Friday, July 16, 2010

Minyak : Beza Zaman Tun Dr M dan Zaman Tun Dol

Tahap kemarahan rakyat kerana kenaikan harga minyak sebanyak 5 sen boleh dikatakan tidaklah terlalu membara sangat. Boleh dikatakan yang sedang-sedang sahaja. Cuma tinggal lagi pada kerajaan bagaimana cara mereka nak jelaskan kepada rakyat.

Lima sen dikira ok lah, berbanding dengan pak mertua dulu, 30 sen dan 78 sen. Kerana dia tiga beranaklah sampai hari ini rakyat menanggung beban yang teruk akibat kenaikan harga barang.

Tiga beranak yang dimaksudkan ialah Tun Dol, KJ dan Kamaluddin. Kepada sesiapa yang tak tahu lagi , mari sini chet nak habaq mai. Kamaluddin adalah anak lelaki Tun Dol, manusia inilah manusia yang memainkan peranan penting untuk keluarga mereka merompak harta negara.

Pernah ada orang memberitahu saya, setiap kertas mesyuarat kabinet akan diteliti atau diperiksa olehnya baik sebelum atau selepas mesyuarat. Dia akan mengarahkan bapanya untuk membuat keputusan mengikut kehendaknya.

Setiap kali selepas menghadap YDPA di Istana Negara setiap hari rabu, Tun Dol akan balik ke rumahnya terlebih dahulu untuk membincangkan beberapa perkara dengan anak dan menantunya sebelum ke pejabat untuk mempengerusikan mesyuarat kabinet.

Bukan niat saya untuk membangkitkan rasa benci rakyat kepada Tun Dol, tapi geramnya rasa tak habis lagi walaupun dia sudah turun. Mereka tiga beranaklah yang menjahanamkan ekonomi rumahtangga kita semua. Yang jadi mangsa sekarang adalah DS Najib untuk memperbetulkan kembali kerosakan yang dibuat oleh tiga beranak berkenaan.

Tunku Abdul Rahman- Bapa Kemerdekaan
Tun Razak - Bapa Pembangunan
Tun Husin Onn - Bapa Perpaduan
Tun Dr M - Bapa Kemodenan dan Wawasan
Tun Dol - BapaK Kehancuran/Pelingkop
DS Najib - Bapa Baik-Pulih
(terima kasih kepada pembaca yang menghantar cadangan ini)

Sepanjang Tun Dr M menjadi PM Malaysia selama 22 tahun sebanyak RM 126 bilion duit hasil minyak yang berjaya dikutip. Daripada hasil itu pelbagai perkara yang Tun Dr M boleh buat.

Meningkatkan taraf hidup rakyat, menambah bilangan profesional bumiputra, pendidikan, kesihatan, pembangunan negara tak usah cakaplah, apa yang tak dibangunkan di zaman beliau, semuanya ada.

Harga minyak juga tak mahal di zaman beliau. Pendek kata hidup rakyat gembira pada masa itu. Berkat rakyat gembira, itulah yang boleh membuatkan Tun Dr M boleh hidup sihat walafiat hingga kini walaupun usianya sudah mencecah 85 tahun.

Di usia 82 tahun (2007) beliau masih lagi dapat menjalani pembedahan pintasan jantung untuk kali kedua. Mengikut pendapat pakar-pakar jantung dunia seseorang yang berusia lebih dari 70 tahun jika berjaya dan selamat menjalani by pass kali kedua adalah satu keajaiban.
Bukan setakat di senangi oleh kawan, malah juga oleh lawan. Lihat muka Xavier dan Teresa Kok, senyum sampai nampak gusi kerana gembira dapat bergambar dengan Tun Dr M

Alhamdulillah, Tun Dr M selamat dan sihat sehingga kini. Kerana apa ? kerana doa rakyat. Sepanjang hidupnya dia banyak menolong orang dan rakyat pun suka dengannya maka Allah kurniakan kenikmatan hidup untuknya. Harap mana-mana pemimpin dapatlah ambil iktibar daripada perkara ini. Jangan tipu rakyat dan jangan menekan rakyat. Jika rakyat tidak dapat balas, Allah akan membalasnya.
Di zaman Tun Dol menjadi PM sepanjang 5 tahun sebanyak RM 270 bilion hasil minyak yang berjaya dikutip. Ini kerana di zaman beliau harga pasaran minyak dunia mahal berbanding di zaman Tun Dr M. Persoalannya kini ke mana pergi duit RM 270 bilion itu ? Jika Tun Dr M dengan hasil 126 bilion dapat bangunkan negara ini dengan begitu hebat sekali, Tun Dol buat apa dengan duit 270 bilion itu ?

Pembangunan apa yang dibuatnya ? Rakyat merana di zamannya ? Dulu kata nak tingkatkan pengangkutan awam, kemudian beli bas rapid kl dari negara cina, tak mungkin beli bas tersebut habis 270 bilion.

Anda bayangkanlah sendiri, 22 tahun- 126 bilion, 5 tahun-270 bilion. Berapa banyak beza ? Tiada apa yang kita nampak dan boleh dibanggakan hasil pemerintahan beliau. Yang berbangga adalah parti-parti pembangkang kerana dapat menafikan majoriti 2/3 BN di Parlimen dan dapat tawan 4 negeri lagi. Semuanya kerana kebodohan dan kerakusan 3 beranak.

Sesungguhnya rakyat Malaysia patutnya berdoa biar mereka-mereka yang menjahanamkan hidup kita semua ini menerima balasan yang sepatutnya.



14 comments:

Mesin Taip Buruk said...

Sabar bro, bawak mengucap. Tersedak org tua tu. Ko tak tau apa Tun Dol ada Chedek tadak. Tun Dol bela jin!!
Hahahaha....

Anonymous said...

Tunku Abdul Rahman- Bapa Kemerdekaan
Tun Razak - Bapa Pembangunan
Tun Husin Onn - Bapa Perpaduan
Tun Dr M - Bapa Kemodenan dan Wawasan
Tun Dol - BapaK Kehancuran/Pelingkop
DS Najib - Bapa Baik-Pulih

Anonymous said...

Esok dalam kubur baru 3 beranak tu boleh jawab mana pergi 270 billion tu. Sekarang kalau tanya...arrrrr... memang tak ada jawapan.

MA RABBUKA!

Harap semua rakyat bersabar dan menyokong langkah kerajaan untuk penjimatan...bukan banyak 5 sen, 10 sen...

Anonymous said...

jgnla marah sgt dgn pak lah tu, yg sudah, sudahlaaaaa. masa zaman tun m, harga pasaran minyak satu tong sekitar usd 15 ke 20 je. tiba2 je tak ada org dlm dunia sangka dlm thn 2006-2008 harga melonjak sampai usd 200. beberapa kali ganda penambahan. tuhan nak uji tu...

Anonymous said...

nak tanya sedara..kalau ds najib bapa membaiki balik kenapa minyak naik lagi? sebelum ni ron 97 yang sebelum ni biasa digunakan dinaikkan sebagai minyak premium.,.malah ron95 pula dijadikan minyak biasa..tapi masa tu naik harga juga.skrg naik lagi..rakyat bukan bodoh untuk faham semua tu.memang harga minyak diluar negara pn naik.tapi jika sedara kata ds najib bapa membaiki..kenapa harga barangan lain naik juga? pk pk kan la..saya bukan nak hentam sgt..cuma bila isu ni .jgn nak salahkan sebelah pihak..ds najib pn ada buat salah..tun m pn ada buat salah..nape xungkit?

Anonymous said...

Fakta...
Simpanan minyak dunia - 1 trillion barrel.
Kegunaan sehari dunia - 85 million barrel.

Sekiranya minyak dipam megikut kadar sekarang, minyak dunia habis dalam masa 28 tahun lagi.

Simpanan minyak semakin lama semakin kurang dan semakin lah mahal. Suka atau tak kita kena faham dengan situasi ini. Langkah kerajaan utk pejimatan dan kita harus bersabar dan berbelanja mengikut kemampuan.

© Elee Mardiana said...

Saya memang tidak suka kepada Tun Dol. Dia tak layak menjadi perdana menteri. Tak layak sangat! Dan saya hairan bagaimana dia boleh dianugerahkan dengan ijazah kedoktoran. Apa sumbangan dia selain daripada menjahanamkan negara?

Anonymous said...

hahahahha, bro kau lupa 270B dia habiskan untuk ahli kelab we love pak lah....

Anonymous said...

Tun Dol & family kutip RM270 bil...bank-in dlm Foundation of The Future kot....

ada otak said...

ni seekor lagi makan taik najib.

Anonymous said...

hanya TUHAN sja yg tahu samada Pak Lah wat keje ke x..

ReentryCapsule said...

Masa tahun 2008 teruk Pak Lah + KJ(Kutu Jahat) ni kena kutuk-kutuk dgn aku dalam video di YouTube.

Memang menyirap tahap Gaban betul aku dengan diorang nie.Dollah dah kena tendang.Bila lagi nak tendang KJ si Kutu Jahat tu.

Kalau KJ kena tendang je dari jadi Ketua Pemuda UMMNO esok pagi-pagi sebelum subuh aku register masuk UMMNO.

Terima Kaseyyyy....

hangkedee said...

Zaman Pak Lah nak bersih konon tapi taik penuh punggung nak liberal konon hah hilang 5 negeri.Nak tanya pasai pa Jambatan ke 2 penang dia tak batal pula...ade ape..ke...Tak ada Idea pura-pura batuk...Wa tau la lu suka cina punya barang...hehh ...keh keh.Tui

Anonymous said...

Tun Dol tu sejarah yg paling memalukan dlm negara utk selamanya.
entah ape die buat sampai dpt ijazah kedoktoran?pakai rm270B tu ka nk dpt doktor??
nak lawan tun M kot...xkan da pencen x dpt apa2 mcm tun M.
institusi yg memberi kedoktoran tu pon sudah hilang reputasi semcm membodohkan rakyat dgn penganugerahan yg tah pape.
nmpk sgt kroni after pencen.