Sunday, July 11, 2010

Dari Mana RBF Dapat Info ? Tunggu Isnin !



Soalan seperti tajuk di atas adalah yang banyak saya terima dari rakan-rakan atau kenalan saya. Saya faham apa maksud mereka bertanya begitu. Mereka nak tahu info itu dari sumber yang kukuh atau tidak. Nak tahu betul-betul kukuh atau tidak tunggulah esok.

Untuk pengetahuan anda semua, saya berada di kawasan Puchong dan Puchong adalah tempat tidak asing bagi kakitangan Proton. Ada antara mereka yang bertapak di sana melebihi 20 tahun.

Sewaktu zaman Proton ditubuhkan pada 1985 selain Shah Alam tempat yang menjadi pilihan mereka untuk bermaustatin ialah di Puchong.

Pada masa itu untuk mendapat rumah sewa yang murah adalah di Puchong dan dekat untuk pergi serta balik bekerja. Di Shah Alam agak tinggi sikit harga sewanya dan juga pada masa itu kediaman di sekitar seksyen 26 agak terhad.

Puchong pada masa itu bukan seperti sekarang. Waktu malam nak lalu pun takut, gelap, ladang sawit kiri kanan. Kena pula pada waktu itu motor pancit, lagilah seriau bulu roma. Sebab itu sewa rumah murah waktu itu.

Daripada sanalah mulanya pekerja-pekerja Proton bertapak di Puchong. Ramai yang kekal sehingga kini. Yang dulu bujang sekarang sudah ada anak 5-6 orang. Yang dulu pangkat rendah, gaji pun RM 300 sebulan sekarang sudah pangkat tinggi dan gaji sampai ribu-ribuan sebulan. Zaman sudah jauh berubah tetapi mereka tetap di Puchong. Kebanyakannya sudah memiliki rumah sendiri dan hidup senang sekarang.

Ada di antara mereka yang berjiran dengan saya, dan ada juga yang selalu bertemu semasa lepak-lepak di kedai mamak, di sekolah atau di mana-mana majlis setempat serta dalam persatuan penduduk. Pendek kata ramai diantara mereka yang kenal saya dan saya kenal mereka.

Bukan sesuatu yang sukar bagi saya untuk mendapat info berkenaan Proton dari mereka semua. Banyak yang saya dapat dan saya akan dapat lagi. Kalau saya nak tulis bab Proton rasanya seminggu pun belum habis lagi.

Tetapi saya memilih yang penting-penting sahaja dan perlu diberi perhatian segera sebelum nasi menjadi bubur. Tiada agenda tersembunyi untuk menjatuhkan orang itu atau orang ini.

Oleh yang demikian tunggulah satu pendedahan yang bisa membuat ramai orang geleng kepala esok pada jam 10.60 minit pagi.

Lembu punya susu sapi dapat nama...

2 comments:

Jeffry said...

JENG!..JENGG!...JENGGGG!!..MARI2 KITA TENGOK SAPA YG KENAAAAAA!! KEHKEHKEH

Anonymous said...

10.60 bermakna pukul 11 ke bro?