Sunday, July 4, 2010

Sekitar Perhimpunan GAS di Klang

Sekitar perhimpunan GAS yang diadakan di Dewan Hamzah Klang hari ini.

Nampaknya peserta perhimpunan 'berebut' Datuk Seri Najib hari ini. Geng Samy Vellu sokong DS Najib dan 1 Malaysia. Manakala geng-geng GAS pun sokong DS Najib dan 1 Malaysia juga. Yang ini sokong DS Najib dan yang itu sokong DS Najib. Yang itu kata DS Najib orang dia dan yang ini pun kata DS Najib orang dia. Pening kepala saya seketika.

Jalan terbaik saya rasa DS Najib kena jumpa mereka semua dan selesaikan masalah mereka dengan baik. Jangan biarkan mereka terkontang-kanting kerana ianya boleh merugikan BN.
Majlis dimulakan dengan ucapan KP Samy lebih kurang 3-4 minit
Tiba-tiba penyokong-penyokong Samy Vellu meluru masuk dan menjerit-jerit dalam bahasa tamil yang tidak saya fahami. Mereka juga mencabut wayar alat pembesar suara.
Penyokong Samy Vellu
Perang mulut mula berlaku antara GAS dan Anti GAS
Kecoh...
Penyokong Samy Vellu
Penyokong Samy Vellu
Tumbuk menumbuk hampir berlaku. Tetapi mereka semua dapat mengawal penyokong masing-masing sambil minta mereka bertenang.
Penyokong GAS
Perang mulut diselesaikan dengan cara baik
Mugilan naik ke pentas
Suasana hiruk pikuk di dalam dewan sebaik polis tiba. Penyokong-penyokong GAS menjerit minta polis halau penyokong Samy Vellu keluar dari dewan
Polis sedang berbincang dengan penyokong Samy Vellu
Kehadiran di dalam dan luar dewan saya anggarkan lebih kurang 1000 orang
Saya difahamkan polis membenarkan penyokong GAS meneruskan program dan ada beberapa syarat tertentu. Yang paling seronoknya penyokong Samy juga mengenakan syarat iaitu GAS tidak boleh kutuk kerajaan , kutuk MIC dan kutuk Samy Vellu
Bekas pemimpin pertubuhan haram hindraf yang pernah ditahan ISA berucap menghentam kerajaan.
Mugilan mula resah gelisah bila macha itu mula menghentam kerajaan. Beberapa kali beliau berbisik kepada orang di sebelahnya agar menghentikan ucapan macha itu. Difahamkan perkara ini berlaku di luar pengetahuan Mugilan. Mugilan tidak tahu yang macha itu akan berucap.
Penyokong Samy Vellu yang berada di satu sudut berhampiran pentas mula kecoh apabila bekas pemimpin pertubuhan haram hindraf mengutuk kerajaan.
Mugilan menyampaikan ucapan dengan penuh bersemangat sambil melaungkan undur Samy Vellu. Majlis hanya berlangsung sekitar 10 minit sahaja.

Yang ini (vest biru) saya tak tahu samada penyokong GAS atau Anti GAS.
Selesai dalam dewan, ejek-mengejek pula di luar dewan.
Polis minta mereka semua bersurai
Wajah-wajah penyokong setia Samy Vellu
Kesimpulannya, Polis berjaya menyelesaikan masalah ini dengan cekap dan penuh diplomasi serta tiada sebarang masalah, kerana kedua-dua pihak yang bertelagah memberi kerjasama yang sepenuhnya. Polis tidak akan bertindak kasar jika peserta perhimpunan atau kepala-kepala perhimpunan memberi kerjasama yang baik dan patuh kepada undang-undang serta nasihat polis.
Tata...titi...tutu...

Lagi berita ada di sini

1 comment:

Abu Garcia said...

Bro,
Sorry ..off topic.

Dulu bila heboh kes artis kita berlakon dalam video lucah atau bergambar bogel. Semua lakonan dalam siri TV dan lagu-lagu mereka kena gam oleh stesyen TV dan radio.

Kini, bila Ariel Peterporn, Luna Maya ,Cut Tari dan Bunga Cinta Lestari didakwa terlibat, kenapa Stesyen TV dan Radio belum gam.

Double standard ka?

P/S: Ahli Politik pun tak terkecuali...