Sunday, July 18, 2010

Letak Jawatan:Sekalung Tahniah Kepada Suhaimi

Saya difahamkan oleh beberapa sumber bahawa Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Ghazali telah menghantar surat perletakan jawatan beliau kepada Ketua Pemuda Umno Malaysia.

Difahamkan juga satu pengumuman rasmi untuk mengumumkan perkara tersebut akan dilakukan dalam masa terdekat.

RBF ingin mengucapkan tahniah kepada Suhaimi kerana bertindak secara gentlemen. Beliau berani mengambil tanggungjawab atas kegagalannya. Beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dan beri peluang kepada orang yang boleh menjalankan tugas.

Semoga pemimpin-pemimpin lain yang gagal, berani juga mengambil tanggungjawab sebagaimana yang dilakukan oleh Suhaimi.

Sekali lagi tahniah kepada Suhaimi.

Habis cerita bab Suhaimi, sekarang timbul pula persolan baru. Siapakah yang layak menggantikan Suhaimi sebagai Ketua Pemuda Selangor. Yang ini pun satu masalah juga, KJ perlu berhati-hati dalam hal ini.

KJ kena ingat, UMNO/BN adalah pembangkang di Selangor. Di saat begini, UMNO/BN Selangor memerlukan seorang KP yang gigih, berani, bijak berpolitik serta kreatif. P/raya makin hari makin dekat , Selangor perlu ditebus kembali. Sesiapa yang bakal memegang jawatan tersebut perlu bekerja keras 24 jam sehari, 7 hari seminggu,30 hari sebulan dan 365 hari setahun. Tiada masa untuk berbulan madu.

KJ tidak boleh melantik KP Selangor mengikut selera atau kehendak dia sahaja
. Pandangan ahli-ahli bawahan dan ketua-ketua pemuda bahagian perlu diambil kira. KJ berada di KL, yang nak bekerja pemuda di Selangor. Jika KJ melantik orang-orang yang tidak boleh diterima oleh ahli bawahan atau ketua-ketua pemuda bahagian maka masalah yang sama akan berulang balik.

Apa kata KJ lakukan sedikit reform dalam hal ini, buka tawaran kepada semua ketua-ketua pemuda bahagian yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan. Sesiapa yang berminat datang 'temuduga' serta present di depan kepimpinan pemuda pusat kenapa dia patut dipilih sebagai KP Selangor serta nyatakan visi dan misinya dalam usaha menawan kembali Selangor.

Apa yang saya nyatakan diatas adalah sebahagian elemen yang harus diambil kira, tidak boleh pakai yang itu 100 %, elemen lain juga perlu diambil kira termasuk perangai-perangainya. Ada orang yang hanya boleh bercakap tetapi tidak boleh buat kerja, ada orang yang pendiam tetapi kerja laju.

Perkara ini mungkin nampak pelik, tetapi tidak salah jika ianya dilaksanakan sesuai dengan pembaharuan yang dilakukan oleh UMNO. Lagi pula Selangor agak istimewa, orang nak jadi KP harus gigih ,rajin, bijak serta kreatif. Masa untuk pegang jawatan bagi tujuan berlagak sudah berlalu. Zaman sekarang ketua kena jadi kuli.

Di bahagian atas blog ini terdapat senarai 21 nama ketua-ketua pemuda bahagian di Selangor. Siapakah yang anda rasa layak ? Sila lakukan undian anda.

Sesiapa sahaja yang dipilih, saya serta rakan-rakan blogger lain sedia menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan yang terpilih bagi menjayakan misi memusnahkan PKR dan DAP di bumi Selangor.

8 comments:

ReentryCapsule said...

█ ► KJ si Kutu Jamban tu bila pulak nak BERHAMBUS.Diapun salah satu punca UMMNO lemah dan lesu.

█ ► Jangan nanti yang jadi pengganti Suhaimi ni lebih kurang sama je.Makan,Tidur,Kencing,Berak je kerjanya.

█ ► Susah-susah kau je la RBF jadi Ketua Pemuda UMMNO.Kalau kau buat TAIK nanti boleh aku hentam je kau dalam blog ni.

Terima KaseeeYYY....

Anonymous said...

Assalamualaikum,

saya setuju dengan pendekatan ala corporate dr bro RBF. calon yang berminat perlu buat presentation apa yg die nak buat kpd selangor agar kembali kpd BN, apa gameplan, indicators dan KPI dalam timeframe tertentu. dengan adanya exercise ini, tidak lagi bakal KP Selangor terabo-rabo apo bondo nak dibuek bilo kono lantik.

Anonymous said...

KJ pun tengah timbang kati nak letak jawatan KP UMNO... boleh ke dia fikir orang lain sedangkan diri sendiri pun tengah float....

Dinzi.

Anonymous said...

ko jer laaa jadi KP Selangor kalo amacam ada berani ke bro .... jangan berani cakap jer orang ... kasi potongggg???

Anonymous said...

Kita patutnya jgn nk cuba laga2kan pemimpin UMNO..kena tya kalu KP Sgor nk ltk jawatan pasal aper..dia dibantu ke x oleh perhubungan negeri..
lg 1, ltak la nama Suhaimi tu lg..kita tgok ada x org vote dia..

Hulubalang Desa 2010

Anonymous said...

Bagi dekat Budiman. Automatik Khir Toyo boleh jadi Penasihat.

Anonymous said...

Aku dengar ramai pemuda yang kalau tiada upah kerja tak jalan. Mungkin pemimpin atas fikir cakap berdegar-degar tentang perjuangan perut tak perlu isi kerja semua beres? Siapa pun juga KP baru , bila buat kerja dan tiada bantuan dan kerjasama dari perhubungan negeri ibarat pepatah Lembu Punya Susu Sapi dapat nama. Ingat program pemuda bergerak pakai air liur? Setakat sumbang janji kosong pembangkang pun pandai buat.

azam said...

bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum, saya setuju dengan sebahagian besar yang di utarakan oleh saudara. pada saya pemimpin yang hendak di pilih perlulah seorang yang "versatile" maksud saya, ada charisma, ada kebolehan dan keberanian bercakap dan ada daya usaha dan semangat perjuangan yang tinggi, tetapi perlu diambil kira yang perhubungan umno negeri perlulah menyokong sepenuhnya apa yang dirancang oleh kp baru selangor ini jika dilantik..mesti ada perbincangan dan kesefahaman sebelum perlantikan. pada saya juga pemimpin yang baru ini mestilah mendahului dengan contoh, contohnya seperti bantahan isu pasir yang lepas, ketua mestilah menunjukkan komitmen di mana mampu membawa pemuda yang paling ramai dari ketua2 pemuda yang lain, barulah nampak kekuatannya sebagai ketua. dan ketua pada masa yang sama mestilah berani kedepan serta lantang.. kalau takut dgn musuh xpayah jadi ketua.