Monday, July 19, 2010

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar

Cerita dibawah dikirim melalui e mel kepada saya oleh saudara Lukman-rbf

Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya. ..lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...

Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihat nya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

21 comments:

Anonymous said...

Bukan sahaja perkara in, malah ada banyak lagi pihak barat dan sekutunya telah menipu dunia.

YANG GAMBI said...

Tidak dapat dinafikan tulisan sejarah ini, tetapi kebanyakan umat Islam telah dibutakan sejarah dengan dakyah-dakyah yahudi melalui sekutu-sekutunya.......

ISAC said...

Salam bro,

Bagus artikel ni. Boleh pinjam posting kat blog kawan...

"The other side of a story, Is Aldof Hitler is a Muslim?"

Prudent Partner said...

Salam Bro.. Agak menarik dan mengejutkan..

Jika benar apa yang dipaparkan, maka saya rasa perang dunia ke-3 @The last war pasti akan berlaku. Kenapa? Yahudi & barat akan menghasut dunia bahawa Nazi = Islam. Dan mereka akan memberi alasan bahawa peperangan kali ini adalah peperangan melawan pengganas nazi yang terdiri daripada orang Islam.

Bingai @ Bangang said...

Maaf tuanpunya blog sebab lari tajuk,
Saya masih lagi dengan penutupan IKYS tumpang letak dalam topik terbaru tuan.

Kepada yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang IKYS sila ke blog saya di http://tendangterajang.blogspot.com/2010/07/ikys-rugi-atau-nak-cari-untung-pintas.html
Luahan hati bapa saudara kepada salah seorang pelajar IKYS

aku yang bingai

Anonymous said...

mengapa harus merujuk kepada alquran untuk menghalalkan tindakan
untuk membunuh sesama insan?Hitler dan Nazi bukan hanya membunuh orang Yahudi sahaja tetapi bangsa-bangsa lain juga seperti bangsa Gypsy ,Slav dan Russia.Adakah beliau seorang yang baik hanya kerana tidak meminum minuman keras?
Jika berjaya menguasai dunia mungkin juga orang Melayu dibunuhnya kerana prinsip Aryan supremacy yang mana bangsa-bangsa lain dianggap lebih inferior dari dari bangsa German.

Anonymous said...

Pada Aku hitler ni macam Khalifah Lim Guang Eng di Pulau Pinang, dan kedua-duanya tidak membantu Islam.

Anonymous said...

Assalamualaikum bro,

Ada satu lagi gambar yang significant tertinggal drp email ini. gambar tentera nazi agama islam sedang sujud solat.

Anonymous said...

saya kagum.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya rasa amat bangga kalau hitler adalah seperti yang diceritakan dalam post tuan.

Tapi, teringat kembali kepada cerita-cerita lampau. Misalnya kalau tuan pernah dengar cerita berkenaan anak yang disumpah menjadi seperti beruk, dan gambarnya disebarkan kedalam email suatu ketika dahulu, apabila diselidik ia rupanya gambar patung yang dipamerkan disebuah tempat di Britain.

Sedangkan diMalaysia ianya disebarkan bagai cerita yang benar, siap ada tulisan arab sebagai sokongan.

Dan lagi ada video pasal konon ada anak yang disumpah kerana mempermainkan Al-Quran kononnya telah merubah rupa apabila mati, siap diletakkan bacaan Al-Quran sebagai background. Dan ini disebarkan melalui telefon bimbit dan juga you tube.

Saya bagi contoh :
http://www.youtube.com/watch?v=iAZUF82WFco

http://www.youtube.com/watch?v=iA5uDod0wFM

Dan ini dipercayai oleh kebanyakan umat Islam. Sangat memalukan apabila ada bukan Muslim menggelakkan umat Islam atas kepercayaan yang tiada berasas. Bukan nak kata tak percaya kepada kuasa Allah. Tapi siasatan haruslah ada dari pihak umat Islam agar tidak dipandang bodoh oleh orang lain.

Wassalam.

Sophon Charoenpura II said...

Sori la tuan.

Tapi aku rasa photo nombor 2, no 3, no4 bukan askar nazi tu. Tu askar Turki. Topi askar Nazi bentuk dia lain. Topi askar turki bentuk dia lain. Tidak hairanlah mereka baca buku pasal Islam, tempek gambar ulamak, sebab mereka memang bukan nazi pun..

Hemi Sfera said...

Saya juga pernah mengikut mencari maklumat tambahan mengenai kaitan Hitler dan Islam.
Jika dibaca selanjutnya korang akan dapat tengok bagaimana Syeikh Amin Al-Husainiy, Mufti Besar Baitulmaqdis, telah dihina bertubi-tubi oleh masyarakat Barat.
Rajin-rajin lah membaca yek.Dah tau, baru boleh ambik apa-apa tindakan.
Salam!

Jemy said...

Assalamualaikum saudara,

boleh tak dapatkan senarai rujukan daripada saudara RBF?

Saya amat berminat untuk mengkaji hubungan akrab diantara Nazi Jerman dengan org Islam ketika itu..

Tetapi malangnya, pihak pro zionis telah mengeksploitisasi isu ini untuk mengaitkan Islam dengan Fascism dan Nazism.

Anonymous said...

mengapa kita perlu agungkan pembunuh hanya kerana dia baik dengan Islam? adakah beliau betul2 ikhlas dengan Islam atau mempergunakan Islam utk agenda peribadi beliau?

Anonymous said...

hehehe...dlm FB artikel ni aku terbaca...RBF pun ada jugak...cedok..jgn tak cedok!

Anonymous said...

Assalamualaikum Bro RBF,

Saya ada terbaca berkaitan isu Adolf Hitler dan Islam ini dalam sebuah akhbar arus perdana (kalau tidak silap saya Utusan Malaysia dalam ruangan rencana pada mungkin hari Jumaat) kira-kira 2-3 tahun lepas.

Penulis telah mengupas isu tersebut dan dikhabarkan bahawa Adolf Hitler telah membantuk satu batilion (atau 1 pasukan) Islam di mana tentera ini memakai ala-ala songkok dan bukan topi yang biasanya dipakai oleh tentera Nazi yang lain.

Harap maklumat ini membantu dan mungkin ada dalam search engine akhbar berkaitan. Salam.

Anonymous said...

Saudara,

Inilah link Utusan yang saya maksudkan sebentar td.

Tajuknya adalah: Adolf Hitler tubuhkan divisyen tentera Islam dan diterbitkan pada 19 Mei 2006.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0519&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&arc=hive

Anonymous said...

matlamat tidak menghalalkan cara...itulah yg boleh saya gambarkan.walaupun Yahudi pada mata hitler adalah bangsa perosak,tetapi apa hak dia utk membunuh manusia lain?dakwa hitler,yahudi ni bijak & akan melakukan kerosakan atas mukabumi ni.bukan Yahudi secara khusus yg melakukan kerosakan atas muka bumi ni,tapi manusia secara keseluruhannya melakukan kerosakan.jika yahudi bijak merencana kerosakan,kita juga harus bijak merencanakan bagaimana mematahkan kerosakan yg bakal atau sudah dilakukan.Allahu 'Alam

Anonymous said...

Pendapat saya, cerita ini mungkin adalah sebahagian usaha musuh-musuh Islam untuk memporak-perandakan Islam. Hitler adalah seorang rasis yang ekstrim dan seorang pagan (anti-agama). Mana mungkin dia percaya pada Islam kalau dia menentang agama (Islam, Kristian, Judaism).

Rujuk buku Fascism: The Bloody Ideology of Darwinism dan juga artikel ini, untuk keterangan lanjut.

Kita patutnya sudah sedar tentang usaha musuh-musuh Islam untuk memecah-belahkan orang-orang Islam di negara ini. Usaha ini sudah pun membuahkan hasil dengan perpecahan di kalangan orang-orang Islam UMNO, PAS dan PKR.

Harap kita orang Islam berhati-hati.

Kenn said...

Sdr RBF,

Saya telah diforwardkan email yg sama tetapi saya tidak mengetahui siapa originatornya.

Saya juga telah membuat posting yang sama, di sini.

Hanya apabila saya review blogroll saya (selepas sebulan bercuti diluar negara) baru saya menyedari bahawa Sdr. telahpun menerbitkan artikel ini terlebih dahulu.

Saya mohon maaf atas ketidak sengajaan ini.

Kenn

Kenn said...

Sebagai sambungan kepada topik mengenai Hitler di atas. Posting di bawah ini berikutan dengan timbulnya keraguan.

Justifying Holocaust ?".