Thursday, July 15, 2010

Putar Belit Khalid Akan Jerut Leher Sendiri

Sepandai-pandai tupai melompat pasti akan jatuh ke tanah jua. Tiada guna kita cuba menegak benang yang basah, kalau batu katakan batu jangan pula dikata emas, kalau tipu katakan tipu,jangan pula terasa cemas.

Melihat kepada putar belit yang dibuat oleh Khalid Ibrahim sehari dua saya merasakan ianya akan menjerat leher beliau sendiri. Saya berani katakan usia Khalid sebagai MB sudah berada di penghujung halkum. Hanya tunggu masa sahaja, oleh yang demikian tolong-tolonglah kalau dia nak makan apa-apa pun berikan sahaja, nanti takut tak sempat merasa.

Semalam saya tidak sempat nak ulas dengan lanjut pasal penipuan jawapan yang diberikan oleh Khalid Ibrahim berhubung dakwaan bekas MB Selangor dalam kes lombong pasir haram.

Pada hari ahad 11 julai 2010, Datuk Seri Khir Toyo (DSKT) mengatakan bahawa kawasan perlombongan pasir di Kg Bukit Changgang bersebelahan Paya Indah Wetlands di Dengkil adalah perlombongan haram yang baru bermula sejak dua minggu lepas. Sila rujuk di sini

Pada hari isnin 12 julai 2010, MB Selangor telah membuat sidang media dan memberitahu laporan mengenai perlombongan pasir yang disiarkan akhbar hari ini adalah tidak benar kerana fakta-fakta yang diberikan kepada media adalah salah. Maknanya dia menuduh DSKT menipu media dengan memberi maklumat yang salah.

Khalid berkata, kawasan perlombongan yang dimaksudkan bukannya di Bukit Changgang tetapi Kampung Olak Lempit . Katanya lagi, kawasan tersebut adalah lombong yang sah dan permit melombong telah dikeluarkan sejak januari 2010. Sila rujuk di sini
Tiba-tiba semalam (rabu) keluar di muka depan Sinar Harian muncul seorang insan madani yang bernama Mahmud Buyamin yang juga Penyelia Kanan projek berkenaan berkata aktiviti melombong pasir di Kg Bukit Changgang adalah sah dan mula mendapat permit melombong sejak 1 julai 2010.

Khalid berkata di Olak Lempit ,lombong sah dan dapat permit pada januari 2010 (tulisan merah bold di atas). Buyamin pula kata Bukit Changgang, lombong sah dan dapat permit pada 1 julai 2010 (tulisan biru bold di atas), sama seperti mana yang didakwa oleh DSKT iaitu kerja melombong bermula dua minggu yang lepas dan di Bukit Changgang.

Yang mana satu betul ?

Biar saya cerita versi saya pula.

Saya turut ke lokasi yang dimaksudkan ahad lepas. Saya rasa saya masih belum buta ilmu alam dan saya tahu tempat yang kami pergi adalah Kg Bukit Changgang dan bukannya Kg Olak Lempit.

Setibanya di sana tiada sebarang aktiviti melombong pasir berjalan dan ada dua pekerja asing dari India yang berada di sana. Saya menghampiri mereka dan bertanya "ba'ya tarak kerja ke ini hari" ? Mereka jawab "siang tarak kirija, i'malam kirija". Saya tanya lagi "satu hari berapa lori pasir keluar" mereka jawab "tarak tentu, pasir banyak i'kalau 300 lori, pasir kurang i'kalau 200 lori".

"Itu siapa punya kereta" tanya saya sambil menunjuk dua buah kereta yang berada di bahagian bawah bukit. Mereka jawab "tauke punya kirita"
Selepas itu apabila melihat sebuah pajero dinaiki beberapa lelaki cina mereka terus melarikan diri. Saya syaki itu tauke mereka dan mereka takut jika tauke nampak mereka sedang berbual-bual dengan kami.
Untuk masuk ke kawasan tersebut kami tidak perlu melalui sebarang pos kawalan sepertimana yang selalu wujud jika anda memasuki kawasan kerja. Di kawasan perlombongan pasir yang sah kebiasaanya akan ada pos kawalan keluar masuk untuk mencatit nombor lori dan menimbang jumlah pasir yang dibawa keluar.

Lagi-lagi pula Kumpulan Semesta mengenakan royalti mengikut jumlah tan pasir yang dibawa keluar. Kalau Khalid kata lombong itu lombong yang sah, dimana tempat timbang pasirnya untuk mengetahui berapa banyak pasir yang di bawa keluar bagi tujuan royalti yang nak dikutip oleh KS.

Lagi satu, jika lombong itu lombong yang sah, kenapa mereka tidak melakukan kerja melombong di waktu siang ?

Tiada juga sebarang papan tanda yang memaparkan nombor permit atau butiran lain yang tertera di kawasan berkenaan sepertimana yang dikatakan di sini.

Adakah Khalid masih lagi nak menegakkan benang yang basah dengan mengatakan lombong itu lombong yang sah ?

Yang paling terang dan nyata Khalid telah menipu lokasi lombong. Lokasi sebenar yang saya lihat dengan mata saya sendiri ialah di Kg Bukit Changgang. Sama sekali tidak benar apabila Khalid berkata lokasinya di Olak Lempit. Beliau menuduh Khir Toyo yang memberi maklumat yang salah kepada media, padahal dia yang menipu media terang-terangan.

Dia bercakap dari dalam pejabat manakala Khir Toyo bersama berpuluh orang wartawan berada di lokasi dan mereka (wartawan) melihat sendiri dengan mata mereka bersama dengan Khir Toyo.

Kesimpulannya, lombong itu saya berani katakan lombong pasir haram yang didalangi sendiri oleh juak-juak PKR dan DAP dalam usaha mereka mengumpulkan dana bagi menghadapi pru 13 dan juga untuk p.raya negeri Sarawak. Juga dana untuk diri mereka sendiri sebagai bekalan jika tidak dicalonkan atau kalah dalam pru 13. Sementara ada ruang sebat, maka mereka sebatlah dulu sebanyak yang mungkin. Bukan senang peluang keemasan begitu nak datang.

Psstttt, Azmin and the gang pasti tersenyum lebar melihat Khalid kena balun sekarang. Dalam hatinya mungkin berkata "terima kasih BN kerana memudahkan kerja aku".

11 comments:

Anonymous said...

Maka celakalah penjual negara seperti Khalid dan sekutunya samseng2 pencuri harta rakyat.

Wak Jengkol said...

Salam RBF

Memang pedas betul post kali ni..Betul2 kena tepat kt kepala MB gagap selangor..mcm ni selangor bankrap lebih awal daripada perancangan....kasi sapu bersih terus

Anonymous said...

Apa-apa pun masih dalam kawasan DUN Dengkil yang mana ADUN Dengkil adalah orang BN. Yang jadi kehairanan aku, kenapa ADUN Sg Panjang yang begitu jauh nun disana yg dok siasat. Kenapa tak ADUN Dengkil sendiri yg turun padang meninjau bersama-sama ADUN Sg Panjang tersebut. Apa ADUN Dengkil tu buat? Dapat maklumat ADUN Dengkil ni jarang ambil peduli perihal puak2 UMNO di Gugusan Kg Dengkil sendiri. Dia banyak tertumpu di Olak Lempit & Bukit Changgang. Abis tu, takkan bole terlepas pandang perihal camni. Malu aku ada ADUN camni. Orang lain dok pi bongkar kegiatan yg berlaku dlm 'rumah sendiri'. Deyy.. Dato'.. Takut Lexus hitam Dato' tu kena habuk ke? RBF.. ko tolong siasat sikit Dato' ni.

asemal said...

Post memang pedas, tapi dia orang tak rasa apa-apa sebab lidah dia orang dah tebal dengan segala kata-kata dusta.

Anonymous said...

Salam Faisal
Saya musykil lah...pendedahan dah dibuat, penipuan pun dah diketahui oleh media tapi kenapa setakat hantar Memo Bantahan aje? Kenapa tiada tindakan dari pihak berwajib PDRM? Kalau saya jadi pencuri pasir, malam2 orang tengah tidur, saya curi lagi kat kawasan lain pula sebab tiada tindakan yang keras dan pantas.

My Longest Yard said...

Salam..

Ini kisah pasir..bukan kisah cinta. Jom baca !

Anonymous said...

Ape pasal ko tak kuarkan bila aku usik ADUN Dengkil. Pak Sedara ko ke? Komen aku yg lain ko kuarkan pulak.

Anonymous said...

Apesal ko tak berani siarkan bila aku usik ADUN Dengkil? Ada apa2 ke? Komen aku yg lain pandai lak ko siarkan ye.

ruang bicara faisal said...

bro anon, tadi komen u tak masuk lagi itu yg saya tak lepaskan. bila saya buka malam ni tgk ada 3 komen u. jgn cepat salah sangka. Noh omar pun saya kritik di blog ini apatah lagi setakat datuk marsum ja.

saya difahamkan semasa lawatan media ke lombong pasir hari itu datuk marsum tak dtg kerana ada mesyuarat bhgn sepang pd hari berkenaan. saya nampak dia ada dtg semasa rombongan media berhenti makan tengahri di kedai nasi beriani.

ruang bicara faisal said...

bro anon, tadi komen u tak masuk lagi itu yg saya tak lepaskan. bila saya buka malam ni tgk ada 3 komen u. jgn cepat salah sangka. Noh omar pun saya kritik di blog ini apatah lagi setakat datuk marsum ja.

saya difahamkan semasa lawatan media ke lombong pasir hari itu datuk marsum tak dtg kerana ada mesyuarat bhgn sepang pd hari berkenaan. saya nampak dia ada dtg semasa rombongan media berhenti makan tengahri di kedai nasi beriani.

Anonymous said...

Apabila melayu dah tak sayangkan negerinya sendiri , apabila melayu lebih cina dari orang cina sendiri , ..
apabila melayu menjadi sangat tamak haloba , apabila melayu sanggup menjahanamkan kampung halaman ,
apabila melayu dah tak berhati perut , apabila melayu sanggup bersekongkol dengan bangsa asing melahap segala hasil negeri ,

apabila segalanya dibiarkan dan dihalalkan atas sentimen parti , fanatik yg tiada batasan , ..

maka biarkanlah selangor hancur , biarkan selangor ranap dengan bumi berlubangnya , biarkan lubang2 semakin dalam dan besar , biarkan lubang2 itu semakin banyak , biarkan ..!!

mungkin dengan cara ini akan memuaskan hati dan membahagiakan orang melayu penyokong pembangkang , maka biarkan ...!!

besok kita mati , biarlah anak cucu berak kencing atas kubur kita kerana amarahnya , kerana kita telah menghancurkan dan menggadaikan segala hak dan bahagian mereka ,