Friday, July 16, 2010

DO Hulu Selangor Terima Rasuah Dari Pencuri Pasir ?

Rabu lepas saya mengikut rombongan media melawat satu kawasan perlombongan pasir haram di Rasa, Hulu Selangor.

Sebaik sahaja kami memasuki satu jalan kampung untuk masuk ke kawasan berkenaan terpampang satu papan tanda seperti dalam gambar di bawah.
Sepanjang perjalanan lebih kurang 7-8 km (anggaran) untuk masuk ke kawasan berkenaan, disebelah kanan kami adalah sungai dan di sebelah kiri adalah hutan. Sehinggalah kami menemui satu kawasan hutan yang telah menjadi tasik akibat perlombongan pasir haram yang diusahakan beberapa bulan lepas. Jaraknya hanya beberapa meter sahaja dipisahkan dengan sungai berkenaan.
Kemudian kami lihat satu jentera pengorek pasir disorokkan di dalam hutan. Persoalan yang bermain di minda kami, di pintu masuk terletak satu papan tanda seolah-olah kerja-kerja mengorek pasir di kawasan berkenaan adalah sah. Tetapi apabila masuk ke dalam lain pula jadinya.

Seperti penjual vcd haram, kulit depan tulis 18 sx, tetapi bila dimainkan vcd berkenaan keluar pula gambar elizabeth wong sedang menyundal. Kumpulan Semesta sama lah dengan penjual-penjual vcd haram. Semuanya untuk mengabui mata pihak berkuasa.

Untuk mengetahui keadaan sebenar kawasan berkenaan anda boleh lihat video di bawah ini serta boleh lihat gambar-gambarnya di sini

Saya amat terkejut bila melihat kenyataan Pegawai Daerah (DO) Hulu Selangor di Sinar Harian semalam yang menafikan berlaku kegiatan curi pasir di kawasan berkenaan. Apakah DO itu sudah gila atau telah menerima rasuah bulanan dari pencuri pasir berkenaan ?

Tuan DO, berapa sebulan anda dapat atau berapa sen satu tan anda dapat ?
Sudah terang lagi bersuluh kawasan berkenaan adalah lombong haram, tetapi dia boleh menafikannya. Anda ingat dia berani nak nafi buta-buta ke kalau tiada habuan untuknya.

Yang dikorek bukan sungai, sebaliknya kawasan hutan bersebelahan sungai. Kalau tak curi pasir kenapa perlu sorok jentera pengorek dalam hutan ? Sebab itu saya syaki DO itu telah disumbat dengan habuan.
Sudah terang lagi bersuluh, Kumpulan Semesta adalah dalang utama di sebalik kejadian curi pasir di Selangor. Mereka letak papan tanda mereka di pintu masuk untuk mengabui rakyat dan pihak berkuasa. Bukan setakat Semesta sahaja DO pun sama terbabit apabila dia menafikan wujud kes curi pasir di kawasan yang dijaganya.

SPRM harus siasat habis-habisan perkara ini, siasat Kumpulan Semesta dan siasat juga DO Hulu Selangor.

Rangkaian bersepadu pencurian pasir yang didalangi oleh ahli politik PKR dan DAP serta kerjasama Kumpulan Semesta ,Pegawai Daerah dan kumpulan-kumpulan mafia bakal meranapkan bumi Selangor.

4 comments:

Anonymous said...

Alasan = Jengkaut tu letak kat hutan sebab dia takut panas nanti cair pulak

Anak Lenggong said...

SPRM nak siasat camner sekiranya kerajaan negeri dan orang-orang nya tak mau bekerjasama..bila tanya asyik no komen ataupun kunci mulut..sebab mereka sendiri yang terlibat so sukar untuk SPRM bongkarkan..

Kalam Timur said...

Yesss... ramai yang terlibat. Aku pun pasti. DO tu tak datang check, tgk tetiba menafikan..hrmmm.... kene tanya tuan punahsihat brapa duit dapat.

Anonymous said...

sembunyikan pengorek tu sama cam sembunyikan gajah disebalik tikus....hahahahahahahahahahahahahahahahaha mmg lawak tgk pengorek tu....