Saturday, January 8, 2011

Pemimpin Pas Minta Solat Hajat Untuk DAP

Apabila BN mengadakan majlis sembahyang hajat semasa kempen prk Hulu Selangor, Pas pukul canang habis keliling negara kononnya BN mengadakan sembahyang hajat untuk calon bukan islam.

Sedangkan perkara itu tidak menjadi kesalahan kerana bukan semuanya orang dalam BN itu bukan islam. Orang islam lebih ramai lagi. Kita buat sembahyang hajat untuk calon yang mewakili kita orang-orang islam.

Allah maha kaya....

Tup..tup....dua hari lepas seorang pemimpin Pas Selangor meminta semua ahli-ahli Pas mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang kononnya sedang diserang sekarang.

Petikan dari harakah...kah...kah...kah daily
Semua ahli PAS dirayu supaya mengadakan solat hajat serta doa qunut nazilah untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor yang sedang diserang sekarang.

Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali dalam mesejnya yang penuh imosi memohon bantuan semua pihak bagi menghadapi serangan ini.

"Kami dah cuba mempertahankan kerajaan ini selama ini.

"Kami perlukan bantuan anda semua. Maaf kami tak larat untuk melakukan semua perkara."
Sekarang saya pula nak beritahu.

Lihatlah adik, kakak, abang, pakcik, makcik sekalian. Pemimpin Pas minta ahli-ahli Pas bersembahyang hajat serta baca doa qunut nazilah untuk pemimpin-pemimpin DAP dan pemimpin kristian PKR.

Lihatlah betapa terdesaknya dan gila kuasanya Pas. Lihatlah betapa bangsatnya Pas digunakan oleh DAP dan PKR dalam usaha mereka mempertahankan kuasa. Ahli-ahli Pas sahaja yang diminta dan digunakan untuk sembahyang hajat dan baca doa qunut nazilah, manakala ahli-ahli PKR dan DAP tidak diminta buat apa-apa. Pas hanya layak jadi tukang sembahyang hajat dan baca doa untuk kesenangan pemimpin DAP dan PKR. Hinanya....

Halo halimah, kasi baca doa sama wa..... mungkin itu arah teresa kok.

Tindakan Halimah meminta ahli-ahli Pas sahaja yang sembahyang hajat dan baca doa qunut nazilah juga membuktikan yang Pas tidak percaya kepada ahli-ahli PKR. Pas beranggapan orang-orang PKR tidak tahu buat semua itu kerana mereka parti yang mengangkat peliwat menjadi pemimpin. Sudah terang lagi bersuluh Pas memperlecehkan orang-orang PKR.

Saya nak tambah sikit lagi.

Halimah kata "kami dah tak larat".

Sekarang anda lihatlah bagaimana kualiti pemimpin-pemimpin Pas. Baru tiga tahun jadi kerajaan sudah tak larat hingga minta orang sembahyang hajat untuk mereka. Mereka bukannya menjadi pemerintah negara, hanya pemerintah negeri. Itu pun sudah tak larat. Habis nak berangan untuk menjadi pemerintah negara lagi ?

BN perintah negara dan Selangor selama lebih 50 tahun, tidak ada seorang pemimpin pun yang merungut tak larat. Mereka baru tiga tahun sudah tak larat.

Kepada seluruh rakyat Malaysia, cukuplah pilih pemimpin Pas, PKR dan DAP selepas ini untuk menjadi pemimpin. Kerana baru tiga tahun mereka dah kata "kami dah tak larat" dan terpaksa meminta orang sembahyang hajat untuk mereka.

Kalau rakyat pilih juga mereka untuk menjadi pemerintah, alamak hancurlah negara kita kerana mereka mudah letih. Nanti tak pasal-pasal pula tiap-tiap minggu kita kena sembahyang hajat untuk mereka kerana mereka sudah tak larat.

20 comments:

Anonymous said...

cayalah bro, anda memang spin dr yang terbaik

dzimba MMIM said...

saya cadangkan pimpinan PAS buat solat hajat jauhkan kelantan dari banjir lagi bagus.. dengar cerita boleh bercakap terus dengan Tuhan.

Cg Pian said...

AHLI PAS LAGI MAKBUL DOANYA DARI PEMIMPIN PAS YANG MENDABIK DADA MENYATAKAN MEREKALAH ULAMA, APA NI. BACA SIKIT BAGAIMANA DOA BOLEH DIMAKBULKAN. ALIM TAHI KUCING

Anonymous said...

bro suruh lah Dap pig tu sebahyang kan....+ bawa ulama2 Pas ke Mekah...

OSMAN said...

kalau nak solat hajat untuk punahkan DAP... baguihlah

Anonymous said...

Salam..
PAS mmg parti 'budak bola'...disuruh amik bola dia amik..disuruh sepak dia sepak..kenapa sungguh2 sgt nk doa kaum kafir tapi mendoakan org Islam agar hancur..itu ker nama parti Islam..itu lah jadinya klo dipimpin puak2 nyanyok dan akal pendek...

alahai... said...

kelakar bacanya...kerajaan negeri tengah diserang? hanya kerana isu SUK? tapi org yg faham prosedur, tahu SUK takde isu pun..saja bagi kecoh konon2 diserang oleh kerajaan persekutuan pasal SUK..
SUK boleh buat kerajaan terlingkup ke? Mungkin boleh..pasal mereka mentadbir kerajaan negeri ikut suka mereka..tu yg ketaq mintak org doa2kan..pirahh...

Anonymous said...

Keh keh keh, kalau dah tak larat nk buat solat hajat, suruh je Nizar mereng datang buat sembahyang candle vigil beramai2 depan pejabat MB, confirm ramai yg dtg. Muslimah hamPAS pun blh join skali. Kah kah kah...

Anonymous said...

Kalau dah tak larat, bagi balik kat BN , senang aje, habih cerita. Itu bukan kena serang, tapi balasan Allah Taala kpd kamu semua wahai Halimah. Tak percaya itu ketentuanNya, akibat dari jiwa yg rosak, hati yg busuk, berulat dan bernanah. Anda dan rakan lain jadikan tudung sampai ke lutut dan kopiah putih tu menjadi bahan bakar di akhirat kelak.

jiwakita said...

salam....

baru sebentar tadi..sms masuk...

mesejnya:PIDATO PERDANA & SOLAT HAJAT; Ahad 9/1, 7 pm stadium
Malawati S/Alam...tg nik aziz tghj hadi ds anwar ts khalid.Kuliah
maghrib dr harundin.sila bawa sejadah
& war-warkan...

Pak Tam said...

PAS dah jadi kelam kabuit!!!

Anonymous said...

nak larat camner bro depa bukannya perintah negeri dok sebok politik jer cari salah orang lain pastu sebok dok paraet harta kerajaan selangor sesama depa .... poooorahhh pi mampus laaa .....

AMIN said...

Pas nak solat hajat 7 mlm pun silakan,...itu saja kelebihan Pas,solat hajat,baring baring atas jalan raya kahkahakh...tuhan tak makbulkan doa org org yg munafik dan kaki lubang Kunyitttt....
JNGN LUPA LPS SOLAT HAJAT MINTA ANWAR ALJUBURI BERSUMPAH MCM SAIFUL,MCM MANA ADA BERANI??

Anonymous said...

apa yang kao merepek ni labu....

Anonymous said...

salam RBF...
nk harap UMNO ajak rakyat bersolat hajat ramai2?berqiamullail ramai2??dengar tazkirah ramai2??

sepanjang 50 tahun..bila UMNO pernah buat??25 tahun sekali??

memalukan kerajaan Melayu beragama islam jek..

gangguan terhadap pentadbiran PR cukup banyak..lembu SEDEKAH tu pun geng2 UMNO cakap seleweng..

come on la..sama2 la cermin diri.tahniah la sbb umno pertahankan melayu,tp fail sbb gagal dlm aspek agama...

tahniah pada dr.hassan Ali kerana berjaya memacu lebih banyak program islamik di surau2..tidak seperti 50 tahun yg katanya hebat sgt tu...sambutan anak muda ke musolla dan masjid pun nampak berbeza..sesuatu yg gagal UMNO laksanakan semasa memerintah dulu..

-Salam dari Warga Shah Alam-
minta jasa baik RBF siarkan komen saya...syukran ya ikhwati..

Anonymous said...

SEMBAHYANG HAJAT LAH WAHAI PENGANUT PAS SEPANJANG MALAM.....BERDOALAH LAH LEBAI-LEBAI PAS SEPANJANG MALAM.....MOHONLAH PADA ALLAH DENGAN LINANGAN AIRMATA TUAN.....BERMUNAJATLAH......APA YANG PASTI DOA KALIAN TIDAK AKAN DIMAKBULKAN ALLAH...DAN HANYA MEMBUANG MASA SAHAJA.....SUDAH BERABAD USTAZ-USTAZ DAN ULAMA TERBAIK DUNIA PAS BERDOA NAMAUN SAHINGGA KINI SATU PUN DOA MEREKA TIDAK MENJADI..BAHKAN DOA BERKENAAN MEMAKAN DIRI MEREKA SENDIRI.....MASIH KAH KITA INGAT SILEBAI PAS PENUH SATU STADIUM BERDOA.....TERDAPAT BERMACAM-MACAM VERSI DOA...ADA DOA PEMUSNAH SEUMPAMA SCUD, DOA PEMECAH PERUT SERTA BERIBU-RIBU KOLEKSI DOA LEBAI KELARAH PAS...SEMUA NYA SAMPAH DAN TIDAK DIPANDANG OLEH ALLAH S.W.T......DAN SAHINGGA KINI KALAU DIBUKUKAN DOA JAHAT PAS SUDAH ADA BERDOZEN-DOZEN JUMLAH NYA......ORANG ISLAM NEGARA INI SUDAH TIDAK GERUN LAGI DOA LEBAI PAS....DOA KALIAN SEUMPAMA DRAMA,SKETSA DAN LAWAK LAGAKNYA....ALLAH S..T ITU MAHA MENGETAHUI DAN DIA DAPAT MEMBACA APA YANG TERSEMBUNYI DI LUBUK HATI PENGANUT PAS...SEBAB ITULAH DOA KALIAN SEUMPAMA DOA MAKAN YANG DIBACAKAN SETIAP KALI NAK MAKAN...TIDAK LEBIH DARI ITU......ANDA SEBENARNYA TIDAK TERDESAK, TIDAK TERANCAM DAN TIDAK TERANIAYA...BUAT APA NAK BERDOA DAN MENGADU PADA ALLAH KERANA SEMUA PERMASALAHAN UMMAH KINI BERMULA DENGAN KALIAN.....BAHKAN ALLAH MELAKNAT KALIAN KERANA MELACURKAN AGAMA ALLAH.....BERDOALAH KALIAN SEBANYAK -BANYAK NYA....DAN KAMI HAMBA RAKYAT PULA TURUT MENDOAKAN AGARA KALIAN LEBIH CEPAT TERSUNGKUR DI PINTU SYURGA DAN SELAMATLAH SELANGOR DARI INSAN YANG BONGKAK DAN SOMBONG.......

Anonymous said...

Salam Semua
Apa kata kita solat hajat supaya ALLAH cabutkan Iman dari dada pemimpin PAS yang munafiq bersungguh mempertahankan DAP komunis tu. Semua orantahu DAP tu anti Islam dan anti Melayu seperti mana PAP singapura. Bodoh sombong betul pemimpin PAS (Parti ajaran sesat/syiah) ni, tak pernah di dalam sejarah Islam, ada jamaah Islam (PAS bukan jemaah Islam tulen) ada orang Islam melakukan solat hajat mempertahankan orang kafir zindiq seperti DAP komunis tu. Pakai serban kopiah tudung labuh tapi ceh hati fasiq dan munafiq. Kalau tak yakin orang PAS munafiq, cuba siasat ada ramai di antara anak orang PAS minta bantuan MARA, Giat MARA, pinjaman kerajaan BN, masuk kolej MARA dll. Keji sungguh peribadi PAS ni, menuduh UMNO BN dengan segala cacian, dalam masa yang sama senyap senyap minta bantuan MARA dll. Ceh hina sungguh, mintalah bantuan PAS, PKR atau DAP komunis tu kalau nak ........

keris said...

lepas ni kalau pr nak buat demo. sila berkumpul digereja,jgn guna masjid lagi.

nak tgok jgak, ahli pas datang ke idak.

Anonymous said...

bro.
satu yang aku perati geng pakatan rosak ni,bila diorg tengah menang atau tgh hepi,mesti diorang buat konsert sana sini.tapi bila dah kalah mesti sibuk macam haramjadah minta orang pi majlis solat hajat,baca yasin dan sebagainya.

macam perak dulu la.time menang,takde sorang pun yg minta supaya doa ataupun solat hajat.tapi bila mahkamah kata BN yg amik alih,kelam kelibut diorg mesej sana sini minta solat hajat.

selangor dulu time menang konsert karburetor dong.sekarang ada masalah mula suruh solat hajat semua.hari tu time new year,3 hari konsert kat i-city.mana media Pas yang konon islamic tak bangkang dan highlightkan.dulu berenjoy time konsert,sekarang ni sibuk nak solat hajat bila ada masalah plak.

memang sahih guna agama utk diri sendiri.elok diorg solat hajat minta doa kat Allah gak supaya diberi petunjuk anwar tu peliwat ataupun tak.

Anonymous said...

yg penting,beribu2 org dah bersolat hajat dan berdoa terhadap kesejahteraan KITA SEMUA DI BUMI ALLAH ni...

mereka tidak menyebut PAS,PKR,DAP..tp dlm doa dibacakan utk sekelian makhluknya...

moga2 Allah merahmati kita semua..Insya ALLAH...

bukan senang nk lihat rakyat ramai2 berkumpul sambil beribadah begini...

x sejuk ke hati korang tgk program sebegini??

boleh explain skit??

salam..
-warga shah alam-