula semasa majlis sblm die pegi ke mekah tu?pon sama..seksi juga...entah berape kali die 'terseksi' secare x sengaja..nie semua gara2 pereka fesyen?
artis kita byk juga yg agak kurang cerdik bile jwp komen.come on lah..

Rafie said...

tak yah besar2kan hal ni bro lu dah tegur, dia dah jawap ok la tu dari buat silap org tak tegur. lagi pun lu tegur atas tanggungjawab sosial je bukan ada utg pun.tapi biasa la manusia ni ego sangat tinggi, kalau yg mendakwa pejuang islam pun kelam kabut apa tah lagi kita yg melalui rutin biasa kehidupan.

ISAC said...

Salam RBF,

Terimakasih di atas link yang diberikan.

Anonymous said...

setuju jugak ngan wong

Anonymous said...

setuju jugak ngan wong

Anonymous said...

Fitnah tang mana pulak wong? falihah?
hampa ni buta perut ka apa?
dah siap ada gambaq dan kenyataan artis serta designer tu sendiri boleh hampa kata fitnah?

siap kata bunga tu 50kg??? nak menipu lg tu, semata mata nak lepas diri. 50kg tu berat ooo, mcm ada org bertengek kat umie aida tu.

pelik bila benda depan mata, ada bukti, ada gambar, ada kenyataan dan pengakuan drp pihak2 berkenaan tp wong serta falihah boleh kata rbf buat fitnah? siapa yg sebenarnya buat fitnah? adakah kamu wong dan falihah? HAhahahaha
ash

Anonymous said...

fitnah apekejadahnya plak?

dah kawan tu seksi takkan nak cakap dia tu tak seksi tapi sbnrnya menutup aurat dengan sempurna?

HaiRe said...

ini adalah contoh orang yang dah besar tapi belum baligh.




hanya menutup aurat masa sembahyang dan nak nikah... mahzab artis malaysia beb...

Aku Darah Anak Melayu said...

salam bro,

aku dah lama follow blog ko..hampir setahun dah kot..

so bagi aku baik kita teruskan pada perjuangan asal kita iaitu demi islam, untuk melayu dan keranamu malaysia..

tak payah lah ko nak layan artis2 ni..diaorg ni tau glamer dan nak untung jew..tak amik por pun soal perjuangan..

aku bengang bila mingguan malaysia semalam siarkan komen kata ko blogger pengecut..mamat mangkuk ayun tu nampaknya mmg tak pernah follow blog ko..

so bagi aku..udahlah2 layan artis2 tak cukup sifat ni..kita tumpu pada perjuangan kita untuk menjatuhkan peliwat bangsa ni..

Anonymous said...

aku rasalah yang falihah tuh agaknya umi kot...yang wong tuh pulak bapok tuh...pedulikanlah...takder sapa nak amik tau pasal artis-artis mcm tuh...fokus kepada PRK Hulu Selangor...

amar@mykmu.net said...

saya sokong abe faisal saya...bukan sbb saya umno atau pas...kalau sy tidk berparti pun....niat abe faisal jelas...

inilah kerosakan pas pada umat islam malaysia...tanpa mereka sedar...sifat hipokrit, lidah bercabang, kuat menipu, jual agama, suka mencarut, menggelar allah dengan gelaran maha mencarut semuanya telah ditiru oleh org kebanyakan...

antara nya umi aida, jbapok, aduka turana.....

nanti di akhirat kita tgk sapa yg sbenarnya kaki fitnah, sapa yg sbenernya syaitan bertopeng manusia yg menjaja islam demi kepentingan dunia yg sikit....

takyah dok bising2 kalau didunia tak terdeedaah akhirat pasti tiba jua...

pada bro faisal...keep a good work...not only in politik but in all aspect of life untuk sedarkan mangkuk2 taksub najis nie...

Anonymous said...

Bapuk tu satu geng dgn Al Juburi gak ka ?... Nampak melentik melentok elok saja !...