Friday, January 7, 2011

Akhirnya Kekusutan Terlerai Jua

Segala kekusutan yang berserabut dalam kepala kita sejak dua minggu lepas akhirnya terlerai jua hari ini.

Orang yang dituduh merogol sudah menafikan penglibatannya dan hari ini pula orang yang dikatakan jadi mangsa juga menafikan dia dirogol. Sini

Kebenaran tetap akan menyebelahi pihak yang benar.

Kita sama-sama tunggu dan lihat kearah mana pula Pas dan PKR nak pusing selepas ini.

Sebelum Detik News melaporkan penafian mangsa jam 4.30 petang tadi , terlebih dahulu malaysiakini melaporkan berita yang dipetik dari Kompas.com yang mengatakan sebuah NGO yang bernama Migrant Care tidak akan membawa perkara berkenaan ke mahkamah kerana menghormati permintaan mangsa.

Sudah terang lagi bersuluh apa yang dikatakan oleh Migrant Care tidak benar. Ini kerana tidak lama selepas itu Detik News melaporkan penafian mangsa. Cara Migrant Care buat laporan seperti hendak sembunyikan mangsa, sedangkan mangsa boleh tampil untuk menafikan dia di rogol. Manakala semalam pula Kedutaan Besar Republik Indonesia di Malaysia juga menafikan pernah menerima laporan kes rogol berkenaan. Sini

Migrant Care harus bertanggungjawab dalam hal ini kerana dokumen miliknya jatuh ke tangan pihak lain hingga laporannya yang mengandungi nama dan alamat mangsa tersiar di laman-laman blog . Selalunya dalam kes rogol, identiti mangsa dilindungi.

Imej yang saya letak di bawah saya petik dari malaysiakini yang mana ianya kemungkinan besar laporan dari adik mangsa. Lihat dalam keratan itu, nama siapa yang dikaitkan ? Altantuya.


Tolong bapak rahsiakan alamat kakak saya kerna Pak Mentri itu punya banyak wang dan kenalan di Indonesia. Kuatir nanti keluarga kakak saya akan diapa-apakan seperti kasus Altantuya di Malaysia.
Kebiasaannya siapa yang gemar guna nama itu dan sikit-sikit suka kaitkan nama Altantuya ?

Adakah anda terfikir , adik kepada seorang pembantu rumah begitu yang tinggal agak jauh dari bandar besar begitu 'globalnya' pemikirannya sehingga tahu kes pembunuhan Altantuya di Malaysia.

Perkara yang kita perlu renung bersama, agak-agaknya siapakah dalang di sebalik laporan yang dibuat oleh adik mangsa ?

Sekarang mari kita sama-sama fikirkan.

5 comments:

Anonymous said...

saudara RBF,senang je nak tau siapa punya angkara ni,tak lain tak bukan Anwar tu la,hahaha...bukan ke sejak dua menjak ni dia sering berulang alik ke Indonesia..untuk apa tu?tak kan nak cari bisnes kot?atau pun nak spin cerita memburuk-burukan kerajaan dan pemimpin-pemimpin BN.
kalau benda-benda merapu dan merepek ni bagilah kat juak PKR,PAS dan DAP.Diaorang ni bukannya nak membantu atau membela rakyat tapi nak memecah belahkan rakyat!Sebabnya pengikut-pengikut tegar parti2 ini semuanya kurang bijak untuk menilai apa yang benar dan apa yang palsu...,'orang yang selalu menipu akhirnya akan ditipu juga...'kah..kah..kah..!

Anonymous said...

pelik, kenapa rais tak berani saman?..maruah beliau ni..

Anonymous said...

Saya cadangkan saudara mulakan kempen dengan para blogger sehaluan supaya menyuruh Migrant Care dan Tenaganita tampil ke hadapan untuk menjelaskan perkara ini. Kerana kedua-dua badan inilah isu ini timbul. Suruh mereka dedahkan siapa sebenarnya dalang di sebalik isu ini. Kita dah boleh agak siapa dalang sebenar, tapi lebih berkesan jika dibiarkan Migrant Care dan Tenaganita mendedahkannya.

Tak payahlah suruh Harakah Daily. Mereka tidak akan mengaku, sebaliknya akan spin lagi.

Buatlah kempen bersepadu dan agresif dengan rakan-rakan blogger supaya mencapai kesan yang dikehendaki.

halim said...

Inilah bahana apabila perkara2 yang tidak pasti menjadi satu obsesi untuk menentang pihak Kerajaan. Tidak peduli adakah sumber2 boleh dipercayai atau tidak, siapa anasir yang membawa cerita fitnah dan adu domba..begitu buruk laku. Fitnah menjadi makanan dan santapan golongan pembangkang..pemakan bangkai yang melahap apa sahaja membawa keuntungan..akhirnya membawa ke destinasi kebodohan, kedunguan dan akan dihumban ke dalam Neraka Jahannam..Syaitan dan Iblis bermaharajalela di dalam kultus pembangkang..

anti bohmau said...

cari saja adik robengah tu sendiri (ntah2 tak wujud pun 'adik' ni). siapa yg buat laporan palsu ni perlu diketengahkan. begitu juga siapa yg siarkan fitnah begini patut di heret ke muka keadilan juga...senang2 saja buat dakwaan lepas tu buat2 bodo!!!