Friday, July 2, 2010

Wilayah DAP : Satu Lagi Gerakan Halus Mereka


Sepertimana yang kita tahu, di Malaysia majoriti orang-orang cina berada di kawasan bandar-bandar besar, negeri membangun dan negeri maju. Negeri tersebut ialah Johor,Melaka, NS, Selangor, Perak dan P.Pinang (6 negeri) . Mereka agak kurang di sebelah Pantai Timur, Kedah dan Perlis (5 negeri).

Saya difahamkan yang DAP sekarang sedang bekerja keras di 6 negeri yang saya nyatakan diatas. Sasaran mereka ialah menawan negeri-negeri berkenaan dalam PRU akan datang.

Mereka tidak memberi tumpuan di 5 negeri , kerana mereka tahu itu kawasan sakit bagi mereka kerana majoritinya melayu.
Saya difahamkan DAP sekarang sedang melakukan satu gerakan halus iaitu memindahkan pengundi-pengundi cina dari 5 negeri ke 6 negeri berkenaan dalam usaha mencapai misi mereka pada PRU ke 13.

Mereka tahu jika mereka mendapat menang di 5 negeri berkenaan ianya tidak membawa makna kepada mereka, hanya sekadar menang sebagai adun sahaja tetapi tidak berjaya menjadi pemerintah.
Oleh yang demikian mereka merasakan ianya satu kerugian dan adalah lebih baik mereka pindahkan pengundi-pengundi berkenaan ke negeri-negeri yang mereka ada potensi. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku. Mereka hanya perlu memberi tumpuan kepada kerusi-kerusi tertentu sahaja dimana kerusi tersebut mereka yakin boleh menang.

Satu lagi faktor yang boleh menyumbang kepada kejayaan DAP ialah kerana undi melayu yang berpecah, manakala undi cina solid untuk mereka. Manakala bagi golongan melayu moden atau anak-anak muda pula tidak menjadi keberatan kepada mereka untuk undi DAP.
Contohnya Melaka, ada 28 kerusi dun, untuk bentuk kerajaan perlu menang 15 kerusi. Dan mereka akan beri tumpuan kepada kerusi-kerusi ini. Sekarang pun mereka sudah ada 5 kerusi di Melaka.

NS pula ada 36 kerusi dun. Untuk bentuk kerajaan perlu menang 19 kerusi. Sekarang DAP ada 10, PAS ada 1 dan PKR ada 4 = 15 kerusi. Mereka hanya kurang 4 kerusi sahaja lagi. Mereka akan berusaha untuk kekalkan 15 dan tambah lagi 4. Maknanya mereka perlu beri tumpuan kepada 19 kerusi sahaja untuk tawan NS.

Johor pula ada 56 kerusi dun, untuk bentuk kerajaan perlu ada 29 kerusi. Dulu Dun Johor 100 % BN (2004 Pas menang satu kerusi tanpa bertanding) . Sekarang DAP ada 4 dan PAS ada 2. Nampak seperti sukar untuk mereka tawan. Tapi kita tidak boleh kata, macam-macam boleh berlaku, contohnya Selangor. Siapa sangka boleh terlepas dari genggaman BN ?

KL pula tiada kerusi DUN, jika ada sudah lama ianya dikuasai DAP. Selangor pula tak payah cakaplah. Setakat hari ini saya nampak BN tidak mungkin dapat kuasai balik Selangor. Setakat hari ini. Ulang sekali lagi, setakat hari ini.

Perak pula nyawa-nyawa ikan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Pulau Pinang pula saya rasa kita boleh lupakan.Ianya akan jadi seperti Kelantan,penguasaan DAP akan kekal.

Apabila mereka dapat tawan 6 negeri berkenaan ianya kerja yang mudah bagi mereka. Ini kerana kebanyakan negeri-negeri tersebut adalah negeri yang sudah membangun atau maju. Dari segi geografi juga kedudukan 6 negeri berkenaan senang ditadbir kerana ianya terus dari selatan ke utara.

Jadi selepas ini jika kita memandu dari selatan ke utara atau sebaliknya , dan apabila tiba di sempadan satu-satu negeri berkenaan mungkin akan ada papan tanda yang bertulis INI WILAYAH DAP atau SELAMAT DATANG KE WILAYAH DAP.

Sekali lagi saya nak ulangi ayat tidak mustahil ini boleh berlaku. Untuk membentuk Wilayah DAP dari Johor sampai ke P.Pinang mereka hanya perlukan 142 kerusi bagi 6 negeri berkenaan. Sekarang mereka sudah ada 122 kerusi. Mereka hanya perlukan 20 kerusi sahaja lagi. Jadi mereka akan beri tumpuan betul-betul kepada 142 kerusi tersebut. (Angka 142 kerusi termasuk 4 kerusi bebas di Perak dan 1 di Selangor yang dimenangi atas tiket PKR dan DAP dalam PRU 2008)

Ada yang sakit jantung gamaknya bila tengok angka ini.

Saya berharap pihak-pihak berkenaan dapatlah kiranya mengintai-ngintai perkara ini. Tetapi jika pihak berkenaan intai dan mereka nampak sekalipun ianya benar , mereka tidak boleh buat-buat apa. Ini kerana apa yang dilakukan oleh DAP itu tidak salah kerana negara kita mengamalkan demokrasi.

Yang boleh ambil 'tindakan' atau 'bertindak' adalah diri kita sendiri.

Pisau di tangan kita
Mentimun juga di tangan kita .
Pensil di tangan kita
Kertas undi pun di tangan kita.
Tepuk dada tanya selera.
Mahukah kita berketuakan DAP ?

Apa pandangan anda ?

Komen ! Komen !

12 comments:

Anonymous said...

Fakta ini logik... Kite semua perlu bertindak...

Anonymous said...

dia guna teknik PIS (CULA), pas pun kira senarai penggundi - ahli pas - ahli umno = cari penggundi atas pagar.

kalau setakat senarai ahli UMNO dia ada lah sampai ahli kawasan pun dia ada senarai, so senang kerja cari undi atas pagar.

lepastu buat fitnah sikit (undi UMNO masuk neraka), dapat 50% undi atas pagar menang lah dia

Anonymous said...

Kawan setuju....kalau di Johor kawan boleh katakan jika BN tidak berhati2....sekurang2nya 20 kerusi DUN akan tumbang ke tangan DAP. Ini berdasarkan komposisi pengundi Cina dan lain2 bangsa di kawasan DUN bandar. Contoh paling ketara DUN Penggaram PRU12 majoriti cuma 500++ dan kawan jangka PRU13 BN tumbang di DUN Penggaram dan kawan pasti ia akan berlaku berdasarkan senario semasa.

Dan berdasarkan kepada senario semasa PAS mungkin mendapat 7 kerusi dan PKR mungkin mendapat 5 kerusi kerana untuk menembusi kawasan2 Melayu agak sukar tetapi dengan pertolongan DAP ....kerusi2 di atas akan tumbang. Jumlah 20 + 7 + 5 = 32 kerusi....majoriti DAP maka tumbanglah BN di Johor.

Anonymous said...

DENGAR SEMUA....HAK BUMIPUTRA MUTLAK....MUTLAK....MUTLAK....
PILIHANRAYA NANTI KEISTIMEWAAN BUMIPUTRA ADALAH SATU PANGKAH 2 POINTS....YANG LAIN SATU PANGKAH 1 POINT.............KITA GUBAL DARI SEKARANG.....HAK KITA ...BUMIPUTRA.... DI MALAYSIA. AYUH,...AYUH....TAK PAYAH CAKAP BANYAK LAKSANAKAN SAHAJA....MANA YANG TAK NAK ....GET OUT..GET OUT.

mdsaf_kyo said...

erm...masing2 ada strategy masing2...apa yg perlu kita lakukan adalah kuatkan keimanan, dalami ilmu Al-Quran. jadikan Quran sebagai pendinding....

Anonymous said...

memang la tak berketuakan DAP, tp apa pilihan yg kami ada, jika UMNO yg berdegar mengaku membela melayu, hanya gagah membela perut sendiri?

Wake UP! said...

UMNO harus menumpukan perhatian kepada mendaftarkan ahli UMNO dan juga pengundi Melayu yang pro UMNO.

Jangan kita leka kerana DAP pun sibuk melakukan ini sekarang.

Bagaimana nak mengekalkan majoriti jika kita tidak menambahkan jumlah pengundi?

blogenstarz said...

Pekara ini sudah lama berlaku.
Kalau tidak dengan pertolongan PAS , tidak akan ada negeri yang jatuh ketangan PR.
Punca sebenarnya adalah PAS.
PAS lah yang akan menghancurkan MALAYSIA.
Didalam rancangan jahat LORD REID -Kita akan gunakan islam untuk menghancurkan islam !

UDIN said...

Saya setuju. PAS lah yang memecahkan undi melayu. PAS telah digunakan untuk memecahkan UNDI Melayu. Jika kita perhatikan, di dalam kawasan mengundi yang mana melayu 50/50 undi cina akan menjadi penentu kemenangan PAS. Manakala kawasan majoriti cina DAP lah yang menang. Tetapi dikawasan majoriti melayu UMNO akan menang.
Lupakan Kedah dan Kelantan sebab rata2 melayu di kedua2 negeri ini terlalu taksub yang kerajaan sekarang ni mengamalkan rasuah, kronisma, nepotisma dan sbg. Walhal, ini juga berlaku dinegeri yang mereka perintah. Kelantan pula mereka gula2kan dengan pelaksanaan hukum2 islam, hudud dan sbgnya yang telah lebih 20 tahun masih dalam perancangan. Mungkin mengikut sunnah nabi - 23 tahun menyampaikan Islam.....Wallahualam.

Anonymous said...

BAHAYA BAHAYA.. JANGAN BIARKAN MEREKA MEMERINTAH NEGARA INI.. HABIS ORANG MELAYU.. KEPADA ORANG MELAYU SEDARLAH.. MARI SAMA2 TAK KIRA PAS ATAU UMNO... BERGABUNG.. INI ADALAH TANAH TUMPAH DARAH KITA.. ADAKAH KITA AKAN MEREMPAT DI TANAH TERCINTA INI.. RISAUKAN ANK2 KITA NANTI.. BERJUANG!!!!

Burung Merbok said...

1. Kita amat sedih sekali apabila negara ini yang satu ketika dahulu di kenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu, akan jatuh ke tangan orang lain daripada Melayu. Lagi sedih lagi, 'penyerahan' ini dijayakan oleh orang Melayu sendiri.

2. Jangan disalah kepada lain pihak. Kita orang Melayu seharusnya bertanggungjawab ke atas malapetaka yang menimpa bangsa sendiri.Kita mengizinkan keretakan berlaku sehingga sekarang. PAS dan UMNO bermusuhan tak habis-habis. Masing-masing dengan ego yang terlalu ekstrim sehingga tidak dapat duduk di meja perundingan.

3. Jika dikaji, kita akan membaca retorik serta perbahasan yang sama dari dahulu lagi. Baik dari peringkat kepimpinan sehingga ke akar umbi, hujah yang sama dilaungkan tak henti-henti. Malangnya, walau pun hujah yang disuarakan itu berupa lapok, jumud, ketinggalan zaman, tak masuk akal, kebudak-budakan, penuh beremosi dan prejudis, tak rasional dan tak matang, tak berpandu kepada fakta dan statistik, tak bersandar kepada logik dan kebenaran, hanya ulangan dan sokongan pernyataan dari puak-puak lain yang lebih berminat melaga-lagakan sesama kita orang Melayu .....; kita orang Melayu tetap degil tidak mahu menerima kenyataan sebenar semata-mata kerana mahu mempertahan ideologi parti masing-masing secara membabi-buta. Akal dan pemikiran logik diketepikan !

4. Orang-orang Melayu atas pagar akan lebih menghormati dan menyokong kedua-dua parti Melayu ini. Marah macam sekali pun, apabila maruah bangsa dicabar, bangsa dihina dan kuasa politik mahu dirampas di mana anak cucu kita kelak akan merana di bumi sendiri, Melayu akan tetap kembali bersatu ! INI ADALAH HARAPAN GOLONGAN ORANG MELAYU YANG SAYANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARANYA !

5. Jika masih terdapat golongan MD (Melayu Degil), umpamanya dari PKR dan puak Melayu Liberal (ML); biarkanlah mereka di dalam alam khayalan mereka sendiri. Melayu yang tak sedar tentang perancangan halus dan senyap (PHS)musuh bangsa sejak dari dulu lagi, adalah Melayu yang bukan sahaja buta sejarah tetapi lebih buruk dari itu, mereka bodoh sombong sambil membantu musuh MEMBUNUH bangsanya sendiri dari segala aspek ...ekonomi, pendidikan serta politik ! Melayu inilah layak digelarkan sebagai (PB) Pengkhianat Bangsa.

6. Akhir-akhir ini, mungkin atas kesedaran agaknya, beberapa NGO Melayu yang mungkin kecewa dengan kealpaan
parti-parti politik Melayu, menubuh satu gagasan ia-itu MPM (Majlis Perundingan Melayu). Jika gagal melalui politik, mungkin kejayaan bagi menyatu-padukan orang Melayu dapat direalisasikan melalui gagasan NGO-NGO ini. Kira doakan mereka berjaya ! Dan kita akan menyokong mereka 100%.

7. Parti-parti politik Melayu dan pemimpin-pemimpin mereka seharusnya merasa malu kepada NGO-NGO ini. Tetapi rasanya, masih tidak terlewat bagi mereka yang masih 'buta' untuk mengetepikan prejudis dan sangkaan buruk dan kembali semula ke meja perundingan. Biarlah usaha mulia ini, walaupun terlewat sikit, akan dikenang oleh generasi Melayu akan datang ; biarlah ianya terpahat di dalam rentetan SEJARAH MELAYU sebagai kebangkitan semula keagungan bangsa di Nusantara ini ! Insya Allah !

Salam !

HomeBiss said...

Salam..

Excellent post! Keep it up, don't give up! :)