Thursday, July 22, 2010

Rakyat Diutamakan: Mana Janji Kerajaan ?

Setiap kali harga minyak naik kerajaan sering berjanji akan meningkat mutu perkhidmatan awam. Tetapi sampai ke hari ini nampaknya janji kerajaan banyak yang tidak dipenuhi.

Ingat

RAKYAT DIUTAMAKAN !
RAKYAT DIUTAMAKAN !
RAKYAT DIUTAMAKAN !

Jangan hanya pandai mencipta slogan dan melaung-laungkannya sahaja. Buktikan !!!
..........................................................................................................

E mel yang dikirimkan oleh seorang pembaca yang bernama Ziee Lipan

Assalamualaikum bro...

Tolong buat posted didalam blog tuan bekenaan dengan kesusahan yang dialami oleh pekerja yang berulang alik daripada seremban keKL dengan menaiki bas. Dahulu bas boleh diambil di puduraya...kemudian pabila tidak dibenarkan beroperasi disitu beberapa tahun dahulu bas beroperasi didepan pasar seni..

Tetapi....

Bermula daripada hari ni bas tidak dibenarkan menurun dan mengambil bas disitu dan diarahkan supaya berpindah ke stesen bas jalan hang tuah.Bukan itu sahaja perjalanan bas pun telah tidak dibenarkan melalui jalan daripada brickfield ..menuju pasar seni dalam perjalanan ke jalan hangtuah..bas cuma dibenarkan mengikut laluan jalan san peng....

Apa yang menjadi masalah nya kebanyakan pekerja daripada seremban..bekerja dipersekitaran pejabat di Kuala Lumpur serta Selangor menjadikan kawasan pasar seni sebagai tempat perantaraan untuk mendapatkan kemudahan bas ..LRT untuk menuju destinasi tempat kerja. cuba bayangkan sekiranya dahulu kami terus boleh mendapatkan kemudahan bas untuk balik dan datang kerja tetapi sekarang terpaksa membelanjakan wang untuk mendapatkan teksi..putra dan juga bas rapidKl untuk kejalan Hang Tuah. Cuba bro sendiri melawat dikawasan bas stesyen Hang Tuah..terletak dikawasan lapang tiada kemudahan untuk duduk dan cuma terdapat 2 kemah untuk berlinding daripada hujan dan panas..sekira nya diwaktu puncak beribu penumpang yang hendak balik keseremban.

Apa yang dikesalkan, hentian bas di depan daya bumi tidak menganggu laluan jalanraya sebab bas cuma datang mengambil dan menurunkan penumpang sahaja..cuma memakan masa 5-10minit sebelum berlepas. Disebabkan maukan keuntungan syarikat rapidKL kami yang menjadi mangsa. sekarang ini pihak kenderaan bas SKS terpaksa mencari altenatif lain untuk mengambil penumpang yang menggunakan bas khas..iaitu di jalan Petaling(bersebelahan dengan Petaling Street)..tetapi rasanya taklama beroperasi disitu sebab ada sahaja pihak rapidKl akan buat aduan kepada pihak agensi kerajaan yang berkaitan...kami penumpang bas KL - Seremban seolah-olah menjadi pelarian dinegara sendiri.

Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan kemudahan awam tetapi diwaktu yang sama menyusahkan rakyat demi kerenah ungtuk menguntung syarikat bas dibawah kuasa kerajaan..sekiranya ianya bertujuan untuk mengelakkan kesesakan jalan raya sepatutnya mengambil tindakan ketas bas metro dan juga rapidKl yang berhenti sesuka hati dan menunggu penumpang dan bukan nya tidak membenarkan bas syarikat lain yang beroperasi cuma untuk mengambil dan menurunkan penumpang yang mekan masa cuma 5-10minit sahaja. Sekarang ini masa kami terbuang dengan terpaksa mengharungi kekesakan jalan raya dijalan pudu selama 30 - 40minit untuk kejalan hang tuah dan juga terpaksa mengambil masa 20-30minit pulak untuk menunggu bas penuh sebelum bergerak balik keseremban....bayangkan berapa banyak masa terbuang disebabkan kerenah birokrasi.

10 comments:

Anonymous said...

Salam, i would suggest to fwd it to suruhanjaya awam darat?- SPAD dan sk Kementerian Pengangkutan, DBKL, and the trend these days i heard they cc to KSN too.

C++ said...

Bhai RBF...

Gua setuju ngan artikel nih... memang kesian benar gua tengok depa nih... dulu senang jer... kat Puduraya tue ader akses .. kat CM pon ader akses... tapi kat Hang Tuah tue... jauh dari akses...

Kalu time panas takper la jugak... tapi time hujan camama... pastue ini kalu orang berkerja... kalu ader mak bapak yang bawak anak kecik camana...

Agak-agak la skit... Tolong la prihatin sama... Menteri Pengangkutan buat aper... goyang teloq jer ka...

ISAC said...

Salam bro,

Jika Umno dan Pas gagal, molek jugak kalu kita tubuhkan parti alternatif Melayu yang baru...

Kita buat macam konsat Taliban di Afghanistan, tapi keluarkan konsep militannya.....

Parti yang didokong oleh golongan muda professional dan teknokrat Melayu...

Apa macam setuju ke? Rakyaat di bawah sana menyokong PR kerana protes, bila mereka lihat PR pun 2 x 5, malah lebih teruk... Mereka perlukan alternatif baru....

Wake UP! said...

Mutu perkhidmatan kenderaan awam perlu diperbaiki dengan lebih drastik lagi kerana ianya sangat teruk dan bukan mesra rakyat.

Malah masih banyak tempat-tempat yang tidak mendapat laluan kenderaan awam sehinggakan sekiranya penduduk di sesuatu kawasan itu tidak mempunyai kenderaan sendiri, mereka tidak akan dapat bergerak.

Anonymous said...

RBF,

tqvm sbb sudi buat entry psl kepayahan yang kami hadapi sejak bas ekspress diarahkan pindah ke terminal hang tuah.

kerajaan ckp je rakyat didahulukan...tp hakikatnyer..kami ni teraniaya....dah lah skrg ni harga barang makin naik.....kami pulak terpaksa mengeluarkan tambang lebih untuk naik rapid ke terminal hang tuah tu.....klu service tu tip top...x pe gak..ni kadang2 menunggu rapid pun amik masa sampai 20 minit......dgn keadaan bas yg dah uzur..keadaan lebih sadis bila hari hujan.....air leh menitik2 masuk dlm bas tu....
saya rasa tidak ada masalah nyer kalau bas ekspress ke seremban dikekalkan di tempat yang sebelum nyer...kerana saya tak rasa ianya menyebabkan kesesakan...kerana even bas telah dipindah kan ke terminal jalan hang tuah..jalan di depan pasar seni tu still jugak sesak.......
keadaan terminal hang tuah tidak sesuai kerana hanya ada kawasan lapang....dgn 2,3 khemah...menyukarkan kami sebagai penumpang...apatah lagi bila hari hujan.....
kerana masalah ini menyebabkan kami yang biasa nya sampai ke seremban dalam masa 1 jam.....tp kini mengambil masa yang lebih lama.....ada masanya kami yang bertolak dari terminal hang tuah jam 6ptg...sampai ke seremban almost jam 8mlm...
di harap pihak yang berkaitan memandang serius dgn nasib yang menimpa kami....apatah lagi dgn bulan ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi......bagi kami kaum wanita...perlu menyediakan juadah berbuka untuk keluarga.jadi bagaimana nasib kami pada tahun ini jika situasi seperti ini terus berlaku????
harap pihak yang berkaitan memandang serius rintihan kami.....

-yg teraniya

CodeNameSomaliPirate said...

Salam Bro

Ahmad Mazlan cakap " kalau ada yang meluat dengan UMNO memanglah dia pembangkang " Link : http://umno-online.com/?p=15340&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kalau-ada-meluat-umno-itu-memang-penyokong-pembangkang-%25e2%2580%2593-ahmad-maslan.

Saya menjadi ahli UMNo sebaik sahaja UMNO lama di haramkan. Surat keahlian saya di tandatangani oleh Tun Dr M. Bapak serta to nenek saya orang UMNO.

Memang sial orang macam Mazlan ni, pengampu besar, beri penerangan yang salah kepada PM.

Saya yakin UMNo kalau rosak bukan dari bawah tetapi oleh mereka yang diatasnya. Kalau ada saham kerosakan UMNO yang akan datang, Mazlan lah pemegang terbesarnya!.

Anak Lenggong said...

Memang betul apa yang dikata sebab sekarang ini selepas jam 10am perjalanan bas daripada seremban tidak dibenarkan menggunakan lalauan brickfield (pasar seni) oleh itu bas akan menurunkan penumpang di hentian Jln. Hang Tuah bersebelahan dengan bangunan IPK Jalan Hang Tuah. penumpang yang hendak ke destinasi lain kena menaiki bas rapidKL kepasar seni dengan dikenakan tambang RM1/= begitu jugalah sekiranya penumpang yang hendak keseremban kena naiki bas rapidKL daripada bas stand klang dengan dikenakan tambang sebanyak RM1/=. Bukan masalah tambang yang dipertikaikan tetapi masalah berapa banyak masa yang terbuang untuk menunggu bas RapidKL yang berjalan mengikut masa serta menuju mengambil masa dengan menempuh kesesakan jalan raya untuk sampai ke bas stand klang.

Beberapa rayuan telah dilakukan oleh pihak penumpang serta pengusaha bas supaya membenarkan bas beroperasi di depan daya bumi diwaktu puncak tetapi tak diendahkan oleh agensi yang berkaitan.Untuk maklunan hentian bas didepan daya bumi tidak mengganggu laluan jalanraya pun dan bas cuma berhenti selama 10 minit untuk mengambil penumpang. Cuma disebabkan nak mengutip dana RM1/= untuk bas agensi kerajaan (RafidKL)...rakyat terpaksa menerima bebenanan ini...so fikir2 lahh...

Anonymous said...

x kan hang baru perasan kera-jaan hang tu kaki kelentong dan kaki rembat duit rakyat ? hang bayar cukai x ? kalau hang x bayar cukai jangan dok sembang la. kalau hang bagus sangat pi la komplen kat kera-jaan hang tu . kalau pakai emel agak dia orang layan ka ? kalau nak lagi cantik pegi tulis surat komplen kat depa . kalau depa layan hang bagitau kami. buktikan !. kalau dia wat bodo .. haha .. padan muka hang.. itulah kera-jaan yang hang dok puji2 .. x de pun yang berubah , semua pemikiran ortodok mcm hang...takut nak berubah...

Anonymous said...

Saya salah seorang pengguna perkhidmatan bas seremban kl. Saya merasa sungguh kecewa dan sakit hati.
Memang melampau pihak yang mengarahkan perkhidmatan bas kl - seremban bertukar ke hentian Hang Tuah dari perhentian Pasar Seni.
Memang bodoh, sombong dan tak berhati perut.
Ini lah rasanya bagaimana rupa di tindas oleh pihak berkuasa yang sombong dan mata duitan. Orang ramai di bebankan tambahan kos dan pembaziran masa yang terlampau.

- yang jadi mangsa.

Anonymous said...

ckp mmg mudah bro..knp jd perkara2 mcm ni?knp kerajaan tidak bertindak?mudah sahaja..mcm perumpamaan lu jugak hr tu kata nak lud*h wartawan malaysia kini klu jumpa..bila nak jumpa n lud*h?-mudah sj kan utk kita berkata2?