Tuesday, July 6, 2010

Kerajaan Ihsan : UMNO Perak Tidak Tahu Erti Bersyukur

Kita sekarang dalam keadaan bersiap-siap untuk menghadapi perang (p.raya). Perang kali ini akan menentukan hidup atau mati BN.

Dalam kita nak menghadapi perang selain senjata perkara yang penting juga adalah kejujuran,semangat dan disiplin bala tentera kita. Tidak ada gunanya kita mempunyai senjata yang hebat atau canggih jika bala tentera kita tidak ada disiplin.

Maknanya kita kena betulkan barisan kita terlebih dahulu sebelum kita menghadapi musuh di medan perang. Yang mana belot, tidak jujur dan tidak berdisiplin kita kena perbetulkan atau tendang keluar.

Apabila saya dan beberapa rakan menegur dan mengkritik maka ada suara yang berbunyi kononnya kita ini orang-orang pembangkang yang nak memecah belahkan UMNO. Ada yang terima kritikan dengan ikhlas dan dengan hati yang terbuka. Ada juga yang merajuk sampai ugut nak letak jawatan.

Macam-macam jenis, ada pula pemimpin yang dalam akhbar dia berkata terima kritikan dengan terbuka. Selepas itu dalam blognya dia kata orang mengkritik sebagai dakyah dan musang berbulu ayam. Yang mana satu betul ? macam-macam ada.

Jika sebelum ini beberapa rakan blogger termasuk saya mengkritik UMNO Selangor, hari ini pula blogger telah bersepakat untuk 'menyerang' UMNO Perak pula. Selepas ini Kelantan pula dan beberapa negeri lain lagi.
Saya dengar cerita yang di Perak sekarang ini ada pelbagai masalah di kalangan segelintir pemimpin UMNO peringkat bahagian dan sayap (perkataan wakil rakyat yang saya gunakan sebelum ini ditarik balik kerana ianya tidak tepat, maaf atas kesiilapan) . Malah lebih malang lagi ada pula dilancarkan satu gerakan yang bernama Gerakan Anti Zambry(GAZ). Fuhhhhh.....dasyat.

Tolong sedar diri sikit, kerajaan yang ada di Perak pada hari ini bukannya kerajaan atas kekuatan kamu sendiri, ianya adalah sebuah Kerajaan Ihsan.

Ada akal tolong fikirlah sikit, dalam keadaan Kerajaan Ihsan begitu pun kamu semua nak bergaduh lagi. Sepatutnya kamu semua berpadu tenaga menyokong dan bekerja bersama MB yang dipilih oleh Tuanku dan pemimpin atasan untuk menghadapi p.raya akan datang.Bukannya sibuk nak cantas mencatas atau menyebar khabar angin yang bukan-bukan.

Kamu semua patut bersyukur, dalam banyak negeri-negeri yang ditawan oleh pakatan pembangkang dalam pru lepas Perak adalah negeri yang bernasib baik kerana UMNO dan BN diberi peluang kedua oleh Allah SWT untuk kembali mentadbir Perak. Ibarat orang yang tiada peluang lagi untuk hidup tiba-tiba sihat dan boleh bangun untuk berjalan walaupun berjalan tidak sekuat dulu. Kamu tak bersyukur ke ?

Sedarlah diri, insafilah 'dosa-dosa' silam, Allah SWT sudah beri peluang kedua maka gunakanlah peluang itu sebaik mungkin. Dulu bila Perak jatuh ke tangan DAP semua pakat menangis dan sedih. Sekarang bila diberi peluang kedua bercakar sesama sendiri pula.
Saya nak beritahu kamu semua, kamu semua patut bersyukur bila ada seorang MB seperti Zambry. Orang muda, bersederhana , tidak mementingkan protokol, boleh diajak ke kiri dan boleh diajak ke kanan. Pendek kata serba boleh. Patutnya kamu semua bangga kerana mempunyai MB yang begitu, bukannnya nak 'tikam' sana dan nak 'tikam' sini.

Kalau bukan Zambry yang MB Perak saya rasa sudah lama Kerajaan BN Perak lebur kerana serangan-serangan serta tekanan yang dilakukan oleh PAS dan DAP . Nasib baiklah kamu semua dianugerahkan seorang MB yang kuat semangat dan mental untuk berdepan dengan serangan-serangan dan tekanan musuh. Lihat saja apa yang berlaku setiap kali sidang dun berlangsung.
Duduknya Zambry di kerusi MB hari ini bukan permintaannya. Ianya pilihan Tuanku dan pemimpin atasan. Walaupun pada masa itu ada nama lain yang dicadangkan oleh pemimpin atasan tetapi oleh kerana kuasa mutlak berada di tangan Tuanku sebagai penjaga negeri Perak, maka pemimpin atasan kena bersetuju dengan pilihan tersebut.

Kalau kamu semua terus-menerus duduk menyerang atau menabur fitnah kepada Zambry maknanya kamu semua menghina pilihan Tuanku. Kamu semua duduk sibuk-sibuk kononnya Nizar telah menderhaka kepada Tuanku, kamu sendiri apa kurangnya jika terus berperangai begitu. Yang pembangkang duduk serang, biarlah mereka serang. Itu memang kerja mereka. Kerja kamu adalah mempertahankan ketua dan kerajaan kamu, bukannya kamu pun tumpang semangkuk menyerang.
Oleh yang demikian bersyukurlah, insaflah, gunakan peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT sebaik mungkin. Fikirlah nasib bangsa dan agama yang diperjuangkan UMNO selama ini. Ketahuilah oleh kamu yang rakan-rakan kamu di Selangor,Kedah, P.Pinang dan Kelantan lebih seksa dari kamu semua. Sebab itu saya kata kamu semua kena bersyukur dengan apa yang kamu ada pada hari ini.

Nak menang buat cara nak menang, DAP dalam diam -diam bekerja untuk mewujudkan Wilayah DAP, manakala kamu semua sibuk bercakaran sesama sendiri. Klik sini

Nak menang tak ?


6 comments:

Anonymous said...

kerajaan haram,,, memang macam tu,,,rbf pun mengong ker

Anonymous said...

pada pandangan saya diPerak ni sepatutnya semua YB BN kena tunjuk KRA berapa ramai penyokong pembangkang yg lompat parti menyokong BN,barulah depa ni kita kata dah turun padang buat kerja.sekadar tunggu YB YB pembangkang yg lompat parti itu untuk jankamasa terdekat ini saja,utk PRU13 macamana?
saya harap idea ini diambil kira bagi memastikan perak dan negeri negeri yg jatuh ketangan pembangkang dapat di ambil kembali.fikir fikir kan lah kalu nak menang.

Anonymous said...

Zambry dan Ali Rustam. 2 MB yang benar2 melaksanakan tugas dengan baik berlandaskan perjuangan UMNO dan BN.. Kepada MB2 negeri lain, anda ada role model yg boleh dicontohi. Rakyat hanya kemakmuran dan dpt menikmati kehidupan yg baik di bawah pentadbiran yg baik.

Pd pemimpin UMNO perak yg terbabit, beringatla dan jngn syok sendiri

hanizam said...

aku sokong benda ni...kalau benda yang kita tegur depa nak dengar, alhamdulillah...kalau depa buat pekak, tak peduli suara pengundi, boleh pergi JAHANAMlah depa...

Anonymous said...

Sedih rasa hati bila membaca artikel ini. Jika betul, mmg UMNO akan hancur di PERAK dan tergolong dalam kumpulan yg tidak tahu erti syukur....Tolonglah....bersatu....

Anonymous said...

Kerajaan BN mengundang bala disebabkan oleh bloggers2 spt Parpukari dan mrk sewaktu dengannya. Menaikkan rasa marah rakyat dengan politik jijik dan rasa marah tersebut dilepaskan kpd parti BN.
Bloggers yg tak mendalamkan air tak payah nak memberi nasihat kpd pengurusaan parti. Cermin diri dulu dan tanya dari beribu ribu hits yg didapat berapakah peratus hits mrk yg membenci blog anda dan hanya ingin mencari pasal?