Saturday, July 24, 2010

Kenapa KSSB Mengelak Bawa Wartawan Ke Lombong Haram ?

Saya baru mendapat info dari seorang rakan wartawan yang mengikuti rombongan KSSB melawat lombong pasir di Selangor hari ini.

Untuk pengetahuan anda, pada hari ini KSSB menyediakan sebiji bas dari pejabat mereka di Shah Alam untuk ke kawasan perlombongan pasir 'haram' dan pasir 'halal' di Selangor.

Saya diberitahu oleh rakan saya yang bas berkenaan penuh dengan wartawan sehingga tidak cukup tempat duduk dan ada yang terpaksa pergi dengan kenderaan sendiri.

Mengikut jadual yang dikeluarkan oleh pejabat MB para-para wartawan akan dibawa melawat lombong pasir 'halal' terlebih dahulu dan kemudiannya ke lombong pasir 'haram'.

Mereka bertolak dari Shah Alam jam 9.30 pagi dan tiba di lokasi lombong 'halal' di Olak Lempit lebih kurang 1 jam kemudian.

Setibanya di sana , mereka memberi penerangan tentang operasi lombong berkenaan kepada para wartawan dan juga dibawa melawat kawasan sekitar.

Semuanya selesai lebih kurang jam 11.30 pagi. Mengikut jadual para wartawan sepatutnya dibawa pula untuk ditunjukkan kawasan lombong pasir 'haram' bagi tujuan mereka membuat perbandingan.

Tiba-tiba sahaja pihak atasan KSSB memberitahu wartawan yang mereka tidak akan dibawa ke kawasan lombong 'haram'. Katanya buat apa kita nak melawat lombong 'haram' sebab ianya haram dan tidak cukup masa juga dijadikan alasan oleh mereka.

Para wartawan agak terkejut dengan keputusan itu, ini kerana mengikut jadual asal mereka sepatutnya dibawa ke kawasan berkenaan dan mereka juga telah bersedia untuk melawat kedua-dua tempat itu.

Selepas itu semua wartawan dibawa diminta menaiki bas dan dibawa ke hotel Mariott Putrajaya untuk jamuan makan tengahari sebelum bertolak balik ke Shah Alam.

Persoalannya,

Mengapa KSSB tidak mematuhi jadual yang dikeluarkan oleh pejabat MB ?

Mengapa KSSB tidak mahu membawa wartawan ke kawasan lombong haram ?

Jawapannya,

KSSB sendiri adalah dalang utama yang terlibat dengan pencurian pasir di kawasan lombong haram. Mana ada pencuri yang sanggup bawa orang dan tunjuk kepada orang tempat dia mencuri ? Nanti terbongkarlah rahsia.

Apa yang berlaku hari ini sudah terang lagi bersuluh bahawa KSSB lah dalang utama pencurian pasir Selangor.


5 comments:

shonzu said...

Kesian pada pegawai KSSB kerana sanggup jadi talibarut Pengencing Rakyat untuk dapatkan dana menjelang PRU-13 ni. Kalau tidak, ke mana perginya pendapatan hasil pasir curi di Selangor tu??? Nak kata 100% hasil diserahkan pada KERAjaan negeri, tak mungkin. Serah semuanya pada balaci2 KSSB pun tak mungkin kerana SPRM boleh periksa akaun mereka.

Hanya satu sahaja alasan yang logik tentang ke mana hilangnya hasil pendapatan pasir curi tu, ianya 'hilang' untuk masuk ke tabung pilihanraya Pengencing Rakyat pada PRU-13 nanti....

Mereka tahu, belanja untuk pilihanraya adalah tinggi, ketika itu juga 'gula2 pilihanraya' akan diberikan pada rakyat Selangor supaya percaya mereka ini adalah KERAjaan yang benar2 kompeten dan berjaya. Yang rakyat tak tahu dan tentu takkan ambil tahu ialah dari mana punca 'gula2' tersebut.

Mungkin saudara Faisal boleh bongkarkan perancangan politik Pengencing Rakyat ni.....

Anonymous said...

Pencuci Mulutnya adalah..
Makan Tengahhari diHotel Mewahhh !

jiwakita said...

salam....


sedang para wartawan teruja nak
tengok sendiri lombong yg halal
dan yg haram....

haramjadah jadinya...yg haram tak dapat tengok...benda haram tak baik
tengok!!!

tak makan takpe..janji hajat tertunai..rupanya kerajaan negeri
mungkir janji...

makan ditempat mewah..kira cuci mulut atau untuk tutup mulut???

banyak-banyak rasuah..makan pun rasuah jugak ke?...alahai...

terkencing jugak kat hotel mewah!!

Anonymous said...

ITU SEBAB ANUAR KE SELANGOR UNTUK MENGARAH KHALID GAGAP TUBUH SATU PASUKAN UNTUK MENCURI PASIR UNTUK MENCARI DANA UNTUK PRU 13 DAN BAYAR HUTANG YG TELAH ANUAR AMBIL PADA SAHABAT DIA DI LUAR NEGARA PADA PRU 12 DAN ADA LAGI YG DIA AKAN KEBAS HASIL BUMI SELANGOR UNTUK DANA PKR YG MULA KOSONG DAN TAK CUKUP UNTUK MENAMPONG PRU 13.

Anonymous said...

Nasib baik bas bawa wartawan tak pergi ke lombong HARAM. Takut nanti bas tak pulang semula ke Shah Alam. Semua wartawan kena humban dalam lombong pasir HARAM..

KSSB kan mafia @ samseng punya. Mereka sampai mati puntak mengaku bas hilang kat mane...