Monday, July 19, 2010

Saman Ekor : Tolonglah Wahai Mr PM

Masalah saman ekor yang menghantui rakyat sejak kebelakangan ini nampaknya belum reda lagi. Makin hari makin banyak rungutan. Tolonglah kerajaan, tolonglahhhhhhh.

Bulan puasa sudah dekat, raya pun tak lama lagi, minyak pun baru naik, semua itu duit. Tolonglah jangan tekan rakyat yang nak bayar cukai jalan atau lesen memandu.

Nanti ramai yang nak balik beraya di kampung halaman pandu kereta tiada cukai jalan. Bukan niat saya hendak melindungi pesalah jalanraya, cuma bagi sedikit ruang kepada mereka. Mereka bukannya lakukan kesalahan jenayah, hanya kesalahan traffik. Bulan lepas saya pernah tulis perkara ini dan cadangannya di sini.

Setiap hari ada sahaja e mel atau komen-komen yang ditinggalkan oleh rakyat di blog ini berhubung dengan saman ekor. Begitu juga di akhbar-akhbar, tetapi kerajaan masih lagi buat tak tahu, seolah-oleh tidak prihatin dengan masalah rakyat.

Di bawah ini satu lagi e mel yang saya terima dikirimkan oleh Faizal Abu Bakar dari Kulim, Kedah.

Salam saudara Faisal, Saya nak syorkan kepada saudara agar dapat menambah tulisan dalam blog saudara berkenaan dengan saman ekor yang dikatakan akan dilaksanakan oleh PDRM. Adakah kerajaan yang memerintah sekarang betul2 mengamalkan moto 1Malaysia iaitu 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan', rasanya hanya duit yang diutamakan. Ok kembali kepada saman ekor, ada beberapa perkara yang boleh di persoalkan;

1. Dari sudut ekonomi kerajaan, adakah kerajaan untung dengan menyenaraihitamkan rakyat yang tidak membayar saman; rakyat nak bagi cukai dekat kerajaan tapi kerajaan tak nak ambik! Nampaknya kerajaan kita ni memang banyak duit, rakyat nak bagi kerajaan tak nak ambik! Saman ni umpama bonus saja bagi kerajaan, cukai tu adalah gaji saja, tak kan tak dapat bonus, gaji tak nak ambik?


2. Sejak bila pulak penjawat awan dibenarkan membuat kenyataan dengan dasar kerajaan? Pada 10/07/2010, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata tindakan saman ekor itu untuk memberi pengajaran kepada pemilik kenderaan agar lebih bertanggungjawab. Katanya, pemilik kenderaan yang gagal melunaskan saman selepas tiga bulan notis saman diserahkan akan disenaraihitamkan. Kenyataan ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang penjawat awam kerana ia akan memberi kesan kepada kerajaan yang memerintah! Rakyat akan kata tak apa, tunggu PRU13, kami bukan suka Pakatan Rakyat, tapi kami benci BN yang tak tau jaga rakyat.


3. Kenapa PM Datuk Najib mengulas dengan menyatakan polis hanya menjalankan tanggungjawab dalam penguatkuasaan saman ekor terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas. Kalau Ketua Trafik tu pandai sangat, ambik saja dia jadi menteri kewangan. PM kita ni nak jaga polis sorang ni ka atau rakyat yang 28 juta!


4. Menteri yang patut ulas pasal polis ni adalah Menteri KDN, bukan PM, apasai la PM kita jadi macam ni, kalau zaman Tun Dr. M dulu benda-benda macam ni tak jadi. Ini lah jadinya orang yang tak pernah susah jadi pemimpin.
Salam, nanti lain kali kalau ada perkara yang menyusahkan, saya akan beri komen lagi. Sekian, semoga sebarkan kepada bloger yang lain supaya kita sama-sama ingatkan PM 1Malaysia kita.....

Faizal, Kulim, Kedah

8 comments:

Anonymous said...

turunkan saman 70% kalau iya pun. itu dapat meringankan beban duit kita....

Wak Khairul0799 said...

Saudara faizal,
Terima kasih atas kenyataan tersebut. Saya Khairul Anuar dari Ipoh menyokong sepenuhnya kenyataan saudara. Saya baru saja dua tida hari lepas menghantar email kepada Perdana Menteri, Menteri KDN, Ketua UMNO Bhg Gopeng dan PDRM meminta SAMAN EKOR PATUT DIKAJI SEMULA kerana tidak adil untuk semua Rakyat 1 Malaysia yang terlibat. Saya tunggu jawapan dari mereka kerana saya nak lihat samaada Gagasan 1 Malaysia diamalkan untuk Rakyat 1 Malaysia atau Individu yang ada Kuasa. Saya tunggu jawapan mereka. Apa yang saudara nyatakan itu adalah benar kerana menyiksa rakyat bukan membantu rakyat. Terima kasih kerana sama pendapat dengan saya.

Pena Berbisa said...

Itulah antara keluhan...saya juga ada menulis tentang perkara ini

http://penaberbisa.blogspot.com/

memang ramai yang mengeluh...yang sokong kerajaan pun sama mengeluh...Rakyat biasa lagila keluhnya...

Anonymous said...

leen: saya baru je terbeban dgn 2 saman berjumlah RM600. kesalahan trafik je pon..bukannye jenayah :(

Anonymous said...

Saudara RBF, saya cadangkan rakyat Malaysia bawa topeng Ultraman, Maskman, Gaban, apa2 topeng pun tak pa.

Bila saja lalu hot spot. Pakai topeng. Nanti bila sampai saman kita kata kat En Polis,

Eh latuk, ini bukan saya yang bawa, ini Ultraman yang bawa. Apa bukti saya bawa kereta time tu???

Anonymous said...

Sdr Faizal.

Ko tunggulah bila dah istihar tarikh PRU 13 nanti barulah permintaan ko jadi kenyataan.

Malangnya aku ada saman ekor yang kena jelaskan bulan nih sebab roadtax dah nak mampos!. Tu lah duit nak beli baju raya anak-anak nanti....

Din Teksi

yam.. said...

salam, aku baru je minta bank idupkan road tax 13 julai ari tu. tapi 3/4 ari sebelum tu bank kata ada saman ekoq! huhu cek tgk ada rm800 saman trafik perlu bayaq kalau x boleh idup road tax..tepaksa la korek duit tabung aji aku huhu..tengah bulab beb

Anonymous said...

Salam...
Den ado 7 saman ekor yang nak kono di jolaskan. Jumlah somua RM1380. Raya nak tibo..baju anak2 bolom boli laie...belanjo untok persediaan raya kek kg den dan oghang umah den lagi...cammano ni den nak buek..alahaiiiii PM DSN tolong lah den...saman ekor tu tak botul tak tidak...tak dapt surat..tak dapat apo2, tibo2 check kat myeg ado 7 saman...apo ni...kalau yo pun nak duit den....dan yang lain2(rakyat m'sia)tuuuuu...ontah apo laie yang den nak cakap tak tau lah....1M'sia rakyat di dolu kan...pencapaian d utamokan hanyo tinggal slogan ajo lah....tak ado pun di utamokan rakyat menyusahkan rakyat ado lah laie..