Monday, July 12, 2010

Penceramah PAS dan PKR Menyusup Masuk Dalam Proton

Apa dah jadi dan apa yang akan jadi ?

Itulah persoalan yang bermain dalam fikiran saya sebaik sahaja saya melihat senarai penceramah-penceramah PAS dan PKR yang telah berjaya menyusup masuk dan menyampaikan ceramah dalam Proton.

Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Tapi saya tidak tahu di mana kesilapannya sehingga perkara ini boleh berlaku dalam Proton.

Mati hidup balik pun jangan haraplah penceramah-penceramah UMNO akan dapat masuk dalam agensi atau GLC milik kerajaan negeri yang diperintah oleh PAS,PKR dan DAP.

Lihat sahaja bagaimana mereka menghalang kakitangan-kakitangan mereka dari menghadiri kursus anjuran BTN kerana kononnya kursus tersebut menjadi tempat mencuci otak agar peserta menyokong kerajaan BN.

Mereka buat itu ini untuk menghalang orang-orang mereka dari menyokong BN, tetapi dalam masa yang sama kita pula membuka ruang kepada mereka untuk menguasai tempat kita. Sebab itu saya katakan dalam tulisan jam 10 pagi tadi, kita tidak boleh salahkan pencuri jika pencuri berjaya masuk ke rumah kita kerana kita tidak menitik beratkan aspek keselamatan rumah sendiri.

Mereka cekap mengambil kesempatan. Benarkah kata-kata yang sering didendangkan oleh PAS, PKR dan DAP selama ini bahawa BN lemah ? Anda semua boleh mencari sendiri jawapannya.

Di bawah ini adalah nama-nama yang saya dapat dan telah menyampaikan ceramah di dalam Proton pada bulan Ramadhan tahun 2008. Turut disertakan ialah kerjaya atau jawatan mereka (tulisan merah) untuk mengabui mata orang bagi tujuan menyusup masuk ke dalam Proton.

1) Isnin 8 Ramadhan (8/9/08)
Idris Bin Ahmad - Pendakwah Bebas (Ketua Penerangan Pas Pusat)

2) Selasa 9 Ramadhan (9/9/08)
Zulkifli Bin Ahmad - Penceramah Motivasi RMS

*Di sini ada sedikit kekeliruan, mengikut carian saya nama di atas adalah ahli Parlimen Kuala Selangor, tetapi ada kekeliruan bilamana jawatan yang dinyatakan untuk dia masuk ke Proton ialah penceramah motivasi Radio Malaysia Selangor. Mungkin dia atau mungkin Zulkifli lain yang kebetulan sama nama,atau juga mereka sengaja menukar kerjaya bagi mengelirukan orang. Mungkin pekerja-pekerja Proton boleh sahkan perkara ini.

3) Jumaat 12 Ramadhan (12/9/08)
Siti Zailah Mohd Yusof - Mantan Ketua Pengelola Dakwah MAIK (Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang)

4) Isnin 15 Ramadhan (15/9/08)
Yusaini Yahya - Pengetua Maahad Tahfiz Perlis (Penasihat Pasti Perlis) Klik sini

5) Rabu 24 Ramadhan (24/9/08)
Badrol Amin Baharom - Pendakwah Bebas (PKR)

Orang yang kata seorang mufti gila, syaitan dan nak pancung mufti dibawa masuk untuk berceramah dalam sebuah syarikat penting yang berkaitan dengan kerajaan. Adakah kerajaan bersetuju dengan orang yang nak pancung mufti ? Adakah kerajaan boleh berkompromi dengan orang yang berkata seorang mufti yang dilantik oleh kerajaan sebagai gila dan syaitan ?

Alasan yang digunakan untuk membawa mereka-mereka ini masuk ke Proton ialah kerana mereka yang di atas telah mendapat tauliah dari JAIS.

Bentuk kerajaan di Selangor bulan mac 2008, bulan september sudah dapat tauliah termasuklah orang-orang yang dari luar Selangor. Bukankah JAIS pernah mengatakan untuk mendapat tauliah dari mereka JAIS perlu mendapat laporan dari beberapa agensi termasuk PDRM.

Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam sendiri tidak layak mendapat tauliah JAIS kerana tersangkut di PDRM. Sekarang saya tidak pasti samada telah lepas atau belum. Bagaimana pula Badrul Amin yang pernah ditahan ISA dan nak pancung mufti boleh lepas dari PDRM ?

Harap pihak PDRM dapat jelaskan adakah mereka pernah mendapat permohonan dari JAIS untuk menyiasat orang-orang tersebut bagi tujuan pemberian tauliah. Di pihak JAIS pula mereka perlu jelaskan samada benar atau tidak pada masa itu mereka-mereka telah mendapat tauliah.

Saya difahamkan mastermind utama yang merancang pengembangan syiar PAS dan PKR dalam Proton ialah orang yang mengetuai Jabatan Sumber Manusia Proton. Dia menggunakan Badan Modal Insan Proton sebagai platform untuk semua kegiatan ini. Orang inilah yang telah ditangkap minggu lepas kerana mencabul kakitangan sendiri sepertimana yang dilaporkan di sini.

Yang lebih menyeronokan ialah orang itu juga turut sama menyampaikan ceramah kepada pekerja Proton pada khamis 18 Ramadhan (18/9/08) yang bertajuk Keperibadian Pekerja Muslim. Mungkinlah mengikut fahaman PAS keperibadian pekerja muslim ialah wajib mencabul kakitangan sendiri.

Daripada dulu lagi saya sering berkata orang-orang PAS memang tak boleh pakai, harapkan kopiah putih, serban sebesar bakul atas kepala dan jubah labuh mencecah tanah serta mulut sering disulami dangan ayat-ayat Quran serta zikir, tapi perangai mengalahkan hantu. Mereka-mereka ini bukan lagi menjual atau menggadai agama tetapi sudah sampai ke tahap melacurkan agama untuk kepentingan politik mereka. Dosa mereka lebih dasyat lagi dari orang yang meluluskan lesen judi untuk mengawal judi tidak berlesen.

Contoh terbaik adalah anda boleh tengok dalam kes hukum hudud. Sekarang apa sudah jadi ? Mereka telah lupakan demi kerana kepentingan politik dengan DAP dan PKR. Sudah dua PM selepas Tun Dr M, jika sebelum ini mereka kata Tun Dr M tolak hudud, sekarang sudah ada PM baru kenapa mereka tidak hantar draf hudud sekali lagi ? Mana tahu jika PM baru bersedia menerimanya. Belum cuba belum tahu.

Mereka sanggup bermandi air asid dan bom asap dengan FRU kerana pelbagai demontrasi lain yang dirancang di KL, tetapi kenapa mereka tidak sanggup berbuat begitu untuk menghantar memorandum melaksanakan hukum hudud kepada Istana Negara ? Saya cabar pejuang-pejuang Pas yang kononnya memperjuangkan Islam membuat satu perhimpunan besar-besaran untuk menghantar satu memorandum kepada Istana Negara bagi menggesa pelaksanaan hukum hudud.

Berbalik kepada kisah di Proton, semua GLC di Malaysia termasuk Proton terletak di bawah MOF. Pada tahun 2008 menteri yang bertanggungjawab menjaga GLC adalah Nor Mohamed Yakop (NMY). Semua ini boleh berlaku adalah kerana kegagalan beliau.

Inilah padahnya bila seorang yang tidak faham politik menjadi menteri. Untuk menjadi menteri seseorang tidak boleh sahaja bijak dalam ekonomi dan pentadbiran, bijak politik juga penting. NMY bukannya seorang yang bijak politik. Dia bukan orang politik, maka sudah tentu dia tidak pandai berpolitik. Inilah padahnya apabila kerajaan suka sangat melantik payung terjun dalam kabinet.

Dia hanya pandai ekonomi dan pandai jaga diri dia sahaja. Dia tiada semangat kepartian dan sayangkan parti serta tidak faham politik. Oleh kerana dia pandai ekonomilah maka setpolnya boleh simpan berpuluh peti besi dan wang tunai berjuta di dalam rumah.

Banyak sudah yang terbukti sebelum ini tentang kegagalan-kegagalan individu-individu payung terjun apabila masuk politik. Untuk menjadi pemimpin politik yang tulen dan faham segalanya ianya mesti bermula dari bawah.

Contohnya Awang Adek Hussin, dahulu dia bertugas sebagai Penolong Gabenor Bank Negara. Letak jawatan dan masuk politik. Sekarang apa jadi padanya ? Dia bukan seorang ahli politik yang berjaya dan kalah di kedua-dua kerusi yang ditandinginya di kampungnya sendiri. Lebih pedih apabila dia kalah kepada orang luar dari Kelantan. Amirsham Aziz dari dunia korporat masuk jadi menteri, pun gagal. Jawab soalan dalam parlimen tergagap-gagap, sekarang kembali ke dunia korporat.

MB Negeri Sembilan juga sama, dari dunia korporat masuk politik dan terus jadi MB. Akhirnya terpaksa dipimpin oleh abang dan lebih pedih apabila kena main dengan abang sendiri pula dan orang-orang di bawah mula marah. Sepenggal jadi MB, NS hilang 2/3 dalam dun. Kalau tak tukar MB sekarang, p.raya akan datang pasti NS akan jadi Wilayah DAP.

Contoh terbaru adalah Khalid Ibrahim, juga dari dunia korporat. Bukan sahaja dalam UMNO berlaku perkara ini, dalam pihak musuh juga mengalami masalah yang sama.

Selain dengan tokoh korporat atau ekonomi kegagalan tokoh akademi dalam politik pun tidak kurang hebatnya . Antaranya Musa Mohammad (menteri pendidikan 1999-2004), Mahadzir Khir (bekas MP Sg Petani) dan Masitah (timbalan menteri JPM sekarang)

Kesimpulannya hanya orang politik yang faham lenggang-lengguk serta seni politik. Orang yang bijak pandai dalam ekonomi, perniagaan, akedemik atau lain-lain bidang biarkan mereka disana. Jangan musnahkan kerjaya yang mereka pilih sendiri.

Oleh yang demikian sudah sampai masanya kerajaan membersihkan balik semua GLC atau agensi-agensi kerajaan daripada menjadi sarang musuh untuk melemahkan kita. Kerajaan ditipu hidup-hidup dalam perkara ini, segala kemudahan dan kelengkapan yang ada baik milik kerajaan atau GLC digunakan oleh musuh untuk menikam kita sendiri.

Cerita-ceriti GLC atau agensi-agensi kerajaan menjadi lubuk pembangkang sudah lama kedengaran. Perkara ini jika tidak dibendung dengan segera boleh meruntuhkan BN dalam PRU akan datang.

Cukuplah payung terjun dan cukup jugalah lantik pegawai-pegawai kerajaan yang sudah pencen mengetuai GLC. Berilah peluang kepada orang-orang yang boleh menolong kerajaan dan rakyat.

Dalam kes yang terjadi di Proton ini,bukan niat saya untuk menyalahkan Datuk Syed Zainal (DSZ). Saya tahu DSZ orang baik dan kuat pegangan agama. Saya tahu DSZ ahli UMNO, dan saya juga tahu DSZ banyak meningkatkan kualiti kereta-kereta keluaran Proton semenjak dia menyertai Proton.

Mungkin kerana DSZ lebih beratkan kepada soal kualiti maka dia terlepas pandang kegiatan-kegiatan politik yang terjadi dalam Proton. Peluang untuk memandang ke depan masih ada lagi. Oleh itu harap-harap DSZ dapat pandang-pandanglah selepas ini.

Update@1.30pm: Di bawah ini adalah e mel yang saya terima dari saudara Norhisham Ithnin pada hari sabtu 10 julai 2010 jam 9.51 malam.

assalamualaikum,
difahamkan saudara ada cerita pasal proton yg akan di dedahkan pada hari isnin ini? diharap saudara mendapat cerita yg tepat dan tidak mejadi bahan lawak utk di siarkan.rasanya ramai yg nak bercerita pasal proton ni maklum lah company yg dah 25 tahun wujud di malaysia ni.Saya percaya ramai yg takut nak buka mulut almaklum lah ramai org yg kita tau mempunyai rangkaian atau bahasa sedapnya networking dimana kalu salah cerita akan makan diri. saya tunggu isnin ini manalah tau cerita yg nak didedahkan sama dgn apa yg saya tau.sekian wassalam

Norhisham, saya dah dedahkan, apa kata anda sekarang ? betul atau tidak ? jawab dengan ikhlas.

Sekian

** Akan datang cerita Shafie Afdal pula

27 comments:

Anonymous said...

apesal tulisan kecik.. susah nak baca...

Wak Jengkol said...

Salam..

Wowwwww..ini x boleh jadi..kena buat sesuatu, sebelom terlambat...

mohon link blog sy ke blog saudara yer..

terima kasih
Wak jengkol

http://ulatdankulat.blogspot.com

Anonymous said...

Bro RBF, Kenapa text terlalu kecil nah? Kenapa teropong ke bila nak bacab? Bole tak besarkan text?

Anonymous said...

Setahu sy selama ini, pekerja2 PROTON pun ramai yang ahli PAS n PKR...

from Boyesen...

MR. Z said...

Memang dah lama perkara begini berlaku dlm GLC & Agensi Kerajaan. Di Jabatan kerajaan ramai ustaz2 yg dijemput adalah aktivis kuat PAS memberi ceramah disurau2 waktu rehat (lunch). Kerana itulah ramai k/tangan kerajaan kini anti BN/UMNO dek termakan hasutan mereka hari-hari.
Saya juga punyai kawan dan saudara-mara yg bertugas di GLC Petronas, Telekom yg penyokong totok karat habis parti PAS, CAKAPLAH APA KEBURUKAN YG PAS DAH BUAT KAT ORG MELAYU MEREKA TAKKAN PERCAYA.

Mereka2 ini menikmati jawatan baik, gaji lumayan,hidup aman berkeluarga, jawatan tetap setiap tahun naik gaji & bonus tapi tikam kerajaan dari belakang, tak syukur nikmat yg disediakan oleh kerajaan BN/UMNO. Bagi Kerajaan Pakatan Pembangkang JANGAN HARAPLAH NAK UNDANG ATAU BENARKAN Ustaz2 yg kritik kerajaan Pakatan Haram itu berceramah di Jabatan Negeri Selangor, Kelantan, Kedah,& P.Pinang. Ketua Pengarah Jabatan & GLC tak ambil kisah hal ini kerana kesibukan mereka. Pengarah Admin lah atau Bhgn HR yg punyai kuasa dan agenda mereka sendiri yg telah di susupi oleh puak pembangkang. Harap ini membuka mata kerajaan BN.

Anonymous said...

Bukan mereka tak tahu,tapi buat buat tak tahu kerana sibuk.Bila PRU 13 baru mereka kata oh ya apa yg di tulis Bloger betul.Susah sanggat ke nak ambil tindakan.

Kalam Timur said...

Salam Bro rbf,

Terjahan menarik tahap gaban. Pembangkang guna duit kerajaan untuk lingkupkan kerajaan. Dan orang kerajaan itu sendiri berideologikan pembangkang. Kempen anjuran kerajaan tinggal nama, sebab kene sabotaj dgn orang kerajaan sendiri. Akhirnya, pembangkang kata kerajaan tak efektif. GAGAL.

Kesian kerajaan. Pemimpin ada yang tak mahir politik, kakitangannya pro pembangkang, duitnya habis buat xtvt pembangkang. Ini golongan yang makan dalammmm...

UNCLEROTI said...

RBF tolong gi terjah kat PERODUA juga.. dengar2 cerita hal yang sama juga berlaku di PERODUA, Ingress yang ternyata sekutu PAS dah lama masuk PERODUA...
Bukan ke x CEO PERODUA org yg sama ngan CEO PROTON skg?

Anonymous said...

inilah muka lahanat-lahanat PAS!!! , yang pernah menghina dr mahathir bila ingin menubuhkah Proton , malah anjing-anjing PAS ni bersama puak racist DAP terus menerus menghina Proton sehingga kini , malah fitnha berterusan terhadap Dr Mahathir mengenai Proton diteruskan oleh PAS/PKR .. TETAPI anjing-anjing ini rupa-rupanya mencari makan untuk anak bini mereka di Proton.

Mengenai GLC kita tak payah cakaplah !!! GLC ialah hasil usaha Dr Mahathir dan pemimpin agar melihat kejayaan rakyat Malaysia berterusan !!! Tapi lihat sahaja puak racist DAPigs yg tak senang dengan kejayaan anak melayu menjawat jawatan eksekutif dan pelbagai jawatan penting dan tinggi , bagi DAPigs hanya mereka sahaja yg oandai dan orang lain adalah malas , malah jika kita lihat puak racist DAPigs begitu lantang menentang GLC ni sebagai longgokan graduan Melayu .. malah ini disambut oleh anjing-anjing PAS sebagai perkauman !!! Tapi lagi sekali rupa-rupanya anjing-anjing PAS ni mencari nafkah untuk anak bini di GLC yg mereka hina dan fitnah selama ini .

JON

Anonymous said...

Aku heran lah...manusia jenis apa yang makan gaji dengan kerajaan tapi mencaci dan menikam dari belakang. Kalau tak suka dasar kerajaan, merambuslah...ramai lagi orang lain yang nak kerja. Siang malam pagi petang mengutuk...itu tak betul, ini tak betul. HALAL ke gaji tu kalau buat kerja tak ikhlas?

Sembahyang tonggak tonggek tapi hati macam Zionist!

Anonymous said...

Abis lah maklumat kerajaan sure ada yang gatai mulut pergi bocor, tak banyak, sikit sure tersasul. habis lah ni belum kira yang berhaluan seperti al'maunah bahaya oooo, tau tau dah meletup PutraJaya jadi padang jarak padang terkukur.

derhaka tahap dajal

Anonymous said...

Salam RBF;

"Mereka2 ini menikmati jawatan baik, gaji lumayan,hidup aman berkeluarga, jawatan tetap setiap tahun naik gaji & bonus tapi tikam kerajaan dari belakang"
MR.Z~July 12, 2010 12:06 PM

Kalu dah ketua/pemimpin mrk pun penikam blkg tegar, pengikut lagilah teruk!

Anonymous said...

bagi anak bini makan hasil haram. kutuk tun m zalim,rupa nya si zalim lah cipta syt bagimsi celaka ni kerja kasi sumbat mulut anak dgn gaji. tuan guru punjaan hati yg btak mau mampus tu halau org kelantan keluar kelantan tapi tetap di jilat tapak kaki nya. islam apa kamu nak dakwah kan dgn perangai mcm sial ini?

Nayan said...

Ada juga pendedahan seumpama di syburi-times.blogspot.com. Rekomen atau suara org UMNO dimasukkan ke bakul sampah saja. Yang mereka lakukan ialah merosakkan perancangan kerajaan.

Anonymous said...

BN baik.BN x buat jahat.hangpa kutuk lah BN zalim.tp BN kasi hangpa tempat cari rezki.hangpa suap mulut anak bini hanpa dgn rezki hasil kerja org yg hangpa kutuk.hangpa kuat agamakan.hangpa hafal ayat2 quran.hangpa kata bkn BN yg bagi rezki.Tuhan bagi.tp usaha sapa?usaha org yg hangpa kutuk.org yg usaha bina proton tmpat hangpa suap mulut anak bini hangpa skrang nih.BN kalu zalim jgn harap hangpa nk msk keja dlm tu.BN @ UMNO bagi pasai hangpa melayu.org islam.hangpa pikiaq la no.agak2 lah kalu kata la ekonomi jatuh,proton bangkrap musti hangpa kutuk BN jugk kan? mmg hangpa dasar perangai haiwan@binatang.tau tau dek untung.patut hangpa syukur diberi nikmat.berterimakasih.ini tidak.hangpa kutuk2 org yg berusaha bg hanpa tmpat cari makan. hangpa mmg HARAMJADAH.HARAMJADAH.HARAMJADAH.MELAYU YG DOK BUAT PERANGAI KUTUK2 KERAJAAN DI PROTON MEMANG MELAYU HARAMJADAH.KHAIKKKKKKKKKK PTUIH!!!SIAL MAK PAK HANGPA BERANAK HANGPA.POKEMAK !!MELAYU YG DOK ADA DI PROTON ATAU PUTRAJAYA YG BERUSAHA MEMUSNAHKAN KERAJAAN MELAYU SKRANG ADALAH MELAYU POKEMAK HARAMJADAH BABI SIAL.SIAL.SIAL.
sori laa no.emosi.pasai hangpa x sedaq diri.
MELAYU jati

Anonymous said...

aritu kalo tak silap diorg badrul amin dtg bg ceramah kat opis waktu lunch tapi atas tiket dan kapasiti mcm mana ntah ler boleh lepas..padahal guna banguanan kerajaan dan pendengar adelah kakitangan awam ..

pada pemimpin kerajaan tolong lihat kementerian masing2 dan pantau ler aktibiti staf yg byk berpolitik nie mereka yg menyampaikan dakyah serta byk menyampaikan fitnah....gaji ambik tapi kutuk kerajaan malah guna internnet di opis utk baca forum tko .saringan perlu dibuat bg memastikan yg betui ikhlas dan tak tikam kerajaan jer yg boleh berkhimat dgn kerajaan ..kalo terlewat hancur la malaysia

Anonymous said...

Ceh.. Geli la bro. Org nak kasi ceramah pun nak jadi hal. Macam budak2 pun ada ko ni. Geli betul aku membacanya.

Kenang Jasa said...

Nampaknya perkara ini akan menjadi barah dalam Proton

Pada staff Proton ingatlah

1) Pembangkang cuba nak tutup Proton kalau mereka memerintah nanti habislah Proton kemana korang nak cari makan.

2) Bukan snang nak cari kerja sekarang dah ada kerja buatlah kerja jangan ingat politik saja

3) Pembangkan memang benci dengan korang apsal pulak korang nak sokong pembangkang

Anonymous said...

psss anon 10:49

aku lagi geli mamat yg bwk penceramah bebas tu konon2 nak berdakwah utk bentuh siasah pekerja rupa-rupanya MAT CABUL.. kaki raba.. yakkss

Anonymous said...

Itulah sifat orang PAS menghina dan memfitnah pada GLC , lihat sahaja blog pro pembangkang yg setiap hari memfitnah GLC tapi mereka lupa yg keje kat GLC dan kaki songlap tu semuanya orang PAS .Mereka ni bekerja dengan GLC , bagi anak bini makan , dasar anjing punya PAS , dan pulak bawak masuk penceramah penipu dan kaki fitnah serta pemutar belit ayat Al Quran .

huh dasar binatang punya manusia !!! GLC ialah antara syarikat yg sangat dibenci oleh puak DAPigs kerana melahirkan banyak eksekutif Melayu .

Pejuang Bangsa said...

syabas Bro di atas pendedahan ini mengenai pengaruh Pakatan di dlm GLC Kerajaan ...

sy ingin dedahkan lagi GLC kerajaan seperti UEM Group , PLUS , PROPEL ,UEM Builder pun terdapat puak2 taksub PAS terdiri dr pengurus kanan ,engineer sehingga ke supervisor/technician ..

Sy pernah pergi ke office mereka , tengok2 Harakah dan Suara Syaitan menjadi bahan sarapan

Anonymous said...

kita dia mcm badrul amin ustaz palsu tu nak.

ya allah kau kasi la anak anak org pas yg anti tun mahathir tapi kerja dgn hasil perahan otak nya , menjadi anak anak yg bodoh yg besar tak akan bantu ayah sendiri kerana ikut kata tuan guru bodoh tak perlu terima kasih kpd mak bapak sbb besar kan anak mmg kerja mak bapak.



jgn marah ye, nik ajis pun tak tegur badrul amin doa kemusnahan.

ReentryCapsule said...

█ ►Ini lah yang kita panggil MELAYU KEPALA TAIK BABI HANJING SIAL PUKIMAK LANCAU AL_PALAT.Benda ni bukan dekat PROTON je aku rasa.Mungkin organisasi kerajaan yang lain pun sama.Mereka ni PARASIT yang memusnah dan memecahbelahkan Melayu.

█►Isnin,Salasa,Rabu,Khamis,Jumaat,Sabtu,Ahad,Pagi,Petang,Siang dan Malam tak putus-putus MULUT SIAL diorang nie kutuk-kutuk kerajaan.Dah macam menjadi makanan RUJI BERPROTEIN TINGGI plak untuk diorang.

█ ► Duit BN ni kan HARAM,KAPIR LAKNAT dan boleh masuk NERAKA JAHANNAM.Kalau sokong sangat Pembangkang tu pergi balik Negeri Tok Guru PUNDEK tu la.Boleh jual Budu,Serban Lilit 40 tingkat,Jubah Labuh Selubung atau jadi KUTU KURAP kat KB Mall.

█ ► Punca segala SIAL yg cuba menghancurkan Malaysia dan Melayu ini ialah DAPundek dan Pembangkang Melayu SIAL dari Negeri Serambi Thambi.Serambi Mecca Kunun.Muka sekor-sekor BUSUK jer aku tengok.Boleh Pigi Jalan Dahh..!!!!

█ ► Sayang betul diorang nie dengan JUBUR Nuar CAYANG BUCUK dengan Tuan Guru yang BODO-BODO ALANG tu.CHAITT!!!!

Terima KaseYYY....!!!

VoidDance said...

Okay, ada valid reason kenapa orang kuat parti pembangkang tidak patut berceramah di dalam GLC. cuma tidak faham kenapa pekerja yang bekerja juga tidak boleh parti mana mereka mahu pilih. semestinya BN jugakah hanya kerana mereka bekerja dengan GLC?

lagi satu, kenyataan ramai di sini seolah-olah pembangkang menentang kerajaan, bukan parti yang memerintah. lagi, samakan parti dengan kerajaan. kerajaan adalah kerajaan iaitu pihak yang diamanahkan untuk memerintah negara demi untuk kebaikan semua rakyat tanpa mengira apa pegangan politik. manakala parti yang memerintah adalah kumpulan parti yang dipilih secara majoriti oleh rakyat untuk memerintah. mana boleh sama.

GLC adalah milik kerajaan bukan parti yang memerintah. jadi walaupun seseorang itu bekerja di sebuah GLC dan tidak menyokong parti yang memerintah, kita tidak boleh menghalangnya. wajibnya, individu tersebut berkhidmat dengan GLC tanpa kekangan politik. berkhidmat dengan jujur demi kejayaan GLC dan negara. kalau dia tak betul, dia menyeleweng, buang. tapi kita tidak boleh buang hanya kerana dia tidak sokong parti yang memerintah.

kita bukan negara feudal dan juga bukan negara fasis. kita negara demokratik. rakyat bebas memilih siapa yang dia suka. tetapi kalau sudah bekerja dengan kerajaan, tanggungjawabnya adalah untuk kepentingan kerajaan kerana kerajaan berkhidmat untuk semua orang, semua rakyat, bukan untuk parti politik tertentu saja.

saya sokong kalau penceramah berpaksi politik tertentu dilarang sama sekali memberi ceramah GLC atau pejabat kerajaan. takut mereka ambil peluang untuk berpolitik. selebihnya, saya tidak sokong kalau kita hendak tentukan parti politik apa seseorang individu yang bekerja dengan GLC dan kerajaan perlu sokong. Itu pilihan masing-masing. Wajibnya bila dan kerja dengan kerajaan, berkhidmat dengan jujur untuk rakyat (semua rakyat).

meritokrasi said...

Salam....

Kes ni macam dah makin panas... dah masuk paper kosmo hari ni (13.07.2010). selagi tidak dibanteras selagi tu akan memburukan lagi keadaan. saya tidak memihak kepada mana-mana pihak cuma tidak mahu syarikat yang bertaraf DUNIA ini terjejas dengan issue yang sebegini rupa cukup la sekadar PRODUK yang diperkatakan bukan dari segi dalaman syarikat. Perkara sebegini di ibaratkan susu lembu punya pasal SAPI dapat nama.... pikir2kan.....

Thanks for best informantion.

Mohon Share this blog to

http://meritokrasi-associate.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam bro.. Org2 pembangkang ni Mmg keja dia memBANGKANG je. Dulu depa kutuk TDM waima apa pun yg govt buat. Buat highway, membazir. Proton, tin milo. Perodua, keranda. Apa lagi. Semua tak betul. Jadik kalau Semua tu Tak betul, mengapa ikut highway.. Gaji kt proton tu Kan haram, glc kan govt punya. Apa la punya Bodoh nak mampos dia org ni. Dah tau govt punya, resign la. Ramai lg bole keja kt sana. Nak tutup proton Kalau jd govt, tp muka2 laknatullah ni la yg bg ceramah. Bangang betul la... ORG2 PAS,PKR,DAP TLG JWB.. Kalau pegang pd prinsip, Jgn jd musang berbulu Ayam.. Pegi la keja dgn pas ke, pkr ke, dap ke.. Jgn dduk lg dlm company2 yg related to the current govt...

Anonymous said...

Isu ini semakin terbuka dan panas ,mereka yg terlibat kini dalam kepanasan dan sedang mencari helah untuk menghalalkan perbuatan mereka,

puak2 penyokong PAS memang bijak mencari alasan dan dalil untuk membenarkan perbuatan mereka , mereka kata kami bukan tentang kerajaan , kami tentang UMNO !!

lalu dimanakahotak waras mereka untuk berfikir , siapa kerajaan ? parti apa yg menjadi kerajaan memerintah negara ?

bukankah UMNO adalah parti utama peneraju BN yg memerintah kerajaan ? BN itu gabungan MIC, MCA, UMNO , dan UMNO adalah majoriti sebagai peneraju ,

Bukankah BN sering dimomokkan sebagai KAFIR oleh PAS ? bukankah UMNO dikafirkan oleh PAS ? bukankah BN UMNO itu telah dihalalkan darah oleh PAS ?

PAS , ternyata memang bertentangan dengan apa dianjurkan Al Quran , taatlah kamu kepada ulul amri - dipesongkan oleh PAS ,
PAS cuma tahu bercakap , cuma tahu mengkafirkan ikut selera dia , tapi dalam masa yang sama PAS makan gaji dengan kerajaan yg dia kafirkan , PAS makan gaji dengan GLC hasil kerja UMNO /kerajaan ,

PAS mengutuk kerajaan , kata zalim dan menindas tapi PAS kaya hasil dari bantuan kerajaan , PAS kata kerajaan zalim tapi wang pencen dibayar kerajaan , PAS menabur fitnah kata kerajaan yahudi tapi dia nak haji ikut LUTH yg kerajaan dirikan , maahad tahfiz kerajaan dirikan , lepas jadi Tahfiz menentang kerajaan ...serupa anjing mengiggit tangan tuan yang menyuap !!

inilah wajah PAS yang sebenar , munafik dan talam dua muka , PAS yang tdk sedar diri harus sedar dimana ia hidup dan dimana ia berdiri , dengan siapa ia makan gaji dan siapa yang membayarnya , dengan siapa ia berubat masa sakit dan siapa yg mendirikan pusat perubatan itu ,

Usahlah hanya nampak keburukan kerajaan tapi membutakan mata dan hati dengan hasil yang kerajaan berikan , hanya tahu mengkafirkan tapi tak nampak dimana Islamnya kerajaan ,

PAS kena muhasabah diri, renung diri dan diri ahli keluarga lain , dimana dan siapakah mereka ?