Monday, January 10, 2011

BN Sedang Gali Kubur Sendiri Ke ?

Sebaik sahaja kita melangkah masuk ke tahun 2011 saya sudah bertekad tidak akan lagi menulis perkara-perkara yang mengkritik kerajaan di blog ini. Saya berpendapat sudah cukup apa yang saya dilakukan selama dua tahun yang lepas. Ini kerana saya berpandangan pada tahun 2011 kita sudah menghampiri zon pilihanraya, maka tidak sesuai lagi untuk saya mengkritik kerajaan pada zon begini.

Itu janji saya kepada diri saya sendiri. Tetapi hari ini saya terpaksa mungkir kepada janji tersebut. Hari ini saya tanya diri saya sendiri, kenapa aku perlu susah- susah fikir pasal kerajaan dan BN sedangkan mereka tidak susah hati pun untuk menghadapi pru 13.

Buktinya, banyak tindakan-tindakan yang mereka buat sekarang yang membangkitkan kemarahan rakyat kepada BN. Banyak tindakan yang mereka buat ibarat sedang menggali kubur sendiri dalam pru 13 kelak.

Isu saman ekor tak selesai lagi, timbul pula isu kenaikan harga minyak dan barang. Itu tidak selesai lagi, hari ini timbul pula pasal kuasa JPJ.

Sekarang ini, anda pergilah ke mana-mana sekali pun di setiap ceruk bumi Malaysia ini semua orang sedang bercakap pasal harga barang naik. Saya tahu dalam bab ini kita tak boleh salahkan kerajaan 100 % kerana bukan semua barang yang dijual di kedai ada subsidi kerajaan. Tetapi penjelasan itu penting. Selagi kita tak jelaskan dengan baik kepada rakyat maka selagi itulah rakyat bercakap pasal perkara itu. Hasilnya terimalah padah dalam peti undi kelak.

Suka tidak suka kita semua kena akui dan kita kena terima hakikat bahawa sokongan terhadap BN di peringkat rakyat bawahan sekarang ini merosot. Seorang kawan yang tinggal di sebuah taman perumahan di Puchong memberitahu saya, dulu ada 10 orang jiran-jiran keliling dia yang sokong BN. Sekarang ini katanya tinggal dua orang sahaja. Yang dua orang itu, dirinya sendiri dan seorang lagi kakitangan kerajaan.

Seorang lagi kawan berkata, jatuhnya Pak Lah kerana tingkat empat, mungkin jatuhnya Najib kelak kerana PEMANDU yang dipandu oleh Idris Jala.

Itulah suara rakyat yang sedang kedengaran di bawah sekarang.

Hari ini muncul pula masalah baru, iaitu kuasa JPJ diperluas.

Ini satu lagi bala yang datang membuatkan ramai wakil-wakil rakyat, ketua-ketua bahagian, penyelia dun atau parlimen yang akan berpeluh sampai ke seluar dalam. Dulu mereka sudah berpeluh sekejap pasal kereta lama perlu menjalani pemeriksaan di Puspakom. Rilek sekejap dan peluh baru kering, muncul pula isu saman ekor, selepas itu muncul pula isu kenaikan harga barang dan sekarang muncul pula isu ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan,
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.

Katanya, penguatkuasaan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Menurutnya, sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan Persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran.

"Namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.
Habislah orang-orang kampung selepas ini, habislah peneroka-peneroka Felda, habislah pak haji-haji yang naik motor nak ke masjid selepas ini. Habislah petani-petani di kampung. Habis apa ? habis duit nak bayar saman dan habis sudahlah undi mereka kepada BN dalam pru akan datang.

Kita tahu dan kita faham, setiap orang yang hidup atau yang mati yang berada di setiap inci bumi di negara ini perlu patuh kepada peraturan dan undang-undang.

Orang mati pun ada peraturan juga ke ? Adaaaaaaaaa, sebelum tanam mayat perlu dapat permit mengubur terlebih dahulu dan perlu lapor kematian kepada JPN.

Kita nak tanya balik kepada kerajaan, setiap hari berpuluh orang mati atas jalan raya kerana kemalangan. Dalam puluhan orang yang mati itu kebanyakannya dimanakah kemalangan itu berlaku. Di kampung, Felda, di taman perumahan, di ladang ?

Tidak, semua itu tidak. Penyumbang utama kepada kemalangan adalah di jalan raya perbandaran, persekutuan dan lebuh raya.

Sepatutnya itu yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu, bukannya di kampung-kampung atau di ladang dan di taman perumahan.

Bersambung.....

22 comments:

Anonymous said...

salam..
secara peribadi,mmg saya sangat kecewa dengan keputusan perluasan kuasa JPJ nih..

betul kenyataan RBF..bagaimana nasib2 rakyat yg sering ke surau2 utk berjemaah?

bagaimana nasib2 tok nenek yg menunggang motosikal di kampung2

tajuk akhbar tu sendiri menunjukkan kerakusan kuasa utk menganiaya rakyat...

dengan pendapatan yg x seberapa,buat plak kene saman?aduhai,kenapa begini nasib rakyat..tolong la celik mata..rakyat tidak sekaya anda pemimpin semua.

mana istilah rakyat didahulukan?mana istilah akar umbi??

lagi skali,kantung duit jugak yg didahulukan...

sama2 la kita berdoa dan bersolat hajat agak keputusan ini ditarik balik..salam

-warga shah alam-

Anonymous said...

jawapan nya menteri pengangkutan adalah tali barut DAp..cuba memburuk kan keadaan...JPJ masuk kawa kg taman...mmg mengarut.....kadar kemalangan jalan mana yang byk sekali.........org kg kaya sgt ke nak byr saman...cina kaya kaya kat bandar lori besar lori tanah mcm formula 1 kat banting selangor sepang kelang takda apa pun..............semua org dlm malaysia yang jadi pemamdu tahu polis adan JPJ ada lah raja rasuh..semua melayu blh katakan..islam lagi.......kalau berani buat pungutan suara berapa ramai pemamndu nak bagi tau betapa kuatnya rasuah dikalangan jpj dan polis

Anonymous said...

Negara kita ada undang2,kalu tak mahu kena saman ikutlah peraturan dan undang2 yg ditetapkan oleh kerajaan barulah tak susah hati....

ClorocBleach

Leftenan Muda said...

Salam, aku stuju sgt dengan ko RBF. Depa ni x habis2 nak tunjuk terror. Dah la harga gula dinaikkan dgn alasan yg gula tu merbahaya...ada ka slpas 50 tahun merdeka br skrg dirasionalkan kpd rakyat yg gula mbahaya kpd kesihatan???? Cuba pi tanya kat org kampung....depa tau ka tak tau? Smua org jwb tau punya. Ini kes JPJ ni pun kerja2 nak tunjuk teror....bkn aku tak sokong krajaan, tp tdkan sstgh pihak tlh mrosakkan keadaan yg x brp nak elok dah. Sindri mau pikir, sindri mau ingat la....

Anonymous said...

makin tinggi la indeks rasuah..percayalah..

jika semakin byk jalan2 ceruk dikuasai JPJ...

cuba lihat keadaan sekarang ni,bilangan pekerja asing yg menggunakan kereta motor semakin meningkat..mereka ni adalah lubuk2 bagi penguatkuasa...

-warga shah alam-

usin said...

org yg berckp pasal perluasan kuasa jpj tu kurang pakai otak. penguatkuasaan dijalanraya persekutuan & negeri serta bandaranpun masih x sempurna, cerita nak masuk kg & ladang. ckp gempak je lebih. lori2 hantu yg mcm formula one tu dh settle ke? kerja yg adapun x lepas sibuk nk buat kerja lebih. otak letak lutut tul la... jenis apa tah dia ni, kerja dgn kerajaan, tp sentiasa nk buat rakyat benci kerajaan. bangang!!!

Anonymous said...

Makcik tak kesah pun sebab makcik penyokong tegar UMNO

Anonymous said...

hati2 la kome...
org kampung nk ke surau pun berhelmet la lepas ni...

rupe2nye,ada asas PAS membantah perkara ni dulu...

igt,ini soal susah senang rakyat...
pemimpin tolong la gune akal...

kami gunakan moto utk ke kedai dpn rumah..
anda plak duduk kat rumah,semua bende dah ada...
anda x merasa susah mcm kami!!

Anonymous said...

hmmmm aku harap perluasan JPJ ke taman,ladang,taman ibarat hangat hangat taikk ayam....mcm isu cvd cetak rompak sekejap je meletup,lps tu hamPASSS...masih bnyk lagi apek jual eeeee....

Anonymous said...

AKU BENCI LA JPJ HARAM JADAH NI

aku x peduli pun bila orang kata jpj ni buat roadblock sana sini nak jaga keselamatan orang awam tapi hakikat nya jpj ni mcm pokemak haram jadah

pernah sekali masa aku dok bawak kapcai masa zaman belaajr dulu kena la pulak roadblock jpj,buat bodo je lah pasal aku PERCAYA PADA SISTEM jpj pada masa itu.dia pun godeh la moto aku,dia kata mudguard kenapa mcm ni?aku jawap la patah jatuh moto,kenapa side mirror longgar?aku cakap la kan boleh je aku tgk orang belakang,dia tanya lagi kenapa aku x pakai kasut bawak moto?aku cakap la aku nak pegi mana pun sukati aku lah,wajib ke pakai kasot bawak moto?

dia UGUT nak sita moto aku,gampang haram jadah punya jpj,jadi pucat muka aku pasal masa tu masih lagi burung hatinya aku neh,so aku twos amek kunci spare dalam dompet aku,aku cakap aku x wat pape kesalahan pon,n aku nak blah,kalu x da paper aku nak chow,tetiba ntah mana2 mat bond datang cakap aku cuba lari?WTF,dia pg terajang nya moto kodok aku naseb baik aku x tergolek

mcm PUKIMAK kalu jpj di biarkan berleluasa,dulu aku ingat lagi ada kes di mana jpj cuba untuk mintak lesen senjata daripada kerajaan pasal ugutan tonto la apo lah,tp mmg kalu ngko jadi tonto pun ko mmg nak bunuh pembuli daripada kerajaan ni.

mereka membuli mereka yang pakai moto kecik,aku bawak kapcai pun aku bukan rempit!,kenapa x tangkap lori yang bawak laju nak mampus dekat highway seremban-kl???kenapa x tahan kereta mewah yang pakai angel eye,demon eye,eagle eye,babi eye pada lampu kereta yang menyuluh mata aku sampai ak x nampak jalan??kenapa x tahan rempit yang bawak mcm celaka dan pemandu lain kena mengelak celaka3 ni??

berhenti la nak tunjok hero!besarkan kuasa konon,hal2 kecik yang mcm bodoh pun x boley settle,nak ke kampung2 konon,yang banyak na mampus pasal eksiden bukan kat jalan kampung bongok!

kerajaan BN berhenti la buat "kerja kerja besar",dan tumpu kan lah kat"masalah kecik" ni dulu

-turunkan harga minyak seminimum yang boleh menampak kerajaan menjadi hero rakyat
-selesaikan masalah minyak masak dan gula yang rakyat malaysia amat perlukan pasal KITA X PEDULI nak diabetes ka sakit jantung ka,tau la nak guna bila!
-kalu boleh kurangkanlah harga tol..terasa ringan beban
-nak hantar anak sekolah pun satu kepala dah rm200(sekolah seremban 2 A),kalu 4 kepala????gaji dah la rm2k je sebulan duit umah,kereta,bil,minyak,makan?????mampus woooo


-ni nak ckap pasal besarkan kuasa BAPAK RASUAH haram jadah JPJ(jabatan PUKIMAK jalan)???,sudah la kalau nak cakap jpj x ambik rasuah,semua orang tau la


p/s:drpd pengembala kambeng yang hanya mampu termenung

Anonymous said...

kekadang aku fikir jugak... buat apa siang malam berjuang untuk BN, tapi keputusan mereka buat semua tak membantu kita?. Mereka nak bina kubor sendiri.

Nampaknya kita terpaksa terima kerajaan Baru PR. Tapi mereka haram jadah jugak. Jangan termakan janji manis mereka. Di Selangor, mereka kuatkan kuasakan semua undang undang di tinggalkan oleh BN.

Anonymous said...

ala..... patuhi jer peraturan lalu lintas.... susah sangat ke ??? Apa punya mentaliti la...

Anonymous said...

Semakin hari semakin meningkat kos hidup. Bagi rakyat bawahan mcm kami ni, lg susah. Pak Menteri tak ada masalah, duit cukup.

Kita pun tahu, nanti akan ada bermacam2 kenaikan lag atas alasan yg sama.

Kalau mcm tu, bg je lah ke pakatan pulak perintah. Nak buat mcm mana lg..hidup akan terus teruk...mungkin ada sinar dgn pakatan...mungkin juga tidak...tp kalau dgn BN..dah sah semua benda akan naik.

Kena try jugak lah pangkah pakatan kali ni.

Anonymous said...

Naya la. Lebih banyak peluang rasuah ni. Topi keleda kena pakai selalu. Tak boleh tanggal walaupun masuk kedai beli barang. Tinggal kat motor, nanti kena kebas. Bila topi kita kena kebas, mula la nak kebas orang lain punya pulak nanti kena saman polis/JPJ. Nak bawa anak ronda2 dalam taman tak boleh lagi la nampaknya.

Anonymous said...

Entahlah saya sangat simpati kpd blogers2 pro-Kerajaan, tolong tepiskan kanan-kiri segala tohmahan negatif pihak yg anti-Kerajaan/BN. Kita sama2 mengharapkan biarlah seboleh2nya Kerajaan akan 'sifar pincang dan kalis provokasi' tapi kadang2 ada sesuatu dasar baru yg hendak dilaksanakan dibuat tanpa mengambilkira sensitiviti 'rakyat' yg menjadi sasaran pelaksanaan undang2 tersebut, lebih2 lagi dalam keadaan negara baru pulih ekonomi dan landskap politik baru nak celik '1 Malaysia', dan harga barang sdg terpaksa naik kerana kenaikan harga dunia dan bencana alam dari Tuhan, tiba2 rakyat nak ditambah himpitan lagi dek undang2 yg macam nak tekan org kampong dan rakyat 'urban'.
Menteri2 BN takkan tak perasan kita ni kan sedang nak demam PR13, tak simpati ke pada yg nak kempen dipihak BN?? atau nak kena tsunami lagi ke??...

john said...

kan ade tulis kalu MELAKUKAN KESALAHAN kat situ..kalu tak buat salah wat pe nk takut..nmpk sgt pikiran org malaysia ni lbh takutkan jpj dari Tuhan...

Anonymous said...

salam

sy rasa saudara silap..jika diteliti dgn btul..ini merupakan antara cara kerajaan untuk mendisiplinkan rakyat..sekiranya anda sygkan negara, patuhilah undang2 dan xperlu nk merungut kerna anda sendiri tahu anda bersalah..ni lah sikap org melayu kite..beranilah utk perubahan..malulah sikit dgn negara jiran..spura..mereka maju kerna penguatkuasaan yg efektif..tp kite??? renung2kan..

Anonymous said...

Smash baeekk punya.. BN bagi bola tanggung.

Smash aje RBF, pedulikan janji kau tu. Tegur untuk kebaikan.

Smash sampai diaorang bukak mulut.

Anonymous said...

Eleh.. bila kerajaan buat mula la nak lompat, cucuk sana, cucuh sini sampai semua orang marah sampai tukaq kerajaan. Bila lahanat DAP pegang kerajaan dan buat apa yg kerajaan BN takut nak buat, masing2 melopong.... padan muka semua. Tu yang dok jadi kat penang la ni.

Mylasia said...

1.setiap hari saya menggunakan jalan2 taman dan felda untuk ke tempat kerja.
2.tiap2 tahun saya bayar roadtax kereta.
3.saya berhak untuk mendapat keselesaan dan jaminan keselamatan.
4.kebanyakan motor2 di kaw felda tidak mempunyai cukai jalan.
5.2 kali accident tanpa dapat claim insurans disebabkan yg melanggar saya tiada cukai jalan.Terkpasalah claim insuran sendiri dan kehilangan ncb.
6. Saya tinggal dikawasan taman berdekatan dengan sekolah.
7.Setiap kali nak keluar kerja saya berhadapan deangan student2 yg naik motor macam jalan mak bapak dia punya.
8.Malam2 dorg duk prem2 depan rumah paling sakit hati waktu dorg habis men bola(waktu maghrib).Lagi sekali dorg ingat taman ni mak bapak dia punya.
9.Bukan nak sokong JPJ tapi kalau dah takder roadtax ngan lesen tak payahlah pakai kenderaan.Pakai ajer basikal tu lagi baik kalau tak ada basikal guna aja kaki.
10. Tapi kalau dah sampai jalan tanah merah pun duduk gila nak saman orang itu memang JPJ ingat ini Malaysia bapak dia punya.
11. Sama juga kesnya dengan mereka yg tak pakai topi keledar masa pergi sembahyang takyah lar nak saman sbb singh boleh bawa motor police pakai serban juga takkan orang islam nak gi sembahyang tak blh.
12. Lg satu kembalikanlah lesen L tu macam zaman dulu2 takpayah nak perabis 3 4 ratus semata nak dapat lesen motor. Cukup jer umur 16 tahun, pergi dengar ceramah undang2 jalan raya terus automatik dapat lesen L n boleh bawa motor(seorang) sahaja.
13. Secara automatik kalau dorg mati aksident pun ada insurans yang tanggung.

Anonymous said...

masa insuran naik ari tu byk motor pak2 tani tempat aku ni bertukar jd motor piang (motor takdak rodtax)..lps ni semua pak tani pakat2 jalan kaki pi bendang la pulak...

john said...

bila buat 1 undang2 ramai yg menyalak mcm anjing..ade je yg x kena..karang kata jpj xde keje la..mkn rasuah la..apa nie?? kalu psl ni ramai nk tunjuk jaguh tp yg kes kat penang tu aper citer?? xde telor ke nk tegur guan eng tu??