Wednesday, July 21, 2010

Demontrasi Saman Ekor. Setuju ?

E mel Pembaca

Salam,
Dear RBF,

Saya merasa terpanggil untuk mengulas isu berkenaan saman ekor ini. Saya percaya begitu ramai rakyat kita yang telah disaman tetapi tidak menyedarinya sehinggalah mereka hendak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu. Ia telah berlaku kepada saya baru-baru ini ketika hendak memperbaharui cukai jalan kereta yang didaftarkan atas nama isteri saya. Saya terpaksa menggunakan kad kredit saya semata-mata untuk melangsaikan saman ekor terhadap isteri saya melalui laman web myeg.com.my. Itu belum lagi saman yang dikeluarkan atas nama saya. Saya tidak tahu bila saya boleh membayarnya kerana sekarang ini kehidupan kita bukannya mewah, kebanyakkan barangan agak mahal sekarang berbanding dengan pendapatan kita. Sudah tentu kita akan mendahulukan keluarga sebelum membayar saman.

Saya bersetuju dengan pendapat sesetengah rakyat Malaysia bahawa sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk menghukum rakyat. Saya bersetuju bahawa kita seharusnya mematuhi undang-undang jalanraya, tetapi penguatkuasaan secara paksa dan tergesa-gesa di bawah kerajaan pimpinan BN sekarang ini agak keterlaluan dan menyebabkan rakyat menjauhi BN dan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pilihanraya umum akan datang. Saya mencadangkan agar rakyat dibeli pilihan tentang bagaimana kaedah terbaik untuk melangsaikan hutang saman tersebut. Salah satu daripadanya ialah rakyat dibenar untuk membayar saman secara ansuran, sudah tentu ini tidak akan membebankan rakyat secara keseluruhannya.

Apa pendapat RBF ??

Rgds,
Hazman
Ampang, KL

Hazman, saya sudah letih sebenarnya pasal isu saman ekor. Setiap hari inbox saya dipenuhi dengan isu ini. Saya pun tak tahu apa nak buat lagi.

Pendapat saya , saya sudah nyatakan di sini sebulan yang lepas. Punca terjadi semua ini juga saya sudah nyatakan. Sekarang saya paste sekali lagi di bawah

Punca utama saman ekor boleh tertunggak banyak adalah kerana sikap kerajaan juga. Selama ini kerajaan tidak tegas melaksanakan penguatkuasaan. Jika selama ini penguatkuasaan tegas, tiadalah saman ekor menimbun.

Kenapa selama ini kerajaan tidak senarai hitamkan penerima-penerima saman ekor dari memperbaharui cukai jalan atau lesen ? Sekarang bila dilaksanakan ianya dibuat secara tergesa-gesa dan penerima harus membayar sekaligus semua saman sebelum memperbaharui cukai jalan atau lesen.

Pandangan sudah diberi, pendapat sudah dilontar, tetapi nampaknya kerajaan buat keras kepala sahaja. Apa kata kita sebagai rakyat tunjuk keras kepala kita pula. Apa kata kalau kita pakat-pakat buat demontrasi mengenai perkara ini.

Setuju atau tidak ?

Kalau setuju, kita pakat-pakat bincang, bila, dimana dan apa nama demo. Bab nak promo jangan bimbang, ramai blogger boleh promo.

Kalau buat demo pun tak jalan juga, hangpa faham-faham sendirilah, mai p/raya nanti pandai-pandailah hangpa guna 'senjata' yang ada. Kita tidak berniat untuk 'membunuh' kerajaan sedia ada, tetapi kerajaan mencabar kita 'membunuh' mereka.



16 comments:

Anonymous said...

Setuju...bila nak buat demo..tetapkan tarikh dan tempat...pasti den ado sana. Minta duit rakyat secara paksa ni...tak berkonan den...lobih2 lagi nak rayo ni...den penyokong kuat BN selama ni..fikir2kan lah..

Ikhlas dari anak Seromban...kini korjo di Gannu kita..W'salam

Anonymous said...

eh..berjuang bagai nak rak. Tapi bila bab saman ekor, nak ugut kerajaan pulak?

aiseh...(tepuk dahi sendiri)

Tak kisah lah jika penguatkuasaan cepat atau lambat. Yang penting sekarang adalah lebih baik ada penguatkuasaan daripada tiada penguatkuasaan langsung.

oo...sebelum ni hangpa kata KDN tu kementerian amaran. Slow ambil tindakan lah..lembab lah..apa lah. Tapi sekarang hangpa dah kornar 360 darjah baikkk punya. Bila kena tang batang hidung sendiri, hangpa bagi banyak alasan.

-mee joe black

shirigami86 said...

tapi kenapa hari tu saman ekor dibatalkan pastu baru2 nie ader lagi sman ekor....???? peraturan polis nie tunggang langgang...

Anonymous said...

sahabat sekalaian,

baru-baru ini saya menerima sepucuk surat daripada ketua trafik pasukan, bukit aman menitahkan saya pergi semak dengan mana-mana pejabat polis yang berkomputer sebelum saya disenaraihitamkan.

saya terkujut beruk apabila pergi menyemak saya dapati mempunyai sebanyak 26 saman dari tahun 2000 hingga 2009.

umur sudah 70 tahun, tiada pendapatan bulanan, saya sedang berfikir bagaimana hendak bayar saman-saman tersebut.

sepatutnya kerajaan batalkan lah saman lama semua dan beri amaran keras kepada pengguna jalan raya.

kalau kita fikirkan memang tak adil mereka saman kita tak tahu hingga 9 tahun baru hantar saurat bagi tahu..apa hal ni.

jom kita berdemo.

Anonymous said...

Tuan,
Saya setuju agar demontrasi ini diadakan. Pendapat penulis memang benar. Saman ekor hanya dibuat untuk memenuhkan SKT polis trafik sahaja. Yang menjadi mangsanya adalah pemandu. Jika kakitangan AWAM yang lain boleh penuhkan SKT dengan membuat lapuran salahlaku polis mungkin penuh satu muka surat. Banyak kawasan yang tak terjaga, parking ikut suka, buat U turn, potong Q dan banyak lagi walaupun didepan mata polis. Batalkan saman ekor.

Anonymous said...

Bab ni mmg dari dulu lagi aku tak setuju. Saman ekor untuk 5-6 tahun lepas. Mana la aku ingat aku lalu jalan tu ke tidak. Ntah ntah ada perompak guna no plate keta aku, tup tup aku yang kena. Logik ke? Lain la kalau no plate keta tu tak bleh dibukak dan digunakan di keta lain, masuk akal la jugak nak saman ekor. Ni satu no plate ada dua geran...apa cerita? Makin lama aku makin meluat ngan dasar dasar kerajaan ni...

zam.

Anonymous said...

kalau nak cakap pasal salahlaku polis memang banyak..mereka manusia biasa macam kita lah..tetapi kesalahan mereka boleh dilupakan, apabila ditahan mereka kata "member" tak kenalah saman.

ada motosikal polis tiada cukai jalan, ada motokar polis tiada cukai jalan, ada polis lesen memandu sudah tamat tempoh, macam2 lagi lah.

kalau sekatan jalanraya ada dikalangan mereka dengan terangan kata nak bayar sama atau nak selesai sekali dengan harganya. saya bukan buat fitnah ini adalah kenyataan.

boleh diklafikasikan sebagai pagar makan padi.

Anonymous said...

Bro,

Aku pernah disaman di kawasan hadlaju 60km/j kerana memandu 80km/j.. logikkah skg ni kereta 2000cc bergerak 60km/j

drift said...

nampaknya pihak pembangkan telah berjaya membentuk persepsi kita terhadap polis, kalau BN juga mengambil tindakan yg sama apa akan jadi pada Instituisi ini..
nak pening kepala apa? 110kmj, ikut aje la... kalau tak nak ikut pon tak mengapa tp kalau kena saman bayarlah.. aku pun dah ade 4kpg lagi saman ekor tp aku puas hati, memang salah aku..
pesan aku kalau engkau orang nak buat demo ajaklah skali keluarga mangsa2 kemalangan maut akibat pemaduan laju, pasti lagi meriah..

azman said...

Assalamualaikum RBF

Bab benda lain menteri selalu bagi amaran dulu,tapi tang yang ni tak la pulak...aku agak ketua polis terafik lebih berkuasa dari menteri, kan dlu saman ekor dah di mansuhkan kerana keberkesanannya dipertikaikan oleh mahkamah.

Mcm mane rakyat tak marah kat kerajaan.apelagi pembangkang pon amek kesempatan laaa.

Anonymous said...

Bayar je lah saman tu!
Bayar ansuran kereta, cukai jalan dan insuran beribu ribu boleh.

Bila dah buat salah kenapa tak boleh bayar denda yang ciput tu? Bukan tiap tiap bulan kena saman. Ke tiap tiap bulan langgar undang undang trafik?

Tak ada isu ke?

M...M......

shirigami86 said...

saya setuju benor dengan kata2 en.Azman...

Anonymous said...

tengok keadaan sekarang ibarat orang kaya semakin kaya. orang miskin semakin miskin. inilah 1 Malaysia.

kejap mansuh kejap tak saman ekor. tak tetap pendirian. BN akan hancur jika perkara ini berterusan. tggu Pilihanraya nati tgk berapa banyak negeri BN akan kehilangan. jika perkara sebegini berterusan.

Wak Khairul0799 said...

Assallammuallaikum semua,
Kerajaan perlu adil untuk mengkaji semula Saman Ekor. Jika Kerajaan BN tidak dapat menangani masaalah Rakyat 1 Malaysia, Gagasan 1 Malaysia tak perlu dilaksanakan. Masaalah ini perlu diambil perhatian segera oleh Menteri KDN dan Agensi Kerajaan yang terlibat. Jangan buat pekak bila Rakyat 1 Malaysia sudah naik angin. Jangan sampai semua mengatakan Duit Rakyat 1 Malaysia Nak Didahulukan, Pencapaian Untuk Menampung Gaji/Elaun/Bonos Penjawat Awam Kerajaan Mesti Diutamakan. Fikir dan Renungkan wahai semua Pemimpin Kerajaan. Kesian kami semua sebagai Rakyat 1 Malaysia. Kami inginkan Keadilan bukan Penyiksaan.

Anonymous said...

Kita jgn nak tunjukkan kat pembangkang yg kita juga tak patuh kpd undangx. Kan ke undangx dipinda oleh pemimpinx kita. Kita tak patut nak menyalahkan polis sebab polis hanya menjalankan penguatkuasaan. Kalau kita nak marah, patut kita pi ke pej PM sebab merekax inilah yang menyusahkan rakyat...menggubal undangx saman ekor tu... Tu baru betul... Atau kita gugurkan dia semasa PRU untuk memberi pengajaran dan tunjuk protes....

Itu lebih elok dari tunjuk perasaan....

hangkedee said...

nampak kerajaan tak berduit.NAK beri kat felda duit,nak beri bonus duit,nak beri jutaan ringgit kepada sekolah sekolah cina duit,habis kat mana nak cari d...u....i...t...? takkan.secara paksa...sudahnya rompak orang melayu yang memang susah dan terpinggir.Umno khas untuk kasta Brahmin Melayu,toke gula cina,dan tokey Maxis.? 1 malaysia rakyat di utamakan vs disusahkan....