Friday, January 7, 2011

Blogger 'Serang' Rais Yatim

Saya pernah menulis di blog ini isu berkaitan pembantu rumah dirogol majikannya yang mana nama Menteri Penerangan,Datuk Seri Rais Yatim dikaitkan dengan kejadian ini. Sini

Alhamdullilah, akhirnya tuan punya badan yang namanya dikaitkan bangkit menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya. Sini

Pada masa berita tersebut keluar, secara kebetulan pada masa itu kami beberapa rakan-rakan blogger sedang duduk minum petang di SS 2 PJ.

Pada masa itu , salah seorang sahabat blogger mencadangkan supaya kita semua pergi jumpa Rais Yatim dan isterinya sendiri untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya. Apa lagi semua kata ok dan set.

Timbul pula satu masalah lagi, siapa yang nak aturkan, kerana kami tidak ada akses dengan Rais Yatim.

Apa lagi, masing-masing mula angkat telefon, call sana, call sini nak cari orang yang boleh panjangkan perkara itu kepada DS Rais dan isterinya. Seksanya hanya tuhan sahaja yang tahu nak boleh dapatkan orang yang boleh aturkan. Yang menjadi seksa kerana kami minta untuk berjumpa dengan segera. Ada yang kata nak cepat-cepat tak boleh, ada yang kata nak call balik, ada yang kata saya cuba. Ada juga yang kata cuba call orang itu, call orang ini.

Usaha punya usaha, akhirnya kami dapat orang yang boleh aturkan pada jam 9 malam. Katanya nak call balik. Tak sampai setengah jam dia call balik dan beritahu jumpa DS Rais di pejabatnya jam 1 tengahari semalam (khamis).

Bila terima berita itu kami pula yang pening kepala. Pening kepala untuk mengumpul rakan-rakan blogger bagi pertemuan itu. Maklumlah kerana ianya hari bekerja dan ada yang tinggal di negeri-negeri lain.

Usaha punya usaha, akhirnya dapat 10 orang termasuklah pisau.net yang datang dari dari P.Pinang. Semalam jam 12.30 tengahari semua sudah terpacak di Dataran Merdeka untuk berjumpa DS Rais di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad (mahkamah lama).

Maka bertemulah kita dengan DS Rais dan DS Maznah di bilik mesyuarat di pejabatnya. Macam-macam soalan terjah dan panas yang ditanya. Ada yang duduk di belakang, tak puas hati meloncat pergi ke depan untuk tanya soalan-soalan terjah. Blogger, faham-faham sajalah, selagi mereka tak puas hati selagi itu mereka gasak. Mereka tak kira yang berada depan mereka itu siapa.

DS Maznah memberitahu, gambar yang disebarkan sebelum ini bukan gambar pembantu rumahnya dan berkata pembantu rumahnya sekarang, iaitu rakan sekerja kepada pembantu rumah yang dikatakan dirogol juga terkejut melihat gambar itu. Tiba-tiba seorang blogger bertanya dengan keras, boleh kami jumpanya dan rakam video ? Beliau kata boleh dan mengajak kami ke rumahnya.

Apa lagi, maka bergeraklah pula rombongan blogger ke rumah DS Rais di Ampang Jaya.

Di sana kami berjumpa dengan Sumiyarti , rakan sekerja Robengah. Apa lagi, maka bermulalah episod soal menyoal oleh para blogger yang mengalahkan polis. Kemudian kami menunjukkan gambar yang disiarkan di kebanyakan blog dan bertanya kepadanya adakah itu Robengah. Dia terkejut sakan dan berkata "aduh cantik kali Robengah dan muda" , begitulah lebih kurang bunyinya. Lalu Sumati mengeluarkan gambar Robengah bersamanya yang berada dalam simpanannya. Ternyata gambar yang disebarkan berbeza sama sekali.


Pada masa kami 'mengerjakan' Sumati DS Rais dan isterinya tidak campur. Mereka biarkan kami 'kerjakan' Sumati cukup-cukup.

Selesai 'mengerjakan' Sumati, kami berborak pendek tuan rumah dan selepas itu kami mengundurkan diri. Selepas keluar dari rumahnya, kami cari pokok ketapang untuk dijadikan tempat kami bermesyuarat pula. Dun Perak boleh bersidang bawah pokok ketapang, setakat kami blogger apa salahnya.

Aku tanya kau, kau tanya aku, kamu tanya aku, aku tanya kamu, soalannya sama iaitu apa pendapat kamu, aku, kau selepas kita berjaya jumpa dengan tuan punya badan dan rakan kepada mangsa.

Masing-masing kata , susah dan sukar untuk percayakan tuduhan itu. Akhirnya kabinet blogger yang bersidang di bawah pokok ketapang membuat keputusan kami hanya menjelaskan kepada pembaca apa yang kami dapat sepanjang kami buat kerja semalam.

Soal hukuman bersalah atau tidak kami serahkan kepada penyiasatan yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa kerana DS Rais sendiri pun telah meminta pihak berkuasa melakukan siasatan ke atas laporan-laporan polis yang dibuat. Kami juga menyerahkan kepada pembaca untuk menilai sendiri.

Atas alasan apa yang saya sukar untuk percaya tuduhan tersebut, saya tidak perlu lagi untuk catitkan di sini kerana rakan-rakan blogger lain telah menulis mengenainya. Rakan-rakan pembaca boleh membacanya di blog-blog yang saya letak link di bawah.

Cucu Tok Selampit
Gerakan Anti PKR
Pisau.Net
Gelombang Rakyat
Medan Info Kita
Darul Ehsan Today

Di kesempatan ini juga saya nak mengucapkan terima kasih kepada tuan punya badan yang dituduh kerana memberi kerjasama yang penuh kepada kami semalam tanpa ada perasaan takut atau gundah gelana.

Saya juga mewakili rakan-rakan memohon ampun maaf sekiranya kami telah menyusahkan DS sekeluarga semalam dan juga sekiranya terdapat kekasaran atau kata-kata yang mengguris perasaan sepanjang pertemuan semalam. Al-maklum sajalah, saya dan rakan-rakan blogger tidak pernah didik dengan etika kewartawanan. Kami lahir dan hadir dalam dunia ini sekarang tanpa disangka-sangka, semuanya berlaku secara kebetulan selepas pru 2008.

Untuk mengetahui siapa dia orang kuat Migrant Care, iaitu sebuah ngo yang dikatakan mendedahkan kes rogol tersebut sila klik di sini.

10 comments:

Anonymous said...

Kami percaya setelah anda mengerjakan tuan punya badan dan pembantu rumahnya, anda telah pun ada jawapannya. Dan jawapan itu pastinya memihak kepada tuan punya badan. Kalau tuan punya badan tu rasa dia bersalah pasti dia tak hingin nak berjumpa dengan blogger bawah pokok seperti anda semua.

Moga2 usaha tuan dapat membersihkan nama tuan punya badan. Apa yang perlu RBF lakukan sekarang ialah menghentam orang2 pakatan yang cuba mencari jalan untuk menjatuhkan tuan punya badan dan sekaligus menjatuhkan kredibiliti UMNO.

akuantipr.

p/s - Takkan Dato Seri punya taste macam tu punya low class? Tu yang buat aku susah nak caya.

Suram Muram said...

Alhamdullillah...
Akhirnya kebenaran terserlah...
DS Rais Yatim...
You Are The Best...

Anonymous said...

syabas dato sri.ini macm la bagus.tk payah nk g menysahkn kedutaan turki..tk macam anak haram seko tu.da melanyak lubang jubo jantan.lps tu takut,g menyusahkn kedutaan turki.

Anonymous said...

Apa tunggu lagi DSRY, saman lah CheguBebal tu.

Rasa-rasanya lebih kurang 100 juta tu ok ler! Ikut macam boss dia si Al-Juburi tu.

Anonymous said...

Tahniah atas inisiatif nyamuk2 semua !..Andalah 3rd Force sebenar, sejati, tulen dan suci..cewahh..

Moga pihak kerajaan dan menteri2 yang ego tinggi akan mengambil iktibar dari peristiwa ini dan mula memandang/menerima kehadiran dan peranan nyamuk2 semua..hehe. Bab habuan atau kabel tu toksah pikir dulu..yang penting niat..InsyaAllah diberkati..amin..Keep up the good work !

-OghangKuale-

shah said...

Migrant Care kena tampil ke depan dan menjawab .. betanggungjawab la sikit oii

shah said...

standart jawapan (skrip) pro-PR lepas ni

- Robengah/Moh Jumhur Hidayat dibayar UMNO

- surat tu ditulis oleh Rais @ anak Rais

- konspirasi wikileak dengan indon dan Malaysia nak jatuhkan "anugerah Setan"

mesti punya, tunggu la sehari dua ni .. conform

Anonymous said...

waduh speaking indon ya bapak2 blogger..

anti bohmau said...

alhamdulillah...justice prevails.

Allah SWT memperkenankan hambaNya yg teraniaya..

nwar berahi sejak dulu lagi terasa teraniaya jugak tapi lambat sgt kebenaran yg dia sendiri nak serlahkan. dokumen nam kotak, surat apco berjela2, pengakuan2 bersumpah berkajang2..........tapi mana eh?

Anonymous said...

blog rocky bru pun dok crita pasal ni RBF..

sama2 kita renungkan kata2 robengah:

""Datuk Rais Yatim orang yang baik. Bahkan pemberitaan yang selama ini menyebutkan saya sudah diperkosa sama sekali tidak benar. Saya juga sering diberi uang serta oleh-oleh dari beliau," jelasnya. "